Anda di halaman 1dari 19

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirahim

JAWAPAN TUGASAN BERKUMPULAN

NAMA KURSUS : UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

KELAS: LWD01A

KOD KURSUS : LAW633

AHLI KUMPULAN

i) Nama Pelajar: SITI NABILA BINTI HAMZAH


Nombor Pelajar: 2022897604

ii) Nama Pelajar: NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL


Nombor Pelajar: 2022254432

iii) Nama Pelajar: NUR HUMAIRRAH BINTI ABDUL RAHMAN


Nombor Pelajar: 2022897736

1
JAWAPAN:

Isu pertama yang perlu ditentukan adalah samaada permohonan pemohon, iaitu Azhar ke
Mahkamah Syariah untuk kebenaran berpoligami boleh dibenarkan berdasarkan alasan-alasan
yang diberikan Azhar.

Berdasarkan hukum syarak, sebelum menentukan sesuatu permohonan kebenaran


poligami itu dibenarkan, seseorang itu perlu memahami maksud dan tujuan berpoligami
dibolehkan. Poligami adalah peruntukan yang berikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan
peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi
empat orang. Ia bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan syarak.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
ْ ‫ث َو ُربَا َع ۖ فَِإ ْن ِخ ْفتُ ْم َأاَّل تَ ْع ِدلُوا فَ َوا ِح َدةً َأوْ َما َملَ َك‬
‫ت‬ َ ‫اب لَ ُك ْم ِمنَ النِّ َسا ِء َم ْثن َٰى َوثُاَل‬ َ ‫َوِإ ْن ِخ ْفتُ ْم َأاَّل تُ ْق ِسطُوا فِي ْاليَتَا َم ٰى فَا ْن ِكحُوا َما‬
َ ‫ط‬
‫َأ ْي َمانُ ُك ْم ۚ ٰ َذلِكَ َأ ْدن َٰى َأاَّل تَعُولُوا‬
Ertinya:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim
(bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah perempuan-perempuan (lain) yang kamu
senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. An-Nisaa: 3)

Manakala, menurut AL – IMAM ‘IZZ AL-DIN ‘ABD AL-SALAM (dalam Qawa’id al- Ahkam
fi Masalih al Anam) pula:

“Kita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam)


syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka.
Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan
kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah tersebut. Ini sama
seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya
hanyalah untuk mengubati.”

2
Seterusnya, menurut pendapat DR YUSUF AL QARADAWI (Al-Qaradawi, Markaz al-Mar’ah
fi al-Hayat al-Islamiyyah, m.s 133-134. Mesir: Maktabah Wahbah) pula:

“Inilah apa yang diraikan oleh syariat Islam dalam persoalan poligami, ia telah
menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudian ia
mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat bahawa pengamalnya
percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya
kezaliman dan berat sebelah”

Begitu juga disebutkan, firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya): “Jika kamu
takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteri”.

Juga di dalam surah yang sama, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


‫َولَ ْن تَ ْستَ ِطيعُوا َأ ْن تَ ْع ِدلُوا بَ ْينَ النِّ َسا ِء َولَوْ َح َرصْ تُ ْم‬
(maksudnya) “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun
kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)”.

 Sambungan ayat :
‫فَاَل تَ ِميلُوا ُك َّل ْال َم ْي ِل فَتَ َذرُوهَا َك ْال ُم َعلَّقَ ِة وَِإ ْن تُصْ لِحُوا َوتَتَّقُوا فَِإ َّن هَّللا َ َكانَ َغفُورًا َر ِحي ًما‬
(maksudnya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri
yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di
awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri
(daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (QS. An-Nisaa: 129)

Mengikut Profesor Dr Hamka di dalam bukunya tafsir Al-Azhar, ayat 3 surah al-Nisa
hendaklah dibaca serentak dan jangan dipotongi pangkal atau hujung ayat. Maka nyatalah di
pangkal ayat ini membolehkan suami berpoligami (iaitu permissive), dan di hujung ayat
menyekat poligami sekiranya suami tidak dapat berlaku adil (iaitu prohibitive). Islam hanya
mengharuskan kahwin poligami, tetapi wajib memberi keadilan kepada isteri-isteri dalam
perkara yang zahir seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan giliran tidur bermalam dengan

3
isteri-isteri dan sebagainya. Jika seorang yang hendak berpoligami itu di takuti tidak dapat
berlaku adil dan tidak menunaikan hak-hak isteri-isterinya maka haram berpoligami kerana
melakukan kezaliman itu hukumnya haram.

Mengikut hukum syarak, bagi suami yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab
sebagai suami ketika sudah beristeri seorang dan tidak mampu jika berlaku tambahan isteri,
hukum untuk berpoligami bagi suami seperti itu adalah HARAM kerana ianya hanya akan
membawa kepada kezaliman. Manakala, hukum poligami adalah HARUS jika tidak
mendatangkan kemudaratan dan penganiayaan ke atas isteri yang dikahwini. Sekiranya suami
tidak dapat berlaku adil dan akan memudaratkan isteri, maka mereka diarahkan beristeri hanya
seorang sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa keharusan berpoligami adalah berkait rapat
dengan keadilan pihak suami dalam melaksanakan tanggungjawab dalam semua aspek rumah
tangga. Keadilan di sini bukan sahaja berkaitan kemampuan suami dari segi kewangan untuk
menyara lebih dari seorang isteri tetapi hendaklah berlaku adil dalam pelbagai aspek termasuk
memberi bimbingan dan menjadi teman kepada isteri-isteri.

Terdapat syarat poligami menurut hukum syarak yang perlu dipenuhi sebelum ia
dibenarkan seperti jumlah isteri sedia ada tidak lebih dari 4 orang, boleh berlaku adil kepada
semua isteri-isteri, mampu memberikan nafkah zahir dan batin, cukup syarat rukun nikah, dan
dari segi hukum syarak, keizinan isteri pertama atau kadi atau mahkamah syariah bagi sesiapa
yang ingin berpoligami adalah sesuatu yang bersifat pentadbiran tetapi bukanlah syarat sah
perkahwinan. Ertinya, dari segi syarak sah perkahwinan tersebut apabila cukup rukun nikah
sekalipun tanpa keizinan kadi.

Berdasarkan peruntukan undang-undang pula, menurut Seksyen 23 (1) Enakmen


Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003, seseorang lelaki yang sudah
berkahwin dan berhasrat untuk berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran daripada
mahkamah dengan cara, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 23 (4) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 iaitu dengan membuat
permohonan yang hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa
perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa

4
itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan,
bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya
berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan
isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang
dicadangkan itu.

Oleh itu, Azhar hendaklah membuat permohonan bersama dengan butir-butir yang
diperlukan tersebut sekiranya berhasrat untuk menikahi Azizah dimana Murni sebagai isteri sedia
ada Azhar, melalui peruntukan Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) Tahun 2003 boleh menjawab Penyata Tuntutan Azhar sama ada bersetuju
atau tidak bersetuju berserta alasan/keterangan (melalui Penyata Pembelaan) dengan
permohonan poligami yang dibuat oleh Azhar. Walaubagaimanapun, perlu ditekankan bahawa
kehadiran isteri ke Mahkamah hanyalah untuk memberi keterangan berkenaan samada izin isteri
diperolehi atau tidak, berserta keterangan-keterangan yang berkaitan dengan permohonan suami
itu, yang akan membantu mahkamah untuk membuat penilaian bagi setiap keadaan dan bukti
kelayakan seseorang suami itu untuk berpoligami. Persetujuan atau keizinan seseorang isteri itu
bukanlah sebab sesuatu permohonan poligami itu wajib ditolak atau dibenarkan oleh Mahkamah.
Oleh itu, dalam kes ini, fakta bahawa Murni tidak bersetuju dan membantah permohonan Azhar
tidak harus menjadikan permohonan Azhar terus ditolak dan kita seharusnya melihat kepada
syarat-syarat poligami seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang yang akan dibincangkan
di bawah.

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, Azhar sebagai pemohon perlu


memberikan keterangan dan membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau memenuhi
kesemua empat syarat yang dinyatakan di bawah Seksyen 23(5) Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 untuk pertimbangan mahkamah dalam
memberikan kebenaran untuk berpoligami. Bagi maksud ini, Mahkamah hendaklah memanggil
pemohon iaitu Azhar dan isterinya Murni supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang
hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang
dipohon itu jika berpuas hati bahawa keempat-empat syarat di bawah dipenuhi—

5
“(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang
kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak
layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk
pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,
sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya,
termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan
yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya
mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie
kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.”

Di dalam kes Aishah Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Othman [1990] 1 MSLR 162,
mahkamah telah memberi penekanan bahawa semua keempat-empat syarat-syarat di atas perlu
dipenuhi, kerana setiap syarat sama pentingnya dan hendaklah dibuktikan berasingan.

Elemen pertama yang perlu dipenuhi di bawah Seksyen 23 (5) (a) Enakmen undang-
undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003 adalah perkahwinan yang dicadangkan
di antara pemohon dan bakal isteri adalah patut atau perlu.

Definisi atau konteks patut atau perlu nya sesuatu poligami ada diterangkan dengan
mendalam di dalam kes Ainisram Bin Ramli vs Norliah Binti Misnan [Kes Mal No: 10200-
011-0233-2013, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam) dimana Mahkamah merujuk kepada
Kamus Dewan, Edisi Keempat, hlm. 1150 yang menyatakan perkataan ‘patut’bermaksud :
i. Baik atau elok (perangai, perbuatan dll);
ii. Layak, sesuai (untuk melakukan sesuatu dll);
iii. Tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai;
iv. Berpadanan, seimbang, setimbal;
v. Tidak boleh tidak, mesti wajib;
vi. Perlu, penting;

6
vii. Sudah seharusnya, selayaknya;
viii. Sebenarnya, sesngguhnya
ix. Tidak dihairankan, padan benar; dan
x. Boleh jadi, mungkin

Manakala perkataan ‘perlu’ yang ditafsirkan dalam Kamus Dewan, hlm. 1191 menyatakan :
i. Keharusan (yang tidak dapat dielakkan);
ii. Menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu);
iii. Harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting;
iv. akan (dengan) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan);
v. Sesuatu yang dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan; dan
vi. untuk, bagi, buat, guna.

Di dalam kes tersebut, mahkamah merujuk perkataan ‘patut’ itu dengan melihat penilaian
keatas diri isteri yang sedia ada dengan melihat kepada kekurangan yang wujud pada isteri sedia
ada sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 23 (5) (a) enakmen yang sama iaitu keadaan
isteri yang mengalami kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk
persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau
gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Perkataan ‘perlu’ pula dirujuk kepada
penilaian diri si suami iaitu sebab atau alasan si suami tersebut yang berkehendakkan kepada
poligami tersebut. Dalam kes ini, Mahkamah menolak permohonan untuk berpoligami yang
dipohon oleh pemohon kerana mahkamah berpendapat bahawa Plaintif gagal untuk
membuktikan kelayakan “patut” dan hanya mengemukakan bukti “perlu” apabila secara asasnya
isteri pemohon sedia ada masih berupaya untuk menjalinkan hubungan kelamin dan melayani
suami sebagai suaminya malahan pasangan itu juga telah dikurniakan tiga orang anak hasil
pernikahan mereka.
Di dalam kes Aishah Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Othman [1990] 1 MSLR 162,
Mahkamah telah membenarkan rayuan isteri Aishah iaitu isteri sedia ada kepada Wan Mohd
Yusof untuk membatalkan perintah kebenaran berpoligami atas alasan subseksyen (a), (c) dan (d)
tidak dipenuhi. Berkenaan subseksyen (a), mahkamah memutuskan bahawa walaupun Wan
Mohd Yusof memberi alasan poligami bagi maksud menghalalkan hubungan kasih sayang beliau

7
dengan bakal isteri alasan yang mana mencukupi untuk memenuhi syarat “keperluan” beliau
untuk berpoligami, beliau masih tidak memenuhi syarat “kepatutan” iaitu justifikasi beliau untuk
berbuat demikian tanpa alasan yang munasabah kerana isteri sedia ada beliau iaitu Aisyah tidak
cacat dari segi jasmani, mempunyai ciri-ciri kepuasan batin dan tidak pernah ingkar dalam
hubungan suami isteri. Dalam kes ini, mahkamah menetapkan kedua-dua syarat perkahwinan
yang dicadangkan itu adalah “patut dan perlu”. Walaubagaimanapun, perlu ditekankan bahawa
kes ini diputuskan sebelum pindaan daripada “patut dan perlu” kepada “patut atau perlu” dibuat.
Kini, sekiranya salah satu syarat “patut” atau “perlu” nya perkahwinan yang dicadangkan itu
dipenuhi, maka elemen Seksyen 23 (5) (a) enakmen ini telah dipenuhi.

Di dalam kes Re Amirudin Bin Abd Rashid [2008] 2 SHLR 171, Mahkamah telah
memberikan kebenaran berpoligami setelah berpendapat bahawa permohonan ini dibuat kerana
dua faktor besar; iaitu kasih sayang terhadap isteri yang sedia ada semakin berkurangan kerana
perkahwinan sudah begitu lama justeru menjadikan ikatan kasih sayang itu longgar dan kasih
sayang yang longgar ini berlaku kerana layanan isteri yang tidak memuaskan; serta faktor kedua
iaitu ditakuti berlaku sebarang maksiat terjadi antara pemohon dan Noriza kerana kedua-duanya
sering keluar melebihi satu tahun yang mana ini adalah bertentangan dengan hukum syarak.

Di dalam permohonan Azhar, perlu ditentukan samada perkahwinan Azhar dan Azizah itu
adalah “patut atau perlu”. Dalam membincangkan soal “keperluan”, Azhar telah menyatakan
alasan beliau ingin berpoligami adalah kerana dua factor iaitu: pertama, kerana kasih saying dan
perhatian daripada isterinya Murni telah berkurangan; serta faktor kedua iaitu kerana beliau telah
mengenali Azizah sejak dua tahun lalu dan sering keluar bersama. Mereka saling mencintai dan
amat memerlukan sehinggakan Azizah berjanji sanggup untuk tidak meminta nafkah daripada
Azhar kerana pendapatannya lebih besar daripada Azhar. Mengikut kes Re Amirudin Bin Abd
Rashid di atas, kedua-dua alasan ini adalah alasan yang dapat diterima oleh Mahkamah untuk
menyokong bahawa perkahwinan beliau dengan Azizah adalah “perlu” kerana ditakuti sekiranya
permohonan ini tidak dibenarkan, akan berlaku sebarang maksiat antara Azhar dan Azizah
kerana perbuatan mereka yang sering keluar bersama adalah bertentangan dengan hukum syarak.
Oleh itu, berdasarkan kepada kes-kes di atas, alasan yang diberikan oleh Azhar sudah mencukupi

8
untuk membentuk satu “keperluan” atau alasan untuk kehendaknya sebagai suami untuk
berkahwin lagi.

Seterusnya berkenaan soal perkahwinan itu adalah “patut”, alasan yang diberikan untuk
berpoligami adalah kerana Azhar tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi
daripada isterinya, Murni. Tambahan pula, penampilan isterinya Murni semakin kurang menarik
dan tidak kemas. Berdasarkan kepada alasan yang diberikan, Azhar tidak memenuhi syarat
bahawa perkahwinan dengan Azizah itu adalah “patut” kerana beliau tidak memberikan
justifikasi ataupun apa-apa keterangan berkenaan dengan keadaan isteri beliau yang sedia ada
iaitu Murni samada cacat dari mana-mana segi sehingga gagal untuk memenuhi keperluan batin
Azhar. Malahan, melalui keterangan yang diberikan, Murni telah pun melahirkan empat orang
anak hasil perkahwinan mereka. Dari sudut itu sahaja, adalah jelas Murni adalah seorang isteri
yang sihat walafiat dan tidak mempunyai apa-apa penyakit untuk tidak menunaikan
tanggungjawab nya dalam tuntutan batin suami, malahan Murni memberi alasan bahawa layanan
telah berkurangan kerana Murni sibuk dengan tugas sebagai seorang guru dan harus melayan 4
orang anak-anak yang masih kecil. Berkenaan isu ini, ianya bukanlah kegagalan Murni semata-
mata kerana Azhar sebagai seorang ayah juga telah gagal untuk membantu dalam menunaikan
tanggungjawab untuk menjaga, mendidik dan melayan anak-anak, malahan sering memarahi
anak-anak apabila mereka ingin mendekati dan bermanja dengan Azhar. Keadaan ini masih boleh
diperbaiki dan sebagai suami Azhar haruslah membantu isterinya dalam memberi penampilan
yang boleh nampak menarik hati Azhar.
Sebagai kesimpulan, syarat pertama bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu “patut
atau perlu” di bawah subseksyen 23 (5)(a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) Tahun 2003 telah dipenuhi, kerana walaupun perkahwinan ini adalah tidak
patut, tetapi syarat bahawa perkahwinan ini adalah “perlu” telah dipenuhi.

Seterusnya, elemen kedua yang perlu dipenuhi adalah seperti yang diperuntukkan di
bawah subseksyen 23 (5)(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
Tahun 2003 yang menyatakan bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan
dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang

9
tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan
perkahwinan yang dicadangkan itu.

Isu kemampuan seorang suami telah dijelaskan di dalam kes Permohonan Kebenaran
Poligami Ahmad Sabri Bin Awang & Maulidah Binti Ngah [2017] 3 LNS 30 di mana
mahkamah telah menyatakan bahawa:
“Syarat yang kedua ini merujuk kepada kemampuan suami dari segi fizikal dan material.
Dari segi fizikal bermaksud suami tersebut hendaklah sihat tubuh badan dan tidak menghidapi
sebarang penyakit yang kronik. Manakala dari segi material pula membawa maksud seorang
suami itu hendaklah mempunyai kemampuan dari segi kewangan iaitu mampu memberi nafkah
kepada isteri-isterinya. Di antara nas al-Quran yang menyentuh tentang kewajipan nafkah
terdapat isteri ialah firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 233 berbunyi:

Yang bermaksud:
“…Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan
cara yang makruf…”

Dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud dan Malik serta
yang lain-lain dari Jabir RA berbunyi:

“Takutlah kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya mereka tiada


kebebasan di sisi kamu, kamu mengambil mereka dengan Amanah Allah SWT dan kamu
menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah SWT. Dan wajib ke atas kamu memberi
makan dan pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf.”

Merujuk kepada kes Dalam Perkara Permohonan Poligami Ruzaini Hassan [2001] 1
MSLR 26, walaupun isteri sedia ada pemohon tidak menyatakan sebarang bantahan untuk
pemohon berkahwin lagi satu, Mahkamah kemudiannya membuat keputusan dengan menolak
permohonan kerana pemohon hanyalah berpendapatan bersih sebanyak RM1,291.90 dan setelah
dibelanja untuk isteri dan anak-anak sebanyak RM1,000 berbaki hanya RM291.90 sahaja.

10
Walaupun pemohon ada menyatakan bahawa dia mampu dari segi zahir dan batin dan takut
perkara maksiat berlaku, bukanlah hujah yang kuat untuk berkahwin lagi satu.

Di dalam kes ini, melalui keterangan yang diberikan oleh isteri Azhar sendiri, keperluan
rumah dan anak-anak telah disediakan oleh Murni yang berpendapatan RM5000.00 sebulan dan
gaji Azhar hanya digunakan untuk membayar pinjaman bulanan kereta yang dipakainya dan
minyak kereta tersebut serta keperluan sendiri. Daripada keterangan tersebut, dapat dilihat
bahawa Azhar adalah seorang yang gagal untuk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai
seorang suami kerana rata-rata daripada gaji nya sendiri tidak diperuntukkan perbelanjaan untuk
keperluan rumah dan anak-anak beliau, malahan keseluruhan kos keperluan ditanggung oleh
Murni seorang diri. Sedangkan keperluan rumah isteri sedia ada tidak dapat ditanggung, apatah
lagi ingin menanggung keperluan seorang lagi isteri yang lain. Walaupun Azizah dalam
keterangannya menyatakan bahawa dia tidak akan meminta nafkah daripada Azhar kerana gaji
dan pendapatannya lebih besar daripada Azhar, kenyataan itu tidak boleh menidakkan kewajipan
Azhar sebagai seorang suami (sekiranya kebenaran poligami dibenarkan) untuk memberikan
nafkah kepada Azizah. Melainkan Azhar dapat membuktikan kepada mahkamah dan
membuktikan beliau mampu untuk menanggung keperluan Murni dan Azizah, samada melalui
keterangan dan slip pendapatan, bebanan hutang sedia ada, dan cadangan pembahagian nafkah
serta keperluan kedua-dua isteri dan bakal isteri, maka setakat keterangan yang diberikan ini
boleh disimpulkan Azhar gagal memenuhi syarat kemampuan yang perlu dipenuhi untuk
membolehkan permohonan ini dibenarkan.
Elemen ketiga yang harus dipenuhi adalah subseksyen 23 (5)(c) Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 iaitu pemohon hendaklah berupaya
memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak.

Di dalam kes Aishah Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Othman [1990] 1 MSLR
162, pemohon telah memberi keterangan bahawa “Saya mengaku akan berlaku adil di dalam segi
pembahagian masa dan saya juga akan menentukan taraf isteri dan anak-anak tidak akan terjejas
langsung.” Mahkamah juga menyatakan bahawa dalam menentukan samada pemohon adil atau
tidak, salah satu cara adalah dengan memanggil saksi-saksi yang sesuai untuk memberi sokongan

11
bahawa pemohon adalah seorang yang bertaqwa kepada Allah dan seorang suami yang
menunaikan perintah-perintah Allah seperti sembahyang, fardhu puasa dan sebagainya.

Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa saksi yang terbaik yang boleh digunakan
keterangannya dalam menilai samada Azhar adalah seorang lelaki yang mampu berlaku adil
terhadap Murni dan Azizah adalah isteri Azhar sendiri iaitu Murni. Sebagai seorang isteri yang
telah lama hidup berumahtangga dengan Azhar, sudah pasti Murni adalah orang yang paling
mengetahui sikap, perangai, dan kemampuan suaminya samada mampu berlaku adil atau tidak.
Melalui keterangan yang diberikan oleh Murni, Azhar telah mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai suami dan ayah apabila tidak melayani Murni dengan baik dan tidak suka berada di
rumah. Beliau bukan sahaja tidak ingin membantunya menjaga, mendidik dan melayan anak-
anak, malahan sering memarahi anak-anak apabila mereka ingin mendekati dan bermanja dengan
Azhar. Azhar lebih suka menghabiskan masa dengan keluar bersama-sama dengan kawan-
kawannya. Berlandaskan kepada keterangan itu, dapat dilihat Azhar gagal menunaikan
tanggungjawab kepada rumahtangga yang sedia ada, apatah lagi ingin mendirikan rumah tangga
yang lain. Oleh itu, Azhar gagal memenuhi syarat ini kerana terdapat keraguan bahawa Azhar
mampu berlaku adil terhadap Murni dan Azizah.

Elemen terakhir yang perlu dipenuhi adalah bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak
akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada seperti yang
diperuntukkan di bawah Seksyen 23 (5) (d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003.

Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


mentafsir “darar syarie” sebagai “bahaya, yang menyentuh seseorang mengenai agama, nyawa,
tubuh badan, akal fikiran, maruah atau harta benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh
Hukum Syarak”. Al-Shatibi (1991) pula mendefinisikan darar sebagai penganiayaan suami
terhadap isteri dalam bentuk yang boleh mengancam nyawa, keturunan, harta benda dan akal
isteri. Lebih jelas lagi, darar ialah penganiayaan suami terhadap isteri yang melibatkan lima
perkara asas yang wajib dijaga dalam Islam iaitu maslahah daruriyyah dalam aspek agama,
nyawa, keturunan, harta benda dan termasuklah akal isteri. Oleh itu, penganiayaan yang berlaku

12
terhadap isteri oleh suami dalam sebarang bentuk sama ada fizikal atau emosi merupakan darar
terhadap isteri. Penderaan emosi berlaku apabila isteri yang ditinggalkan suami keseorangan
terpaksa menanggung anak-anak, perasaan tertekan oleh kerana kepenatan mencari wang dan
menguruskan anak-anak boleh memberi kesan terhadap emosi isteri (Utusan Malaysia, 2014).
Menurut A. Hariri dan Raihanah Azahari (2014), kebanyakan perceraian berlaku kerana
konflik dalam perkahwinan, pengabaian tanggung jawab, penderaan dan penganiayaan.
Perbuatan suami yang memukul isteri, mengabaikan nafkah atau tidak memberi nafkah langsung,
melayan isteri dengan buruk malah melacurkan isteri adalah antara contoh-contoh perbuatan
darar syarie. Justeru, isteri yang mengalami darar syarie wajar diberi hak dan perlindungan
menurut syarak dan undang-undang.
Menyebut konteks darar syarie khususnya dalam poligami pula, di dalam kes Re
Amirudi Bin Abd Rashid [2008] 2 SHLR 171, mahkamah ada menyentuh konteks darar syarie
di dalam poligami iaitu:
“[25] Ada sebilangan kecil ulama berpendapat, seorang yang hendak berpoligami itu
mestilah berkeyakinan penuh mengikut perhitungan yang jujur bahawa perkahwinan
kedua, tidak menyeksa jiwa dan perasaan isteri yang pertama dan tidak merosakkan
kehidupan dirinya serta terhadap anak-anak. Perhitungan ini adalah berdasarkan fekah
yang maksudnya: Menolak perkara kerosakan mestilah didahulukan di atas perkara
yang membawa kebaikan.
[27] Sekiranya difikirkan bahawa kepentingan isteri pertama dan anak-anak
daripadanya tidak dapat dijaga, misalnya isteri pertama sepanjang hayat telah diseksa
jiwa dan perasaannya dan anak daripadanya pula terbiar tidak mendapat Pendidikan
dan pelajaran yang menyebabkan mereka menjadi seorang penjenayah, maka
berpoligami itu hukumnya adalah haram. Ingatlah kebenaran berpoligami itu bukanlah
merupakan satu tiket untuk mencari alasan bagi permohonan perceraian dibuat oleh
mana-mana pihak dalam rumahtangga berkenaan.”

Di dalam kes Mohd Fadzil lwn Suriyati (10400-011-0271-2009), walaupun dalam


pengakuan dan keterangan Plaintif menyatakan kemampuan dalam memberi layanan yang adil
kepada isteri dan bakal isteri serta tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri dan bakal
isteri, namun pihak isteri tidak bersetuju dan setelah perbicaraan berlangsung selama 5 bulan 25

13
hari, Mahkamah mendapati Plaintif tidak layak untuk berpoligami kerana dikhuatiri akan berlaku
pengabaian terhadap isteri, bakal isteri dan anak-anak Plaintif yang sedia ada sekiranya
permohonan poligami diluluskan.

Mahkamah juga telah menolak kes Che Muhammad Hafizi lwn Wahidah (10300-011-
0437-2011) dalam isu yang sama kerana dikhuatiri Plaintif akan mengabaikan tanggungjawab
sebagai seorang suami dan tidak dapat berlaku adil kepada isteri dan juga bakal isteri.
Menariknya dalam kes ini mahkamah tetap menolak permohonan Plantif walaupun pihak isteri
memberi keizinan.

Di dalam kes ini, Murni telah menyatakan bahawa Azhar telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah apabila Azhar tidak melayaninya dengan
baik dan tidak suka berada di rumah. Beliau bukan sahaja tidak ingin membantunya menjaga,
mendidik dan melayan anak-anak, malahan sering memarahi anak-anak apabila mereka ingin
mendekati dan bermanja dengan Azhar. Azhar lebih suka menghabiskan masa dengan keluar
bersama-sama dengan kawan-kawannya, yang mungkin sebenarnya adalah hanya Azhar
sebenarnya berjumpa Azizah yang dikenalinya sejak dua tahun lalu dan sering keluar bersama.
Keadaan ini jugalah yang menjadi faktor Murni tidak dapat memberikan layanan yang sempurna
kepada Azhar kerana sibuk dengan tugasnya sebagai guru dan terpaksa melayan 4 orang anak-
anak yang masih kecil tanpa bantuan suaminya. Keadaan Murni dan anak-anak yang diabaikan
adalah satu penderaan emosi ini yang jauh lebih bahaya daripada penderaan fizikal jika tidak
ditangani lebih awal. Ini dibuktikan dalam kes Sharimah bt. Muhammad lwn. Ahmad
Burhanuddin bin Abdullah (2007) JH 23/2 263, isteri dalam kes tersebut telah mengalami
tekanan emosi dan mental yang berat sehingga memerlukan rawatan pakar akibat perbuatan
curang suaminya.

Oleh itu, Murni sebagai isteri yang berhadapan dengan darar emosi ini perlu
mengemukakan beban pembuktian yang kuat terhadap Azhar dan jelas mengenai “kecederaan
emosi” yang telah dialami sepanjang perkahwinan dengan Azhar atau yang mungkin dialami
sekiranya poligami ini dibenarkan. Ini dikukuhkan dalam kes Nor Azroha Azizan lwn.
Mohamad Faizal Nor (2015) JH 42/2259, Mahkamah berpandangan bahawa dalam

14
membuktikan sesuatu perbuatan dan tindakan itu boleh memberi kesan kepada mental Perayu
seharusnya Perayu mendapatkan keterangan pakar untuk membuktikan bahawa tindakan-
tindakan Responden sememangnya menyakiti Perayu secara mental ataupun menganggu emosi
Perayu yang boleh menyebabkan Perayu teraniaya dengan tindakan Responden dalam kes
tersebut. Oleh itu, keterangan pakar seperti psikiatri dan pegawai kaunseling adalah sangat
penting untuk membuktikan sejauh mana perbuatan dan tindakan Azhar memberi kesan terhadap
emosi dan mental Murni. Sekiranya, mahkamah mendapati terdapat Darar Syarie di dalam kes
ini, maka kemungkinan besar permohonan poligami akan ditolak. Jika dilihat daripada
keterangan Murni di atas, jelas kenyataan Murni berkenaan pengabaian tanggungjawab Azhar
dalam perkahwinan mereka adalah sudah mencukupi untuk membentuk satu keadaan darar
syarie kepada Murni. Oleh itu, elemen ini juga gagal dipenuhi oleh Azhar.
Secara konklusinya, dalam permohonan poligami Azhar ini, dapat dilihat Azhar gagal
memenuhi syarat-syarat (b), (c), dan (d) di bawah Seksyen 23(5) Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 walaupun syarat (a) telah dipenuhi. Mengikut kes
Aishah Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Othman [1990] 1 MSLR 162, permohonan Azhar
haruslah ditolak kerana hanya satu daripada keempat-empat syarat yang harus dibuktikan dan
dipenuhi secara berasingan dipenuhi oleh Azhar, manakala syarat lainnya gagal dipenuhi beliau.
Di dalam kes Dalam Perkara Permohonan Poligami Ruzaini Hassan [2001] 1 MSLR 26, kita
juga boleh mengambil prinsip yang diketengahkan oleh YA Hussin Harun H sebagai konklusi
dalam kes Azhar ini, iaitu bahawa “walaupun perkahwinan berpoligami itu boleh mendatangkan
kebaikan tetapi jika tidak ada perancangan lebih awal, maka ia perlu dikemudiankan seperti
kaedah fiqh yang berbunyi; “menolak perkara kerosakan mestilah didahulukan di atas perkara
yang membawa kebaikan.” Dalam kes Azhar ini, dapat dilihat lebih banyak kerosakan dan
keburukan berbanding kebaikan jika permohonan poligami ini dibenarkan Mahkamah.

Isu yang seterusnya yang perlu ditentukan adalah samada Murni boleh menuntut hak nya
ke atas rumah yang beliau dan Azhar diami sebagai harta sepencarian dalam permohonan
poligami yang dibuat oleh Azhar ini.

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para
ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun ulama’ masih lagi

15
memperakuinya berdasarkan konsep uruf (adat) dan maslahah setempat. Ini mengambil kira soal
keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur Ayat 32 yang
menyatakan:

“Orang –orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang


perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”.

Maka apabila sesuatu uruf itu diperakui baik dan sesuai oleh undang-undang
kedudukannya, maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Malah ia selaras dengan
kaedah fiqh antaranya ialah ”adat yang diakui sebagai hukum” dan juga ”uruf itu diiktibarkan
oleh syarak”.

Mengikut peruntukan undang-undang pula, dibawah Seksyen 2 Enakmen Undang-


Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai
“harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut
syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”. Berdasarkan takrif yang diperuntukkan,
bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih
yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak
sahaja semasa perkahwinan.

Seterusnya, berdasarkan peruntukan undang-undang pula, tuntutan harta sepencarian


yang boleh dibuat semasa tempoh perkahwinan adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 23(10)
(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Seksyen ini
memperuntukkan bahawa:

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya


perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas
permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—
(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri
atau isteri-isteri yang sedia ada; atau
(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak

16
itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka
atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

Berdasarkan peruntukan tersebut harta sepencarian boleh wujud dalam tiga keadaan seperti
yang dinyatakan oleh Dato' Hj Ismail bin Yahya HMTS di dalam kes Norlia binti Abdul lwn
Md Yusof bin A Rahman [2004] 18(1) JH 133 iaitu:

Pertama: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat
kuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum Syarak, dengan usaha
bersama mereka;

  Kedua: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat
kuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum Syarak, dengan usaha tunggal
satu pihak kepada perkahwinan itu.

  Ketiga: aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah
dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuat
kuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum Syarak oleh pihak yang satu
lagi itu atau dengan usaha bersama suami isteri.

