Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pendahuluan

Sistem pendidikan negara mencapai matlamatnya apabila menghasilkan guru yang


berkualiti. Guru berkualiti akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu
pengajarannya. Seseorang guru perlu sentiasa mewujudkan perhubungan yang saling hormat–
menghormati, memupuk kesukarelaan murid untuk saling menerima antara satu sama lain dan
menyediakan emosi murid. Ia disebabkan semua murid melibatkan diri dalam setiap kegiatan
keilmuan yang diadakan di sekolah. Jika emosi diganggu dan terganggu, akan timbul beberapa
masalah yang boleh memberikan kesan-kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, murung dan sering kelihatan gelisah bagi
melaksanakan sesuatu tugasan.
Emosi negatif, menurut A.J. Michael (2006) adalah sebarang perasaan yang membawa
perasaan yang tidak baik atau kurang selesa atau destruktif. Contohnya ialah perasaan seperti
takut, kemurungan, marah, bersalah, tersinggung, kekecewaan dan lain-lain. Gangguan emosi
mendefinisikan sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan
keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu menurut Kamus Dewan dan
Pustaka (2002). Definisi ini, sikap atau ciri-ciri yang ditunjukkan oleh murid seperti kerisauan
yang tinggi mula mengasingkan diri dan kelihatan murung serta tertekan adalah berpunca
daripada gangguan emosi yang terlahir apabila mereka mula berada dalam tekanan untuk
menghadapi peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Maka, guru perlu
menyediakan langkah-langkah intervensi yang komprehensif untuk membantu murid
menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan.

Tekanan Emosi
dalam
Kalangan Murid
Langkah-langkah
Menangani
Gangguan Emosi
Tanda-tanda
Awal Gangguan
Emosi

Gambar Rajah 1 : Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid


1.1 Hari Restu

Tengku Asmadi (2011), antara elemen lain yang perlu diberi perhatian sebelum
peperiksaan adalah mengelak daripada semua konflik terutama dengan guru dan ibu bapa.
Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan
selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Hari Restu yang bermula pada tahun
2016 ini, bertujuan untuk menjernihkan kembali hubungan antara murid dan ibu bapa serta
murid dengan guru. Murid digalakkan menyatakan penyesalan dan minta halalkan semua ilmu
dan makan minum yang diberikan. Meminta ibu bapa dan guru mendoakan kejayaan mereka
dalam menghadapi apa jua cabaran. Program ini juga, dapat menyedarkan murid bahawa
mereka telah membawa harapan sekolah.

Kestabilan emosi murid dapat dibentuk semasa pelaksanaan program ini kerana murid
boleh mengetahui apa yang diharapkan oleh ibu bapa dan guru-guru di sekolah terhadap
pencapaian mereka. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya akan menjadi beban kepada
murid-murid hinggakan mengganggu fikiran dan emosi mereka. Murid-murid apabila didesak
akan menambahkan ketakutan dan kebimbangan dalam diri mereka. Aktiviti ini dapat
mengeratkan silaturrahim murid malah dapat membentu emosi murid yang sejahtera kerana
mereka dapat melihat sokongan ibu bapa terhadap kejayaan yang ingin mereka capai.
Hasilnya, murid-murid akan berasa terharu dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Contohnya, di SK Taman Bunga Raya 1 telah melaksanakan Majlis Hari Restu bagi murid
Tahun 6/ UPSR 2011. (Lampiran 1)

Gambar 1 : Guru merestui murid Tahun 6/ UPSR


1.2 Program Motivasi
Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya murid-
murid sekolah. Program motivasi biasanya diadakan di sekolah dan penyertaanya difokuskan
kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Menurut Noraini Ahmad (2005), untuk menghadapi peperiksaan dengan
tenang tanpa menghadapi sebarang gangguan pemikiran, perlu mengawal emosi. Jika tidak
mengawal emosi, ia boleh melemahkan murid membuat persiapan untuk menghadapi
peperiksaan. Keadaan yang tertekan, tumpuan kepada pelajaran akan menjadi terganggu dan
menyebabkan kelemahan pada daya ingatan. Di negara kita, terdapat ramai penceramah
bertauliah atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Professor Izzudin Haji Ali ataupun lebih
dikenali sebagai Proffesor Izzi Ali. Hal ini kerana, sekiranya seseorang murid itu tidak bersedia,
fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka menjadi gementar seterusnya
menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu.
Pendek kata, program motivasi dapat memastikan para murid bersedia untuk
menduduki peperiksaan. Melalui program motivasi, para murid lebih terbuka minda, akal serta
hati melalui motivasi yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah. Ringkasnya, program
motivasi dapat menstabilkan emosi murid supaya mereka boleh bersedia untuk menghadapi
peperiksaan. Contohnya, pada hari Sabtu, 5 Mac 2016, satu ceramah motivasi telah diadakan
bagi murid dan ibu bapa tahun 6 di Dewan Perdana SK Sentul (1). Program motivasi ini telah
disampaikan oleh Yg Bhg Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah, pakar motivasi terkenal
yang membentuk dalam diri murid-murid agar menjadi murid yang terhebat. Oleh itu, setiap
program motivasi yang dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu murid supaya sentiasa
berfikiran positif dalam apa-apa jua yang dilakukan. Apabila keperluan seseorang itu lengkap,
maka tiada masalah yang akan berlaku seperti tekanan emosi. (Lampiran 2)

Gambar 2 : Program Motivasi yang disampaikan oleh Pakar Motivasi


1.3 Komunikasi antara guru dengan murid

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang


kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima
dikenali sebagai komunikasi. Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima
memahami mesej yang dihantar dengan tepat. Manakala, komunikasi bukan lisan ialah
penyampaian idea yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti menggunakan kepala
tanda setuju. Oleh itu, seorang guru boleh menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta mencapai objektifnya.
Proses menghantar dan menerima mesej semasa proses komunikasi dan keberkesanan
komunikasi di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru
dan didekod oleh murid-muridnya.
Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak
kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi. Melalui komunikasi dan interaksi
dalam pengajaran dan pembelajaran ini, guru dapat mewujudkan satu persekitaran yang aman
dan harmoni. Ia dapat membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat
dalam pembelajaran agar tidak dapat tekanan emosi seperti tidak ceria, mudah marah, gelisah
dan sebagainya. Seterusnya malalui komunikasi ini, ia dapat mewujudkan hubungan yang
mesra antara guru dan murid, murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
Jurnal Pemikir Pendidikan menekankan komunikasi penting diantara guru dengan murid. Oleh
itu, ia dapat membantu murid menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan.
Oleh itu, guru sebagai model sentiasa menunjukka sifat penyayang dan mengambil tahu latar
belakang murid-muridnya. (Lampiran 3)

Delinkuen Murid Komunikasi Guru Dalam Bilik Tingkah Laku Delinkuen Murid
Darjah
Komunikasi Guru Pearson Correlation 1 -.442(**)
Dalam Bilik Darjah
Tingkah Laku Pearson Correlation -.442(**) 1
Delinkuen Murid
n=80 **signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

Jadual 1: Hubungan Antara Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah


Pernyataan Item Kekerapan (%) Min Sisihan Piawai
1. Bahasa sukar difahami 29 36.3 2.06 0.932
2. Suara tidak jelas 25 31.3 2.21 0.881
3. Tidak mesra 34 42.5 2.33 1.005
4. Banyak menggunakan bahasa sindiran 22 27.5 1.97 0.993
5. Sombong dan angkuh 18 22.5 1.80 0.985
6. Suka berleter 29 36.25 2.25 0.987
7. Suka mengkritik atau mengejek rupa paras 14 17.5 1.77 0.885
atau latar belakang
8. Pengajaran membosankan 46 57.5 2.56 1.016
9. Mudah marah 46 57.6 2.65 0.969
10. Bertutur dengan laju 30 37.5 2.35 0.887

Jadual 2: Halangan Komunikasi Guru

1.4 Kem Bina Insan

Kem Bina Insan merupakan satu kaedah untuk menyuntik semangat seseorang supaya
menjadi manusia yang lebih berjaya. Bagi seseorang murid pula, setiap aktiviti yang disertai
akan memberikan banyak faedah yang berguna untuk kehidupannya. Kebiasaannya Kem Bina
Insan akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak dan tingkah-laku,
pembelajaran, matlamat hidup, kepercayaan agama, kasih sayang terutama kepada ibu bapa
dan juga muhasabah atau keinsafan diri. Walauapapun tujuannya, Kem Bina Insan banyak
memberikan faedah kepada setiap peserta yang menyertainya terutama bagi kalangan murid-
murid sekolah. Kem Bina Insan ini, memberikan kesedaran murid Tahun 6 khususnya tentang
kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Sebelum menduduki peperiksaan UPSR murid
mengalami tekanan emosi yang tinggi dan juga mengalami ketidakstabilan emosi.

Kem Bina Insan dapat meningkatkan disiplin murid sebagai asas mencapai
kecemerlangan bidang kuriikulum dan kokurikulum. Ia juga melahirkan murid yang
beketrampilan, berkeyakinan dan mempunyai semangat jaya diri yang tinggi. Emosi tekanan
murid dapat dielakkan melaluinya. Contohnya, khabar Berita Harian 26 September 2016 telah
mengeluarkan berita bahawa Guru Besar SK Jalan 3, telah mengadakan Kem Bina Insan bagi
murid UPSR agar tidak menghadapi tekanan emosi sebelum menduduki UPSR. Ia telah
membantu murid meningkatkan keyakinan diri, merapatkan hubungan antara murid dengan
guru dan sesama murid, mencungkil bakat dan meningkatkan dalam satu pasukan.

Gambar 3: Keratan Surat Khabar


Berita Harian, 26 Sep 2016

Gambar 4: Keratan Surat Khabar


Berita Harian, 26 Sep 2016
1.5 Program Keagamaan

Aktiviti keagamaan bagi pemantapan rohani dan emosi sangat memainkan peranan
supaya murid sentiasa berada dalam keadaan tenang dan berada dalam kitaran yang selamat.
Emosi merupakan perkara yang paling penting untuk mengelolakan setiap aktiviti yang ingin
dilakukan kerana ia adalah tindak balas kepada pemikiran dan idea dalam otak. Sekiranya
emosi berada dalam keadaan terganggu akan menyebabkan kesukaran dalam menjalankan
sesuatu perkara terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sewajarnya
menggalakkan murid untuk dekatkan diri kepada Tuhan supaya mereka mempunyai
pergantungan terhadap Tuhan terhadap kejayaan yang ingin dicapai. Galakkan murid supaya
perbanyakkan doa dan sampaikan kepada mereka bahawa kejayaan bukan ditentukan dengan
hanya beberapa buku yang dibaca sahaja tetapi adalah juga takdir Tuhan setelah ditambah
dengan usaha sendiri.

Penghayatan nilai keagamaan amat penting untuk diterapkan dan pelaksanaan program
keagamaan bagi pemantapan rohani perlu sentiasa berjalan supaya jiwa, hati dan emosi murid
dalam keadaan stabil kerana dengan penerapan ilmu agama mampu menggalakkan murid
supaya lebih kuat dan mempunyai semangat untuk memperoleh kejayaan. Kewajipan terhadap
agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan menurut Nik Nur
Madihah (2009), kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja sedangkan di akhirat
yang kekal abadi. Oleh itu dengan pelaksanaan program-program keagamaan yang berkala
dapat membantu murid untuk mengawal emosi seterusnya mampu untuk meningkatkan
prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran. Contohnya, Program Keagamaan yang
berlangsung di SK Tudan, Miri, Sarawak. Secara tidak langsung program keagamaan yang
cuba dilaksanakan dapat membentuk sahsiah dan pemantapan rohani dan emosi yang baik
dalam kalangan murid sekiranya mereka dapat memberikan penghayatan terhadap setiap
program keagamaan yang dianjurkan. (Lampiran 4)

2.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, murid-murid merupakan aset negara yang sangat penting


kerana kepada merekalah segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku bakal
pemimpin di masa hadapan. Pertimbangan utama di dalam segala tindakan, baik dari segi
tekanan emosi. Langkah-langkah intervensi sangat memainkan peranan penting untuk
mengatasi sesuatu masalah setelah masalah yang dikenal pasti dapat dikesan. Emosi murid
perlulah diperhati sentiasa supaya masalah yang pada mulanya kecil tidak menjadi besar
kerana masalah tidak dapat diatasi pada peringkat awal lagi. Setiap intervensi yang dijelaskan
merupakan langkah-langkah yang dapat mebantu murid untuk membaiki emosi mereka supaya
stabil dan sejahtera. Emosi ini dapat dibentukkan melalui rangsangan-rangsangan luaran dan
perkara yang paling utama adalah dorongan dan sokongan daripada orang yang terdekat
supaya dapat membantu mereka mengawal emosi bagi keterusan dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang dihadapi.

Oleh itu, kefahaman tentang emosi yang ditunjukkan murid amat penting bagi seorang
guru dan murid. Ini disebabkan emosi yang ditunjukkan oleh murid akan mendorong guru untuk
merancang langkah-langkah dan pendekatan intervensi yang sesuai dan berkesan. Justeru,
guru bukan sahaja sebagai pengajar, malahan berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa
memberikan sokongan dan memotivasikan murid. Sebagai guru di sekolah, guru patut
berupaya memainkan peranan yang sewajarnya bagi membantu perkembangan emosi murid-
murid dan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada mereka mengikut peruntukan
undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai