Anda di halaman 1dari 16

BERSUCI BAGI ORANG YANG UZUR

Bersuci dari segi bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk hissiah iaitu yang boleh dirasa seperti najis manawiyyah seperti perkara yang mengghaibkan atau sifat-sifat keji. Bersuci dari segi syarak ialah menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis. Fiman Allah s.w.t.:

)
222. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang - orang Yang sentiasa mensucikan diri.

Bersuci merupakan masalah yang sangat penting dalam agama dan merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi panduan bagi manusia dalam menghubungkan diri dengan Tuhan. Jika tidak bersuci maka tidak SAH solat seseorang itu , hal ini sesuai dengan sabda Nabi S.A.W :

Allah tidak menerima solat yang tidak dengan bersuci . (Riwayat Muslim).

Berdasarkan kaedah dasar ini, maka Allah memberi keringanan kepada orang yang mempunyai uzur didalam masalah ibadah mereka sesuai dengan tingkat uzur yang mereka alami , agar
1

mereka dapat beribadah kepada Allah tanpa merasa berat serta kesulitan. Dengan segala puji hanya milik Allah Rabb semesta alam.

TATACARA BERSUCI BAGI ORANG YANG UZUR.

1. Orang yang sakit wajib baginya bersuci dengan menggunakan air. Hendaklah dia berwudhu jika berhadas kecil dan mandi jika berhadas besar . 2. Jika dia tidak dapat bersuci dengan air kerana ada halangan, atau takut sakitnya bertambah atau ditakuti memperlambatkan kesembuhannya, maka dibolehkan dia bertayammum . 3. Tata cara tayammum : Hendaknya ia memukulkan dua tangannya ke tanah yang suci dengan sekali pukulan , kemudian mengusap wajahnya lalu mengusap kedua telapak tangannya (sampai pergelangan tangan) . 4. Jika dia tidak mampu bersuci sendiri maka dibolehkan untuk diwudhukan atau ditayammumkan oleh orang lain. Caranya : hendaknya seseorang memukulkan tangannya ke tanah yang suci lalu mengusapkannya ke wajah dan telapak tangan orang yang sakit. Begitu pula bila tidak mampu untuk berwudhu sendiri maka hendaklah diwudhukan oleh orang lain . 5. Jika pada sebahagian anggota badan yang harus disucikan terdapat luka , maka ia tetap dibasuh dengan air. Jika hal tersebut membahayakan dirinya maka diusap dengan sekali usapan. Caranya, tangannya dibasahi dengan air kemudian diusapkan di atasnya. Jika mengusap luka juga membahayakannya, jadi dibolehkan kepadanya untuk bertayammum. 6. Jika pada sebahagian tubuhnya terdapat luka yang dibalut, jadi hendaklah dia mengusap balutan tadi dengan air sebagai ganti dari membasuhnya, dan ia tidak bertayammum kerana mengusap tadi telah mengganti dari membasuh .
2

7. Dibolehkan bertayammum pada dinding, atau segala sesuatu yang suci dan mengandung debu. Jika dindingnya berlapis sesuatu yang bukan dari bahan tanah seperti cat misalnya, Oleh itu dia tidak boleh bertayammum kecuali jika cat itu mengandungi debu . 8. Jika tidak dapat bertayammum di atas tanah, atau dinding atau tempat lain yang mengandung debu, maka tidak mengapa menaruh tanah di bejana atau sapu tangan untuk bertayammum darinya .

9. Orang yang sakit harus membersihkan tubuhnya dari najis, jika tidak mungkin maka ia solat sesuai dengan keadaannya tadi, dan solatnya sah tanpa harus mengulang . 10. Orang yang sakit harus solat dengan pakaian yang suci. Jika pakaiannya terkena najis, ia harus mencucinya atau menggantinya dengan pakaian lain yang suci. Jika hal itu tidak memungkinkan maka ia solat sesuai dengan keadaannya dan solatnya sah tanpa harus mengulang lagi . 11. Orang yang sakit harus solat di atas tempat yang suci. Jika tempatnya terkena najis maka harus dibersihkan atau diganti dengan tempat yang suci, atau menghamparkan sesuatu yang suci di atas tempat najis tersebut. Namun, bila tidak memungkinkan maka ia solat sesuai dengan keadaannya dan solatnya sah tanpa perlu mengulang lagi . 12. Orang yang sakit tidak boleh melambatkan solat dari waktunya walaupun dengan alasan ketidak mampuannya untuk bersuci. Hendaklah dia bersuci semampunya kemudian melakukan solat tepat pada waktunya, meskipun pada tubuhnya, pakaiannya atau tempatnya ada najis yang ia tidak mampu untuk membersihkannya.

SOLAT UNTUK OANG YANG UZUR.

Asal makna solat menurut bahasa Arab bereti doa, iaitu ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disuahi dengan salam menurut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah s.w.t

45. Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT ORANG SAKIT.

1. Mengetahui masuknya waktu solat. 2. Menghadap kiblat. 3. Menutup aurat. 4. Suci dari hadas dan najis. 5. Ada sebab / keuzuran. HIKMAH SOLAT ORANG YANG SAKIT

1. Yakin terhadap pertolongan Allah. 2. Dikasihi dan diredhai oleh Allah. 3. Memperolehi ketenangan jiwa. 4. Meringankan penderitaan yang dialami. 5. Sentiasa mengingati Allah. 6. Bersyukur dengan nikmat Allah. 7. Sabar dan tabah menghadapi kesakitan.
4

Solat bukan sahaja wajib bagi orang yang tidak uzur tetapi juga wajib untuk orang yang uzur dengan cara-cara yang berpatutan sejajar dengan yang telah diajarkan di dalam Islam selama akal dan ingatannya masih waras. Bagi orang yang sakit ada beberapa cara yang boleh dilakukannya untuk bersembahyang bergantung kepada keaadaan keuzurannya.

1. Jika pesakit tidak boleh berdiri, maka bolelah dia sembahyang sambil duduk. Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya:

Dari Imran bin Husain r.a katanya: saya sakit buasir lalu saya bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang bagaimana caranya hendak sembahyang. Sabda Raslullah s.a.w. bersembahyanglah engkau dengan berdiri, bersembahyanglah dengan duduk dan jika tidak sanggup mengerjakan dengan duduk, maka berbaringlah tatas lambang (mengiring). (Riwayat Al Jamaah).

Dalam sepotong hadith lain pula Nabi s.a.w. bersabda yang bermafhum:

Nabi s.a.w. melawat orang sakit, maka beliau melihat pesakit sedang sembahyang di atas bantal ( untuk sujud di atasnya ), maka dibuangkan oleh Nabi bantal itu dan bersabda: Sujudlah keatas lantai kalau sanggup. Sekiranya tidak upaya, lakukanlah dengan memberi isyarat dan hendaklah sujud kamu lebih rendah daripada rukukmu. (Riwayat Al-Baihaqi).

Cara-caranya ialah: a) Melakukan rukuk dengan duduk membongkok sedikit


5

b) Melakukan sujud seperti sujud biasa.

2. Jika tidak dapat duduk, maka hendaklah dikerjakan sembahyang dengan bersandar dan dua belah kaki diarahkan ke kiblat, iaitu kepala ditinggikan dialas dengan bantal dan muka diarahkan ke kiblat. Cara-caranya ialah: a) Untuk melakukan rukuk, memadai dengan menggerakkan kepala kedepan sedikit. b) Untuk melakukan sujud pula digerakkan kepala lebih ke depan dan lebih tunduk lagi daripada rukuk.

3. Jika duduk dan bersandar pun tidak berupaya, maka bolehlah mengiring di atas rusuk sebelah kanan dengan menghadap ke kiblat. Rukuk dan sujudnya memadai dengan menggerakkan kepala seperti sembahyang dalam keadaan bersandar tadi.

