Anda di halaman 1dari 5

SULIT

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


Semester 1

UJIAN : 10 NOVEMBER 2023


MASA : 8.00 – 9.00 MALAM ( 1 JAM)

KAMPUS : IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 3 2 0 2 4 0 0 0 7 8

KOD KURSUS : EDUP2082


KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN
MASA : 1 JAM
JUMLAH MARKAH : 20

ARAHAN KEPADA CALON

1. Jawab semua soalan. Buku ini mengandungi empat soalan.


2. Setiap soalan membawa markah 5.
4. Jawapan soalan ujian berbentuk esei ringkas antara 120-150 patah perkataan.
5. Semua jawapan hendaklah diisi pada buku jawapan ini dan perlu dimuatnaikkan
dalam GC berbentuk Pdf.
6. Pastikan anda isi angka giliran pada muka depan ini sebelum muatnaik.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 5 HALAMAN BERCETAK

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT EDUP2082

JAWAPAN UJIAN
(20 Markah)

1. Psikologi pendidikan merujuk pada pelaksanaan ilmu psikologi dalam


dunia pendidikan.

Jelaskan kenapa seseorang guru perlu mempelajari psikologi


pendidikan.

Guru berperanan sebagai pengerak didalam dunia pendidikan, ilmu psikologi


pendidikan amat penting bagi guru untuk mempelajarinya supaya dapat
membaca tingkahlaku murid agar guru dapat mengawal bilik darjah supaya
perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.
Selain itu, dengan ilmu tersebut guru dapat memahami tingkahlaku
murid melalui pemahaman secara teori dan prinsip psikologi pendidikan.
Dengan itu, guru dapat membantu murid memahami diri mereka mengapa
berkelakuan demikian. Murid juga dapat mengenalpasti tingkahlaku yang
sepatutnya atau tidak dan mengubah kearah yang lebih baik.
Seterusnya, dengan memahami perbezaan individu murid dari segi
kognitif, bakat, minat dan keperluan guru dapat meramal tingkahlaku dan
bersedia dengan tindakan susulan. Dengan itu, guru juga dapat merancang
proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan mengikut
tahap kognitif murid selain dapat memotivasikan murid-murid dalam proses
pembelajaran dan menarik minat murid untuk terus belajar dengan seronok
tanpa tekanan.
Apabila murid belajar dengan seronok, mereka akan lebih mudah
memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru dan ia dapat
meningkatkan prestasi mereka.

[5 markah]

2 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP2082

2. Pengetahuan psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada


proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru-guru
menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan
pelajar-pelajar mereka.
Huraikan implikasi pernyataan di atas terhadap guru.
.[5 markah]
Psikologi pendidikan membantu guru memahami perbezaan dari
aspek tingkah laku, fizikal, mental, psikologi dan personaliti mereka.
Perbezaan dan kepelbagaian pada setiap murid mempengaruhi bagaimana
mereka belajar, bagaimana mereka beradaptasi dengan persekitaran dan
mendorong mereka bagi memulakan hubungan serta mereka belajar
berinteraksi bagi membina hubungan sosial.

Implikasinya, ia dapat melahirkan guru yang lebih kreatif dan kritis


dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Guru dapat merumuskan langkah - langkah yang bersesuaian bagi
menyelesaikan masalah yang timbul agar dapat mencapai matlamat dan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

` Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid


kerana guru lebih memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak serta menghubungkaitkan dengan proses pengajaran dalam
bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan
lancar dan lebih harmoni.

3 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP2082

3. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008),
terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak.
Kemukakan dua prinsip perkembangan kanak-kanak tersebut berserta
huraian contohnya.
[5 markah]

Terdapat lima prinsip yang ditekankan oleh Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan
Rafidah Kastawi (2008) bagi perkembangan kanak-kanak antara prinsipnya ialah, proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya janin akan membentuk kepala dahulu
yang besar kemudian disusuli dengan tangan dan anggota lain. Contoh lain, bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam
semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa
aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam
perkembangan kognitif dan bahasa.

Seterusnya, prinsip lain mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan


adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati.
Contohnya usia yang akan terus berlaku. Dalam proses perkembangan, seorang
kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak
akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga
merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

4 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP2082

4. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa lima


jenis sistem ekologi termasuk mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem berinteraksi antara satu sama lain dan
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Terangkan secara ringkas tentang mikrosistem dan mesosistem.

Teori Ekologi Breonfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil


interaksi antara alam persekitaran (ekologikal) dengan kanak-kanak tersebut.
Perkembangan kanak-kanak adalah kesan daripada persekitaran kanak-kanak dan ciri-ciri
kanak tersebut keatas persekitaran. Antara lima sistem tersebut ialah:-

Pertama, Mikrosistem iaitu persekitaran yang terdekat atau secara langsung


dan menghabiskan paling banyak masa. Misalnya, kanak-kanak akan banyak
menghabiskan masa bersama ibu bapa, adik beradik di rumah dan rakan-rakan atau guru di
sekolah.

Kedua, sistem Mesosistem, (perhubungan antara mikrosistem). Apa yang


berlaku dalam mesosistem akan mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.
Contohnya, situasi dirumah mempengaruhi tingkahlaku di sekolah. Sekiranya, ibu bapa
sering bergaduh dirumah dihadapan anak-anak. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka
terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut terbawa kesekolah lalu ia akan
menjejaskan pelajaran mereka.

[5 markah]

JAWAPAN TAMAT

5 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai