“(Bermula ) zina yang wajib [hukuman] had itu iaitu orang yang
melazimkan hukum [mukallaf] lagi mengetahui dengan haramnya
[berzina] dengan memasukkan hasyafah [forehead] atau kadarnya
[sekiranya zakar yang tidak mempunyai hasyafah] dengan faraj atau
dubur yang haram bagi ‘ainnnya, lagi keinginannya pada tabiatnya [tidak
dipaksa] dengan tiada syubhah…….”
Dan wajib atas melontar[4] dengan liwat dan zina* didera dulapan puluh
bagi orang yang hurr [5] dan muhsana*
dan bagi sahaya setengah ketahui engkau orang yang muhsana* iaitu
orang mukallaf yang Islam lagi merdeheka tiada berzina*
dan jika berdiri baiyyinah atas yang kena tuduh atas berzinanya*
gugurlah seperti adalah benar bagi tuduh atau dimaafnya*
(Dan wajib) atas orang yang menuduh akan seseorang semada laki-laki
atau perempuan dengan liwat atau dengan zina seperti dikatakan
“zanaita”, “latta” [yang bermaksud] zinah engkau, atau diliwat engkau
atau “lat” bagi fulan , telah liwat dengan dikau sianu atau “ya zani” atau
“ya la it”, dan yang menuduh itu orang mukallaf lagi dengan ikhtiarnya ,
yang bukan usulnya [yang membuat tuduhan bukan ayah atau datuk],
maka tiada dihadkan [tiada dihukum dengan hukuman had] kafir atau
kanak-kanak dan orang gla atau jahil ia akan haramnya sebab baharu
masuk Islam atau jauh daripada ulama’ atau tergagah [dipaksa] .
(Bermula hukum liwat) seperti hukum zina iaitu dihadkan dia yakni
direjamkan dia jika ada ia muhsan, dan dipukul dan didagangkan [buang
daerah] akan dia jika tiada muhsan , atas yang mazhabnya [yakni
mazhab Imam as-Syafi’ie] ialah yang mu’tamad-nya dan muqabalah-nya
[yang tidak mu’tamad] bahawa sanya dibunuh akan dia mutlaqan[apa
cara sekalipun], dan kaifiyyat membunuh akan dia itu beberapa wajah,
salah suatunya dibunuh akan dia dengan pedang, dan keduanya
direjamkan dia dan ketiga dirobohkan jidar [dinding] atasnya atau
dicampakan dia daripada tempat yang tinggi, {hukuman bunuh] ini pada
fa’il [pelaku] yakni yang meliwatnya, adapun yang kena liwat, maka
dipukulkan dan didagangkan akan dia, jika ada ia mukallaf lagi taat
[dilakukan secara rela] ia akan dia semada ia muhsan atau tiada, semada
laki-laki atau perempuan , jika tiada mukallaf atau yang
digagahi[ dipaksa] akan dia maka tiada dihadkan atasnya, maka makna
liwat itu [ialah] wati pada dubur laki-laki , jika pada dubur sahaya yang
laki-laki sekalipun, atau pada dubur perempuan . Dan wajib had padanya
[kesalahan ini] pada yang lain daripada [meliwat] isterinya dan sahaya
yang perempuan (m/s 195)
Syaikh Muhammad Ismail menyebut dalam bab Qazaf dalam kitab ini:
(dan bermula) hukum liwat (yakni) wati pada dubur orang lain daripada
isterinya, ini seperti hukum zina juga atas qaul yang mu’tamad (adapun
liwat) pada isteri atau sahaya perempuannya maka ditakzirkan dia jua
jika berulang-ulang, jika tiada berulang-ulang maka tiada ditakzirkan
padanya (m/s 215)
Dan disyaratkan pada wajib had itu taklif maka tiada dihad-kan kanak-
kanak dan orang yang gila bahkan dita’dibkan keduanya (dan hukum)
liwat [sama dengan] hukum zina. Dan orang yang dikerjakan [ orang
yang kena liwat] pada duburnya itu had-nya jild [sebatan] semada
muhsan atau tiada (m/s 75)
(Furu) Harus yang menuduh itu menuntut akan yang kena tuduh itu suruh
bersumpah atas tiada ia [orang yang kena tuduh] berzina , dan jika
enggan ia [orang yang kena tuduh] daripada bersumpah gugurlah hadnya
[had qazaf atas yang menuduh], dan jika bersumpah ia [orang yang kena