4. Jika tidak berupaya mengiring, maka bolehlah baring menelentang dengan seluruh anggota badan dihadapkan ke kiblat. Rukuk dan sujudnya memadailah dengan menggerakkan kepala menurut kemampuannya.

5. Jika tidak berupaya juga mengerjakan dengan mengiring atau berbaring, maka bolehlah dikerjakan sembahyang dengan isyarat, baik dengan kepala ataupun dengan mata. Dan jika semuanya tidak mungkin, maka bolehlah dikerjakan dalam hati.

Cara-cara sembahyangnya demikian adalah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang mafhumnya: Dari Ali bin Abi Talib r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Orang yang sakit bersembahyang dengan cara berdiri jika dia sanggup. Jika tidak sanggup, hendaklah dikerjakan sambil duduk, jika dia tidak sanggup sujud, hendaklah dia anggukkan sahaja kepalanya, dan hendaklah
6

angguknya untuk sujud direndahkan lagi daripada angguknya untuk rukuk. Jika tidak sanggup mengerjakan sembahyan dengan duduk, hendaklah dia bersembahyangdengan berbaring atas rusuk sebelah kanan dengan menghadap kiblat. Jika tidak sanggup bersembahyang dengan berbaring atas rusuk sebeelah kanan, maka hendaklah bersembahyang dengan telentang, dua kakinya ke arah kiblat. (Riwayat Ad Daruquthani).

Dibawah ini dijelaskan lagi besertakan gambar mengenai tatacara menunaikan solat bagi orang yang sakit .

TATACARA SOLAT CARA DUDUK

TATACARA SOLAT CARA MENELENTANG .

TATACARA SOLAT CARA MENGIRING .

10

PERMASALAHAN DALAM BERSUCI DAN SOLAT BAGI ORANG YANG UZUR.

S : Bagaimanakah cara Bersuci Bagi Pesakit Yang mengalami Balutan pada Mata ?

J : Jika Dia Berhadas cara bersucinya ialah membasuh bahagian mukanya yang tidak luka dengan air kemudian menggunakan pembalut untuk menyapu pada bahagian yang luka dengan menggunakan air . Jika sekiranya menyapu dengan air akan mendatangkan mudharat pada dirinya hendaklah dia bertayammum sahaja .Begitu juga ketika pesakit itu mengambil wudu .

S : Bagaimana pula cara Bersuci bagi Pesakit yang berbalut pada tangan contohnya tangan yang dicucuk Jarum ?

J : Diwajibkan pesakit itu untuk membuka balutannya terlebih dahulu kemudian bersuci dan berwudu seperti biasa .

S : Bagaimana Cara Berhadas Bagi Pesakit yang berbalut pada tangan yang tidak boleh dibuka balutan tersebut ? Contohnya Pesakit patah tangan .

J : Hendaklah pesakit tersebut membasuh sendiri kesemua anggota wudu yang tidak berbalut dengan air dengan rata . Jika dia tidak mampu untuk melakukannya

11

dibolehkan pesakit itu meminta bantuan orang lain . Kemudian hendaklah dia menyapukan anggota berbalut itu dengan air hendaklah dia berhati hati agar tidak mendatangkan mudharat kepada dirinya , kemudian bertayammum ( sapu debu tanah di muka dan tangan ) bagi tangannya yang berbalut itu untuk menggantikan air yang tidak sampai ke kulit tangannya yang tidak sampai air tersebut . Begitu juga ketika pesakit itu mengambil wudu .

S : Bagaimanakah pula keadaanya jika seseorang itu langsung tidak boleh terkena air dan debu tanah ?

J : Pesakit itu tidak perlu berwudu dan bertayammum terus menunaikan solat dengan Keadaannya yang tidak suci . Akan tetapi hendaklah dia mengganti solatnya itu sesudah dia sembuh .

S : Tolong huraikan tatacara sembahyang jika pesakit itu tidak mampu untuk melakukan sembahyang secara berdiri .

J : Jika seseorang itu tidak dapat melakukan solatnya secara berdiri bolehlah dia melakukan solatnya secara duduk . Seeloknya dilakukan secara Duduk Iftirasy ( Tahiyyat Awal ) dengan dadanya menghadap kearah Kiblat jika tidak dapat melakukan diharuskan untuk duduk sambil julur kaki . Lakukan kesemua rukun Solat dan jika tidak mampu contohnya melakukan rukuk

12

dan sujud memadailah menggunakan isyarat dengan kepala . Jika Seseorang itu tidak juga mampu mengerjakan secara duduk dibolehkan untuk solat secara Mengiring pada lambung kanan jika tidak mampu lakukanlah pada lambung kiri . Seluruh badan pesakit itu menghadap kearah kiblat dan lakukanlah solat mengikut kemampuannya dan jika tidak mampu memadailah dengan menggunakan isyarat . Sekiranya tidak mampu berbaring Mengiring , Solat boleh dikerjakan Secara berbaring Menelentang dimana Kedua dua belah kaki diluruskan ke arah Kiblat . Kepala hendaklah diangkat sedikit dan disandarkan ke bantal . Ini Bagi memudahkan orang yang sakit itu menghadap Kiblat . Jika duduk dan berbaring juga tidak boleh melakukan maka bolehlah berbaring dengan seluruh anggota badan menghadap kiblat , rukuk dan sujudnya cukup dengan menggerakkan kepala . Apabila tidak dapat juga mengerjakan dengan berbaring dengan cara isyarat , baik kepala mahupun dengan mata , apabila semuanya tidak boleh dikerjakan maka boleh hanya dikerjakan dalam hati .

S : Bagaimana Pula Kedudukan Solat Bagi Pesakit Yang Tidak sedarkan diri contohnya Koma ?

J : Bagi Pesakit Yang Tidak Sedarkan Diri Seperti Koma Tidak diwajibkan baginya untuk melakukan Solat kerana keadaanya yang tidak menyedarkan diri . Hukum Wajib Solat hanyalah bagi mereka yang Berakal dan Waras .

13

KESIMPULAN .

Oleh Yang Demikian dapat difahami betapa pentingnya Solat untuk itu dikerjakan bagi setiap Hamba Allah yang Muslim baik dia sehat atau sakit . Islam telah menunjukkan tunjuk ajar yang berpatutan tatacara solat bagi orang yang uzur sejajar dengan kemaslahatan mereka sendiri . Seseorang itu tidak akan terlari dari tanggungjawab untuk mengerjakannya melainkan seseorang itu telah Meninggal Dunia .

14

BIBLIOGRAFI .

Rujukan Buku :

Drs. H. Mohamad Rifai , Ilmu Fiqeh Islam Lengkap , Penerbit Klang book Centre , Selangor. H.Sulaiman Rasjid , 20 Januari 1976 , Fiqh Islam , Penerbit Attahiriyah , Jakarta , Indonesia. K Sulaiman Rasjid , 17 Januari 1954 , Fiqih Islam , Penerbit Pustaka Nasional pte ltd , Singapura. Prof. Dr. T. Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy, March 1970 , Hukum - Hukum Fiqh Islam , Penerbit Bulan Bintang , Jakarta , Indonesia. Sayid Sabiq , Sya'aban 1365 , Fikih Sunnah , Penerbit al-Maarif , Bandung , Indonesia.

Laman Sesawang :

http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/bersuci-cara-bersuci-orang-luka-dan.html - 24/9/2011 21.30

PM .
http://hasnulhadiahmad.com/wudhu-ketika-sakit/ - 25/9/2011 13.40 PM . http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8418.0 - 25/9/2011 13.30 PM . http://komuniti.iluvislam.com/topic/4214-cara-mengambil-wuduk-kepada-pesakituzurnazaksakitluka/ - 24/9/2011 19.00 PM . http://sitinoraiin.blogspot.com/2011_07_01_archive.html - 24/9/2011 20:00 PM .

15

16

Anda mungkin juga menyukai