Anda di halaman 1dari 71

AL DA’WAH AL ISLAMIYYAH

( DWI 20102 )
TAJUK : KESAN DAKWAH TERHADAP PEMBANGUNAN DIRI AL-MAD’U
TOKOH : SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH &
HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHAMAD NURUL HAFIZ BIN AB LATIF

NAMA PELAJAR :
1. NUR SAKINAH BINTI SOPIAN (054890)
2. EZZATUL HUSNA BINTI KHAIRUDDIN (055195)
3. NURAINI BINTI AYOB (055476)
4. NURIZZATUL AFIQAH BINTI MOHD RIZAL (055044)
5. AMALIN QISTINA BINTI KASIM (056759)
KESAN DAKWAH TERHADAP
PEMBANGUNAN DIRI AL MAD’U

-DARI SEGI TARBIYYAH


RUHIYYAH-

NAMA : NUR SAKINAH BINTI SOPIAN


NO.MATRIKS :054890
Tarbiah ruhiyyah atau kerohanian secara umumnya ditakrifkan
sebagai satu proses tarbiah membentuk roh dan jiwa melalui
beberapa marhalah tertentu dan didasarkan kepada
pembentukan hati yang sentiasa digilapkan dengan aqidah, roh
yang sentiasa di didik dengan ibadah dan mempertingkatkan jiwa
kepada setinggi-tinggi pencapaian kesempurnaan.
Jalan dakwah adalah segalanya di dalam kehidupan pendakwah. Yang mana atas jalan ini para pendakwah
berhadapan dengan ketakutan dan ugutan, ancaman pembunuhan dan ujian yang penuh onak duri, jalan berliku
bahkan terlalu jauh matlamat dan tujuan yang hendak ditujui.

Firman Allah SWT:

َّ ‫اخ َش ْوهُ ْم فَزَ ا َدهُ ْم إِي َمانًا َوقَالُوا َح ْسبُنَا‬


‫ّللا ُ َونِ ْع َم‬ ْ َ‫اس قَ ْد َج َمعُوا لَكُ ْم ف‬ ُ َّ‫ال لَ ُهمُ الن‬
َ َّ‫اس إِ َّن الن‬ َ ‫الَّذ‬
َ َ‫ِين ق‬
﴾ ١٧٣﴿ ‫الْ َو ِكي ُل‬
Maksudnya: Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum
(kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka
berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik
pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)“ [ALI ‘IMRAN:173]

Sesungguhnya hanya ‘persediaan ruhiyyah’ sahaja yang mampu menyelamatkan pendakwah dan melepaskannya
daripada semua ujian itu. Betapa pendakwah amat berhajat padanya supaya mereka tetap tidak tergugat di atas jalan
dakwah, tidak teragak-agak dan cemas untuk meneruskan perjalanannya.
Objektif tarbiyyah ruhiyyah adalah untuk mencapai hati yang sejahtera,bercahaya dan nur iman yang sentiasa
bertambah. Semua keadaan hati yang menjadi matlamat perjalanan ini adalah hasil daripada amal ibadah,
sehingga dengan itu hati memuncak mencapai maqam ihsan.

Sabda Rasulullah SAW:

‫ ف َ ِإ ْن ل َ ْم تَكُ ْن ت ََراه ُ فَإِنَّه ُ ي َ َراك‬،ُ‫ّللا كَأَنَّك ت ََراه‬


َ َّ َ‫أ َ ْن تَعْبُد‬

Maksudnya : Sembahlah Tuhan mu seolah-olah kamu melihatNya, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya,
sesungguhnya Allah melihat kamu.

Mengikut kadar kenaikan dan kesuburan iman dan pencapaian terhadap maqam Ihsan, terbentuklah
peningkatan istiqamah,akhlak dan pengamalan seorang muslim.
Perjalanan Tarbiyyah Ruhiyyah adalah perjalanan menuju Allah. Perjalanan menuju Allah bererti
berpindah dari jiwa yang kotor kepada jiwa yang bersih, pemikiran yang tidak syarie kepada pemikiran
yang diredai syariat, daripada hal yang ingkar, fasiq dan sakit hati yang keras membata kepada hati
yang tenang dan sejahtera, daripada roh yang tidak mengenal ketundukan kepada Tuhan kepada roh
yang mengenal Tuhannya dan menunaikan semua hak kebenaran pengabdian kepada Tuhannya,
daripada jasad yang tidak patuh kepada peraturan syariat kepada jasad yang tunduk dan patuh kepada
Allah dan daripada diri yang tidak sempurna kepada diri yang lebih atau paling sempurna. Semua yang
disebut ini adalah ibarat kepada pentakrifan erti perjalanan menuju Allah yang terkandung di dalamnya
erti kata yang lebih khusus, ianya adalah matlamat pencapaian kita di dalam perletakan “ Tarbiyyah
Ruhiyyah” di dalam perjalanan jemaah.
Takwa adalah jalan mencapai matlamat kerohanian di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah dan jalan untuk mencapai kepada
maqam takwa ialah dengan melalui proses 3M:

Mua’hadah Muhasabah Mujahadah

Mua’hadah ialah Muhasabah ialah dengan perkiraan dan hisab Mujahadah adalah usaha
bersendirian diri seorang seorang muslim terhadap dirinya setiap kali dan kesungguhan seorang
muslim dengan Tuhannya, beerlalu dan berakhir amalannya, adakah muslim melawan hawa
membuat dan memberi janji amalannya ikhlas dan hanya menuntut nafsunya ke arah
bahawa ia tidak akan keredaan Allah, adakah perasaaan riak telah memperelokkan ketaan
memberi hak pengabdian memasuki ketaatannya, adakah ia yang mendekatkan diri
melainkan hanya pada menunaikan hak yang wajib keatasnya kepada Allah, berusaha
Tuhannya, tidak memohon terhadap Tuhannya dn hak yang wajib menambah dan melipat
pertolongan melainkan terhadap sesama manusia. Seandainya gandakan ketaatan yang
hanya pada Allah, dan tidak seluruh pengamalannya adalah kebaikan telah dan sentiasa
akan memenuhi kepada Allah ia meletakkan pujian dan dikerjakannya, sehingga
kehidupannya melainkan seandainya berlaku sebaliknya ia hendaklah ketaatan itu menjadi
hanya dengan manhaj segera beristighfar dan memohon ampun keutamaan didalam
Tuhannya yang lurus. kepada Allah. hidupnya
KEDUDUKAN MUJAHADAH DALAM TARBIYYAH RUHIYYAH
Tarbiyyah Ruhiyyah seperti yang telah dijelaskan adalah perjalanan untuk sampai kepada Allah. Hasil yang dicitakan ini hanya
akan dapat dicapai dan diperoleh melalui jalan mujahadah.

Firman Allah :

َ‫ّللا لَ َم َع الْ ُم ْح ِسنِين‬


َ َّ ‫َوالَّ ِذينَ َجا َهدُوا فِينَا لَنَ ْه ِديَنَّهُ ْم سُبُلَنَا ۚ َوإِ َّن‬
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Ankabut 29:69)

Jelaslah mujahadah merupakan usaha untuk mencapai matlamat di dalam perjalanan kerohaniannya. Dan hidayah itu adalah
limpah kurnia dan pemberian Allah kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya, mujahadah dan hidayah tidak akan sempurna
melaikan dengan taufiq dan pertolongan Allah jua.

Firman Allah:
﴾ ١٧﴿ ‫َوالَّ ِذينَ ا ْهتَ َد ْوا زَ ا َدهُ ْم هُدًى َوآتَاهُ ْم تَقْ َواهُ ْم‬
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah
petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
(Surah Muhammad 47:17)

Kesimpulannya, mujahadah adalah wasilah untuk sampai kepada hidayah, sementara hidayah dapat menyampaikan seorang
muslim kepada ketaqwaan. Kedudukan mujahadah di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah hendaklah didasarkan kepada 4 persoalan
pokok demi mujahadah yang di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah tidak tertukar dan tergelincir daripada jalannya yang sebenar.
Mujahadah yang benar adalah didasarkan kepada:

❑ Keimanan kepada Allah dan mentauhidkannya serta mengimani kerasulan Nabi Muhammad SAW.
❑ Mendirikan kesemua kefarduan ibadah di dalam waktunya
❑ Mengisi diri dengan keperluan ibadah sunat
❑ Rukun mujahadah. Rukun mujahadah ialah:

❖ U’zlah
❖ Mendiamkaan diri dari suatu yang tidak
bermanfaat
❖ Berjaga malam dan menghidupkannya
❖ Berlapar
Marhalah pertama di dalam perjalanan kerohanian ialah marhalah perpindahan dari hati yang sakit kepada hati yang sihat sejahtera.
Dan marhalah kedua ialah marhalah pengisian hati dengan ‘bekalan harian’ atau bekalan yang diperlukan oleh hati pada setiap detik
dan waktu agar hati tetap kekal terjaga di dalam keadaan keimanan yang tinggi sehinggalah ia beertemu Tuhan.

Firman Allah:

َُ ‫َو ْاعبُ ْدَربَّك َح َّ ىّتَ َيْتِيك َاْلي ِق‬


﴾ ٩٩﴿ ‫ي‬
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (ajal)
(Surah Al-Hijr 15:99)

Di dalam tarbiyyah Ruhiyyah, pemusatan kepada pengislahan hati adalah titik tolak yang benar dan tepat. Justeru dengan itu
tercapainya hati kepada kesejahteraannya. Sehingga seorang muslim itu dapat menyelamatkan dirinya dari tpu daya syaitan,,
bisikan dan fitnahnya, sama ada syaitan manusia atau syaitan jin dengan hatinya yang sejahtera

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 112 yang bemaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari
Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah
susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu,
biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Seorang muslim perlulah memberi perhatian yang serius terhadap pengislahan hati dan bekalannya agar hati menjadi bercahaya,
bersinar dan sejahtera dan melayakkannya memikul tugas pembawa risalah dan perubahan masyarakat
Di dalam menjayakan tarbiyyah ruhiyyah, seorang muslim hendalah mempunyai ‘daurah ruhiyyah’ di dalam
kehidupannya. Daurah ruhiyyah inii adalah mengikut kadar kemampuan seorang muslim. Ia boleh dilakukan di
dalam tempoh 40 hari / 3 hari / 7 hari dan sebagainya.

Di dalam tempoh daurah , dapat dihimpunkan di dalamnya puasa dan qiamullail solat berjemaah, membaca al-
Quran dan zikir . Ia amat bermakna, memberi kesan dan bermanfaat di dalam perkembangan dan peningkatan
ruhiyyah seseorang muslim, sehingga ianya dapat dirasai oleh seorang muslim yang ikhlas di dalam
perlaksanaannya.

Daurah Ruhiyyah yang menjadi perjalanan di dalam tarbiyyah ruhiyyah adalah bersumberkan perjalanan
Rasulullah, sebagai contohnya adalah iktikafnya Rasulullah saw di dalam 10 terakhir di dalam bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah saw mengenai solat dalam konteks ‘daurah ruhiyyah’ yang bermaksud : Sesiapa yang solat
di masjid seccara berjemaah 40 malam, tidak tertinggal rakaat pertama daripada solat isyak Allah menetapkan
dengan demikian itu kelepasan daripada api neraka.

Tidak syak lagi, seorang muslim yang memiliki daurah ruhiyyah ini atau dalam erti kata lain seorang muslim
yang mempunyai ketetapan atau qarar terhadap dirinya di dalam menunaikan ibadah seperti ini akan
bertambah nur iman dan tauhidnya, jernih fikirannya dan akan membawa kepada kesucian rohnya. Seterusnya
sentiasa berulangnya daurah ini dalam kehidupannya,mengekalkan nur iman di dalam hatinya dan menjadikan
imannya didalam keadaan sentiasa di perbaharui.
Solat ( fardu dan sunat ), wirid serta zikir dan sentiasa mengekalkan pembacaan Al-Quran adalah merupakan 3
pengisian utama di dalam tarbiyyah ruhiyyah.

Sebahagian besar waktu yang dipenuhi dengan pengisian ini amat bermakna di dalam pengislahan hati dan jiwa.
Ketiga-tiga pengisian utama ini, meskipun sedikiit, namun meniggalkan kesan di dalam pengislahan hati dan jiiwa
seorang muslim.

Terdapat juga beberapa pengisian lain yang dapat membantu ke arah menyuburkan ruhiyyah seorang muslim. Di
antaranya ialah :

➢ Sentiasa bermuraqabah dengan Allah


➢ Mengingati mati dan ahwalnya
➢ Mengingati akhirat dan huru-haranya
➢ Menghayati sirah perjalanan Rasulullah SAW
➢ Bersahabat dengan golongan yang melakukan perkara suci dan mengenal Allah
➢ Menangisi kerana Allah di waktu bersendirian.
Seorang muslim yang berjalan di atas jalan dakwah dan bekerja di dalam proses pembinaan dan
perubahan ummah, selayaknya adalah seorang muslim yang sentiasa terpancar jiwanya dengan
pancaran ruhiyyah, sentiasa memekar keimanan di dalam hatinya, sentiasa membekalkan diri dengan
taqwa,insan yang soleh,muslim yang warak,muslim yang bertakwa dan rijal dakwah yang ikhlas.

Seorang pendakwah yang memiliki ciri-ciri dan sifat ini , ucapannya menyentuh hati, tingkah lakunya
menjadi qudwah , air mukanya memaut dan menenangkan hati, teori dan fikirannya mengandungi
pancaran nur ilahi.

Seorang pendakwah apabila hilang pada dirinya ciri-ciri ruhiyyah yang sempurna maka cacatlah
keperibadiannya, tidak mampu meninggalkan kesan di hati mad’u dari ucapan dan tulisannya, atau
dalam ertikata yang lain,akan berlakulah kesamaan antara murabbi dan anak didiknya atau
pendakwah dan mad’unya. Pada Ketika itu jadilah jiwanya kosong dan musnah, jiwa yang tidak
mampu mengilham dan menggerak. Dan pendakwah pada ketika itu tidak layak lagi menjadi
jurubicara ummah,pemimpin dan pendakwah,,penyelamat,perubah dan pendidik ummah, bahkan
dirinyalah yang lebih layak untuk dididik dan ditarbiyyah.
KESAN-KESAN DAKWAH
TERHADAP
PEMBANGUNAN DIRI
AL-MAD’U

AKAL
EZZATUL HUSNA BINTI KHAIRUDDIN
055195
DEFINISI AKAL

❑ Menurut Imam Ghazali akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia dengan makhluk lain.
❑ Dari segi fizikalnya ,ia merupakan otak.
❑ Dari segi kerohanian pula ialah satu keupayaan untuk mengharapkan ilmu pengetahuan tentang hakikat segala
perkara. Daya kekuatan untuk menimbangkan sesuatu yang baik dan buruk.
❑ Menurut Al-Quran akal adalah Hujjah atau anugerah Allah S.W.T yang hebat berbanding dengan makluk lain.

Kaedah menyebutkan:

‫العقل منوط ابلتكاليف‬


“ Akal tempat bergantung taklifan-taklifan.”
HUKUM AKAL

WAJIB MUSTAHIL

Perkara-perkara yang
tak boleh kita gambarkan HARUS Perkara-perkara yang tidak
dengan akal bahawa ianya boleh digambarkan dengan
tidak wujud, ini hanya akal bahawa ianya wujud,
dikhususkan bagi Allah Perkara2 yang boleh seperti mensyirikkan Allah
ta’ala sahaja. digambarkan bahawa ta’ala.
ianya kadangkala wujud
dan kadangkala tidak
wujud, iaitu semua alam
ini.
MEMELIHARA AKAL INI MESTILAH DARI DUA ASPEK BESERTA CONTOH IAITU:

MEMBINA MEMPERTAHAN

Manakala memelihara akal dari sudut


Dari sudut membina akal ialah ditetapkan
mempertahankannya ialah dengan pengharaman arak
oleh syarak bahawa kewajipan menuntut ilmu.
serta apa sahaja yang mempunyai illah kepada
Akal yang disirami dengan ilmu menjadi
pengharaman arak iaitu memabukkan.
seseorang itu lebih rasional dan mengenali
sesuatu. Manusia itu selalunya bermusuh Ini kerana arak dan apa jua jenis yang memabukkan
dengan apa yang mereka jahil. akan menyebabkan akal tidak sempurna dan
menghilangkan pertimbangan rasional dan
Lantaran itu, Allah mengangkat darjat orang kewarasan. Ia mengundang musibah dan bahaya
yang berilmu serta menyatakan secara jelas malapetaka. Tidak sekadar dirinya malah melibatkan
perbezaan antara mereka yang berilmu masyarakat di luar.
dengan mereka yang tidak berilmu.
Arak tidak sekadar diharamkan malah peminumannya
jika sabit kesalahan maka termasuk dalam kategori
jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya
sebanyak 40 kali sebatan.
Membezakan kebaikan dan
keburukan
Mempelajari dan memahami
wahyu Allah s.w.t.

Membolehkan manusia
memakmurkan alam

Meletakkan manusia ketahap PERANAN


yang mulia AKAL
Mengenal kekuasaan dan
keagungan kuasa Allah S.W.T.

Menyelesaikan masalah yang


berlaku
Akal Gharizi adalah kemampuan yang mampu menerima ilmu

AKAL TERBAHAGI KEPADA DUA :

Akal muktasab adalahakal yang dapat menghasilkan berbagai


ilmu dengan cara yang tidak diketahui

Ilmu-ilmu yang dihasilkan melalui perantara akal itu


terbahagi menjadi dua

Ilmu-ilmu pengetahuan keduniaan Ilmu-ilmu pengetahuan akhirat


TUNTUNAN SUNNAH TENTANG AKAL

Sikap Nabi SAW, bahkan ucapan-ucapan beliau pun, menunjukkan kedudukan akal yang sangat penting. Perhatikanlah,
antara dialog beliau dengan Mu’adz bin Jabal RA, yang beliau tugaskan ke Yaman untuk menangani urusan kaum Muslim
di sana.

Nabi bertanya kepadanya: “Atas dasar apa engkau memutuskan perkara jika engkau harus memutuskan?”

Mu’adz menjawab: “Aku memutuskan berdasarkan apa yang terdapat dalam kitab Allah/ al-Qur’an."

Nabi kembali bertanya: “Kalau engkau tidak menemukan di sana?”

“Dengan Sunnah Nabi SAW,“ jawab Mu’adz.

“Kalau di Sunnah Nabi pun engkau tidak temukan?” tanya Nabi lagi.
Mendengar jawabannya, Nabi SAW mengetuk dengan
telapak tangan beliau ke dada Mu’adz pertanda memberi
Mu’adz menjawab: “Aku berijtihad/berusaha dengan sungguh menggunakan
persetujuan beliau. Lalu Nabi bersabda: Segala puji bagi
akalku tidak berlebih (dalam berijtihad).” Allah yang telah membimbing utusan Rasulullah menuju
apa yang diredhai Rasulullah
(HR. Ahmad, Abu Daud. Dan at-Tirmidzy)
CARA BERSYUKUR DENGAN AKAL

Sentiasa meningkatkan daya pemikiran dengan menambahkan ilmu pengetahuan

Berfikir dengan bijaksana ketika menyelesaikan masalah yang berlaku

Menjaga akal daripada perkara yang boleh merosakkan fungsi akal

Menjaga akal daripada pengaruh negatif

Menyumbangkan idea yang baik untuk kebaikan dan kemajuan masyarakat

Memakmurkan alam dengan idea-idea yang berguna


KESAN DAKWAH
TERHADAP PEMBANGUNAN
DIRI AL-MAD’U
-Dari Segi Akhlak
NURAINI BINTI AYOB (055476)
ISM USULUDDIN 4B
DEFINISI
AKHLAK Secara linguistic
(Bahasa)
● Perkataan akhlak berasal dari Bahasa Arab,kata jama’nya “khuluqun” yang bermaksud budi pekerti,
perangai, tingkah laku atau tabiat .
● Dalam bahasa Yunani pengertian khuluq ini disamakan dengan kata ethicos atau ethos, yang bermaksud
adab kebiasaan, perasaan batin, kecenderungan hati untuk melakukan perbuatan.

Secara Terminologi (Istilah)


● Akhlak adalah segala sesuatu yang telah tertanam kuat atau terpatri dalam diri seseorang, yang akan
menghasilkan perbuatan-perbuatan tanpa melalui proses berfikir terlebih dahulu.
● Perbuatan itu dilakukan secara refleksi dan spontan tanpa difikirkan lebih dahulu. Jika sifat yang tertanam
itu darinya muncul perbuatan-perbuatan terpuji berdasarkan syariat maka sifat tersebut dinamakan akhlak
yang terpuji (akhlak al-mahmudah). Sedangkan jika terhasil perbuatan-perbuatan buruk maka sifat
tersebut dinamakan dengan akhlak buruk (akhlak al-mazmumah).
● Dakwah yang dilaksanakan sehingga berkesan dapat membangunkan diri al-mad’u dari segi akhlak iaitu
bersikap dengan akhlak mahmudah.
Beberapa ulama’
mendefinisikan “akhlak”
seperti berikut :

IMAM IMAM
AL-GHAZALI AL-QURTUBY

“Akhlak adalah sifat yang “Suatu perbuatan manusia


tertanam dalam jiwa, yang IBNU yang bersumber dari adab
kesopanannya disebut
darinya menimbulkan MISKAWAIH sebagai akhlaq, kerana
perbuatan-perbuatan
dengan mudah tanpa perbuatan itu termasuk
“Akhlak adalah perangai sebahagian daripada
memerlukan proses iaitu keadaan gerak jiwa
pemikiran dan kejadiannya
yang mendorong ke arah
pertimbangan(perenungan) melakukan perbuatan
terlebih dahulu”. tanpa perlu mengalami
proses berfikir”.
DALIL AKHLAK
MAHMUDAH
َ َ َّ َ َ َ َ َ َّ َ َ ُ َّ ُ َ َ َ َ َّ
ٗ ِ ‫كِث‬
﴾ ‫را‬ ۡ ‫خ ۡر وذك ۡر‬
ۡ ‫ٱّلل‬ َ َ ‫ٱّلل َو‬
ِ ‫ٱۡلو ۡم ٱٓأۡل‬ ۡ ‫ٱّلل ِ أس َوةۡ َح َس َنةۡ ل َِمن َك‬
َۡ ۡ‫ن يَر ُجوا‬ ۡ ‫ف َر ُسو ِۡل‬
ۡ ِ ۡ‫ن لكم‬ۡ ‫﴿لقدۡ َك‬
Terjemahannya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat
dan Dia banyak mengingatit Allah. (Surah Al-Ahzab : 21)

Berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫صالِ َح ْاِلَ ْخ ََل ِق‬ ِ ِ ُ ‫إِمَّنَا بعِ ْث‬


َ ‫ت ِلَُتم َم‬ ُ
Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan
kebaikan akhlak.”
[Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih
dan sanadnya kuat]
BENTUK-BENTUK AKHLAK
MAHMUDAH
01 AKHLAK TERHADAP ALLAH
Langkah pertama berakhlak terhadap Allah adalah pengakuan dan kesedaran
02 AKHLAK TERHADAP
RASULULLAH S.A.W
bahwa tiada Tuhan melainkan Allah yang layak disembah.Antara bukti a) Mencintai Rasulullah
pengakuan tersebut adalah dengan, b) Mengikuti ajaran dan mentaati
perintah Rasulullah kerana merupakan salah
a. Bersyukur kepada Allah
satu bukti bahwa seseorang mencintai Allah,
Manusia diperintahkan untuk memuji dan bersyukur kepada Allah kerana
orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat sedangkan orang yang
ingkar akan َّ ُ‫ٱّللَ فَٱتَّبِعُونِي يُحبِبكُم‬
‫ٱّلل ُ َويَغ ِفر‬ َّ َ‫﴿قُل إِن كُنتُم ت ُ ِحبُّون‬
mendapat siksa sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ibrahim ayat ke-7, َّ ‫لَكُم ذُنُوبَكُ ۚم َو‬
﴾ ‫ٱّلل ُ َغفُور َّر ِحيم‬
َ َ َ َ َّ ُ َ َ َ ُ َّ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ُّ َ َ َّ َ َ
Terjemahannya: Katakanlah (wahai Muhammad):
﴾ۡ‫يدنكمۡ َولئِنۡكفرتمۡ ِإنۡعذ ِاِبۡلش ِديد‬ ‫﴿ِإَوذۡ تأذنۡربكمۡ لئِنۡشكرتمۡ َل ِز‬ "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
b. Meyakini kesempurnaan Allah
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Meyakini bahwa Allah mempunyai sifat kesempurnaan.Setiap yang dilakukan
(Surah Al-‘Imran : 31)
adalah suatu yang baik dan terpuji.

c) Mengucapkan selawat dan salam


c. Taat terhadap perintah-Nya
kepada Rasulullah iaitu dengan mendoakan
Tugas manusia di dunia ini adalah untuk beribadah,disebabkan itu taat Rasulullah dengan membaca selawat kepada
terhadap perintah-Nya merupakan perbuatan baik. baginda s.a.w.
BENTUK-BENTUK AKHLAK
MAHMUDAH
03 AKHLAK TERHADAP DIRI SENDIRI
a) Sabar
Sabar merupakan latihan terhadap diri seseorang dalam meningkatkan keimanan terhadap Allah.

b) Syukur
Syukur adalah dengan menggunakan nikmat yang Allah berikan untuk mentaati-Nya dan tidak menggunakannya untuk berbuat
maksiat kepada Allah.

c) Amanah
Iaitu kesetiaan, ketulusan hati, kepercayaan (tsiqoh), atau kejujuran,yang berlawanan dengan sifat khianat.

d) Siddiq (Jujur)
Merupakan tingkah laku jujur dan benar. Jujur adalah menuturkan sesuatu dengan sebenarnya, sesuai dengan fakta kejadian nya. Siddiq
merupakan berlaku benar dan jujur, baik dalam perkataan maupun perbuatan. Jujur dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian agar seseorang akan berasa selamat ke atas apa yang dilakukan.

e) Wafa‟ (Menepati Janji)


Merupakan suatu sikap tanggungjawab. Menepati janji merupakan salah satu kewajiban seorang pemimpin, bahkan menjadi faktor
kukuhnya sesebuah pemerintahan yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang tidak dapat dipercaya dengan janjinya akan
menyebabkan pergolakan berlaku dalam kalangan rakyat.
BENTUK-BENTUK AKHLAK
MAHMUDAH
04 AKHLAK TERHADAP KELUARGA
a) Birrul Walidain (Berbakti kepada Orangtua) 05 AKHLAK TERHADAP
MASYARAKAT
‫َّل ِإيَّاه ُ َوبِٱل َو ِل َدي ِن ِإح َسنً ۚا ِإ َّما يَبلُغ ََّن ِعن َد َك ٱل ِكبَ َر أَ َحدُهُ َما ٓ أَو‬
ٓ َّ ‫ضى َربُّ َك أَ ََّّل تَعبُد ُٓواْ ِإ‬ a) Berbuat baik kepada masyarakat
َ َ‫﴿ َوق‬ b) Ta’awun (saling menolong)
﴾ ‫ف َو ََّل تَن َهرهُ َما َوقُل لَّ ُه َما قَو َّٗل َك ِر ٗيما‬ ُ
ّٖ ‫ِك ََلهُ َما فَ ََل تَقُل لَّ ُه َما ٓ أ‬ c) Tawadhu (merendahkan diri terhadap sesama)
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak d) Hormat kepada rakan dan sahabat
menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu e) Mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim sesama
berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau Islam.
kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking
(menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia
(yang bersopan santun).” –Surah Al-Isra’ : 23 06 AKHLAK TERHADAP
PERSEKITARAN
Pada dasarnya, akhlak terhadap persekitaran diajarkan
b) Bersikap baik kepada saudara di dalam al - Quran terhadap manusia sebagai khalifah.
َ َ َ َ ً ‫ۡخ‬ َ ُ َ َ َ ُ َ َ
ِ‫سه َِۡوأه ِلۡبَيتِه‬
ِ ‫راۡفليَبدأۡبِنف‬ ‫إذاۡأع َطىۡاّلل ۡأحدكم‬
Kekhalifahan menuntut adanya interaksi antara
manusia dengan sesamanya dan manusia terhadap
Maksudnya: “Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan alam. Kekhalifahan
dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” mengandungi erti pemeliharaan, serta bimbingan, agar
[Riwayat Muslim (1822)] setiap makhluk mencapai tujuan penciptaannya. Dari
situlah Allah memberi tanggungjawab kepada manusia
c) Membina dan mendidik keluarga dengan ilmu agama Islam. untuk mentadbir dan memakmurkan bumi dengan
sebaik-baiknya serta menjaga keseimbangan.
LANGKAH
PEMBINAAN
AKHLAK
MAHMUDAH
❑ Tazkiyah al-nafs
❑ Tarbiyah dzatiah
❑ Halaqah
tarbawiyah
TAZKIYAH AL-NAFS
Bermaksud pembersihan jiwa dari kotoran-
kotoran dan penyakit hati seperti sifat hasad, TARBIAH DZATIAH
kikir, ujub, riya’, sum’ah, thama’, menipu,
tidak amanah, nifaq, syirik, dan sebagainya.Ia Merupakan sarana (segala seseuatu yang dapat
digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk
dicapai melalui pelbagai ibadah dan amal soleh
yang dilakukan secara sempurna yang akan mencapai atau melaksanakan sesuatu) tarbiyah HALAQAH
menghasilkan adab dan muamalah yang baik yang diberikan oleh seseorang muslim,atau
muslimah kepada dirinya untuk membentuk
TARBAWIYAH
kepada Allah dan manusia.Tauhid yang
keperibadian islam yang sempurna dalam
benar,ikhlas, sabar, syukur, harap, santun, jujur
seluruh sisi kehidupannya seperti akademik, Halaqah bermaksud lingkaran dimana umat
kepada Allah dan cinta kepada-Nya di dalam iman, akhlak, sosial, dan sebagainya. Salah satu Islam berhimpun dan diketuai oleh seorang
hati juga dapat direalisasikan. kunci dari tarbiyah dzatiyah adalah membina diri pembimbing untuk bersama-sama membina
sendiri dengan optimal,meningkatkan kualiti diri diri mereka baik dari segi penambahan ilmu
Antara amalan yang dapat menyucikan jiwa menuju tingkatan seideal mungkin, mengadakan maupun pengamalan. Inilah yang kemudian
sehingga mencapai akhlak Islami : perbaikan diri secara konsisten dan berlanjutan, dinamakan halaqah tarbawiyah. Kegiatan halaqah
1.Solat serta meningkatkan semua potensi diri.Antara ini berbentuk pertemuan rutin sekurang-
2.Zakat dan infaq tarbiah yang boleh dilakukan: kurangnya sekali dalam seminggu. Aktiviti
3.Puasa khusus dilaksanakan untuk menguatkan spiritual,
4.Zikir dan fikir 1.Muhasabah seperti
5.Mengingat kematian 2.Taubat dari segala dosa 1.qiamulail
6.Amar ma’ruf Nahi munkar 3.Mencari ilmu dan memperluas wawasan 2.puasa sunnah
4.Mengerjakan amalan-amalan keimanan 3.rehlah
4.tadabbur al-Quran
KESAN DAKWAH TERHADAP PEMBANGUNAN
DIRI AL-MAD’U DARI SEGI AMALAN

NURIZZATUL AFIQAH BINTI MOHD RIZAL


055044
AMALAN IBADAT

Definisi Ibadat :
❑ Bahasa : Merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada
sesuatu.

❑ Syarak : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah SWT.

❑ Kamus Istilah Fiqh : Ibadah bermaksud hal memperhambakan diri kepada Allah dengan taat
melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya kerana Allah semata, baik dalam
bentuk kepercayaan, perkataan mahupun perbuatan
AMALAN IBADAT

Definisi Ibadat :
❖ Menurut al-Quran : Perkataan ibadah disebut berulang kali dan membawa pengertian yang
pelbagai. Di antaranya, ia bererti penyembahan dan pengabdian.

➢ Seperti Firman Allah SWT :

َ ‫س ِإلاَّ ِل َي ْع ُب ُد‬
) 56( ‫ون‬ َ ‫الإ ْن‬ ِ ‫ت‬
ِ ‫الج َّن َو‬ َ ‫َو‬
ُ ‫ما َخل َْق‬

Maksudnya : “ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu “

Surah Adz-Zariyyat : 56
AMALAN IBADAT
Definisi Ibadat :
❖ Menurut Hadis : Hadis Rasulullah SAW menyeru agar melakukan kebaikan yang mempunyai nilai
ibadah.

➢ Dalam sebuah hadits yang dikeluarkan oleh Iman Bukhari dan Imam Muslim dalam kedua kitab sahihnya
dari sahabat Mu’az bin Jabal radhiyallahu ‘anhu dia berkata , Rasulullah Shallallahu alaihi
wasallam bersabda yang bermaksud :
“Wahai Mu’az, tahukah engkau apa hak Allah atas para hamba-Nya ?” Mu’az berkata : Allah dan Rasul-Nya
lebih mengetahui, Baginda bersabda : (iaitu) “hendaknya mereka beribadah kepada-Nya dan tidak
menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, (dan) tahukah engkau hak hamba terhadap Allah ?” Mu’az
berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Baginda bersabda : “Dia tidak akan mengazab mereka.
1. Khusus 2. Umum
i. Ibadah yang utama JENIS-
i. Semua perbuatan manusia
ditentukan cara dan JENIS
dalam kehidupan seharian
syaratnya. IBADAH
ii. Dilakukan semata-mata
ii. Hukumnya fardhu ain yakni kerana Allah SWT
tiap-tiap orang wajib iii. Sebagai contoh :
menyakini dan beramal - Muamalat
dengannya - Jihad
iii. Sebagai Contoh : - Pendidikan
- Solat
- Berpuasa
- Zikir
- Doa
BAHAGIAN-BAHAGIAN IBADAH

Ibadah yang berkaitan dengan


hati seperti rasa khauf (takut),
raja’ (mengharap), mahabbah
Qalbiyyah Ibadah yang berkaitan dengan
(cinta), tawakkal lisan dan hati seperti tasbih,
(kebergantungan), raghbah tahlil, takbir dan syukur.
(senang).

Lisaniyyah
Qalbiyyah

Badaniyyah
Ibadah yang berkaitan dengan Qalbiyyah
anggota fizikal dan hati
seperti solat, zakat, puasa, haji
dan jihad.
KESAN-KESAN AMALAN IBADAH DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA

Mendidik individu
Melahirkan kesatuan
supaya berlaku jujur
matlamat
Dapat memusatkan segala Mendidik jiwa supaya ikhlas dan tidak
usaha amalan duniawi dan mengharapkan balasan daripada
ukhrawi kepada Allah dan asas manusia serta jujur dalam melakukan
perpaduan umat islam. sesuatu perkara.

01 02 03 04

Membentuk Budaya hidup Islam Menghasilkan kerja yang


berkualiti
Mencorakkan budaya hidup muslim
kerana terikat dan patuh kepada Pekerjaan yang didasari ibadah
hukum dan peraturan Allah SWT dari akan menghasilkan kerja yang
sudut aqidah, ibadah dan akhlak. berkualiti dan dapat memberi
manfaat kepada manusia lain.
Melahirkan Perasaan Bebas Melahirkan al-Mad’u yang
Melahirkan rasa bebas dari Produktif
perhambaan daripada yang lain
Ibadah dilaksanakan dalam semua
kepada Allah SWT. Seorang abid aspek kehidupan seperti bidang
tidak akan tunduk kepada segala
Ekonomi, Sosial, Pendidikan dan
perintah yang bercanggah
sebagainya.
dengan perintah Allah SWT

05 06 07 08

Membentuk Akhlak Dan Melatih Mendapat kebaikan di dunia dan


Jiwa Yang Murni akhirat
Orang yang beribadah sentiasa Segala perintah Allah SWT
melatih dirinya untuk tunduk dan mengandungi hikmah. Segala
patuh kepada segala perintah dan perlakuan yang baik mempunyai
ingin mencari redha Allah SWT. nilai yang diberi ganjaran pahala
dan kebaikan dunia dan akhirat.
KEFAHAMAN
DAKWAH

Here starts the


lesson!
KEFAHAMAN
BERDAKWAH

Definisi Pendakwah

Sifat-sifat Pendakwah
Peranan pendakwah
Ciri-ciri pendakwah yang
unggul
01
Definisi Pendakwah
Takrif Pendakwah & konsep dakwah Mad’u pula merupakan orang
yang ditujukan dakwah kepadanya
atau disebut kumpulan sasar
dakwah

Dakwah pula adalah satu usaha menarik


Menurut Kamus orang lain kepada agama Islam dan
Dewan, pendakwah mengikut petunjuk dari-Nya serta
menegakkan syariat-Nya di muka bumi
bermaksud orang atau
ini. Begitu juga menyeru masyarakat agar
golongan yang
mentauhidkan Allah SWT dengan ibadat
menyebarkan ajaran dan amal ketaatan serta melepaskan diri
Pendakwah dalam
sesuatu agama. daripada sebarang bentuk kongkongan
bahasa Arab ialah
Da’i iaitu orang selain daripada Allah SWT semata-mata
yang memikul
tanggungjawab isi kandungan dakwah adalah Islam itu sendiri.
dalam Ini berdasarkan firman Allah SWT:
menyampaikan
seruan dakwah. ِ ‫إِ َّن ال ِ ِّدينَ ِعندَ اللَّـ ِه إ‬
‫اْلس َإَلم‬
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang
benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”
Dakwah ke jalan Allah merupakan satu matlamat dan
pada masa yang sama ia merupakan wasilah untuk
mencapai matlamat lain seperti tazkiyyah al-nafs,
pembentukan individu dan keluarga Muslim,
masyarakat dan negara Islam. Pencapaian matlamat ini
bergantung kepada dakwah. Semakin banyak usaha
dakwah dijalankan, maka matlamat umum yang
diamanahkan oleh Allah SWT akan tercapai. Oleh itu,
keutamaan perlu diberikan kepada dakwah lebih
daripada yang lain.

-Syeikh Sa’id Hawwa-


02
Sifat-sifat
pendakwah
Sifat-sifat pendakwah

3) Memiliki Akhlak Yang Mulia


1)Menguasai bidang ilmu pengetahuan
-Benar (al-sidq)
-ilmu pengetahuan islam
-Amanah
-ilmu sejarah
-imu kesusasteraan dan bahasa -Tidak mudah marah (al-hilm)
-ilmu kemanusiaan -Merendah diri (al-tawadu’)
-Kemuliaan (al-karam
-ilmu sains
-ilmu pengetahuan am
4) Mempunyai jati diri yang kukuh dan menarik
-Supaya pendakwah tidak mudah putus asa dan
2) Memiliki Kekuatan Iman mundur ke belakang apabila berhadapan dengan
-keyakinan pendakwah terhadap agama Islam sesuatu dugaan dan cabaran ataupun lari dari
yang telah dikurniakan Allah kepadanya dan medan perjuangan
diperintahkan untuk mendakwahkannya.
03
Peranan
pendakwah
Peranan pendakwah
1)Peranan pendakwah sebagai saksi
-Bagi seorang pendakwah, mereka juga merupakan saksi atas segala yang telah
dilakukan oleh sasarannya. Seorang pendakwah haruslah mengenali perbuatan
sasarannya. Ini kerana mereka dipertanggungjawabkan untuk mengajak sasarannya
melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan. Semua perbuatan yang
dilakukan oleh sasaran khususnya kejahatan akan diletakkan di atas bahunya
sekiranya pendakwah tersebut tidak mengambil peduli atau melarang mereka dari
melakukannya. Adalah menjadi satu dosa yang besar bagi pendakwah sekiranya
mereka melihat sahaja kemungkaran yang dilakukan oleh sasarannya.

2) Peranan Pendakwah Sebagai Pembawa Berita Yang Baik


-Pendakwah seharusnya memberi khabar berita gembira kepada sasarannya dengan
menyatakan bahawa mereka akan diberikan nikmat sekiranya
melakukan apa yang disuruh.
3) Peranan Pendakwah Sebagai Pemberi Amaran
-Amaran yang dimaksud di sini ialah ancaman atau peringatan.Amaran atau ancaman
haruslah diberikan kepada mereka yang berbuat dosa-dosa besar dan terus-menerus
membuat kejahatan dengan tidak pernah bertaubat

4) Peranan Pendakwah Mengajak Manusia Kepada Jalan Allah


-Pendakwah menyeru manusia kepada jalan Allah dengan mengakui tentang ke-Esaan
Allah dan segala yang wajib bagi-Nya seperti sifat-sifat kesempurnaan. Selain itu
pendakwah haruslah menyeru seluruh manusia agar menyembah Allah dan melakukan
segala perkara yang boleh mendekatkan diri kepadaNya sama ada dalam keadaan
rahasia mahupun terang-terangan.
04
Ciri-ciri
pendakwah yang
unggul
Ciri-ciri pendakwah yang unggul
Melazimi
Melazimi Keaslian Sahihnya
zikir Qiamullail aqidah niat

Memahami Mengamalkn Meningkatkn Sentiasa


konsep fiqh amar makruf amalan melakukan
dakwah dan nahi kerohanian penyucian
mungkar jiwa
TOKOH DAKWAH

SULTAN MUHAMMAD
AL-FATEH
BIOGRAFI
-Muhammad al Fatih ialah Sultan Muhammad II -Pemerintahan : Daulah Uthmaniyah.
-Tarikh lahir : 27 Rejab 835 H atau 30 Mac 1432 -Mula memerintah : setelah Sultan Murad II yang wafat pada
M tanggal 18 Februari 1451 M/ 16 Muharram 855 H
-Tempat lahir : Kota Erdine, ibu kota Daulah -Umur ketika mula memerintah : 19 tahun
Utsmaniyah ketika itu yang terletak di antara -Umur ketika menakluk kota Constantinople : 21 tahun
sempadan Turki-Bulgaria Keperibadian diri :
-Bapa : Sultan Murad II yang merupakan raja ▪ Seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman
keenam Daulah Uthmaniyah dan luaran para tenteranya
-Gelaran : al Fatih dan Abu al Khairat ▪ Pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik
(beliau memerintah selama 30 tahun ▪ Menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew,
dengan memperoleh kebaikan serta kemenangan Arab, Parsi dan Latin)
bagi orang Islam) ▪ Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk
GURU AL-FATEH
al Maula al Qurani Syeikh Syamsuddin al-Wali

▪ Beliau ialah Ahm ad bin Ismail al Qurani, seorang ulama Kurdi. ❖ Nama beliau ialah Muhammad bin Hamzah al
Dimasyqi al Rumi.
▪ Sultan Murrad II menjadikan beliau sebagai guru bagi ❖ Beliau merupakan keturunan khalifah Abu Bakar al
anaknya dan memberikan alat pemukul dan memberi hak Shiddiq dan seorang ulama ahli tasawwuf berasal
agar memukulnya jika tidak patuh perintahnya. dari negeri Syam.
▪ Suatu ketika al Qurani pergi menemui al Fatih dengan ❖ Beliau mengajar Sultan Muhammad ilmu-ilmu
membawa alat pemukul dan berkata “Ayahmu mengutusku agama seperti al Quran, hadith, fiqh, bahasa (Arab,
untuk memberi pengajaran dan aku akan memukul jika kamu Parsi dan Turki), matematik, falak, sejarah,ilmu
tidak patuh terhadap perintahku”. peperangan dan sebagainya
▪ Waktu bertemu Sultan Muhammad dan menjelaskan tentang ❖ Semenjak Sultan Muhammad al Fatih masih kecil
hak yang diberikan oleh Sultan Murad II, Muhammad tertawa, beliau selalu mengilhamkan bahwa Muhammad al
lalu dia dipukul oleh Syeikh al Qurani, dengan pukulan yang Fatih adalah pemimpin yang dimaksudkan dalam
sangat keras, hingga membuat Muhammad takut dan tidak hadith yang bermaksud;
berani mengulangi kesilapan sebegitu lagi.. ❖ “Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-
tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja,
▪ Peristiwa ini amat berkesan pada diri Sultan Muhammad tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis
lantas setelah itu dia terus menghafal al Qur‟an dalam waktu Riwayat Imam Ahmad)
yang singkat.
PENAKLUKAN
KONSTANTINOPEL
1451
a. Sultan Muhammad al-Fateh menaiki takhta.
b. Penumpuan untuk mengukuhkan tentera laut Uthmaniyyah dan persiapan untuk
menakluk Konstantinopel.
c. Di Selat Bosphorus yang sempit, kubu Anadoluhisari telah dibina oleh datuknya, Sultan Bayezid
d. Di bahagian Asia , Sultan Muhammad al-Fateh mendirikan kubu yang lebih kuat yang
dipanggil Rumelihisari di sebelah Eropah .
e. Setelah selesai bentengnya, Baginda meneruskan pelabuhan pada kapal-kapal yang melintas dalam jangkauan
meriam mereka. Sebuah kapal Venetian yang mengabaikan isyarat untuk berhenti telah ditenggelamkan dengan
tembakan meriam dan semua pelaut yang masih hidup dipancung kecuali kapten sebagai tanda amaran kepada pelaut
lain yang ingin lalu di laluan tersebut.
f. Abu Ayyub al-Ansari pengawal kepada Komander Yazid bin Muawiyah (anak khalifah Muawiyah I yang
memerintah kerajaan Bani Umaiyah) meninggal semasa pengepungan tahap pertama di Konstantinopel (674-78).
g. Apabila tentera Uthmaniyah mendekati Konstantinopel,Sheikh Akshamsaddin Mehmed menemui makam Abu
Ayyub al-Ansari. Selepas penaklukan itu, baginda membina Masjid Eyup Sultan di lokasi itu untuk menekankan
pentingnya penaklukan ke dunia Islam dan menyerlahkan peranannya sebagai ghazi.
1453
a. Sultan Muhammad al-Fateh memulakan pengepungan Konstantinopel dengan bilangan tentera yang dianggarkan
antara 80,000 dan 200,000 tentera dengan sebuah kereta api artileri lebih dari tujuh puluh keping bidang besar dan
320 kapal angkatan laut, sebahagian besar mereka mengangkut dan menyimpan. Oleh kerana bandar ini dikelilingi
oleh laut dan darat; tentera di pintu masuk Bosphorus menbentuk satu formasi dari pantai ke pantai dalam bentuk
sabit bertujuan untuk memintas dan menolak sebarang bantuan untuk Konstantinopel dari laut.

b. Pada awal April, pengepungan Konstantinopel bermula. Pada mulanya, tembok kota telah menghalang tentera
Sultan Muhammad al-Fatih, walaupun tentera baginda menggunakan pengeboman baru yang direka
oleh Orban iaitu sebuah meriam gergasi yang serupa dengan Dardanelles Gun. Pada masa yang sama,
Pelabuhan Golden Horn telah dihalang oleh rantai ledakan dan dikawal oleh dua puluh lapan kapal perang.
c. Pada 22 April, Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya mengangkut kapal perangnya yang lebih ringan, di sekitar
jajahan Genoa di Galata ke pantai utara Golden Horn; lapan puluh galley diangkut dari Bosphorus selepas membuka
laluan lebih kurang satu batu dengan kayu. Oleh itu, Byzantine membentengkan pasukan mereka ke dinding dengan
lebih lama. Sekitar sebulan kemudian, Konstantinopel mula jatuh.

d. Pada 29 Mei, selepas pengepungan selama lima puluh tujuh hari, akhirnya Sultan Muhammad al-Fatih berjaya
menakluk Kota Konstantinopel.
JASA DAN SUMBANGAN
AL-FATEH
SUMBANGAN AL-FATEH
• Sumbangan penting Sultan Muhammad al-Fateh ialah :

1)Memperkukuhkan Kedudukan Istanbul


-Penduduk Istanbul berkurangan selepas berlakunya peperangan,dengan itu baginda telah membenarkan
orang Yunani Kembali semula ke Istanbul
-Sultan Muhammad al-fateh juga menggalakkan penghijrahan orang-orang islam dari Asia bagi menjalankan
perniagaan. Layanan baginda yang baik diberikan kepada semua rakyatnya tanpa ada diskriminasi
-Baginda juga telah melancarkan beberapa ekspedisi peperangan untuk meluaskan empayar uthmaniyyah
seperti Belgrad ibu kota Serbia(1456M),Bosnia-Herzegovina(1458M-1516M),Albania (1467M)
,Kepulauan Argos (1467M) dll .
SUMBANGAN AL-FATEH
2) Pembangunan Bidang Sosial
-Sultan al-Fateh telah memberi perhatian yang serius tentang kehidupan rakyatnya, contohnya baginda telah membaiki
infrastruktur,sistem saliran air,pembentungan dan juga pasar.
-Hospital dibina dengan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada semua penduduk tanpa mengira bangsa
dan agama
-Sultan al-Fateh juga telag membina masjid,sekolah dan istana. Baginda juga telah membina 8 buah sekolah yang
lengkap dengan asrama,perpustakaan dan ruang makan.
-Sistem pengajaran dan kurikulum diperbaharui dan diseragamkan. Biasiswa juga disediakan kepada setiap pelajar.
Baginda juga telah menggalakkan para Menteri,ulama’ dan hartawan bagi membangunkan Institusi Pendidikan, seperti
sekolah,masjid dan waqaf.
-Selain itu,bagi tujuan keselamatan Sultan al-fateh telah membina limbungan kapal, Gedung senjata
dan sebuah Kubu yang dilengkapi Menara kawalan.
HABIB ALI ZAENAL
ABIDIN AL-HAMID
BIOGRAFI

Nama : Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al
Hamid bin Sheikh Abu Bakar
Dikenali sebagai : Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh/Tempat Lahir : Jumaat, 12 April 1974. (Bondowoso, Indonesia)
Jantina : Lelaki
Status perkahwinan : Berkahwin
Bahasa : Melayu
Akidah : Ahlusunnah wal jamaah
Pegangan Mazhab : Syafie
Para guru serta
latar belakang pendidikan:
Pada usia beliau 21 tahun
1974 – 1992
Pada awal usia beliau, Habib telah Dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al
menuntut ilmu dengan ramai guru di Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk
sebuah perkampungan yang di diami meneruskan pengajian di Hadhramaut. Beliau juga adalah
oleh ramai para ulama’. Sewaktu antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di
Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang
membesar, beliau sempat berguru
pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.
dengan:
Di Hadhramaut beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom 1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Ustadz Soleh Bal As’ad 2. Al Habib Ali Masyhur
3. Ustadz Abdul Hamid 3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
5. Ustadz Ahmad Barakwan 6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar 1993-1995 7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
1993 – 1995 Dar al Mustafa, Tarim, Yaman.

1996 – 2001 Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin), Universiti Al-Azhar, Mesir.

2001 – 2006 Ijazah Sarjana (Al-Quran & As-Sunnah), Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)

2017 – Kini PhD dalam bidang (Al-Quran & As-Sunnah), Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim


2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau
dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.
PENGLIBATAN
DAKWAH
HABIB ALI
ZAINAL
PENGLIBATAN DAKWAH HABIB ALI ZAINAL
KHIDMAT MASYARAKAT: MEDIA

● Ahli Panel Dakwah Majlis Perundingan Islam ● Penceramah dalam rancangan Fiqhus Sirah,
(MPI), JAKIM. Hayatur Rasul sebanyak 20 episode di Radio IKIM
● Penaung Madrasah At-Tazkiyah. pada tahun 2013
● Penasihat Utama Pertubuhan Kebajikan Darul ● Penceramah rancangan Muhammadku di TV3
Murtadza, Kuala Lumpur. sebanyak 13 episod pada tahun 2013
● Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadza. ● Penceramah rancangan Taman Syurga TV Al-
● Pembimbing Majlis Ta’lim Madras An Nur. Hijrah sebanyak 80 episod pada tahun 2015
● Pembimbing Jalsah Isnin di Surau Putra Al Amin,
Putrajaya.
● Penceramah Pengajian Kitab Syamail
Muhammadiyah di Pertubuhan Muhibbin Melaka.
● Pembimbing Majlis Tafaqquh Ilmi Johor.
● Pembimbing Majlis Hadyun Nabawi Singapura
Majlis Ta’lim Darul Murtadza
Majlis Ta’lim Darul Murtadza: sebuah badan NGO yang aktif dalam usaha-usaha dan aktiviti penyebaran dakwah
Islamiah, yang telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai Pertubuhan
Kebajikan Darul Murtadza Kuala Lumpur.

Sejarah : Pada tahun 2004, Al-Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi Johor.
Oleh kerana itu, Al-Habib Abdul Qadir Al-Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil
alih Darul Murtadza. Sejak dari itu,Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib
Ali Zaenal dengan jemaah 10-20 orang ke Surau Al Hidayah AU3,Keramat dan sekarang di Masjid Muadz Ibn
Jabal,Setiawangsa,Kuala Lumpur dengan jemaah yang makin bertambah dimana dianggarkan seramai 3000 jemaah yang
hadir pada setiap kuliah mingguan.

Acara Tahunan : Maulid Akbar merupakan program tahunan terbesar yang diadakan bersempena dengan kehadiran bulan
mulia, bulan Rabi’ul Awal. yakni bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai usaha memupuk kecintaan
kepada Rasulullah.
• Maulud Akbar ini telah dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2012 bersamaan 1433H
• Penganjuran Maulud Akbar ke-2 iaitu pada 1434H (2013) telah diserikan dengan kehadiran barisan Ulama’ dari dalam
dan luar negara, termasuk Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
• Maulud Akbar 1435H yang bertemakan Rasulullah saw Penyatu Ummah merupakan penganjuran kali ke-3 yang telah
dihadiri oleh Sahibus Samahah Yang Berbahagiia Dato’ Nooh Gadot dan Habiib Jindan bin Novel bin Jindan daripada
Indonesia serta ramai lagi asatizah dan tetamu dari dalam dan luar negara
Majlis Tafaqquh Ilmi Johor

Majlis Tafaqquh Ilmi Johor adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan dibawah
bimbingan Tuan Guru al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid, pemimpin Majlis Ta'alim
Darul Murtadza, Kuala Lumpur.
Organisasi ini ditubuhkan pada Julai 2014, yang terdiri daripada beberapa barisan
sekretariat adalah bertujuan untuk memberi khidmat kepada seluruh masyarakat secara
umum dan masyarakat Johor secara khusus dengan menganjurkan majlis ilmu secara
tallaqqi turath berteraskan kefahaman akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang benar ,
Syariat yang benar , dan Akhlak yang benar dengan bersanad.
Majlis Tafaqquh Ilmi akan berlangsung secara bulanan dengan dibimbing sendiri oleh
Tuan Guru al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid,pemimpin Majlis Ta'alim Darul
Murtadza.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai