Anda di halaman 1dari 42

COURSE LEARNING

OUTCOME (CLO)

Menyatakan konsep,
bentuk komunikasi dan
hubungannya dalam
Islam.(C1,LD1) 
KONSEP
KOMUNIKASI
DALAM ISLAM

1.1.1 Menerangkan
pengertian
komunikasi menurut
barat dan Islam
ISI Konsep komunikasi
KANDUNG
AN Pengertian
PENGENAL komunikasi menurut
AN Sarjana Barat
KOMUNIK Pengertian
ASI komunikasi menurut
Sarjana Islam
SET INDUKSI
KONSEP KOMUNIKASI
DAN PENYIARAN
PENGAJARAN
VIDEO

• Dalam berkomunikasi,
setiap orang perlu menjaga
tutur kata dan selidik
terlebih dahulu segala
maklumat yang diterima
agar mesej yang
disampaikan tidak
menyebabkan masalah
pada diri sendiri dan orang
lain.
PENGENALAN

 Komunikasi berasal daripada Bahasa


Latin ‘communikatus’ yang bermaksud
berkongsi sesuatu.
 Komunikasi ialah satu proses di mana
manusia berkongsi atau bertukar-tukar
idea, maklumat dan perasaan.
 Melalui komunikasi berkesan manusia
boleh memahami antara satu sama
lain.
 Sebaliknya jika komunikasi yang tidak
betul akan menyebabkan salah faham
sesama manusia yang seterusnya
mencetuskan konflik yang lebih besar.
KONSEP
KOMUNIKASI
Menurut Hafied Cangara (2011) :
Komunikasi merupakan keperluan
sosial, alat politik, alat kekuatan
ekonomi, mendorong kemajuan
kebudayaan, berpotensi untuk
memajukan pendidikan dan
sebagainya.

Menurut Sulaiman Masri (1997) :


Komunikasi membabitkan perlakuan
kehidupan seharian (pertuturan,
penulisan atau penyelidikan).
Terdapat banyak
‘misscommunication’
telah berlaku dalam
masyarakat yang telah
mengakibatkan
berlakunya masalah
seperti kes jenayah.

NYATAKAN KES-KES YANG


ANDA PERNAH DENGAR.
CONTOH ISU

Akibat salah faham


dalam
berkomunikasi,
seorang lelaki
sanggup
membunuh
rakannya sendiri.
CONTOH ISU
KEGAGALAN
BERKOMUNIKASI

• Ada antara manusia yang


sanggup menyakiti dan
membunuh hanya kerana
merasa sakit hati akibat
daripada pertuturan yang
tidak baik.
• Terdapat juga antara
masyarakat yang sanggup
menghina orang lain tanpa
rasa bersalah dan merasa
belas ihsan. Kesannya ia
akan menyebabkan orang
lain merasa sedih dan
rendah diri.
• Contoh-contoh tersebut
menunjukkan betapa
pentingnya komunikasi yang
KEPENTING baik dalam kehidupan.
AN
KOMUNIKA
• Jika manusia mengabaikan
SI hal tersebut, maka akan
berlaku kepincangan dalam
kehidupan seharian manusia.
PENGERTI
AN
KOMUNIK
ASI
MENURUT
BARAT
DAN
ISLAM
DEFINISI KOMUNIKASI:

Satu bentuk interaksi manusia


yang saling mempengaruhi antara
satu sama lain, sengaja atau tidak
sengaja dan terjadi dalam
beraneka ragam.

PENGERTIAN
KOMUNIKASI

Bara Isla
t m
DEFINISI
KOMUNIKASI
SARJANA BARAT

• Menurut Emery et al
(1965):

Komunikasi ialah
proses pemindahan
maklumat, idea dan
sikap daripada
seseorang kepada
seseorang yang lain.
DEFINISI KOMUNIKASI
SARJANA BARAT

Menurut Bleum (1966):


Komunikasi ialah
pertukaran kajian
subjektif seperti idea,
kepercayaan yang
biasanya menerusi bahasa,
juga persembahan visual,
peniruan dan cadangan
yang baik.
DEFINISI
KOMUNIKASI
SARJANA BARAT

James A.F Stoner & Charles


Wankel (1989)

Komunikasi adalah satu cara manusia


berhubung yang melibatkan pengertian
atau maksud yang dikongsi, dengan
syarat mereka perlu bersetuju dengan
definisi dan istilah-istilah yang
digunakan berdasarkan sesuatu yang
simbolik seperti isyarat, huruf, nombor
dan perkataan yang melambangkan
atau menyerupai idea-idea yang dapat
menyampaikan maksud.
DEFINISI
KOMUNIKASI
SARJANA
BARAT

Smith (1966):
Komunikasi ialah satu
rangkaian halus yang
digunakan oleh
manusia untuk
berinteraksi mengawal
antara satu sama lain
dan memperoleh
kefahaman.
Secara ringkasnya,
komunikasi menurut a) Membangun
barat adalah suatu hubungan sesama
transaksi yang manusia
menghendaki b) Melalui pertukaran
masyarakat mengatur informasi
persekitarannya c) Menguatkan sikap
berdasarkan perkara dan tingkah laku
yang berikut orang lain
d) Berusaha
mengubah sikap
dan tingkah laku
KESIMPULAN
PANDANGAN
SARJANA BARAT

Kesimpulannya, komunikasi
menurut pandangan sarjana
barat ialah:
• satu proses perkongsian makna
yang terdapat dalam maklumat
• idea atau perasaan melalui
penggunaan simbol sama ada
yang berbentuk perkataan,
lisan, bahasa badan, tulisan dan
sebagainya daripada penutur
kepada pihak penerima dengan
harapan akan menghasilkan
maklum balas daripadanya.
KOMUNIKASI
MENURUT
ISLAM

• Komunikasi Islam adalah berasaskan nilai-


nilai keagamaan yang bersumberkan al-
Quran dan hadis.
• Segala sesuatu yang berhubung dengan
proses komunikasi sama ada secara prinsip,
kaedah, mesej, matlamat dan media
hendaklah berpandukan wahyu dan sunnah
Rasulullah SAW.
• Sekiranya amalan komunikasi berasaskan
nilai Islam, maka amalan tersebut dikira
ibadat dalam kehidupan umat Islam.
KOMUNIKASI
MENGIKUT
SARJANA ISLAM

Menurut Sulaiman
Masri:
Komunikasi ialah
mengandungi enam
unsur utama iaitu
pengirim, penerima,
media atau alat, mesej,
maklum balas/kesan
dan hingar/kawalan.
KOMUNIKASI MENGIKUT
SARJANA ISLAM

• Menurut Abd Rahman (1994)


Objektif utamanya adalah untuk meraikan
kepelbagaian etnik, warna kulit, Bahasa dan agama
melalui konsep keadilan dan persamaan.

• Menurut Maimunah Osman (2000)


Komunikasi ialah proses mewujudkan kefahaman
orang lain mengenai mesej yang disampaikan
dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang
dikongsi bersama.
KOMUNIKASI MENURUT
SARJANA ISLAM
• Menurut Mohd Yusof Hussain
Komunikasi adalah proses
menyampai atau bertukar perutusan
dan maklumat dengan menggunakan
prinsip dan kaedah komunikasi yang
terdapat di dalam al-Quran dan
Hadith

• Menurut Abd Aziz Yusuf (2003)


Komunikasi adalah proses yang
melibatkan penyampaian idea
dan perasaan kepada pihak lain.
KOMUNIKASI MENURUT
SARJANA ISLAM

Menurut Mahyuddin Abd. Halim


• Komunikasi ialah proses membekalkan
khalayak dengan hakikat kebenaran agama
Islam yang berterusan bersandarkan kepada
al-Quran dan al-Sunnah secara langsung
atau tidak
• melalui perantaraan media umum atau
khusus, bertujuan membentuk pandangan
umum yang betul
• berasaskan hakikat kebenaran agama yang
memberi kesan kepada kehidupan
seseorang dalam aspek akidah, ibadah dan
muamalah.
KOMUNIKASI
MENURUT SARJANA
ISLAM
• Zulkiple menghuraikan prinsip dan kaedah
komunikasi Islam yang meliputi aspek:
i. berkomunikasi secara menegak atau vertikal
iaitu dengan Allah
ii. berkomunikasi secara horizontal iaitu
sesama manusia.

Jelasnya, terdapat dua bentuk hubungan


komunikasi dalam ajaran Islam iaitu :
i. habl min Allah (hubungan dengan Allah)
ii. habl min al-nas (hubungan sesama
manusia).
Berikut adalah beberapa contoh ayat al-Quran
yang menunjukkan maksud komunikasi.
CARA KOMUNIKASI
RASULULLAH
Aisyah Ummul Mukminin RA menceritakan:
• Rasulullah saw tidak berbicara cepat
sebagaimana anda. Tetapi Baginda berbicara
dengan kata-kata yang jelas dan tegas. Orang
duduk bersamanya akan dapat menghafal
(kata-katanya) – (Riwayat At-Tirmizi)

Cara komunikasi Rasulullah


• Baginda berkomunikasi jika perlu
• Lebih banyak diam
• Bicaranya padat dengan makna dan jelas
• Tidak kasar dan tidak nada menghina
• Nikmat Allah swt dibesarkan walaupun sedikit.
Oleh itu, definisi
KESIMPULAN DEFINISI komunikasi Islam ialah:
KOMUNIKASI DALAM • proses seseorang
pendakwah berfungsi
ISLAM sebagai komunikator
• berkongsi pengalaman
dan maklumat dengan
pendengar.
• Berpegang kepada
perintah dan larangan
dalam al-Quran dan as-
Sunnah.
• Menjalinkan hubungan
dengan Allah dan
manusia.
• Berlaku persefahaman
dan kebaikan kepada
segenap lapisan
masyarakat.
PERBEZAAN
KOMUNIKASI

Komunikasi Islam Komunikasi Konvensional

Berasaskan nilai-nilai keagamaan yang


bersumberkan al-Quran dan hadis. Hal Hanya menitikberatkan soal-soal etika
ini kerana, segala sesuatu yang dalam penyiaran dan komunikasi sahaja.
berhubung dengan proses komunikasi, Hukuman kepada pelanggaran etika bagi
sama ada secara prinsip, kaedah, mesej komunikasi konvensional berlaku di
matlamat dan media hendaklah dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi
berasaskan panduan wahyu dan sunnah pelanggaran terhadap etika komunikasi
Rasulullah SAW. Amalan komunikasi ini secara Islam berlaku hingga akhirat
dikira ibadat dalam kehidupan umat selagi ia tidak mendapat keampunan
Islam. daripada Allah SWT.
sumber-penyampai
(komunikator)

Terdapat 4 Mesej
elemen asas
dalam Saluran
komunikasi
Penerima
SUMBER 1
Penyampai
(komunikator)

Penyampai ialah
tempat bermulanya
proses komunikasi
sama ada individu,
kumpulan atau
sesiapa sahaja yang
memulakan
komunikasi dengan
menghasilkan mesej.
SUMBER 2 - MESEJ

• Mesej merupakan idea dan maklumat


mahupun perasaan (emosi) yang ingin dikongsi
bersama di antara sumber dan penerima.
• Mesej boleh disampaikan sama ada secara
verbal atau bukan verbal.
• Mesej verbal adalah seperti perkataan
(bahasa)
• Manakala mesej secara bukan verbal termasuk
air muka, pergerakan badan, nada suara,
penampilan diri yang dapat menyokong
komunikasi verbal.
SUMBER 3 -
SALURAN
• Saluran merupakan medium yang boleh
digunakan oleh sumber untuk
menyampaikan mesej kepada penerima.
• Saluran berbeza bergantung kepada
bentuk komunikasi yang digunakan.
• Sebagai contohnya, komunikasi
interpersonal (melibatkan 2 orang
dalam komunikasi) menggunakan
gelombang udara ketika berkongsi
maklumat yang ingin disampaikan
manakala komunikasi massa pula lebih
bergantung kepada alat teknologi
komunikasi dan media seperti internet,
radio, televisyen dan akhbar.
SUMBER 4 - PENERIMA

• penerima ialah
individu, kumpulan
ataupun orang ramai
yang menjadi sasaran
mesej. Sumber boleh
menjadi penerima
dan sebaliknya.
1. Maklum balas
Elemen 2. Gangguan
tambahan
asas dalam
komunikasi 3. Kesan

4. Persekitaran
Selain daripada empat
elemen asas di atas,
masih terdapat
beberapa elemen
tambahan di dalam
proses komunikasi
Elemen termasuk :
tambahan
• maklum balas
dalam
• gangguan
berkomunikasi
• kesan
• persekitaran.
ELEMEN KOMUNIKASI
TAMBAHAN

1. Maklum balas
Maklum balas ialah
respons yang
diberikan oleh
penerima terhadap
mesej daripada
sumber.
ELEMEN
KOMUNIKASI
TAMBAHAN
2. gangguan
• gangguan merupakan halangan yang menyebabkan proses komunikasi gagal
atau tidak berkesan.
• Terdapat tiga jenis gangguan yang menghalang penerima menerima dan
memahami mesej dengan baik iaitu sama ada
i. gangguan dalaman
ii. gangguan luaran
iii. semantik.

• Gangguan dalaman berlaku disebabkan oleh keadaan psikologi penerima


yang tidak stabil dan terganggu.
• Gangguan luaran pula ialah gangguan yang didapati secara fizikal seperti
bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar
dengan jelas.
• Gangguan semantik merupakan halangan yang wujud akibat faktor bahasa
dan penggunaan perkataan. Sebagai contohnya loghat sesebuah negeri di
Malaysia memerlukan seseorang itu memahami penggunaan perkataan
berdasarkan perbezaan bahasa dan adat budaya setempat. Oleh itu, situasi
ini akan mewujudkan reaksi emosi yang berbeza bergantung kepada
pemahaman penerima sama ada emosi marah, gembira atau malu.
ELEMEN
KOMUNIKASI
TAMBAHAN
3. Kesan
• kesan ialah apa yang didapati
hasil daripada proses
komunikasi yang berlaku.
Kesan boleh dilihat sama ada
secara kognitif, perasaan atau
tingkah laku.

4. Persekitaran
• persekitaran merangkumi
situasi atau tempat yang mana
berlaku proses komunikasi.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai