Anda di halaman 1dari 8

BAI’AH DAN PENGERTIANNYA

oleh : Mohd Abdul Hadi bin Mohd Ghazali

1.0 PENGENALAN

.1 DEFINISI BAHASA

Baiah berasal dari huruf ( ‫ ع‬, ‫ ي‬, ‫ ب‬/ ba' -ya' -ain ) , datang dengan kalimah baa'a ( ‫ ) باع‬atau bei'
( ‫) بيع‬

Dalam Mu'jam Alfaz Quran[1]:Al-baie mubadalatu maalin bimaal ( ‫) البيع مبادلة مال بمال‬, kalimah ini
digunakan biasanya dalam urusan jual beli. Kalimah ini digunakan juga pada hubungan
perdamaian kerana di situ terdapatnya konsep pertukaran hak. ( mubaadalatul hak / ‫) مبادلة الحق‬
sebagaimana pada jual beli ada ( mubaaya'atus syai' / ‫ ) مبايعة الشئ‬.

Dalam Mufradat fi Gharib Quran lil Ashfahaani: Baie ( ‫ ) بيع‬adalah beri barang dan mengambil
duit , sementara Syira' ( ‫ ) شراء‬ialah beri duit dan ambil barang dan dikatakan juga pada baie ( ‫بيع‬
) itu Syira’ ( ‫ ) شراء‬dan pada Syira’ ( ‫ ) شراء‬itu baie. ( ‫ ) بيع‬Sebagaimana dalam hadis:

‫ال يبيع أحدكم على بيع أخيه‬


Tidak harus membeli seseorang kamu di atas belian saudaranya. Hadis ini membawa makna ‫أى‬
‫ال يشتري على شرائه‬

Baiah dari segi bahasa meliputi 3 anasir utama:

I. Mesti ada dua pihak yang buat perjanjian .


II. Ada benda yang ditukar oleh kedua pihak pada perjanjian.
III. Redha antara keduanya,dengan makna kedua2 mereka merasakan bersetuju untuk
sama ada jual atau beli benda tersebut.

.2 DEFINISI ISTILAH

Ibnu Khaldun1:

‫البيعة هي العهد علي الطاعة كأن المبايع يعاهد أميره على أن يسلم له النظر في نفسه فيما يكلفه به من األمر‬
‫على المنشط والمكره‬
“ Baiah ialah perjanjian di atas ketaatan , seperti pembaiah memberi janji setia kepada
pemimpinnya bahawa ia bersedia menerima segala tanggungjawab (sesuatu pandangan
pimpinan kepada dirinya) yang dipertanggungjawab ke atas dirinya sama ada dalam keadaan
cergas atau pun tidak . ( dalam keadaan suka ataupun tidak suka )”

Golongan umat Islam apabila mereka beri baiah kepada ketua mereka,lalu diletakkan tangan
mereka diatas tangan ketua sebagai bukti kepada perjanjian sepertimana keadaan pembeli dan
penjual , dengan demikian jadilah baiah bersalaman tangan antara satu sama lain.

1
Kitab karangan beliau,Muqaddimah,cetakan Mustafa Mohd,Mesir, m.s 209
Dr Solehuddin Basyuni2:

‫المية‬gg‫ة االس‬gg‫رف والجماع‬gg‫ام ط‬gg‫البيعة إذن عقد بين طرفين أشبه ِبما بين البائع والمشتري فاإلم‬
.‫والخالفة هي موضوع البيعة‬.‫الطرف اآلخر‬
Baiah ialah aqad ( perjanjian ) antara dua pihak . menyerupai aqad yang dimateri antara penjual
dan pembeli . Justeru itu Imam ( pemimpin ) di satu pihak dan Jamaah islamiyyah di satu pihak
yang kedua . Sementara Khilafah merupakan “tempat letak”nya baiah .

Dr Mohd Ab.Qadir Abu Faris3:

‫ر‬gg‫ره والعس‬gg‫ط والمك‬gg‫البيعة تعني إعطاء العهد من المبايع على السمع والطاعة لألمير في المنش‬
.‫واليسر وعدم منازعة األمر وتفويض األمور إليه‬
Baiah memberi maksud perjanjian oleh pembaiah atas tanggungjawab dengar dan taat
terhadap pemimpin dalam situasi cergas dan lemah , sukar dan mudah tanpa mewujudkan
pertelingkahan dan dan gangguan kelicinan arahan yang diberi .

Mohd Al-Mubarak4:

‫ايع على الحكم‬gg‫و فيب‬gg‫ ه‬g‫ا‬g‫أم‬.‫ور‬gg‫ة والجمه‬gg‫ة الدول‬gg‫األمير المرشح لرياس‬,‫عقد وميثاق بين الطرفين‬
‫ة هللا‬gg‫دود طاع‬gg‫ة في ح‬gg‫ايع فعلى الطاع‬gg‫ور المب‬gg‫ا الجمه‬gg‫وأم‬,‫لمين‬gg‫ح للمس‬gg‫نة والنص‬gg‫بالكتاب والس‬
.‫ورسوله‬
Perjanjian dan perlembagaan antara dua pihak . Pemimpin yang dicalonkan sebagai ketua
Negara dan rakyat . Adapun pemimpin berbaiah atas pemerintahan yang berdasarkan Kitab ,
Sunnah dan Nasihat bagi sekelian muslimin . Adapun rakyat pula berbaiah atas ketaatan
selama mana berada dalam batas ketaatan kepada Allah dan Rasul.

BAI’AH PARA SAHABAT

.1 Bai’ah Aqabah

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami
pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah
dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak
kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan
tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :

Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika
kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam
bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari

2
Al-Fikru As-Siasi 'indal Mawardi,cetakan Dar At-Thaqafah,m.s 189.
3
An-Nizam As-Siasi fil Islam,Beirut,m.s 229
4
Nizam Islam,Al-Hukm wad Daulah,dar Al-Fikr,m.s 30
kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan
jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah
itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat
muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan
dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai
kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka
kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan.

.2 Bai’ah Aqabah Kubro

Mus’ab bin Umair menyambut arahan baginda s.a.w tanpa bantahan dan menerima amanah
tersebut. Beliau bersegera menunaikan tugasnya mengikut rombongan bai’ah aqabah pertama
kembali ke Yastrib. hal ini menggambarkan baginda s.a.w mempunyai perancangan yang rapi
agar tercapainya matlamat dan mereka yang berbai’ah menjalankan tugas dengan baik.
Apabila matlamat yang pertama berjaya rakyat Madinah yang mula faham betapa agama Islam
membawa keadilan dalam masyarakat mereka memerlukan seorang pemimpin untuk menjaga
keamanan. Untuk menjaga keamanan dan keadilan rakyat mereka perlu melakukan bai’ah
kepada pemimpin yang akan menerajui kepentingan mereka.

Perjanjian bai’ah Aqabah kedua, mereka terus bersiap sedia untuk mengikat janji satu
perjanjian keagamaan dan ketenteraan. Sebelum dimulakan sesi perjanjian, bapa saudara
baginda s.a.w memulakan bicara dan menerangkan betapa beratnya tanggungjawab apabila
bersetuju untuk mengikat perjanjian tersebut. Abbas telah mengungkapkan kepada mereka, “
Hai orang Khazraj ( panggilan orang Arab kepada Ansar sama ada Aus atau Khazraj ),
sesungguhnya Muhammad berasal dari kalangan kami seperti kamu semua maklum. Kami
telah mempertahankannya daripada kaum kami yang sama pegangan dengan kami. Dia berada
dalam kemuliaan dalam kalangan kaumnya dan dipertahankan di negerinya. Akan tetapi dia
tetap hendak memilih untuk sama-sama dengan kamu. Kalau kamu semua memang benar
hendak menunaikan apa yang diajaknya kepada kamu dan kamu benar sanggup
mempertahankannya daripada mereka yang menentangnya, maka terserahlah kepada kamu
untuk memikul tanggungjawab tersebut. Jika kamu bercadang untuk menyerahkan Muhammad
dan tidak menolongnya setelah dia keluar bersama-sama kamu, maka sekarang juga sila
tinggalkannya kerana dia berada dalam kemuliaan dan dipertahankan dalam negerinya.”

Selepas ucapan Abbas, Ka’ab berkata, “ Kami telah mendengar apa yang kamu katakan.
Oleh itu, silalah berbicara wahai rasulullah, dan pilihlah untuk dirimu dan Tuhanmu apa yang
engkau suka.” Jabir pun berkata: “ Wahai Rasulullah atas dasar apakah kami akan
membai’ahmu?” Kemudian

Rasulullah s.a.w pun menyampaikan butir-butir antaranya ialah:


• Dengar dan patuh semasa rajin dan malas
• Sanggup mengeluarkan belanja semasa susah dan senang
• Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran
• Menegakkan tanggungjawab agama Allah tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela
• Menolong saya apabila saya datang kepada kamu dan mempertahankan saya sebagaimana
kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu. Bagi kamu semua balasannya syurga
Lalu al-Barra’ bin Ma’rur memegang tangan baginda s.a.w seraya berkata, “ Demi yang
mengutuskan kamu sebagaimana kami mempertahankan belakang tubuh kami. Sudilah
menerima bai’ah kami ya rasulullah. Demi Allah, kami orang yang mahir berperang serta
mempunyai daerah tersendiri yang telah kami warisi dari orang tua kami.” Ketika al-Barra’
sedang bercakap, Abu al-Haitam mencelah dengan berkata, “ Ya rasulullah, sesungguhnya
antara kami dengan orang Yahudi ada perjanjian, jika kami memutuskan hubungan dengan
mereka kemudian Allah memenangkan kamu, maka kamu akan balik kepada kaummu
meninggalkan kami?”

Baginda s.a.w tersenyum mendengar apa yang diungkapkan oleh Abu al-Haitham, lalu baginda
s.a.w menjawab sambil senyum, “ Bahkan darah tetap darah, binasa tetap binasa, aku dari
kalangan kamu dan kamu dari ku, aku akan memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku
akan beri keamanan kepada sesiapa yang kamu selamatkan.”

PERLUKAH KITA BERBAI’AH


- DALIL-DALIL PERSYARIATAN BAIAH

Firman Allah swt:

ُ ‫ث َفإِ َّن َما َين ُك‬


ْ‫ث َع َلى َن ْفسِ ِه َو َمن‬ ِ ‫ُون هَّللا َ َي ُد هَّللا ِ َف ْو َق أَ ْيد‬
َ ‫ِيه ْم َف َمن َّن َك‬ َ ‫ك إِ َّن َما ُي َب ِايع‬ َ ‫إِنَّ الَّذ‬
َ ‫ِين ُي َب ِايعُو َن‬
]10[ ً ‫أَ ْو َفى ِب َما َعا َهدَ َع َل ْي ُه هَّللا َ َف َسي ُْؤتِي ِه أَجْ راً َعظِ يما‬
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu
(Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanya sanya memberikan
pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia
itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka
bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang
menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi
kepadanya pahala Yang besar. (Surah al-Fath ayat 10)

Ayat ini menunjukkan baiah yang diberikan oleh Sahabat kepada Rasulullah. Hakikat baiah
kepada Rasul adalah juga memberi baiah kepada Allah.

Firman Allah lagi:

‫كِي َن َة َع َلي ِْه ْم‬g ‫الس‬ َ َ ‫أ‬gg‫وب ِه ْم َف‬g


َّ ‫نز َل‬ ِ gُ‫ت ال َّش َج َر ِة َف َعلِ َم َما فِي قُل‬ َ ‫ِين إِ ْذ ُي َب ِايعُو َن‬
َ ْ‫ك َتح‬ َ ‫َل َق ْد َرضِ َي هَّللا ُ َع ِن ْالم ُْؤ ِمن‬
]16[ ً ‫َوأَ َثا َب ُه ْم َف ْتحا ً َق ِريبا‬
Maksudnya :Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon
(yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya
tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan
semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang
dekat masa datangnya; (Surah al-Fath ayat 16)

Firman Allah:

‫ِين َوال َي ْق ُت ْل َن‬َ ‫زن‬g ْ g‫ ِر ْق َن َوال َي‬g ‫يْئا ً َوال َي ْس‬g ‫ ِر ْك َن ِباهَّلل ِ َش‬g ‫ك َعلَى أَن ال ي ُْش‬g ُ g‫ك ْالم ُْؤ ِم َن‬
َ g‫ات ُي َب ِايعْ َن‬g َ ‫ اء‬g‫ا ال َّن ِبيُّ إِ َذا َج‬gg‫ا أَ ُّي َه‬gg‫َي‬
َ ‫ِر لَهُنَّ هَّللا‬gْ ‫ َت ْغف‬g‫اس‬ ِ g‫ُوف َف َب‬
ْ ‫ايعْ هُنَّ َو‬g gٍ ‫ ر‬gْ‫ك فِي َمع‬ َ ‫ي َن‬g‫ص‬ ِ ْ‫ِيهنَّ َوأَرْ ُجل ِِهنَّ َوال َيع‬
ِ ‫ان َي ْف َت ِري َن ُه َبي َْن أَ ْيد‬ َ ‫أَ ْوال َدهُنَّ َوال َيأْت‬
ٍ ‫ِين ِب ُب ْه َت‬
]12[‫إِنَّ هَّللا َ َغفُو ٌر رَّ حِي ٌم‬
Maksudnya :Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu
untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah
dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan
mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu
perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan
menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka Terimalah pengakuan taat
setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al Mumtahanah. Ayat : 12)

Sementara dalam Hadis dinyatakan:

ُ ‫لَّى هَّللا‬g‫ص‬ َ ِ ‫و َل هَّللا‬g‫ ِة أَنَّ َر ُس‬g‫ َة ْال َع َق َب‬gَ‫ا ِء لَ ْيل‬gg‫ ُد ال ُّن َق َب‬g‫و أَ َح‬gَ g‫ان َش ِه َد َب ْدرً ا َو ُه‬
َ ‫ت َرضِ َي هَّللا ُ َع ْن ُه َو َك‬ ِ ‫أَنَّ ُع َبا َد َة ب َْن الصَّا ِم‬
‫وا َوال‬gg‫ ِرقُوا َوال َت ْز ُن‬g‫ ْي ًئا َوال َت ْس‬g‫ ِباهَّلل ِ َش‬g‫ َعلَى أَنْ ال ُت ْش ِر ُكوا‬g‫صا َب ٌة مِنْ أَصْ َح ِاب ِه َب ِايعُو ِني‬ َ ِ‫َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل َو َح ْولَ ُه ع‬
ُ‫أَجْ ُره‬gg‫ُوف َف َمنْ َو َفى ِم ْن ُك ْم َف‬ ُ ْ‫ دِي ُك ْم َوأَرْ ُجلِ ُك ْم َوال َتع‬g‫ ُه َبي َْن أَ ْي‬g‫ان َت ْف َترُو َن‬ ْ
gٍ ‫ ر‬gْ‫وا فِي َمع‬g‫ص‬ ٍ ‫م َوال َتأ ُتوا ِب ُب ْه َت‬gْ ‫َت ْق ُتلُوا أَ ْوال َد ُك‬
‫و‬gَُ ‫ َت َرهُ هَّللا ُ َفه‬g‫اب مِنْ َذل َِك َش ْي ًئا ُث َّم َس‬
َ ‫ص‬ َ َ‫ارةٌ لَ ُه َو َمنْ أ‬ َ ‫ك َش ْي ًئا َفعُوق‬
َ ‫ِب فِي ال ُّد ْن َيا َفه َُو َك َّف‬ َ ِ‫اب مِنْ َذل‬ َ َ‫َعلَى هَّللا ِ َو َمنْ أ‬
َ ‫ص‬
‫إِلَى هَّللا ِ إِنْ َشا َء َع َفا َع ْن ُه َوإِنْ َشا َء َعا َق َب ُه َف َبا َيعْ َناهُ َعلَى َذلِك‬
Bahawa Ubadah bin Shomit rha. dan beliau adalah ahli Badar juga salah seorang Nuqaba’
malam Baiatul Aqabah bahawa Rasulullah saw bersabda sedang sekelilingnya satu kumpulan
dari para sahabatnya : Berilah baiah kamu kepada ku bahawa kamu tidak menyegutukan Allah
swt dengan sesuatu , tidak mencuri , tidak berzina , tidak membunuh anak – anak kamu , tidak
mengadakan dakwaan palsu di tengah – tengah masyarakat dan tidak ingkar dalam perkara
makruf . Barangsiapa yang telah menunaikan ( janji setianya ) maka ganjaran terserah kepada
Allah dan barangsiapa yang terjebak melakukan ( perbuatan mungkar yang disenaraikan )
maka dibalas di dunia sedang ia sebagai kaffarah baginya . Barangsiapa yang terjebak
melakukan ( perbuatan mungkar yang disenaraikan ) kemudian di tutuplindung oleh Allah ,
maka ia terpulang kepada Allah . Jika Allah mahu , Allah ampunkannya dan jika Allah mahu ,
Allah timpakan akibatnya. Maka kami telah memberi baiah .

Dalam hadis lain:

‫مْ ِع‬g‫الس‬ َ ِ ‫ل هَّللا‬gَ ‫و‬g‫ا َر ُس‬gg‫ا َل َبا َيعْ َن‬gg‫ ِّد ِه َق‬g‫ ِه َعنْ َج‬g‫ا َد َة َعنْ أَ ِبي‬gg‫ْن ُع َب‬
َّ ‫لَّ َم َعلَى‬g‫ ِه َو َس‬g‫لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي‬g‫ص‬ ِ ‫ ِد ب‬g‫ْن ْال َولِي‬ِ ‫ا َد َة ب‬gg‫َعنْ ُع َب‬
َ َ َ َ َ ْ ْ ْ ْ َّ ‫َو‬
‫و َل‬ggُ‫مْر أهْ لَ ُه َو َعلَى أنْ َنق‬
َ ‫از َع األ‬ ِ ‫ر َوال َم ْن َشطِ َوال َم ْك َر ِه َو َعلَى أ َث َر ٍة َعلَ ْي َنا َو َعلَى أنْ ال ُن َن‬gِ ْ‫الطا َع ِة فِي العُسْ ِر َواليُس‬
]9[ ‫ِب ْال َح ِّق أَ ْي َن َما ُك َّنا ال َن َخافُ فِي هَّللا ِ لَ ْو َم َة الئ ٍِم‬

Dari Ubadah bin Al Walid bin Ubadah dari ayahnya dari datuknya telah berkata : Kami telah
memberi baiah kepada Rasulullah saw untuk dengar dan taat dalam keadaan sukar dan
senang, cergas dan lemah , bahawa kami tidak mempertikai urusan atau arahan yang
diserahkan kepada ahlinya ( yang berkelayakan ) dan sesungguhnya kami akan berkata benar
sekira – kira kami , demi agama Allah tidak sekali – kali gentar terhadap celaan mereka yang
mencela. (Riwayat Imam Muslim nombor 3426)

BAIAH DAN WALA' KEPADA HARAKAH ISLAMIYYAH

- Baiah kepada jemaah Islam bukan untuk ketuanya berdasarkan sifatnya sebagai individu. Ia
adalah baiah untuk iltizam kepada asas-asas Islam dan keiltizaman kepada Jemaah.
- Baiah kepada jemaah dan jihad adalah untuk mentahqiqkan (membenar dan mencapai )
matlamat Islam.
- Baiah untuk berkorban dengan harta dan nyawa untuk mendapat redha Allah.
- Baiah untuk wala' dan membantu sesama muslim atas wadah Jamaah yang Munazzamah.
- Sesungguhnya baiah untuk amal Islami dan jihad fisabilillah adalah hakikat baiah dengan
Allah taala.

Justeru itu:

Memberi baiah kepada jemaah yang memperjuangkan Islam untuk menegakkan Daulah
Islamiyyah adalah WAJIB kerana Ulamak telah menegaskan bahawa Daulah Islamiyyah yang
telah runtuh sekian lama hanya dapat ditegakkan dengan adanya jamaah .

( Justeru tidak mungkin individu boleh menegakkan Daulah Islamiyyah tanpa Jamaah yang
Munazzamah disamping perjuangan secara solo / individu adalah mukhalafah sunnah. )

Namun apabila ada orang yang tidak mahu memberikan baiah kepada jemaah yang
memperjuangkan Islam , maka beliau tidak dianggap bughah dan murtad yang harus diperangi,
tetapi beliau berdosa kerana tidak berbaiah atau berjanji setia untuk berjuang dan berkorban
demi agama Allah swt. (menjadi peranan kita untuk keluarkan manusia dari berbuat dosa) .

ً
‫جاهلية‬ ً ‫ ومن مات وليس في عنقه بيعة مات‬،‫من خلع يداً من طاعة لقي هَّللا يوم القيامة وال حجة له‬
‫ميتة‬
“Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari
kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada bai’ah di
tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Pada zaman Rasulullah s.a.w., sekalian para sahabat memberi bai’ah mereka kepada
Rasulullah s.a.w.. Adapun selepas zaman baginda, umat Islam wajib memberi bai’ah kepada
pemimpin-pemimpin yang dilantik di kalangan mereka.

Perlantikan pimpinan dalam Islam bermula dari sekecil – kecil perkara seperti bermusafir dalam
satu kelompok walaupun jumlah yang sekecil 3 orang.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

‫ أحدهم‬g‫إذا خرج ثالثة في سفر فليؤمروا‬


“Apabila keluar tiga orang dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah
seorang sebagai pemimpin”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Jika dalam urusan duniawi (iaitu urusan musafir) Rasulullah mengarahkan supaya dilantik
pemimpin, maka lebih-lebih lagi dalam urusan agama dan perjuangan Islam. Institusi
kepimpinan amat penting kepada perjuangan dan gerakan Islam. Justeru itu, menjadi kewajipan
ke atas setiap ahli gerakan Islam untuk memberi bai’ah yang tidak berbelah bagi kepada
pemimpin jamaah.

Jika dilihat kepada bai’ah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui bai’atul
Aqabah pertama dan kedua), ada dua bentuk bai’ah yang mesti menjadi kelaziman setiap ahli
harakah iaitu;

- Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam, dan
- Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke
titisan darah yang terakhir.

Nyatalah kepada kita bahawa tanggungjawab seorang muslim bukan hanya beramal dengan
Islam, tetapi juga mempertahan dan mengangkat martabat Islam dengan segala pengorbanan
yang ada. Jadi, bai’ahnya terhadap harakah juga semestinya merangkumi dua hal tersebut:
 Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,
 Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke
titisan darah yang terakhir.

SEPUTAR MASALAH HUKUM BAI’AH

Ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sekian haditsnya terhadap orang-orang
yang tidak mau berbai’at atau yang melepaskan bai’at dari penguasanya.
Sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam :

َ ‫ْس فِي ُع ُنقِ ِه َبي َْع ٌة َم‬


‫ات ِم ْي َت ًة َجا ِهلِي ًَّة‬ َ ‫ات َو َلي‬
َ ‫َمنْ َم‬
“Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan tidak berbai’at (kepada pemimpin/penguasanya
-pen.) maka meninggalnya dalam keadaan jahiliah.” (HR. Muslim no. 1851 dari Abdullah bin
‘Umar radhiallahu ‘anhuma)

‫لع ِرب َقة اإِل ْسْ اَل ِم مِنْ ُع ُنقِ ِه‬ َ ‫ق الَج َم‬gَ ‫ار‬
َ ‫اعة شِ ربًا َف َق ْد َخ‬ َ ‫َمنْ َف‬
“Barangsiapa memisahkan diri dari jamaah (kesatuan kaum muslimin) sejengkal saja, dia telah
melepas kalung Islam dari lehernya.” (HR. Abu Dawud dari sahabat Abu Dzar radhiallahu ‘anhu,
Shahih)

Bagaimana penjelasan para ulama dalam masalah ini ?

Imam Al Qurthubi (Wafat.671 H) dalam tafsirnya (1:272 cet. Darus Sya’b) mengatakan:

Dan jika kepemimpinan telah terwujud…maka wajib bagi rakyat seluruhnya untuk
membai’atnya untuk patuh dan ta’at untuk menegakkan kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala dan
sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka barangsiapa yang tidak berbai’at karena
uzur dia diberikan kemaafan dan barangsiapa yang tanpa udzur maka dia dipaksa (untuk
berbai’at), agar kesatuan kaum muslimin tidak terpecah.

Demikianlah syariat bai’ah, lantas apa hukuman bagi mereka yang tidak berbaiah? Penjelasan
hukum orang yang tidak mahu berbai’ah atau membatalkan bai’ahnya adalah;

Hukum orang yang seperti ini adalah berdosa besar, namun tidak menjadi kafir. Adapun sabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas “meninggalnya dalam keadaan jahiliah,” maka
menurut :

- Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata,


“Maksudnya seperti keadaan matinya orang jahiliah dari sisi mereka itu tercerai-berai
tidak punya imam.” (Syarh Shahih Muslim, 12/441)

- Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,


“Yang dimaksud (mati dalam keaadaan jahiliah) adalah keadaan matinya seperti
matinya orang jahiliah, yakni di atas kesesatan kerana tidak mempunyai imam yang
ditaati, karena mereka dahulu tidak tahu yang demikian. Yang dimaksud bukanlah ia
mati kafir, melainkan mati dalam keadaan maksiat….” (Fathul Bari, 13/7)

- Al-Imam as-Suyuthi rahimahullah berkata,


“Yakni seperti matinya orang-orang jahiliah di atas kesesatan dan perpecahan.”
(Zahrurruba Syarah an- Nasa’i juz 7—8/139)

- Asy-Syaikh As-Sindi berkata,


“Yang dimaksud seperti matinya orang-orang jahiliah di atas kesesatan bukan yang
dimaksud kekafiran.” (Hasyiyah/ catatan kaki pada an-Nasa’i juz 7—8/139)

Adapun sabda Nabi yang lainnya, “Maka dia telah melepas kalung Islam dari lehernya” maka
tidaklah pula membawa erti kafir:

- Al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah berkata, “(Maksudnya) ia telah menanggalkan ketaatan


kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak berserah diri kepada perintah-Nya,
kepada Rasul dan kepada pimpinan. Dan saya tidak mengetahui seseorang diberi
hukuman lebih dari hukuman itu… Ini pada orang-orang Islam.” (at-Tamhid karya Ibnu
Abdil Bar, 21/283).

- Al-Imam al-Khaththabi berkata, “(Maksudnya) dia telah tersesat dan binasa, seperti
binatang jika dilepaskan dari kalungnya yang terikat padanya, maka binatang tersebut
tidak aman dari kebinasaan atau hilang.” (‘Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud, 13/72
—73)

- Begitulah juga yang dijelaskan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwadzi (8/131), al-
Munawi dalam Faidhul Qadir (6/11), as-Suyuthi dalam syarahnya terhadap Sunan an-
Nasa’i (8/65), tidak ada seorang pun dari mereka yang menggolongkannya ke dalam
kekafiran.

Anda mungkin juga menyukai