Anda di halaman 1dari 15

1.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

1.1

Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam usaha membangunkan negara serta
minda rakyat kelas pertama. Namun begituh, dunia pendidikan bukanlah suatu bidang yang mudah
untuk dikemudikan. Dunia pendidikan tidak lari daripada menghadapi pelbagai isu dan cabaran
sama ada secara nasional mahupun global, antaranya termasuklah tekanan emosi dalam kalangan
murid.
Tekanan atau juga disebut sebagai stress merupakan satu bentuk kecelaruan emosi yang
kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan
pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara
interpersonal. (Abbas & Lida, 2013). Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa
dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Akta Kanak-kanak
2001 pula mencatatkan bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan emosi jika wujud
kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan gangguan mental dan tingkah
laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan menunjukkan tingkah laku permusuhan.
Justeru, setiap isu yang membawa kepada tekanan emosi murid perlu ditangani segera agar
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai.
1.2

Jenis Gangguan Emosi Murid dan Tanda-tandanya

Gangguan emosi dalam kalangan murid boleh berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya
kegelisahan menunjukkan tingkah laku disruptif dan mengasingkan diri daripada elemen-elemen di
persekitarannya. Sebagai seorang guru, anda harus bijak untuk mengesan emosi murid melalui
tingkah laku mereka dalam aspek-aspek emosi. Semasa berpraktikum di SJK(C) Kuo Min,
Seremban untuk tempoh 3 bulan, kelas yang saya ajar terdapat seorang murid lelaki Tahun 2,
namanya Chee Seng yang sering mengalami tekanan emosi iaitu sentiasa marah dan bertindak
liar untuk menarik perhatian guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya masih
ingat satu kali dia pernah meluahkan kata-kata kesat kepada rakan yang duduk di sebelahnya.
Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu gangguan emosi ringan,
sederhana dan berat. Jenis gangguan emosi yang dihadapi oleh murid ini iaitu sentiasa marah
1

tergolong dalam kategori gangguan emosi sederhana. Gangguan emosi sederhana merupakan
gangguan emosi yang agak lebih kelihatan dibandingkan dengan emosi yang ringan. ( ). Melalui
pemerhatian yang teliti, saya dapat mengesan tanda-tanda masalah emosi yang terdapat pada
murid ini seperti yang akan digambarkan dalam Rajah 1.

Suka
bergaduh
Sering
berasa benci

Duduk dalam
keadaan
yang tidak
selesa

Kerap
berbohong

Ciri-ciri
Tekanan
Emosi
Murid

Bertindak liar
untuk
menarik
perhatian

Rajah 1: Tanda-tanda Masalah Emosi Murid


1.3

Punca-punca Berlaku Gangguan Emosi Dalam Murid

Saya telah menjalankan temu bual dengan guru kelas untuk mengambil berat tentang punca
berlakunya gangguan emosi pada murid ini. Melalui hasil temu bual dengan guru kelas dan
pemerhatian di kelas, terdapat tiga faktor yang mengakibatkan berlakunya gangguan emosi.
1.3.1

Perhubungan negatif dengan keluaraga

Ibu bapa Chee Seng sibuk dengan kerjaya. Mereka tidak menaruh minat terhadap
perhubungan dengan anak dan kurang meluangkan masa bersama dengan anak mereka.
Kebanyakan masa Chee Seng diasuh oleh pembantu rumah. Akibatnya, ini telah
mewujudkan perhubungan negatif antara Chee Seng dengan ibu bapanya. Ibu bapa
merupakan pengaruh yang besar dalam membentuk tingkah laku anak sejak dari kecil.
Perhubungan negatif antara ibu bapa dengan anak-anak boleh menimbulkan konflik yang
tinggi dan memberi tekanan terhadap ibu bapa dan anak-anak. Menurut Syed Ismail bin
Syed Mustapa (2014), keluarga

yang tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan

membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.

1.3.2

Gaya Kepimpinan Guru Dalam Proses P&P

Semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah, kadangkala saya mengamalkan gaya


kepimpinan autokratik. Apabila saya menyampaikan satu arahan kepada murid kelas untuk
menyelesaikan satu tugasan kumpulan, murid ini rasa tidak senang dan marah, justeru tidak
melibatkan diri dalam kerja kumpulan dan mengganggu ahli kumpulannya.
1.3.3

Pengaruh Rakan Sebaya

Menurut hasil pemerhatian, saya mendapati bahawa Chee Seng sering bergaul dengan
rakan yang sama sikap. Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya yang sama
umur dari segi perlakuan dan percakapan. Saya ingat ada suatu masa selepas waktu
sekolah, rakan Chee Seng mengajaknya untuk merosakkan harta benda sekolah. Ajakan
daripada rakan sebayanya untuk melakukan aktiviti tidak sihat ini akan memperngaruhi
minda yang tidak berfikir secara rasional. Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan
sikap dan nilai tingkah laku murid yang bermasalah sehingga menghasilkan gangguan
emosi yang negatif dalam kalangan murid.
1.4

Langkah-langkah Membantu Menangani Masalah Gangguan Emosi Murid

Tekanan emosi yang dialami oleh murid-murid pada masa kini sering dilihat berpunca dari rumah
dan keluarga yang kucar-kacir. Namun begitu, guru memainkan peranan penting bagi membantu
murid-murid menangani masalah tersebut. Hal ini kerana murid-murid menghabiskan masa hampir
8 jam berada di sekolah setiap hari dan kadang-kala masa ini melebihi masa mereka bersamasama ibu bapa mereka. Dengan ini, saya telah mengambil beberapa langkah untuk membantu
dalam menangani masalah gangguan emosi murid.
1.4.1

Mengamalkan gaya kepimpinan Demokratik

Saya mengamalkan gaya kepimpinan demokratif semasa proses pengajaran dan


pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra.
Menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa (2014), Suasana bilik darjah merupakan suasana
penting dalam memupuk dan mengawal perkembangan emosi murid. Menurut Mok Soon
Sang (2008), Suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru-guru
yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta
menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan
tidak memilih kasih.

Oleh yang demikian, saya mengaplikasikan gaya pengajaran tersebut supaya ketika
mengikuti proses P&P murid berada dalam keadaan emosi yang stabil. Saya memberi
galakan kepada Chee Seng bukannya dengan desakan.
1.4.2

Menerima pelajar tanpa syarat

Saya mengamalkan sikap terbuka dan memandang positif pada semua murid kelas. Saya
sentiasa menganggap Chee Seng mampu berubah mencapai kemajuan sekiranya diberi
peluang dan celik akal yang sewajarnya. Saya menerima murid yang mudah marah ini
dengan tanpa syarat, jelas dapat dilihat apabila saya menunjukkan sikap tidak pilih kasih
serta sentiasa bersedia mendengar dan menerima pandangannya dengan hormat. Dengan
itu, saya juga telah menekankan hubungan tidak formal bagi melambangkan saya
menerimanya secara terbuka. Sekiranya tidak berbuat demikian, Chee Seng mungkin akan
rasa dirinya dilayan oleh guru yang pilih kasih lalu emosi marahnya mudah dirangsang.
1.4.3

Memahami pelajar dengan mendalam secara empati

Menurut Dr. Abdul Ghani Abdullah (2012), empati memberi maksud memahami diri orang
lain sebagaimana mereka mengalami, merasa dan mempersepsi pada sesuatu perkara
yang sedang dihadapi tanpa unsur simpati. Semasa pengajaran dan pembelajaran, saya
prihatin pada gerak laku pelajar. Apabila murid rasa marah, saya cuba bercakap dengannya
untuk memahami sebab berlakunya gangguan emosi yang kurang baik.
RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd Aziz dan Abdul Rashid Mohamad. (2012). EQ
Menjana Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon. (2014). Guru dan cabaran
semasa. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru dan cabaran semasa. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Murad Mohamad Noor. (2005. Revolusi pendidikan. Syarahan Khas, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
4

http://www.slideshare.net/pohtee/topik-3-tekanan-emosi-dalam-kalangan-murid. Dirujuk pada 28


Julai 2015.
https://www.scribd.com/doc/38395536/Gangguan-Emosi-Di-Kalangan-Murid. Dirujuk pada 28 Julai
2015.
http://www.academia.edu/4401317/TEKANAN_EMOSI_DALAM_KALANGAN_MURID.Dirujuk pada
29 Julai 2015.
http://umminaa.blogspot.com/2015/03/tekanan-emosi-dalam-kalangan-murid.html. Dirujuk pada 29
Julai 2015.

2.0

LATIHAN PERGURUAN MEMBENTUK GURU YANG KREATIF DAN INOVATIF

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi merupakan tema Hari Guru pada tahun 2014, sudah
tiba masanya guru benar-benar menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik
murid. Ini adalah amat penting memandangkan negara kita sedang menuju era negara maju di
mana ekonomi negara kita perlu dipacu oleh daya inovasi rakyat. Untuk menghadapi persaingan
global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, sistem
pendidikan kita sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menjana daya inovasi
rakyat.
Menyedari hakikat ini, kerajaan berusaha mentransformasi sistem pendidikan negara
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi penekanan
terhadap elemen kreativiti dan inovasi. Selaras dengan itu juga, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) telah dilaksanakan di sekolah yang merangkumi tujuh elemen, iaitu kurikulum, pedagogi,
pentaksiran, sumber, sokongan masyarakat, kokurikulum dan bina upaya guru. KBAT di bilik darjah
telah diperkukuh melalui Program i-Think iaitu satu program yang membantu pihak sekolah
memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid.
Peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan bagi mencapai matlamat
PPPM. Untuk tujuan ini, Kementerian akan memantapkan latihan guru di IPG. Elemen inovasi turut
diberi tumpuan melalui aktiviti P&P merangkumi pembentangan, projek, pembinaan sumber P&P,
pertandingan inovasi bagi pendidikan lestari dan pembelajaran atas talian. Sememangnya, latihan
perguruan yang direka bentuk ini dapat memastikan setiap bakal guru yang dilatih bersiap sedia
berdepan dengan cabaran dalam dunia pendidikan. Latihan-latihan ini telah memanfaatkan
pengalaman saya sebagai guru pelatih sehingga dapat membentuk saya seorang guru yang kreatif
dan inovatif dalam bidang pengkhususan saya. Bidang pengkhususan major ialah Bahasa Cina
manakala untuk bidang pengkhususan minor ialah Pendidikan Jasmani dan Reka Bentuk Teknologi
(RBT). Perbincangan kritikal yang akan diterangkan dengan selanjutnya dapat digambarkan secara
ringkas dalam Rajah 1.

EDU3053 Teknologi Dalam


Pengajaran dan
Pembelajaran

Pembaharuan dalam P&P


mengenali aksara Cina
Hampir Serupa Bentuk.

Kerja
Kursus dan
Amali

Kajian
Tindakan

Pertandingan
Inovasi &
Kreativiti
Peringkat IPG

Praktikum

Inovasi BBM (Nama Projek:


kotak Magik Serbaguna)

Strategi Pengajaran Inovatif

Rajah 1: Latihan Perguruan yang telah memanfaatkan pengalaman saya


2.1

Kerja Kursus dan Amali

Sepanjang tempoh latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru, guru pelatih akan didedahkan
dengan kerja amali di makmal atau bengkel atau di lapangan bagi mendapat kemahiran yang
berkaitan. Melalui kerja kursus dan amali yang dijalani, tugasan yang dijalankan dapat membantu
dalam pembentukan guru pelatih yang kreatif dan inovatif.
Kursus EDU3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran wajib dipelajari semasa
semester 4 PISMP. Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi
pendidikan, pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran, aplikasi
kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran, pengintegrasian teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan media dan sumber pendidikan.
(IPGM KPM, 2014)
Dalam kerja kursus, kami dikehendaki untuk mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan Model ASSURE. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982)
bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan

penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan
bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas.
Saya menggunakan model ini untuk menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian
untuk mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4. Topik yang saya pilih ialah Merancang
dan

Menyediakan

Jualan.

Langkah-langkah

dalam

Model

Reka

Bentuk ASSURE

dan

pengaplikasian dalam RPH berkenaan dapat digambarkan dalam Rajah 2.

A- Analyze Learners (Analisis ciri-ciri pelajar)


30 orang murid, terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, umur 10 tahun

S- State Objectives (Menyatakan objektif)


Menyatakan 4 langkah penyediaan barang jualan
Menyatakan 4 jenis peralatan yang digunakan untuk menyediakan jualan yang
betul.
Menyatakan tiga tujuan membungkus dan melabel barang jualan bagi
mempromosikan barang jualan dengan betul.

S- Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah, media dan bahan)
Kaedah (Penerangan, soal jawab, demonstrasi)
Media (Rakaman audio, bahan 3D, bahan 2D)

U- Utilize Media and Materials (Menggunakan media dan bahan)


R- Require Learner Participation (Memerlukan penyertaan pelajar)
E- Evaluate and Revise (Menilai dan mengulang kaji)
Rajah 2: Langkah-langkah Model ASSURE dan pengaplikasian dalam RPH
Tugasan ini telah mendedahkan saya tentang kebaikan menggunakan Model ASSURE
dalam perancangan P&P dan bagaimana ia dapat membantu saya dalam pemilihan dan
8

pengaplikasian media pengajaran dalam pengajaran pada masa kelak. Saya juga telah
memanfaatkan pengalaman yang ditimba ini untuk merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa berpraktikum di sekolah. Menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa (2014),
sebagai bakal seorang guru, anda tidak terlepas daripada membuat perancangan yang
komprehensif sebagai persediaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
inovatif.
2.2

Kajian Tindakan

Dalam konteks pendidikan, peranan guru sebagai penyelidik dalam pendidikan semakin penting.
Menurut T.Subahan (2006), kini semakin jelas arah tuju penyelidikan dalam pendidikan di Malaysia.
Kepentingan penyelidikan semakin disedari dan diakui sudah tiba masanya untuk meningkatkan
aktiviti penyelidikan sebagai satu elemen penting ke arah pendidikan seumur hidup, kecemerlangan
pendidikan, konsep tanpa cacat dan pendidikan bertaraf dunia. Demikian juga dalam pendidikan
Bahasa Cina. Menurut Richards dan Lockhart (1994), kajian tindakan merupakan satu kajian bilik
darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan P&P di
dalam bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Kajian tindakan
bukan sahaja dapat meningkatkan pengajaran guru, bahkan dapat mengatasi segala permasalahan
yang wujud dalam P&P Bahasa Cina itu sendiri. Guru Bahasa Cina dapat mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang berlaku hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan sendiri di
dalam kelas dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam P&P Bahasa Cina itu sendiri.
Selepas pemerhatian semasa praktikum fasa pertama dan kedua, saya mendapati bahawa
murid tahun rendah menghadapi masalah dalam mengenali dan menguasai aksara Cina hampir
serupa bentuk. Tahap kesukaran mempelajari aksara Cina hampir serupa bentuk adalah amat
susah, tambahan dengan kaedah pengajaran guru yang tradisional, iaitu kaedah penerangan yang
masih digunakan oleh kebanyakan guru, sebab-sebab ini telah mengakibatkan murid mudah rasa
bosan semasa P&P mengenali aksara Cina.
Menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa (2014), seseorang guru yang inovatif harus bijak
memilih pendekatan pengajaran yang akan digunakan dalam pengajarannya. Dengan ini, saya
menjalankan kajian tindakan yang bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan
aksara Cina hampir serupa bentuk dalam kalangan murid Tahun 2 melalui kaedah buku cerita
bergambar. Ini adalah kerana gaya belajar sasaran penyelidikan adalah bercirikan visual, lebih

cenderung kepada gambar, objek, animasi dan sebagainya yang dapat dilihat untuk memenuhi
keperluan mereka ketika belajar.
Tambahan pula, kaedah buku cerita bergambar memerlukan guru untuk menceritakan di
kelas. Semasa bercerita, guru boleh menyoal dan meminta respons daripada murid. Ini dapat
mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid. Ini berlainan dengan kaedah
pengajaran penerangan yang bersifat tradisional, guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi
huraian, penjelasan serta penerangan, pembelajaran berpusatkan murid diabaikan.
Hasil dapatan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa prestasi murid dalam
penguasaan aksara Cina hampir serupa bentuk telah meningkat sebanyak 30% selepas intervensi.
Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah buku cerita bergambar dapat meningkatkan
penguasaan aksara Cina hampir serupa bentuk dalam kalangan murid Tahun 2.
2.3

Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Peringkat IPG Tahun 2013

Pada tahun 2013, saya telah melibatkan diri dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan
peringkat IPG Kampus Raja Melewar dalam kategori kumpulan Guru Pelatih dan Pensyarah. Tajuk
projek kumpulan kami ialah Kotak Magik Serbaguna. Kumpulan kami berjaya memperolehi pingat
Perak dalam pertandingan ini.
Kotak Magik Serbaguna merupakan bahan bantuan mengajar yang direka khas untuk
pengajaran dan pembelajaran mengenali Aksara Cina dan Kosa kata.Tujuan penciptaan bahan ini
adalah untuk kegunaan pemulihan, pengayaan ataupun aktiviti ulang kaji. Kotak Magik Serbaguna
ini diperbuat daripada bahan buangan seperti kotak tisu, kotak kasut yang telah digunapakai.
Kotak Magik Serbaneka berbentuk segi empat. Keistimewaan kotak magik ini adalah dapat
menukar perkataan yang asal kepada jawapan yang dikehendaki. Bahan yang digunakan adalah
bahan kitar semula, kos rendah tetapi amat mempersonakan situasi pengajaran dan pembelajaran.
Lapisan tersebut akan tercatat tajuk-tajuk seperti sinonim, antonim, penjodoh bilangan dan lain-lain
komponem dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina. Lapisan pertama dipusingkan, murid
harus memastikan tajuk kemahiran yang dipertunjukkan.
Aktiviti-aktiviti Kad Magik Serbaguna boleh dilakukan dengan arahan guru atau bersamasama rakan-rakan mahupun secara individu. Murid-murid harus mengeluarkan kad bahasa yang
10

berkenaan dan memberikan jawapan. Jawapan betul akan dibekalkan dan tercatat di belakang kad
yang dipilih supaya murid-murid boleh melakukan aktiviti-aktiviti tersebut tanpa guru. Bahan ini
juga boleh digunakan oleh guru bila-bila masa atau mana-mana tahap murid dengan
melipatgandakan kandungan dan bilangan kata-kata (contohnya kad perbendaharaan kata).
Selepas itu, Kotak Magik Serbaguna ini mula digunakan oleh beberapa guru pelatih semasa
berpraktikum di sekolah. Maklum balas daripada mereka adalah positif, murid berasa seronok
semasa belajar. Ini dapat membuktikan bahawa penggunaan BBM ini dapat meningkatkan
keberkesanan proses P&P di dalam kelas.
2.4

Praktikum

Praktikum adalah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan
guru. Latihan ini bertujuan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memantapkan lagi aspek
pelaksanaan P&P berdasarkan teori P&P yang dipelajari di IPG dalam pelbagai situasi. Saya telah
menyempurnakan tiga fasa praktikum yang dijalankan di tiga buah sekolah yang berlainan. Menurut
Syed Ismail bin Syed Mustapa (2014), perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan
perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya
pembelajaran murid. Semasa berpraktikum, saya menjalankan strategi P&P memberikan
penekanan kepada perkembangan semasa, menggunakan kemahiran teknologi, melibatkan
rentasan kurikulum dan yang memberikan fokus kepada pembelajaran. Antara strategi-strategi
pembelajaran kreatif yang telah saya jalankan di sekolah semasa berpraktikum terdapat tiga jenis,
iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dan Pembelajaran Elektronik (e-learning).
2.4.1

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Membuat projek telah menjadi satu kaedah berbentuk pengukuhan pembelajaran sejak sekian
lama. Pelajar membuat pelbagai jenis projek baik projek mamal ataupun kajian lapangan. Jenis
projek yang kita kenal ini berbentuk pengaplikasian apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
dan lebih berupa aktiviti pengukuhan ataupun pengayaan.
Di IPG, kursus RBT3118 Reka Bentuk dan Teknologi telah dipelajari semasa semester 3
PISMP. Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perkembangan teknologi dan pembuatan
bahan. Pengetahuan berkaitan bahan pengikat, kemasan, barangan logam dan kelengkapan serta
bahan hiasan dalaman dan luaran turut diberikan penekanan. Kami mengaplikasikan pengetahuan
yang telah dipelajari dalam semester ini dalam projek kumpulan. Kami dikehendaki untuk mereka
cipta sesuatu barangan mengikut kreativiti sendiri dan produk baru yang dihasilkan tersebut
11

haruslah bersesuaian dengan kehendak pengguna pada masa kini. Dalam tempoh 6 bulan, kami
mereka bentuk satu rak buku yang dapat menyelesaikan masalah pengguna pada masa kini iaitu
kebanyakan rak adalah berbentuk besar dan saiz bagi semua ruang adalah sama besar, tiada
ruang khas untuk meletak barangan yang bersaiz kecil.
Menurut Boon Pong Ying (2010), Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu kaedah
pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran
melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan autentik (asli) yang kompleks dan
direka bentuk untuk menghasilkan produk atau tugasan. Projek yang terlibat boleh terdiri daripada
dua bentuk iaitu projek ringkas dan projek jangka panjang. Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid
(2006), Acuan terbaik untuk menghasilkan pelajar, pekerja dan masyarakat yang kreatif dan inovatif
adalah dengan berdasarkan perancangan dan pelaksanaan kurikulum pada pelbagai peringkat
pendidikan. Semasa berpratikum di SJK(C) Kuo Min selama 3 bulan, saya berpeluang
memanfaatkan pengalaman semasa Pembelajaran Berasaskan Projek di IPG dalam P&P kelas
RBT saya.
Kelas yang saya ajar ialah Tahun 4K. Murid-murid kelas dikehendaki untuk menjalankan
satu projek ringkas yang hanya memerlukan 3 minggu sahaja. Murid-murid secara berkumpulan
menghasilkan sebuah beg bungkusan hadiah dengan bahan terbuang yang boleh diguna semula,
contohnya, surat khabar, kepingan kotak, cawan polisterin dan sebagainya. Selepas mereka bentuk
beg tersebut, murid boleh mengisi beg-beg dengan hadiah yang ingin dihadiahi kepada guru kelas
semasa sambutan Hari Guru yang menjelang. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, saya
menggunakan pendekatan dalam strategi pengajaran kreatif untuk membimbing murid mereka
cipta sesuatu barangan dengan bahan buangan tertentu. Dalam proses ini dapat mencungkil minda
murid sekolah yang lebih kreatif dan inovatif. Tidak lain dan tidak bukan, diharapkan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ini dapat menyemarakkan minat mereka untuk menghasilkan
sesuatu reka cipta.
2.4.2

Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Semasa semester 4, saya juga telah melalui pembelajaran elektronik untuk kursus EDU3053
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut Noriati Abd Rashid (2010), pembelajaran
elektronik adalah satu istilah umum merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan
menggunakan komputer dan Internet. Dalam kursus ini, saya telah mempelajari cara untuk mereka

12

bentuk pelbagai jenis bentuk media penyampaian isi pelajaran dan bahan dalam pembelajaran
elektronik, contohnya, klip video, rakaman video, rakaman audio, powerpoint dan sebagainya.
Menurut

Nor Musliza Mustafa (2010), melalui pengaplikasian perisian berbentuk

multimedia interaktif, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok dan menarik
dalam kalangan murid. Ini kerana pembelajaran yang efektif boleh dicapai dengan
penglibatan kesemua deria kepekaan manusia melalui gabungan elemen multimedia
seperti teks, audio, video, grafik dan animasi. Justeru itu, saya telah memanfaatkan
pengalaman saya semasa pembelajaran elektronik di IPG dan mengaplikasikan
pengetahuan ini dalam strategi pengajaran elektronik semasa berpraktikum di sekolah.
Subjek yang saya mengajar semasa berpraktikum ialah Bahasa Cina, Reka Bentuk
dan Teknologi dan Pendidikan Jasmani. Contohnya, saya telah membuat rakaman video
dan membuat klip video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran bermain
bola baling untuk subjek Pendidikan Jasmani. Dalam kelas, saya menayangkan video ini
untuk memudahkan pemahaman murid selepas melihat demonstrasi pergerakan dan posisi
bermain dalam video. Selain itu, saya juga telah memuat naik video ini ke laman web
Youtube untuk memudahkan murid melayari dan mempelajari selepas waktu sekolah.
Kesimpulannya, kreatif merupakan suatu situasi di mana seseorang memiliki
kemampuan daya cipta. Sedangkan, inovatif merupakan sifat pembaharuan. Seorang guru
yang kreatif dan inovatif mampu membuat pembaharuan dalam pengajaran dan
pembelajaran agar dapat membentuk modal insan minda kelas pertama yang lebih
berkualiti pada masa kelak. Demi masa depan negara yang lebih cemerlang, guru haruslah
sentiasa menyertai kursus dan latihan yang dapat mencungkil minda kreatif dan inovatif
diri.
RUJUKAN
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaldin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamlan.
(2007). Mengenai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
13

Campbell, L., Campbell, B. and Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through
multiple intelligences. London: Allyn & Bacon.
Esah Sulaiman. (2003). Modul pengajaran: Asas pedagogi. Skudai, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia Press.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi dan Muhamed Fauzi Othman. (2006).
Reka cipta dan inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Nor Musliza Mustafa, Mokmin Basri dan Marziana Abdul Majid. (2010). Reka bentuk
perisian multimedia yang efektif berdasarkan kesesuaian teori dan strategi
pembelajaran. Selangor: Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru dan cabaran semasa. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Richards, J. & Lockhart, C., 1994. Reflective teaching in second language classroom. Cambridge:
Cambridge University Press.

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon. (2014). Guru dan cabaran
semasa. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
T.Subahan Mohd Meerah, 2006. Guru sebagai penyelidik. Kertas kerja ini dibentangkan di
Bengkel Kajian Tindakan pada 7 Februari 2006 di Puri Pujangga. Anjuran Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

14

LAMPIRAN

15

Anda mungkin juga menyukai