Anda di halaman 1dari 74

HAK-HAK SUAMI DAN ISTERI

MENGIKUT HUKUM SYARAK


DAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
OLEH :
SITI ARFAH BINTI MOHD YUSUP
PEG. KHIDMAT NASIHAT
PEJABAT KADI BATU PAHAT
TUJUAN PERKAHWINAN

Maksudnya:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasan-Nya dan
rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersennag hati dan
hidup mesra dengannya dan dijadikan di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan
kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.”
Surah ar-Rum ayat 21:
ALAM PERKAHWINAN ISLAM

Melalui:

 Hubungan / pergaulan baik.


 Kepimpinan.
 Perlaksanaan Tanggungjawab
 Iktiraf Hak
HAK-HAK ISTERI DALAM
PERKAHWINAN

 MENERIMA MAHAR (MAS KAHWIN)


 MENERIMA NAFKAH
 MEMPEROLEHI LAYANAN YANG BAIK ATAU
PERGAULAN YANG BAIK DARI SUAMI
 BERHAK MENDAPAT PERLINDUNGAN UNDANG-
UNDANG
 MENDAPAT KEADILAN ( POLIGAMI )
 BERHAK MENUNTUT UNTUK MEMBUBARKAN
PERKAHWINAN KERANA SEBAB TERTENTU
HAK ISTERI
MENERIMA MAHAR (MAS KAHWIN)
Apa Itu Mahar
 Pemberian yang wajib oleh suami kepada
isteri sebagai sebahagian daripada ketentuan
perkahwinan
 Selagi mahar tidak ditunaikan isteri berhak tidak
membenarkan dirinya disetubuhi suami dan
keenggananya tidak dihukumkan nusyuz
 Mahar yang terhutang berhak dituntut oleh isteri
daripada harta peninggalan suami dan ia mengatasi
hak waris dalam hal pusaka dan lain-lain
Dalil Berkaitan Mahar
(Mas Kahwin)

‫ال جناح عليكم ان طلقتم النساء ما لم تمسوهن أو تفرضوا لهن فريضة ومت‬
‫عوهن على الموسع قدره وعلى المقتر قدره متعا بالمعروف حقا على المح‬
‫سنين‬
Maksudnya:
“Tidak ada kewajipan membayar (mahar) ke atas kamu jika kamu
menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan
mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan
hendaklah kamu berikan suatu mut’ah (pemberian kepada
mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang
yang miskin menurut kemampuannya (pula) iaitu pemberian
menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan
bagi orang yang berbuat kebajikan.”
(Surah Al-Baqarah: 236)
Mahar Menurut EUUKI 2003

 Diperuntukkan di dalam Seksyen 21 (1) yang


menyebut:

“ Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh


pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak
perempuan atau wakilnya di hadapan orang
yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan
sekurang-kurangnya dua orang saksi lain”
HAK ISTERI MENDAPAT NAFKAH
DEFINIASI NAFKAH

 ‘Belanja asas’ atau ‘Sara Hidup’


 Sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang
untuk hidup sebagai keperluan asasi
seperti makanan, minuman, pakaian dan
tempat tinggal.
FIRMAN ALLAH S.W.T : An-Nisa’
Maksud ayat 34 :
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (laki-laki)
atas sebahagian yang lain (wanita), dan
kerana mereka (laki-laki) telah
menafkahkan sebahagian daripada harta
mereka”.
(An-Nisa’ : 34)
HADIS RASULULLAH SAW :
“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah di
dalam urusan perempuan. Kerana sesungguhnya
kamu telah mengambil mereka dengan kalimah
Allah. Kamu telah menghalalkan kemaluan
(kehormatan) mereka dengan kalimah Allah.
Wajib bagi mereka (isteri-isteri) untuk tidak
memasukan ke dalam rumahmu orang yang
tidak kamu sukai. Jika mereka melanggar yang
tersebut pukullah mereka, tetapi jangan sampai
melukai. Mereka berhak mendapat belanja dari
kamu dan pakaian dengan cara yang ma’ruf”
(Muslim)
Nafkah Menurut EUUKI 2003

Diperuntukkan dalam Seksyen 60 (1)


menyebut:

“ Tertakluk kepada hukum Syarak,


Mahkamah boleh memerintahkan
seseorang lelaki membayar nafkah
kepada isteri atau bekas isterinya”
SYARAT WAJIB NAFKAH ISTERI
1. Akad nikah yang sah.
2. Penyerahan diri isteri kepada suami
dengan tidak menegah suami untuk
menggaulinya.
3. Isteri bersedia mengikut suami tinggal di
satu-satu tempat atau rumah yang
ditetapkan oleh suami selagi tempat
tersebut bersesuaian untuk di huni.
* Suami wajib memberi nafkah keatas isteri
selagi isteri taat kepada suami.
Kehilangan Hak Nafkah Isteri

Seksyen 60 (2), EUUKI 2003 menyatakan:


“Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan
Mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat
nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak
berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah
suaminya, iaitu antara lain:
 a)   apabila ia menjauhkan dirinya dari suaminya;
 b)  apabila ia meninggalkan rumah suaminya
bertentangan dengan kemahuan suaminya;
 c)  apabila ia enggan berpindah bersama suaminya
ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa
sebab yang sah mengikut hukum syarak.”
 
Nafkah Terbahagi kepada dua bahagian:

i) Nafkah dalam tempoh perkahwinan

ii) Nafkah selepas perceraian (semasa


‘iddah)

.
ASAS PEMBERIAN NAFKAH

1. Halal di sisi Hukum Syarak dan dari


sumber yang halal.
2. Mengikut tahap hidup (kemampuan)
suami.
Dalil Mewajibkan Pemberian Nafkah
Mengikut Kemampuan

‫لينفق ذو سعة من سعته ومن قدر عليه رزقه فلينفق مما ءاتاه‬
‫ا‬9‫هللا ال يكلف هللا نفسا اال ماءاتاها سيجعل هللا بعد عسر يسر‬
Maksudnya:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka
hendaklah memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah
kepadanya (sekadar yang mampu) Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan kepadanya”
(Surah At-Talaq: 7)
JENIS NAFKAH
1. Makanan asasi yang bersesuaian dengan
isteri mengikut tahap hidup suami.
2. Pakaian menutup aurat yang bersesuaian
dengan isteri.
3. Tempat tinggal yang bersesuaian
mengikut kemampuan suami.
TAMBAHAN MENGIKUT KEPERLUAN
DAN KEMAMPUAN
 Lauk pauk mengikut adat setempat.
 Alat-alat kebersihan atau perhiasan
sekiranya suami menuntut isterinya
berhias untuknya.
 Khadam sekiranya isteri memperolehinya
di rumah ibubapanya.
 Perbelanjaan perubatan sekiranya isteri
sakit.
KESAN KETIDAKMAMPUAN SUAMI

 Sekiranya suami tidak berkemampuan


disebabkan ia seorang yang kaya jatuh
miskin, suami tidak dikenakan apa-apa
tindakan dan isteri hendaklah reda serta
patuh dengan apa yang menimpa
suaminya.
 Sekiranya suami tidak berkemampuan
langsung untuk memberikan nafkah, maka
isteri berhak untuk menuntut fasakh.
HAK MEMPEROLEHI LAYANAN YANG BAIK
ATAU PERGAULAN YANG BAIK DARI SUAMI

 Baik Tingkah Laku


 Baik Tutur Kata
 Tidak menyebabkan Darar
(Penganiayaan Yang Membawa
Kepada Kemudharatan)
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 19
bermaksud:

“Pergaulilah isteri kamu itu dengan cara


yang makruf (baik). Apabila kamu tidak
lagi menyukainya (disebabkan tingkah
laku, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya) kerana boleh jadi kamu
membencikan sesuatu sedangkan Allah
menjadikan pada apa yang kamu benci
itu kebaikan yang banyak.”
4) HAK MENDAPAT PERLINDUNGAN UNDANG-
UNDANG

Isteri berhak mendapat perlindungan


undang-undang jika suami berlaku kasar
terhadapnya atau menganiaya dirinya.
Kalaupun isteri seorang yang jahat atau
menderhaka kepada suami, suami tidak
berhak mendatangkan kemudharatan atau
menganiaya tubuh isterinya dengan pukulan
dan sebagainya
DARAR
FIZIKAL MENTAL/EMOSI
 Pukul/tampar  Halau
 Sepak/tendang  Ugut
 Pijak  Ungkit/maki
 Cekik  Berfoya- foya/
berperangai keji
 Tarik/tolak  Menghina/mengaib
 Kurung  Tinggal/pulau
UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DARAR/
KEGANASAN RUMAHTANGGA

AKTA/ ENAKMEN UNDANG-UNDANG


KELUARGA ISLAM

Ada peruntukan penganiayaan kepada isteri :


 Aduan kepada BahagianPenguatkuasa,
Jabatan Agama Islam.
 Dakwa suami di Mahkamah Syariah.
Sambun
g…
 Hukuman :
 Denda, atau
 Penjara, atau
 Kedua-dua
 Perintah tegahan (injuksi)
 Tuntutan cerai/fasakh
CARTA PENYELESAIAN DARAR
DARAR

KLINIK / HOSPITAL

ADUAN POLIS

ADUAN (PAD)
Kaunseling / P.Kuasa

SELESAI MAHKAMAH
Menurut EUUKI 2003

 Diperuntukkan di dalam Seksyen 128 yang


menyebut:
“ Seseorang suami atau isteri yang dengan
sengaja menganiaya isterinya atau suaminya
atau menipu harta isterinya atau suaminya,
mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya denda dan penjara itu“
5) HAK MENDAPAT KEADILAN

Jika suami mempunyai isteri lebih dari


satu, setiap isteri berhak mendapat
keadilan menurut hukum syarak
FIRMAN ALLAH S.W.T : An-Nisa’
(ayat 3) bermaksud ;

"maka kahwinilah wanita-wanita yang


kamu senangi: dua, tiga dan empat, jika
kamu takut tidak dapat berlaku adil,
kahwinilah seorang isteri sahaja".
Tidak Adil Menurut EUUKI 2003

 Diperuntukkan di dalam Seksyen 129 yang


menyebut:

“ Seseorang yang tidak memberi keadilan


sewajar kepada isterinya mengikut Hukum
Syarak adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya denda dan penjara itu “
HAK MENUNTUT PEMBUBARAN
PERKAHWINAN ATAS
ALASAN TERTENTU

 Cerai Secara Baik


 Cerai Takliq
 Fasakh
 Tebus Talak (Khulu’)
Konsep Permohonan Perceraian Secara Baik

 Terkandung di dalam peruntukan Seksyen 47


EUUKI 2003
 Lazimnya pasangan suami isteri bersetuju untuk
bercerai
 Pasangan sudah ada persetujuan bersama
berkaitan tuntutan dan perlaksanan hak suami
isteri selepas perceraian (nafkah, mut’ah, harta
sepencarian, hadhanah dsb.)
 Prosedur perceraian lebih mudah dan bersifat
sulh (damai)
Konsep Permohonan Cerai Ta’liq

 Perceraian yang dituntut berdasarkan ikrar/perjanjian


yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut
hukum syarak

 Lazimnya dituntut oleh isteri apabila berlaku


pengabaian/darar dalam rumahtangga

 Prosedur agak rumit dan memakan masa agak lama untuk


mensabitkan perceraian

 Pensabitan talak boleh berlaku walau tanpa kehadiran


suami (dengan hujah serta bukti yang kukuh yang
meyakinkan pihak mahkamah)
Peruntukan Cerai Ta’liq

 Diperuntukkan di bawah Seksyen 50 (1):

“ Seseorang perempuan yang bersuami boleh,


jika berhak mendapat perceraian menurut
syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang
dibuat selepas berkahwin, memohon kepada
mahkamah untuk menetapkan bahawa
perceraian yang demikian telah berlaku”
Contoh Lafaz Taklik

“Manakala saya tinggalkan isteri saya


………………………….. selama empat (4) bulan Hijrah
berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan
saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya
selama masa tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya
lakukan sebarang mudharat kepada tubuh badanya atau
kehormatannya atau harta bendanya kemudian ia atau
wakilnya mengadu kepada Mahkamah dan manakala
sabit aduannya di sisi Mahkamah dan ia atau wakilnya
memberi kepada Mahkamah bagi pihak saya RM1.00
maka pada ketika itu tertalaklah ia satu talak khulu’.
Atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut
selama setahun atau lebih jika ia atau wakilnya mengadu
kepada Mahkamah dengan kata ia tidak tertunggu lagi
akan saya dan manakala sabit aduannya maka
tertalaklah satu talak. Demikianlah lafaz taklik saya”.
Konsep Permohonan Cerai Fasakh

 Merupakan pembubaran pernikahan disebabkan


oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh
hukum syarak.
 Perintah pembubaran perkahwinan hanya boleh
diperolehi jika mahkamah berpuas hati dengan
bukti yang kuat menunjukkan bahawa alasan-
alasan yang dikemukakan oleh pemohon benar-
benar berlaku dalam rumahtangga
 Melibatkan prosedur yang rumit dan memakan
masa yang panjang
Peruntukan Permohonan Cerai
Fasakh
 Diperuntukkan di bawah Seksyen 53 (1) EUUKI 2003:

“ Seseorang yang berkahwin mengikut hukum Syarak adalah berhak


mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan
atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan
berikut, iaitu:
a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui
selama tempoh lebih daripada satu tahun;
b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun
atau lebih;
sambungan…
d) bahawa suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama
tempoh satu tahun;
e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan
masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa
perkahwinannya bahawa suami telah mati pucuk;
f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap
penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit ;
g) bahawa isteri, telah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia
mencpai umur enam belas tahun, menolak perkahwinan itu
sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum
disetubuhi oleh suaminya itu;
h) bahawa suami menganiayainya., iaitu antara lain –
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya
menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
sambungan…
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup
berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari
menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap
harta itu; atau
(v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan
kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak
melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut
kehendak-kehendak Hukum Syarak;
i) bahawa walaupun telah empat bulan berlalu tetapi isteri masih
belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan
mensetubuhinya;
j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak
sah, samada oleh sebab paksaan, kesilapan ketidak sempurnaan
akal atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum Syarak;
sambungan…
k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri sungguhpun
berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang
sakit otak, samada berterusan atau sakit berselangan dalam
erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah suatu
jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk
berkahwin;
l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum
Syarak;
KONSEP TEBUS TALAK (KHULU’)

 Perceraian yang dituntut oleh isteri


dengan bayaran yang dipersetujui
di antara suami dan isteri
 Contohnya:
“ Saya ceraikan kamu dengan
bayaran sebanyak RM 500.00 ”
Peruntukan Permohonan Cerai Khulu’

 Diperuntukkan di bawah Seksyen 49 (1) EUUKI


2003:

“ Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak


dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak
itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan
atau cerai tebus talak, Mahkamah hendaklah,
selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui
dan telah dijelaskan oleh pihak-pihak itu,
mengarahkan suami itu melafazkan perceraian
dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah
ba-in sughra atau tidak boleh dirujukkan”
HAK-HAK ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN

 NAFKAH ‘IDDAH (TERMASUK TEMPAT


TINGGAL)
 MUT’AH
 HARTA SEPENCARIAN
 HADANAH (PENJAGAAN ANAK )
 NAFKAH ANAK
NAFKAH ‘IDDAH

 Nafkah yang boleh dituntut oleh isteri


daripada suami selama tempoh ber’iddah
(selepas perceraian berlaku)
 Tidak boleh dituntut lagi apabila selesai
tempoh ‘ddah atau isteri disabitkan nusyuz
Peruntukan Nafkah Selepas Perceraian
Menurut EUUKI 2003

Diperuntukkan di bawah Seksyen 66 (1)


EUUKI 2003

“ Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai


untuk menerima nafkah daripada suaminya yang
dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah
hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah
atau apabila isteri itu nusyuz. ”
MUT’AH
 Merupakan pemberian yang wajib oleh suami kepada
bekas isterinya kerana perceraian

 Diperuntukkan di dalam Seksyen 58 EUUKI 2003:

“Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan


yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya
boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada
Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-
pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah
diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum
Syarak”
HARTA SEPENCARIAN

 Merupakan harta yang diperolehi bersama


oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang
ditentukan Syarak

 Diperuntukkan di bawah Seksyen 122


(1)EUUKI 2003
HADHANAH

 Hadhanah ialah menjaga seseorang anak


yang belum dapat menguruskan dirinya
dan mendidiknya dengan pelbagai elemen
yang sesuai dengan perkembangan

Diperuntukkan di bawah Seksyen 82 (1):


“ … ibu adalah yang paling berhak dari segala
orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa
ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga
selepas perkahwinannya dibubarkan.”
HILANG HAK HADANAH
Diperuntukkan di bawah Seksyen 84:
84. Hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang-
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki
yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak
itu dalam mana orang lelaki itu tetapi adalah kembali
semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan
dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan
tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari
menjalan-
kan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu,
kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil
anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-
kanak itu.
Tempoh Hadanah
 Bagi kanak-kanak yang masih kecil,
hadhanah berakhir sehingga umurnya
mumayyiz

Diperuntukkan di bawah Seksyen 85 (1):


“ Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-
kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu
mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak
itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-
kanak itu perempuan…”
NAFKAH ANAK

 Nafkah anak boleh dituntut daripada bapa


(bekas suami) jika hadhanah diberikan
kepada ibu (bekas isteri)

 Diperuntukkan di bawah Seksyen 73 (1):

“ …adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki


menanggung nafkah anaknya, samada anak itu berada
dalam jagaannya atau dlam jagaan seseorang yang lain
sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat
tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran
sebagaiman yang munasabah memandang kepada
kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan
membayar kosnya”
HAK SUAMI DALAM
RUMAHTANGGA
HAK SUAMI DALAM RUMAHTANGGA

 DITAATI ISTERI
 PENJAGAAN ANAK
 MENDAPAT PERLINDUNGAN
UNDANG-UNDANG
 BERPOLIGAMI
 MELAFAZKAN CERAI
 RUJUK
DITAATI ISTERI
 Kewajipan utama seorang isteri dalam
rumahtangga adalah taat dan patuh
kepada perintah suami samada dalam
keadaan susah atau senang kecuali yang
bertentangan dengan Hukum Syarak

 Isteri yang tidak taat dianggap sebagai


nusyuz
TINDAKAN KE ATAS ISTERI YANG NUSYUZ

NASIHAT

PULAU

PUKUL (tidak mudharat)

ADUAN (PAD)

SELESAI MAHKAMAH
Firman Allah S.W.T :

Maksudnya:-
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka
berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan
(kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan
yang ringan yang bertujuan mengajarnya).Kemudian jika mereka
taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan mereka

(Surah al-Nisa’:34)
Isteri Tidak Taat

Peruntukan Seksyen 130 EUUKI 2003 :


“Seseorang perempuan yang bersengaja tidak
menurut sesuatu perintah yang diberi oleh
suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak
adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu
ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua
atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi
lima ratus ringgit”
HAK PENJAGAAN ANAK

 Jika kanak-kanak telah mencapai umur tujuh


tahun dan telah mumayyiz, anak diberi pilihan
untuk memilih antara kedua ibubapanya.
Diperuntukkan di bawah
Seksyen 85 (2):

 “Setelah tamatnya hak


hadinah, penjagaan
adalah turun kepada bapa dan jika kanak-
kanak itu telah mencapai umur kecerdikan
(mumayyiz), maka kanak-kanak itu adalah
berhak memilih untuk tinggal dengan
sama ada ibu atau bapanya, melainkan
jika Mahkamah memerintahkan selainnya”
KEHARUSAN BERPOLIGAMI

Hukum poligami dalam Islam adalah


harus, tetapi keharusannya bukanlah
secara mutlak, malah disyaratkan
dengan syarat-syarat yang tertentu
HAK MENDAPAT PERLINDUNGAN
UNDANG-UNDANG
 Diperuntukkan di dalam Seksyen 128 yang
menyebut:
“ Seseorang suami atau isteri yang dengan
sengaja menganiaya isterinya atau suaminya
atau menipu harta isterinya atau suaminya,
mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya denda dan penjara itu
Poligami

Seksyen 23 (1) EUUKI 2003 (Johor) menyatakan:


“Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu
perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada
Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang
lain dengan perempuan lain”

(Nota) Sebab utama yang membolehkan suami


berpoligami adalah antaranya berpunca dari pihak isteri
yang sedia ada iaitu kemandulan, keuzuran jasmani,
tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,
sengaja engkar mematuhi perintah untuk pemulihan
hak-hak persetubuhan, atau cacat akal di pihak isteri
atau isteri-isteri yang sedia ada.
MELAFAZKAN CERAI

Orang yang berhak melafazkan talak adalah


suami, kerana suami adalah pemimpin isterinya,
dan akad nikah juga dipegang oleh suami;
suamilah yang menerima ijab dari isterinya di
masa akad nikah, di mana isteri itu telah
menjadi hak milik suaminya dan suami yang
memberi nafkah kepada isteri. Dengan sebab
itulah suami berhak menjatuhkan talak kepada
isterinya.
Seksyen 47 (3) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam 2003 (Johor) menyatakan :

“ Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju


terhadap perceraian itu dan Mahkamah
berpuas hati selepas penyiasatan yang
wajar bahawa perkahwinan itu telah
pecah belah dengan tidak dapat
dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah
menasihatkan suami supaya melafazkan
satu talaq di hadapan Mahkamah”
RUJUK

Rujuk adalah hak mutlak bekas suami selama


bekas isterinya yang telah di talak raj’i masih
dalam eddah . Oleh itu bekas isteri tidak
berhak menghalang bekas suaminya untuk
merujukinya dan tidak semestinya minta
keizinan dan persetujuan isteri terlebih dahulu.
Berbaik Semula Sebagai Suami Isteri Atau
Rujuk

Seksyen 52 (8) EUUKI 2003 menyatakan:


“Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan rujuk
dan isteri telah bersetuju terhadap rujuk itu,
isteri boleh, atas permohonan suami,
diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup
semula sebagai suami isteri,..”
Seksyen 52 (9) EUUKI 2003 menyatakan:

“Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan


rujuk tetapi isteri telah tidak bersetuju
terhadap rujuk itu kerana sebab-sebab
yang dibenarkan oleh Hukum Syarak, dia
tidak boleh diperintahkan oleh Mahkamah
supaya hidup semula sebagai suami isteri,
tetapi Mahkamah hendaklah melantik
suatu Jawtankuasa Pendamai …”
Sekian Terima Kasih
Wallahu A’lam

Anda mungkin juga menyukai