Anda di halaman 1dari 10

Beberapa istilah yang terdapat di dalam usaha dakwah dan

tabligh. Sumber nukilan oleh Ustaz Muhammad Qosim At-Timori


di buku bersaiz poket, 'Panduan Khuruj Fi Sabilillah' dalam bahasa
Indonesia daripada tajuk asalnyaLampiran: Kamus beberapa
Istilah dalam Jamaah Tabligh.

Beberapa istilah ini untuk memudahkan rangka kerja usaha


dakwah kerana aktivis daripada pelbagai latar belakang yang
berlainan terutamanya negara dan bahasa yang berbeza.
Seseorang tidak pernah diwajibkan untuk mengingati istilahistilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan diingati sesuai
dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga
menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di
khalayak umum sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah
difahami seperti 'bayan' disebut sebagai 'perbincangan/
muzakarah iman dan amal', 'karkun' kepada 'rakan seusaha',
'rahaba' kepada 'penunjuk jalan'.

Istilah yang dinyatakan;


Amir: Pimpinan yang diangkat untuk suatu tempat. Juga
pimpinan yang diangkat untuk suatu jamaah keluar di jalan Allah.
Tugas Amir adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan sebagai
diktator.
Bayan: Mejelis Penerangan untuk menerangkan maksud dan
tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk
membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan. (a)
Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan keyakinan yang teguh
kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang
hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah
Muhammadur rasulullah. (b) Memperbaiki shalat supaya menjadi
shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Shalat
diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah Saw. (c)
Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk
mengingat Allah dan mendekati Allah. (d) Ikramul Muslimin, yaitu

menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam. (e) Memperbaiki


niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena
Allah,bukan untuk tujuan lain. (f) Dakwah dan tabligh yaitu: Suatu
usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha
dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat
yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak
orang banyak agar dapat meluangkan waktunya untuk keluar di
jalan Allah.
Bayan Hidayah: Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh
di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat
terhadap jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj,
perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah
diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).
Bayan Wafsi: Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar
di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada
mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali
dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja
dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh.
Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan
hidayah amal maqami.)
Buzruq: Orang alim atau ulama serta orang-orang yang telah
lama mengikuti usaha tabligh serta mempunyai kepahaman
cukup luas di bidang usaha tabligh.
Cillah: Satu jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani oleh ahliahli tabligh (karkun) untuk berusaha memperbaiki diri dari segi
iman, amal, akhlak dan lain-lain. Untuk hal ini, para ahli tabligh
hendaknya menyempurnakan cillahnya sekurang-kurangnya satu
kali dalam setahun. Dan paling sedikit meluangkan waktunya 3
cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah senantiasa
meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap
tahun.)
Dzihin: Membentuk pikir supaya senantiasa risau dengan
keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya senantiasa
berghairah untuk berusaha ke arah iman dan pikir umat.

Ghast: Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah)


usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika
pergi berjumpai setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai
dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum maghrib atau
selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah.
Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program
mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami.
Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki.)
Hadhatji/ Hadratji: Amir bagi seluruh dakwah tabligh di seluruh
dunia.
Halaqah: Dalam setiap markas, dibagi menjadi beberapa
kawasan yang disebut halaqah. Halaqah terdiri dari beberapa sub
halaqah dan sub halaqah dibagi lagi menjadi mohalla-mohalla.
(*turutan kurang lebih Markas dunia (Nizamuddin) > Markas
Negara > Sub Markas (markas-markas dalam negara) > Halaqah
> Sub Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung atau taman
perumahan.)
I'tikaf: Bermalam atau duduk di masjid dalam jangka waktu
tertentu sambil melakukan beberapa amalan masjid.
Ijtima: Satu perhimpunan tahunan yang diadakan untuk
menghimpun orang banyak untuk keluar di jalan Allah.
( *Perhimpunan usaha dakwah dan tabligh di satu-satu negara
sama ada akan dibuat setiap tahun, dua tahun atau tiada
penetapan tertentu berpandukan mesyuarat dunia di
Nizamuddin.)
Ijtima'i: Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang
dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan,
muzakarah; amalan ijtima'i ini diutamakan daripada amalan yang
dilakukan secara bersendirian.)
Ikhtilat dan tafakud: Memilih dan mempertemukan mereka
yang layak untuk dibentuk ke dalam jamaah yang akan keluar di
jalan Allah.

Ikram: Memuliakan.
Infiradi: Usaha secara perorangan. (*aktiviti/ amalan individu
seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu
bersamaan dengan amalan ijtima'i, dinasihatkan bersegera
meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)
Intizam: Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan
untuk menyelenggarakan perhimpunan (jord, ijtima' dan
sebagainya.)
Islah: Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Programprogram tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha
dakwah, ta'lim, ibadah dan dzikir serta khidmat.
Israf: Berlebihan.
Istiqbal: Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang
datang untuk menghadiri majelis perhimpunan atau majelis
bayan dan sebagainya. (*dalam perhimpunan besar seperti
ijtima', akan dibentuk jemaah istiqbal dan disediakan ruangan
khusus dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja
pendataan ijtima'. Selain itu, di tiap markas negara juga ada
jemaah khusus istiqbal bertujuan pendataan jemaah yang keluar
masuk ke markas.)
Jamaah: Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan
maksud serta usaha yang sama pula.
Jaulah: Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat
kepada Allah. (*sinonim ghast, ziarah)
Jazbah: Semangat atau keghairahan dan perasaan cinta
seseorang terhadap usaha agama dan yang berkaitan dengan itu.
Jord: Perhimpunan untuk mendapatkan nasehat serta
memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk mempererat
hubungan antara ahli. Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk

dikirim ke seluruh dunia. (*perhimpunan yang diadakan lebih kecil


berbanding dengan ijtima', sama ada peringkat markas, negeri
atau wilayah.)
Josh: Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang kadangkadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu
marah.
Kalamullah: Firman Allah.
Karkun: Rekan-rekan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di
Indo-Pak disebut sebagai 'saathi' manakala di Yaman,
'shahibuddakwah'. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah
menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja
dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan semangat
assobiyyah.)
Khadim: Orang yang bertugas melayani.
Khidmat: Pelayanan atau melayani.
Khuruj Fi Sabilillah: Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari
tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke
tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk
menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.
Korban: Maksudnya adalah mengorbankan waktu, harta dan
tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha jemaah tidak akan
tercapai.
Mahabbah: Kecintaan.
Maqami: Kerja dakwah di tempat sendiri.
Markas atau Subguzari: Tempat perhimpunan atau tempat
pertemuan untuk menyelaraskan kerja-kerja dakwah dan tabligh,
membentuk jamaah serta mengeluarkan jamaah di jalan Allah.
Juga bermalam di setiap pekan (minggu) yang dikenal sebagai
malam Subguzari.

Mohalla: Tempat tinggal para aktivis tabligh di tempat medan


usahanya di tengah-tengah masyarakat setempat. Di sinilah
dihidupkan ghast atau usaha dakwah tempatan.
Mu'amalah: Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau
perniagaan.
Mua'syarah: Hubungan dalam pergaulan sosial.
Mudzakarah: Saling mengingatkan.
Mujahadah: Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang
rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah
maupun batiniah atau perasaan.
Musaffah: Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah,
musaffah dilakukan dengan orang lama atau alim ulama sebelum
jamaah keluar di jalan Allah.
Mutakallim: Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk
berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui
pada waktu membuat ghast (jaulah).
Purdah: Sejenis kain yang menutupi wajah wanita.
Rahaba: Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang
akan dijumpai dengan mutakallim.
Routes: Tempat atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi
jamaah dalam usahanya. (*contohnya, Jemaah jalan kaki akan
keluar selama 2 bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah 4
bulan negara jauh akan ke Germany.)
Ta'lim: Mengajar atau mempelajari.
Takazah: Kehendak, keperluan dan tuntutan yang dibentangkan
untuk disambut dan dipenuhi karkun-karkun tabligh dalam usaha
agama. (*Takazah akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang

diadakan sama ada dalam peringkat markas, halaqah atau di


mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau). Contohnya, i) Jord
pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk
menyediakan sama ada khidmat minuman, makanan dan
pembersihan. ii) Target ijtima' mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan,
maka di setiap markas, tasykil 4 bulan sebanyak-banyaknya perlu
dibuat sebelum ijtima'. iii) 7 jemaah dari Arab akan tiba pada
bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa ustaz/
pelajar untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa
Arab, maka di setiap mohalla dan halaqah akan melakukan
tasykil.)
Taqrir: Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih
menguatkan dan menumbuhkan semangat, juga menghadirkan
hati dan pikiran sehingga dapat ditasykil untuk keluar di jalan
Allah. Biasanya dilakukan di masjid ketika rombongan jaulah
sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada hari (malam)
Ijtima' markas yang dilakukan pada sore (petang) hari.
Targhib: Memberi perkataan (ucapan) kepada orang lain/
dorongan untuk membangkitkan rasa suka.
Tarhib: Kata-kata untuk memperingatkan diri sendiri.
Tasykil: Usaha membujuk atau mengajak orang banyak dengan
memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar
dapat meluangkan waktu di jalan Allah.
Tawajjuh: Memusatkan perhatian kepada sesuatu.
Tilawah: Membaca. Biasanya digunakan sebagai istilah dalam
membaca Al- Quran.
Ushul-Ushul: (atau adab dan usul); Tata tertib; Tertib-tertib
jama'ah yang perlu diperhatikan ketika sedang menjalankan
usaha tabligh. (*boleh lihat di Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh.)
Zon: Pembahagian kawasan menurut rangka usaha tabligh.
Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh zon politik.

Zumidar/ Zumindar: Orang yang bertanggungjawab dalam


suatu tugas dalam rangka usaha jama'ah ketika amir tidak ada.

Tambahan (senarai tidak dinyatakan dalam buku


tersebut):
Bairuni atau Intiqoli: Merujuk kepada keluar di jalan Allah.
Contoh, usaha maqami (tempatan) dan usaha bairuni (luar).
Bayan Ta'ruf: Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah
setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilkukan setelah
melakukan solat fardhu zuhur.
Bayan Subuh: Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama
yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.
Bayan Asar: Penerangan mengenai kepentingan dakwah.
Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk
melakukan ghast (jaulah).
Bayan Maghrib: Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan
bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu
untuk khuruj di jalan Allah.
Bazaar: Kedai atau gerai perniagaan yang ada di sekitar markaz.
Chai/ Garam Chai: Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan
sedikit garam.
DTI: Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah
dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan.
Faisala: Pembuat keputusan dalam mesyuarat halaqah atau
markaz.

IPB: Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan. Aktivis


diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum
ke negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim
ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh
mengikut tertib yang betul.
Karguzari: Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh
yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang
akan diadakan sama ada di peringkat markas, halaqah atau
mohalla.
Khususi: Usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongangolongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab
masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang
'berehat' dan sebagainya.
Malfuzat: Kata-kata atau ucapan. Kumpulan malfuzat-malfuzat
Maulana Ilyas rah.a yang dinukilkan oleh Maulana Manzoor
Numani, baca atau muat turun di Malfoozaat - Discourses Of
Maulana Ilyas Rah.a (Eng)
Masturoh/ Masturat: Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah
bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah
Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat
mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh
mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet.
Masyaikh atau Eldest: Alim ulama atau orang lama/awwalin
dalam usaha dakwah.
Mesyuwarah/ Mesyuarat: Perbincangan untuk mencapai kata
putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan
usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/ targhib dan
penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah
merupakan perkara penting dalam mesyuarat. Mesyuarat
dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap
mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas
serta mesyuarat bulanan di setiap markas.

Mutarjim: Penterjemah bahasa.


Muzakkir atau Zakirin: Seseorang yang diberi tanggungjawab
untuk berzikir dan berdoa memohon pertolongan dan hidayah
Allah di dalam program ghast (jaulah).
Nisob/ nisab: Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu
dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40
hari atau 4 bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa
meningkat bersesuaian kemajuan usaha. Apa yang dikehendaki,
aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa dan keadaan
mengikut takazah.
Nusrah/ Nusroh: Bantuan atau kerjasama.
Syura/ Syuro: Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa
syura akan dilantik bagi setiap markaz.
Ta'am / To'am: Makanan. Khidmat ta'am merujuk kepada
khidmat menyediakan makanan kepada jemaah.
Tamsil/ Tamthil: Perumpamaan; analogi; perbandingan.
Beberapa panggilan jemaah: Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama,
Jemaah Santri, Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau
berpangkat), Jemaah Hafiz, Jemaah Jalan Kaki, Jemaah Masturat
(wanita/ pasangan mahram), Jemaah Cikgu (atau profesion kerja),
Jemaah Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau namanama tempat/ negara), Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh
khuruj), Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang
negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza).
Ada penambahan atau pembetulan pada * dan
ruangan tambahan? bermuzakarah..

Anda mungkin juga menyukai