tuduh]. Dihad-kan dia [yang menuduh] [inilah] kata kebanyakan ulama’,
tiada didengarkan dakwa dengan zina dan bersumpah ia atas menafikan
dia melainkan pada masaalah ini jua seperti kata dalam [kitab] Syarah
Raudah[8]
Dan maka jawab ia dengan bahawa sanya ia [yang menuduh] iqrar atas
dirinya dan menuduh ia[ yang menuduh] akan di fa’il [yang dituduh
sebagai pelaku] , maka [ dalam keadaan ini] jika menuntut ia [yang kena
tuduh] akan had qazaf-nya [terhadap yang menuduh], niscaya adalah
baginya[yang kena tuduh] menyumpahkan [bersumpah] dia atas nafi
liwatnya [meliwat si penuduh], dan jika [sekiranya ] tiada menuntut ia
[yang kena tuduh] akan [hukuman] had-nya [dilaksanakan ke atas yang
menuduh] maka tiada boleh dituntut bersumpah. (m/s:369)
Bermula wajib had zina itu atas orang yang menetap [mukallaf] bagi
segala hukum Islam lagi tahu ia akan haramnya dengan sebab
memasukkan hasyafah atau kadarnya [bagi yang tiada hasyafah] ke
dalam faraj semada faraj itu qubul atau dubur dan semada ia daripada
lelaki atau perempuan dan adalah faraj itu faraj yang diharamkan ia
kerana ‘ainnya lagi yang keinginannya pada tabiat yang sejahtera dan
adalah masuknya itu dengan tiada syubhah dan ada yang empunya faraj
itu diupah lagi menghalalkan dirinya atau mahramnya sekalipun.
(m/s:447)[10]
Lihat bagaimana keatanya syarat baiyyinah bagi menthabitkan perbuatan
zina yang dijatuhkan hukuman hudud, Syaikh Abdul Rauf menyebut dalam
kitab yang sama:
(Soal) jika bertanya seorang apabila naik saksi orang yang diqabulkan
[diterima] saksinya [kesaksiannya] padahal kurang daripada empat orang
akan zina seorang, adakah thabit zina dengan dia [orang yang dituduh]
atau tiada, maka apabila tiada thabit dengan dia [kesaksian yang tisak
cukup empat orang] [kesalahan] zina adakah wajib atas sekelian saksi
had atau tiada
(Jawab) tiada thabit zina dengan dia dan wajib atas sekelian saksi itu
[hukuman] had supaya jangan jatuh pekerjaan [practice] itu
membinasakan hormah [kehormatan/maruah] manusia dengan rupa
saksi. Dan demikian lagi jikalau naik saksi akan zina itu sekelian
perempuan atau segala sahaya atau ahli az-zimmi , niscaya wajib
[hukuman] had atas mereka itu kerana bukan mereka itu ahlu as-
syahadah (yakni) yang bukan patut akan [menjadi] saksi (m/s 450)
!1- Dalam Kitab ‘Umdatu as-Salik , sebuah kitab feqah mazhab Imam
as-Syafi’ie berbahasa arab, karangan Syaikh Ahmad Ibn Naqib . Terdapat
edisi kitab ini yang dibuat ta’liqat oleh Syaikhuna Nuruddin al-Banjari.
Kitab ini juga telah diterjemaholeh Syaikh Nuh Hamim Keller ke dalam
bahasa inggeris dengan baik sekali. Terjemahan yang saya fahami adalah
lebih kurang:
Apabila membuat tuduhan (qazaf) oleh seorang yang baligh, beraqal dan
dengan pilihannya [tidak dipaksa] sedangkan dia seorang muslim, atau
seorang zimmi atau seorang yang murtad atau seorang kafir yang diberi
jaminan keamanan terhadap seorang yang muhsan, bukan anak
kepadanya dengan tuduhan zina atau liwat dengan jelas [sarahah] atau
dengan simbolik [kinayah] beserta dengan niat maka dikenakan hukum
had
Khulasah
[1] Naskhah yang dirujuk dicetak Matba‘ah al-Miriyyah pada tahun 1312
H. Alhamdulillah ianya adalah naskhah yang lengkap.
[2] Anal-sex yang didak dijatuhkan hukuman hudud itu ialah dengan isteri
atau sahaya, bagaimanapun ditakzirkan
[6] Apabila sipenuduh meminta agar orang yang kena tuduh bersumpah,
bererti dia mengiktiraf apa yang disumpah oleh orang yang kena tuduh.
[11] Naskhah yang dirujuk cetakan Dar al-Maarif, Pulau Pinang (t.t)