Kaedah yang biasa digunakan oleh Mahkamah dalam menentukan isu harta sepencarian
adalah melalui kaedah sulh iaitu dengan cara persetujuan pihak-pihak samada melalui pengakuan
dan penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak lagi atau pembahagian hasil jualan aset tersebut
mengikut nilai harta yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini boleh dibuat samaada di luar
mahkamah atau di hadapan pegawai sulh yang mana kemudian ianya akan diendors sebagai satu
perintah oleh mahkamah, atau melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung.

Sekiranya tiada persetujuan berkenaan pembahagian harta sepencarian, maka mahkamah


akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak dan seterusnya membuat
keputusan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah. Sabitan tuntutan
harta sepencarian adalah berlandaskan kepada kaedah pembuktian menurut Hukum Syarak sama
ada melalui keterangan pihak-pihak, saksi dan juga boleh diputuskan berdasarkan

17
kepada qarinah. Mahkamah perlu menilai sumbangan langsung dan tidak langsung pihak-pihak
terhadap rumah yang didiami tersebut yang telah diperolehi oleh mereka dalam menentukan
bahagian masing-masing melalui takat sumbangan yang telah dibuat samada secara langsung
atau secara tidak langsung.

Di dalam kes ini, Murni mendakwa telah membuat sumbangan langsung dalam memiliki
rumah tersebut melalui pembayaran deposit RM50,000.00 hasil dari pinjaman peribadi yang
dilakukan. Mengikut tafsiran undang-undang, rumah yang mereka diami itu adalah satu harta
sepencarian memandangkan rumah itu diperoleh hasil bersama Azhar dan Murni semasa tempoh
perkahwinan mereka. Memandangkan tuntutan harta sepencarian memerlukan qarinah untuk
pembuktian bagi menentukan takat sumbangan, maka Murni perlu kemukakan bukti bayaran
deposit pembayaran rumah berjumlah RM50,000.00 tersebut dalam bentuk dokumentasi dan
disokong dengan bukti perjanjian peribadi yang ditandatanganinya dengan pihak Bank. Ini
kerana pihak yang membuat dakwaan perlulah membuktikan dakwaannya. Ini selaras dengan
prinsip undang-undang keterangan Islam iaitu:

Keterangan kepada orang yang mendakwa dan sumpah kepada orang yang ingkar (orang
yang didakwa).
Prinsip ini jelas menggariskan bahawa beban pembuktian adalah terletak atau ditanggung oleh
pihak yang mendakwa atau menuntut. Manakala sumpah adalah hak orang yang didakwa atau
dituntut jika pihak yang mendakwa gagal membuktikan tuntutannya. Tuntutan yang tidak
disokong dengan keterangan atau hanya dengan keterangan yang lemah akan ditolak.
Selain sumbangan langsung, Murni juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian untuk
rumah tersebut melalui sumbangan tidak langsungnya. Sumbangan tidak langsung merupakan
sumbangan pihak Murni dalam menguruskan segala hal ehwal keluarga seperti menjaga makan
minum, pakaian, tempat tinggal serta memastikan agar keselesaan dan ketenteraman rumah
kediaman diperolehi sepenuhnya oleh Azhar dan anak-anak. Biarpun seperti yang diketahui
umum bahawa urusan-urusan tugasan membuat kerja-kerja di rumah bukanlah tugasan hakiki
seseorang isteri dan sepatutnya seseorang suami itu perlu menyediakan pembantu rumah, tetapi
di dalam kes ini Murni dilihat berbesar hati membantu Azhar dalam melaksanakan tugasan-
tugasan tersebut demi kemaslahatan keluarga dan telah mendorong suami memperoleh harta itu
dan dengan harta tersebut mereka hidup bersama dengan aman dan damai.

18
Dalam kes Timah bte Sulaiman lwn Abdul Rahman bin Ayob [2001] 14 (ii) 297, yang
diputuskan oleh YAA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Mal No 04–14 Tahun
2000 mahkamah telah mengesahkan tuntutan sebanyak RM58,000 sebagai harta sepencarian
berdasarkan usaha yang dilakukan oleh pemohon semasa menjadi isteri tanpa dibantu oleh orang
lain untuk menguruskan rumahtangga.
Oleh yang demikian, berdasarkan peruntukan Seksyen 23(10)(b) Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 serta hukum syarak, sebagai seorang
isteri, tiada apa-apa faktor yang boleh menggugurkan hak Murni untuk menuntut rumah tersebut
sebagai harta sepencarian melalui sumbangannya secara langsung dan tidak langsung. Murni
boleh menuntut hak ke atas rumah yang mereka diami sekarang dan sekiranya Azhar dan Murni
tidak dapat mencapai persetujuan berkenaan rumah tersebut dalam isu harta sepencarian ini,
Mahkamah berhak untuk memutuskan samada rumah itu dibahagi antara mereka atau supaya
rumah itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara mereka.

19

Anda mungkin juga menyukai