Anda di halaman 1dari 20

DWD 20503

MARAHIL AL-DAKWAH
NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHAMAD NURUL HAFIZ BIN ABDUL LATIF

TAJUK : UNSUR ASAS YANG MENJAMIN


KEJAYAAN WASAIL DAKWAH FARDHIYYAH
Nama Ahli Kumpulan

1. NUR AFIEQAH BINTI ALIAS – 054355


2. NURUL NAFISAH BINTI AZMI – 054341
3. SITI AISYAH BINTI ABD. RAHIM - 052066
4. WAN MAISARAH BINTI W. AB. LATIF – 054368
5. ASMA’ AIMAN NAJIHAH BINTI AB. RAHIM - 054154
Unsur Asas Yang Menjamin Kejayaan Wasail
Dakwah Fardhiyyah

Meletakkan Perancangan dalam


1 Kebijaksaan Pendakwah 3 Melakukan Dakwah Fardhiyyah

Hati hati dan Bijak Menilai Menjamin Dakwah kepada


2 Sesuatu Perkara 4 Orang yang Mempunyai Pangkat

Kerja Dakwah Fardhiyyah yang


5 Tersusun
1. Kebijaksaan Pendakwah

1. Bijak dalam mengurus diri atau peribadi.


2. Bijak dalam mengurus mad’u.
3. Tahu metod dakwah yang sesuai dengan mad’u.
4. Tahu menggunakan akal untuk mencapai sesuatu objektif.
5. Lemah lembut dalam berbicara.
2. Hati hati dan Bijak Menilai Sesuatu Perkara

 Seorang pendakwah ini haruslah pandai/bijak untuk menilai sesuatu


perkara tanpa ada sikap gopoh-gapah.

 Setiap pendakwah haruslah hati-hati dan jauh daripada leka.

 Ini adalah asas yang paling kuat dalam menjamin kejayaan gerakan kerja
dakwah.
Sifat Hati-hati
 Bukanlah dimaksudkan dengan ‘Hati-hati ini, takut dan teragak-agak.
(Sikap teragak-agak atau was-was ini bukanlah membawa maksud
hati-hati yang betul).

 Bukan dimaksudkan dengan su’udzon. (Sangka buruk dengan setiap


suatu perkara dan setiap orang).

 Dimaksudkan hati-hati ini adalah sifat yang menjadikan seorang daie


ini sentiasa berjaga jaga dengan keadaan sekelilingnya daripada
ancaman pihak musuh dan daripada keadaan yang tidak disangka-
sangka berlaku.
Contoh:

 Apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka, dia tidak gopoh dan
tidak panik kerana dia sentiasa berjaga-jaga dengan menyediakan
plan sandaran. (Backup plan)

 Sifat berjaga jaga ini sangat dituntut kepada setiap muslim dalam
keadaan yang selamat. Malah ia adalah wajib dlm suasana perang.
3. Meletakkan Perancangan dalam Melakukan Dakwah
Fardhiyyah untuk Memastikan Objektif Dakwah Tercapai

“Sebarang tindakan manusia yang tidak mempunyai perancangan iaitu tiada visi,
marhalah-marhalah keutamaan maka ia pasti akan menemui kegagalan, ataupun tidak
akan mampu untuk merealisasikan kebanyakan objektif fakwah fardhiyyah. “
 Dakwah yang tidak terancang akan mudah dikalahkan oleh jahiliyah yang terancang.
 Perancangan adalah elemen penting bagi menjayakan gerakan dakwah.
 Perancangan yang sangat teliti akan menghasilkan seni dakwah yang produktif.
CIRI-CIRI DALAM PERANCANGAN :

1. Meletakkan matlamat yang jelas

 Setiap organisasi perlu memiliki dua matlamat : matlamat besar dan matlamat kecil.
 Matlamat besar adalah matlamat utama di akhir pengoperasian dakwah.
 Matlamat kecil adalah matlamat yang terikat dengan tempoh tertentu, tempat tertentu kepada
individu tertentu
 Sekiranya matlamat dakwah tidak tercapai dan hasil dakwah minima, maka para daie perlulah
merefleksi semula apakah tujuan dia berdakwah dan kenapa dia berdakwah.
 Dalam gerak kerja dakwah, para daie perlu berpegang kepada prinsip berikut :
a) Matlamat yang besar di dahulukan dari matlamat yang kecil
b) Matlamat yang menyeluruh hendaklah diutamakan dari matlamat yang bersifat juz’ie.
c) Matlamat yang merangkumi semua lapisan masyarakat didahulukan dari matlamat yang hanya
merangkumi individu atau kelompok tertentu.
d) Matlamat yang berterusan didahulukan dari matlamat yang bersifat
sementara dan terhad.
e) Matlamat yang dapat dicapai didahulukan dari matlamat yang tidak mungkin
dicapai.
f) Matlamat yang paling utama didahulukan dari matlamat yang kurang utama.
• Matlamat dakwah yang besar : merupakan matlamat yang menyeluruh, paling
atas, dapat dicapai, berterusan dan meliputi semua lapisan masyarakat.
2. Mempunyai wasilah untuk mencapai matlamat,
 Wasilah pula ada yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung.
 Menggunakan wasilah dan uslub terbaik adalah faktor keberkesanan dakwah.

3. Menentukan jenis aktiviti.


 Tanpa membebankan mad’u.

4. Tidak mendedahkan perancangan kepada orang lain.


5. Fleksibel dalam menunaikan gerak kerja dakwah.
 Fleksibel dari kamus dewan dan pustaka ialah boleh diubah atau disesuaikan.
 Fleksibilitas dakwah : Merupakan kemampuan beradaptasi dan bekerja dengan
efektif dalam situasi yang berbeza dengan berbagai individu atau kelompok.
6. Berani untuk berhenti daripada aktiviti dakwah fardhiyyah.
7. Mengamalkan prinsip hijrah.

• Berpindah dari satu tempat kepada tempat yang lain tetapi dakwah tetap berjalan.
• Kestabilan dakwah dan pendakwah di suatu tempat untuk jangka waktu yang lama adalah paling
bermanfaat.
• Contoh : Penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah.
• Fenomena hijrah menghasilkan kemajuan yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT. “Sesiapa
berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan
rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan
Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka
sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (an-Nisa’: 100).

8. Boleh merahsiakan @ bersembunyi (u’zlah).


• Sekiranya didedahkan boleh merisikokan pendakwah dan kebarangkalian mendatangkan
bahaya kepada daie dan mad’u.
4. Menjamin Dakwah kepada Orang yang
Mempunyai Pangkat
 Pendakwah yang bijaksana dan cemerlang mampu untuk menyampaikan dakwahnya
kepada ahli-ahli yang berpangkat tinggi dan berkuasa dengan syarat tidak mengorbankan
objektif dakwah, syarat-syaratnya dan etika-etika ketika berdakwah.
 Menjamin pencapaian dakwah dengan orang yang berpangkat adalah hikmah yang baik.
Kerana mendapat manfaat dari orang-orang yang berkuasa dan berdaulat demi dakwah dan
tindakan Islam.
 Tindakan ini adalah tindakan yang sah yang mana orang yang melakukannya tidak boleh
dipersalahkan, tetapi dengan syarat yang sama yang kita kemukakan, iaitu penolakan untuk
berkompromi, dan ingatlah firman Tuhan Yang Maha Esa mengenai penolakan ini:
“Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka
juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu)”, Surah al-Qalam ayat 9.
 Seruan itu kadang-kadang disokong oleh orang non-Muslim, tetapi oleh beberapa
pihak yang tidak bermoral. Seperti mana Rasulullah SAW dan sejumlah umat Islam
memasuki Makkah setelah mereka kembali dari Habsyah negeri non-Muslim, dan
orang Islam yang berhijrah ke Habsyah tinggal di bawah perlindungan Raja Najashi
yang beragama Kristian.

 Dan sebilangan orang bukan Islam mungkin membenarkan dakwah dan pendakwah
mempunyai aktiviti yang terbatas dan pergerakan yang dikira, sesuai dengan
keinginan mereka untuk digambarkan sebagai tidak melarang pendapat atau
menentang ideologi.
 Sebilangan pemimpin atau penguasa cuba menggabungkan minat
mereka dengan apa yang dilakukan pendakwah, kemudian menentang
pendakwah jika pendakwah menyimpang dari garis yang ditetapkan
oleh para pemimpin ini.
 Berdakwah kepada Allah adalah kewajiban bagi setiap Muslim dan
wanita Muslim, dan merupakan kewajiban yang akan berlanjutan
hingga Hari Kebangkitan selagi Muslim dan wanita Muslim berada di
muka bumi.
 Dari perundangan ini, kami mengesahkan bahawa menjamin dan
menyampaikan dakwah kepada orang yang berkuasa dan
berkedudukan adalah salah satu elemen terpenting yang menjamin
kejayaan wasail dakwah fardiyyah.
 
5. Kerja Dakwah yang Tersusun
a) Pengurusan masa daie dan mad'u
• Daie : Seorang daie mesti tahu berapa jam yang diperuntukkan untuk dakwah?,
bagaimana nak tunaikan hak kerja dakwah dan keluarga?, dan bagaimana nak
susun antara dakwah umum dan fardiyah bagi mad'u?.
• Mad'u : Mad'u mesti bertanya dan saling ingat-mengingati antara daie dan mad'u,
mad'u hendaklah membahagikan masa kerja, keluarga dan tuntut ilmu.
• Cara urus masa boleh dilakukan dengan :

Lakarkan jadual Tetapkan matlamat Ketahui Sediakan jurnal


mingguan secara mingguan keutamaan kejayaan di akhir minggu
b) Objektif yang tersusun
• Mengetahui objektif besar dan objektif kecil.
• Mengetahui objektif yang mesti diutamakan dan yang perlu
dikemudiankan .
• Contoh susunan objektif ialah seperti :

Mengubah sikap
masyarakat ke arah Pendekatan masyarakat Mengurangkan gejala
keperibadian yang kepada Allah. sosial.
mulia.
c) Wasail yang tersusun
• Setelah mengetahui objektif yang tersusun, daie hendaklah
mempunyai kaedah yang tersusun.
• Contoh wasail yang tersusun:

Lihat keadaan sasaran dakwah dari Menunjukkan contoh teladan yang


Menggunakan perumpamaan
segi pendidikan, usia dan budaya baik seperti bercakap sopan-santun
dalam berdakwah.
setempat. dan tidak memaki.
d) Menyusun individu yang nak berdakwah
e) Mengharmonikan pandangan yang pelbagai
• Ayat al-Quran Surah Hud (118-119)
Maksudnya : “Jikalau tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat
yang satu, tetapi mereka sentiasa berikhtilaf (berselisih pendapat) kecuali orang-orang
yang diberi rahmat oleh tuhanmu. dan untuk itulah Allah menciptakan mereka”.
Sekian.
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai