Anda di halaman 1dari 12

TARBIYAH RUHIYAH DAN KESANNYA DALAM PROSES

PEMBINAAN DAN PERUBAHAN UMMAH


‫بسم اهلل الرحمن الرحبم‬
1.0 Muqaddimah

Harakah Islamiah dewasa ini amat berhajat kepada pendokong-pendokongnya


yang mempunyai pandangan yang jelas mengenai kepentingan persediaan ruhiyyah di
dalam perjalanan dan perjuangan untuk mengabdikan semula Islam di tempatnya.
Berjalan di atas perjalanan kerohanian atau ruhiyyah adalah suatu keperluan yang
tidak dapat tidak, pendokong gerakan Islam mesti berada di atasnya. Permasalahan
tanzim dan takhtit semata-mata tidak menjamin keselamatan dan kesejahteraan para
pendokongnya di dalam menghadapi situasi dan cabaran semasa.
Di dalam kertas kerja ini, kita cuba untuk mengenengahkan permasaalahan
kerohanian yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dan pendapat ahli haq yang
bertepatan dengan keimanan kita.
'Perjalanan kepada Allah' sama sekali tidak dapat disangkal dan dilupakan oleh
pendokong-pendokong gerakan Islam. Bahkan ia adala suatu tuntutan dan kehendak yang
wajib dijelmakan ke dalam setiap peribadi anggota gerakan agar kemenangan Islam di era
lalu dapat dikembalikan, justeru kita meyakini hanya golongan yang mempunyai jiwa
kerohanian sahajalah yang mampu membawa pelita hidayah dan menerangi kegelapan
jahiliyyah yang sedang meruntun setiap ruang kehidupan ummah dewasa ini.

2.0 Definisi Tarbiyah Ruhiyyah / Kerohanian

Tarbiyyah ruhiyyah secara umumnya di takrifkan ialah suatu proses tarbiyyah


membentuk roh dan jiwa, melalui beberapa marhalah tertentu dan di dasarkan kepada
pembentukan hati yang sentiasa digilapkan dengan aqidah, roh yang sentiasa dididik
dengan ibadah dan mempertingkatkan jiwa kepada setinggi-tinggi pencapaian
kesempurnaan.

3.0 Tarbiyyah Ruhiyyah Bekalan Di atas Jalan Dakwah

3.1 Jalan dakwah adalah segalanya di dalam kehidupan pendakwah. Betapa jalan
dakwah di penuhi onak dan duri, jalan berliku, bahkan terlalu jauh matlamat dan tujuan
yang hendak ditujui. Di atas jalan ini pendakwah berhadapan dengan ketakuatan dan
ugutan, ancaman pembunuhan dan ujian.

Firman Allah SWT. :


‫– الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فخشواهم فزادهم ايمانا وقالوا حسبنااهلل و نعم الوكبل‬
173 : ‫آل عمران‬
Maksudnya : “(iaitu orang yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada
orang-orang mengatakan :"sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk
menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka " Maka perkataan itu menambahkan
keimanan mereka dan mereka menjawab :" cukukplah Allah menjadi penolong kami dan
Allah sebaik-baik pelindung."

3.2 Sesungguhnya hanya persediaan ruhiyyah sahajalah yang dapat menyelamatkan


pendakwah dan melepaskannya daripada semua ujian itu. Betapa pendakwah amat
berhajat kepada bekalan ini agar pendakwah tetap tidak tergugat di atas jalannya, tidak
teragak-agak dan cemas untuk meneruskan perjalanannya.

4.0 Objektif Tarbiyyah Ruhiyyah

4.1 Objektif tarbiyyah ruhiyyah ialah untuk mencapai hati yang sejahtera, bercahaya
dan nur iman yang sentiasa bertambah. Semua keadaan hati yang menjadi matlamat
perjalanan ini adalah hasil daripada amal ibadah, sehingga dengan itu hati memuncak
mencapai maqam ihsan.
Sabda Rasulullah SAW :
‫ رواه أبو نعيم‬- ‫أعبد ربك كأنك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك‬
Maksudnya : “sembahlah tuhanmu seolah-olah kamu melihatnya, sekalipun kamu tidak
dapat melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.”

4.2 Mengikut kadar kenaikan dan kesuburan iman dan pencapaian terhadap maqam
ihsan, terbentuklah peningkatan istiqamah, akhlak dan pengamalan seorang muslim.

5.0 Perjalanan Menuju Allah.

Perjalanan Tarbiyyah Ruhiyyah adalah perjalanan menuju Allah. Pejalanan menuju


Allah bererti berpindah daripada jiwa yang kotor kepada jiwa yang bersih, pemikiran yang
tidak syar'ie kepada pemikiran yang diredhoi syariat, daripada hati yang engkar, fasiq dan
sakit atau hati yang kerasmembatu kepada hati yang tenang dan sejahtera, daripada roh
yang tidak mengenal ketundukan kepada tuhan kepada roh yang mengenal tuhannya dan
menunaikan semua hak pengabdian kepada tuhannya, daripada jasad yang tidak patuh
kepada peraturan syariat kepada jasad yang tunduk dan patuh kepada Allah dan daripada
diri yang tidak sempurna kepada diri yang lebih atau paling sempurna. Semua yang
tersebut ini adalah ibarat pada pentakrifan erti perjalanan menuju Allah yang terkandung di
dalamnya ertikata yang lebih khusus, ianya adalah matlamat pencapaian kita dai dalam
perletakan 'Tarbiyyah Ruhiyyah' di dalam perjalanan jemaah.

6.0 Taqwa Sebagai Jalan

Taqwa adalah jalan untuk mencapai matlamat kerohanian di dalam Tarbiyyah


Ruhiyyah. Dan jalan untuk mencapai kepada maqam taqwa ialah dengan melalui proses-
proses :

a) Mua'hadah
Mua'hadah ialah bersendirian diri seorang muslim dengan tuhannya, membuat dan
memberi janji bahawa ia tidak akan memberi hak pengabdiaan melainkan hanya pada
tuhannya, tidak memohon pertolongan melainkan hanya pada Allah dan tidak akan
memenuhi kehidupannya melainkan hanya dengan manhaj Tuhannya yang lurus. Inilah
makna daripada ucapan seorang muslim di dalam setiap rakaat solatnya :
‫اياك نعبد و اياك نستعين‬

b) Muhasabah
Muhasabah ialah dengan perkiraan dan hisab seorang muslim terhadap dirinya
setiap kali berlalu dan berakhirnya amalannya, adakah amalannya ikhlas dan hanya
menuntut keredhoan Allah, adakah perasaan riya' telah memasuki amalan ketaatannya,
adakah ia telah menunaikan hak yang telah wajib ke atasnya terhadap tuhannya dan hak
yang wajib terhadap sesama manusia. Seandainya pada pengamalannya seluruhnya
adalah kebaikan maka kepada Allah ia meletakkan kepujian, dan seandainya berlaku
sebaliknya, ia hendaklah bersegera beristigfar dan memohon ampun kepada Allah. Inilah
makna yang terkandung di sebalik ucapan Saidina Umar RA :
‫ حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا قبل أن توزنوا‬....
c) Mujahadah
Ia adalah usaha dan kesungguhan seorang muslim melawan hawa nafsunya ke
arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, berusaha
menambah dan melipatgandakan ketaatan yang telah dan sentiasa dikerjakannya,
sehingga ketaatan itu menjadi keutamaan di dalam hidupnya. Inilah makna yang
terkandung di dalam firman Allah :
‫والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا‬
d) Muradabah
Malu dengan sikap sendiri

e) Muaqabah
Memukul diri sendiri

7.0 Kedudukan Mujahadah Di Dalam Tarbiyah Ruhiyyah

7.1 Tarbiyyah Ruhiyyah, seperti yang telah dijelaskan ,adalah perjalanan untuk sampai
kepada Allah. Hasil yang dicitakan ini hanya akan dapat dicapai dan diperolehi melalui
mujahadah.

Firman Allah Taala :


69 : ‫ العنكبوت‬- ‫والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا‬
Maksudnya : “dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, benar-
benar kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.”

7.2 Jelaslah mujahadah adalah merupakan usaha seorang muslim untuk mencapai
matlamat di dalam perjalanan kerohaniannya. Dan hidayah itu adalah limpah kurnia dan
pemberian Allah kepada kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya, mujahadah dan
hidayah itu tidak akan sempurna melainkan dengan taufik dan pertolongan Allah jua.
Firman Allah :
‫اياك نعبد و اياك نستعين‬
Maksudnya : “Akan dikau kami sembah dan akan dikau kami mohon pertolongan.”

Firman Allah :
17 : ‫ محمد‬- ‫والذين اهتدوا زادهم هدى وءاتاهم تقوهم‬

Maksudnya : “Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah, Allah menambah petunjuk
mereka dan memberi mereka balasan ketaqwaan.”

Kesimpulannya , mujahadah adalah wasilah untuk sampai kepada hidayah, sementara


hidayah dapat menyampaikan seorang muslim kepada ketaqwaan.

7.3 Kedudukan mujahadah di dalam tarbiyyah ruhiyyah hendaklah didasarkan kepada


empat persoalan pokok demi mujahadah yang di dalam tarbiyyah ruhiyyah tidak terkeluar
dan tergelincir daripada jalannya yang sebenar. Mujahadah yang benar adalah didasarkan
kepada :

a) Keimanan kepada Allah dan mentauhidkannya serta mengimani kerasulan


Nabi Muhammad SAW.
b) Mendirikan semua kefarduan ibadah di dalam waktunya.
c) Mengisi diri deangan keperluan ibadah-ibadah sunat
d) Rukun mujahadah:
i. u'zlah
ii. Mendiamkan diri dari sesuatu yang tidak manfaat
iii. Berjaga malam dan menghidupkannya
iv. Beristighfar

8.0 Pemusatan Terhadap Pengislahan Hati

8.1 Marhalah pertama di dalam perjalanan kerohanian ialah marhalah perpindahan hati
dari hati yang sakit kepada hati yang sihat sejahtera. Dan marhalah kedua ialah marhalah
pengisian hati dengan bekalan hariannya atau bekalan yang di perlukan oleh hati pada
setiap detik dan waktu agar hati tetap kekal terjaga di dalam keadaan keimanan yang
tinggi, sehinggalah ia bertemu tuhannya.
Firman Allah :
99 : ‫ الحجر‬- ‫واعبدوا ربك حتى يأتينك اليقين‬
Maksudnya : “dan sembahlah tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).”
8.2 Di dalam tarbiyyah ruhiyyah, pemusatan kepada pengislahan hati adalah titik tolak
yang benar dan tepat, justeru dengan itu tercapainya hati kepada kesejahteraannya.
Sehingga seorang muslim dengan hatinya yang sejahtera dapat menyelamatkannya
daripada tipu daya syaitan, bisikan dan fitnahnya, samaada syaitan manusia atau syaitan
jin.
Firman Allah:
‫وكذلك جعلنا لكل نبى عدوا شيطين االنس و الجن يوحى بعضهم الى بعض زخرف القول غرورا‬.
112 : ‫االنعام‬

Maksudnya :” Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan, jin
dan manusia, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-
perkataan yang indah untuk menipu manusia.”

8.3 seorang muslim di dalam gerakan adalah amat patut memberi perhatian yang
serius terhadap pengislahan hati dan bekalannya agar dengan itu menjadikan hatinya
bercahaya, bersinar dan sejahtera dan melayakkannya memikul tugas pembawa risalah
dan perubah masyarakat.

9.0 Keperluan Wirid Harian Dan Daurah Ruhiyyah

9.1 Wirid Harian


9.1.1. Seorang muslim adalah amat perlu menyuburkan rohnya di
dalam waktu seharian hidupnya. Wirid harian itu merangkumi penjagaan
terhadap kewajipan solat dai dalam waktunya dan sentiasa berkekalan
mengerjakan solat sunat mengikut kadar kemampuan seseorang, mengikut
keperluan di dalam pengislahan hatinya.
9.1.2. Secara umumnya, wirid harian yang di tuntut menjadi
perlaksanakan di dalam tarbiyyah ruhiyyah ialah :
a) Solat berjemaah serta solat sunat rawatibnya dengan
menjaga pengamalan zikirnya, qiamullail dan solat sunat dhuha.
b) Istiqhfar harian tidak kurang 100 kali
c) Hanqalah tidak kurang 100 kali
d) Selawat tidak kurang 100 kali
e) Surah Al- Ikhlas 3 kali
f) Sejuzuk daripada Al Quran setiap hari
g) Menjaga zikir dan doa makan ,tidur , masuk dan keluar
rumah
h) Memperbanyakkan zikir-zikir yang secara mutlak seperti tahlil,tahmid,
tasbih dan sebagainya.

9.2 Daurah Ruhiyyah

9.2.1 Di dalam menjayakan tarbiyyah ruhiyyah, seorang muslim hendaklah mempunyai


'daurah ruhiyyah' di dalm kehidupannya. Pusingan dan daurah ruhiyyah ini adalah juga
mengikut kadar kemahuan seorang muslim. Ia boleh dilakukan di dalam tempoh 40 hari, 3
hari, 7 hari dan sebagainya.
9.2.2 Di dalam tempoh daurah, adalah suatu yang amat baik kalau dapat dihimpunkan di
dalamnya puasa dan qiamullail, solat berjamaah, membaca al-Quran dan berzikir. Ia amat
bermakna serta memberi kesan yang bermanfaat di dalam perkembangn dan peningkatan
ruhiyyah seorang muslim sehingga ia dapat dirasai oleh seorang muslim yang ikhlas di
dalam perlaksanaannya.
9.2.3 Daurah Ruhiyyah yang menjadi perjalanan di dalam tarbiyyah ruhiyyah adalah
bersumberkan perjalanan Rasulullah SAW , sebagai contohnya ialah iktikafnya Rasulullah
di dalam sepuluh terakhir di dalam bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah SAW mengenai solat dalam konteks daurah ruhiyyah :
‫من صلى فى مسجد جماعة أربعين ليلة ال تفوته الركعة األولى من صالة العشاء كتب اهلل بها عتقا من‬
‫النار‬
‫رواه ابن ماجه و الترمذى‬
Maksudnya : “sesiapa yang sembahyang di masjid secara berjemaah 40 malam, tidak
tertinggal rakaat pertama daripada sembahyang isyak, Allah menetapkan dengan
demikian itu kelepasan daripada api neraka.”

9.2.4 Tidak syak lagi, seorang musllim yang memiliki daurah ruhiyyah ini atau dalam
ertikata lain seorang muslim yang memiliki ketetapan atau qarar terhadap dirinya di dalam
pemakaian ibadah seperti ini akan bertambah nur iman dan tauhidnya, jernih fikrahnya
dan akan membawa kepada kesucian rohnya. Seterusnya sentiasa berulangnya daurah
ini di dalam kehidupannya, mengekalkan nur iman di dalam hatinya dan menjadikan
imannya di dalam keadaan sentiasa di perbaharui.
10.0 Ke arah Menyuburkan Ruhiyyah

10.1 Di dalam tarbiyyah ruhiyyah, secara kesimpulanya, solat (fardhu dan sunat)
wirid serta zikir dan sentiasa mengekalkan pembacaan Al-Quran adalah merupakan tiga
pengisian utamanya

10.2 Sebahagian besar waktu yang dipenuhi dengan pengisian ini amat bermakna
di dalam pengislahan hati dan jiwa. Ketiga-tiga pengisian utama ini, meskipun sedikit,
namun amat meninggalkan kesan di dalam pengislahan hati dan jiwa seorang muslim

10.3 Namun, di sana terdapat beberapa pengisian yang dapat membantu ke arah
menyuburkan ruhiyyah seorang muslim. Di antaranya ialah :

a) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah


b) Mengingati mati dan ahwalnya
c) Mengingati akhirat dan huru-haranya
d) Menghayati sirah perjalanan Rasulullah SAW
e) Bersahabat dengan golongan pemilik hati yang suci dan mengenal Allah
f) Menangis kerana Allah di waktu bersunyian diri

11.0 Proses Perubahan Dan Keperluan Kepada Golongan Ruhiyyah

11.1 Permasaalahan ummah dan kerja-kerja menyelamatkan kemanusiaan


seluruhnya adalah kerja dan tugas berat yang tidak mungkin dapat di tanggung melainkan
oleh golongan yang mempunyai hati dan jiwa yang bersih, suci dan benar kerana proses
perubahan yang di taja oleh Islam adalah proses perubahan yang didasarkan kepada
kesucian dan kemurnian jiwa berpandukan aqidahnya yang suci dan benar.

11.2 Kemantapan fikrah dan keutamaan di sudut haraki sahaja, tidak mampu
menyelesaikan permasalahan yang membelit ummah, kerana kerja-kerja yang jaminannya
keberkesanan dan kejayaan adalah bermula daripada permasalahan jiwa dan hati yang
diredhai oleh Allah.
11.3 Namun begitu, keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang
mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna di sudut fikrah, jiwa (ruhiyyah)
dan persediaannya di sudut haraki adalah tuntutan yang sama penting demi
keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan ummah berjaya dipenuhi dan mencapai
matlamatnya.

12.0 Kesan Ruhiyyah Di Dalam Proses Pembinaan Dan Perubahan

12.1 Seorang muslim yang berjalan di atas jalan dakwah dan bekerja di dalam
proses pembinaan danperubahan ummahnya, selayaknya adalah seorang muslim yang
sentiasa terpancar jiwanya dengan pancaran ruhiyyah, sentiasa bertiup keimanan di
dalam hatinya, sentiasa membekalkan dairi dengan taqwa, insan yag soleh, muslim yang
warak, mukmin yang bertaqwa dan rijal dakwah yang ikhlas.

12.2 Seorang pendakwah yang mengandungi ciri-ciri dan sifat-sifat ini, ucapannya
menyentuh hati, tingkah lakunya menjadi qudwah, air mukanya memaut dan
menenangkan hati, teori dan fikrahnya mengandungi pancaran nur Ilahi.

12.3 Seorang pendakwah apabila hilang pada dirinya ciri-ciri ruhiyyah yang
sempurna, cacatlah keperibadiannya, tidak mampu meninggalkan kesan di hati mad'u dari
ucapan dan tulisannya, atau dalam ertikata yang lain akan berlakulah kesamaan antara
murabbi dan anak didiknya atau pendakwah dan mad'unya. Pada ketika itu jadilah jiwanya
kosong dan musnah, jiwa yang tidak mampu mengilham dan menggerak. Dan pendakwah
pada ketika itu, tidak layak lagi menjadi jurubicara ummah, pemimpin dan pendakwah,
penyelamat, perubah dan pendidik ummah, bahkan dirinyalah yang lebih layak untuk
dididik dan ditarbiyyah.

13.0 Golongan Ruhiyyah Masa Lalu

Golongan ruhiyyah dan angkatan kerohanian masa lalu adalah sebaik-baik contoh
kepada perjalanan atau 'proses taghyir' yang sedang kita lagangi dewasa ini.
Sesungguhnya merekalah yang telah menyebar dan mengembangkan Islam di benua
Afrika, Asia Tenggara, Asia Tengah dan di serata alam ini. Kita lihat bahawa merekalah
yang telah meninggikan panji-panji jihad di negara-negara mereka, gerakan As Sawasi di
Libya, gerakan Al Mahdi di Sudan, bahkan merekalah yang telah berjasa terhadap
pembebasan bumi Islam di Al Jazair, Tunisia, Al Maghribi dan di mana sahaja.

14.0 Peningkatan Ruhiyyah Dan Berintima' Dengan Gerakan

14.1 Memberi keutamaan dan mengambil berat di dalam pengislahan hati serta
peningkatan di sudut kerohanian atau ruhiyyah, tetapi memandang ringan terhadap
pemakaian hak terhadap membantu dan menolong agama Allah, menguat dan
menggerakkan perjuangan mandaulatkan syariat bererti tidak memenuhi syarat-syarat
pengislahan jiwa dan tidak menepati kehendak, tuntutan dan pengarahan syariat.
Memperjuangkan agama Allah, memperkuat dan menghidupkan sunnah rasulullah SAW,
menggerakkan perjuangan pendaulatan syariat atau dalam ertikata lain berintima' dengan
gerakan Islam adalah kewajipan setiap mukmin yang benar dengan agamanya.
Firman Allah :
8-9 ‫ الفتح‬- ‫انا ارسلناك شاهدا ومبشرا و نذ يرا لتؤمنوا باهلل ورسوله و تعزروه وتوقروه‬

Maksudnya : Sesungguhnya kami mengutuskan kamu sebagi saksi pembawa berita


gembira dan pemberi peringatan, supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan
RasulNya, menguatkan AgamaNya dan membesarkanNya.

Bagaimana mungkin boleh berlaku dan menjadi sempurna pengislahan hati, tetapi
memandang ringan terhadap permasalahan menegakkan syariat Allah dan pendaulatan
hukum hakamnya.

14.2 Berintima' dengan gerakan Islam adalah jalan yang sohih dan benar di
dalam ertikata perjuangan pendaulatan syariat Allah dan hukum hakamnya. Justeru itu
tidak mempunyai sebarang erti pengislahan hati dan peningkatan ruhiyyah seandainya
tidak sempurna intima' dan wala' kepada gerakan dan jemaah Islam, kerana sabda
Rasulullah SAW :
‫ رواه البخارى‬- ‫ان تلزم جماعة المسلمين و امامهم‬

15.0 Penutup
Di dalam pembentukkan peribadi muslim yang sebenar, kita meletakkan tarbiyah
ruhiyyah adalah asas kepada dakwah kita. Hakikat tarbiyyah ruhiyyah ialah proses atau
marhalah pendidikan diri, membersihkan jiwa dan menggilapnya sehingga mencapai
kedudukan yang paling tinggi di dalam skop kesempurnaan jiwa kemanusiaan. Ia adalah
merupakan uslub dari beberapa uslub dakwah yang diiktibar dan mesti dilalui di dalam
perjalanan madrasah dakwah kita.
Mudah-mudahan akan lahir daripada madrasah dakwah ini, generasi pembela yang
tidak sekadar mempunyai peningkatan dan kemampuan di dalam sudut pembacaan politik
dan siasah, teori dan fikrah, kemantapan amal dan tindakan, bahkan mempunyai
peningkatan dan perkembangan di sudut ruhiyyah dan kerohanian kerana gerakan Islam
dewasa ini, di dalam perjalanan dan perjuangan untuk mencapai matlamatnya amat perlu
kepada tenteranya yang hidup di dalam ungkapan ringkas yang cukup memberi erti dan
bermakna,
‫ فرسان بالليل ورهبان بالنهار‬demi terjaminnya sejarah di era lalu berulang sebagai kenyataannya
di era ini. InshaAllah.

Oleh :
Muhd. Zainul Asri B. Hj. Mohd . Ramli

Rujukan :
1.‫القران دان ترجماهن‬
2.‫السنة النبويه‬
3.‫تربيتنا الروحية‬
4.‫ الدكتور عبداهلل ناصح علوان‬- ‫روحانية الداعية‬
5.‫ األستاذ فتحى يكن‬- ‫الشباب والتغيير‬
6.‫ الدكتور عبد اهلل ناصح علوان‬- ‫الشباب المسلم فى موجهةالتحيات‬

HAK CIPTA TERPELIHARA ®


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN
YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA
DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH
DENGAN SYARIAH ISLAM.

Anda mungkin juga menyukai