Anda di halaman 1dari 8

Gangguan Emosi Murid-Murid

Gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh


seseorang yang akan menyebabkan emosi seseorang tersebut tidak stabil.
Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak
terutamanya murid-murid di sekolah. Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai
satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid.
Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang murid
mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Konflik atau gangguan
dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku murid . Dalam Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu. gangguan emosi dieertikan sebagai kesan konflik yang tidak
dapat diselesaikan.

2.1 Tanda-Tanda Awal Berlakunya Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Justeru, pembentukan dari aspek fizikal, rohani, intelek dan emosi perlu
diseimbangkan bagi melahirkan insan yang dapat berdaya saing pada peringkat
antarabangsa. Lazimnya, seseorang yang mengalami gangguan emosi boleh
dikesan melalui tanda-tanda awal gangguan emosi yang akan berlaku pada mereka.
Mereka yang mengalami gangguan emosi harus dibantu. Mereka tidak seharusnya
dibiarkan mengalami sesuatu masalah secara berterusan yang akhirnya memberikan
kesan kepada perkembangan mental mereka.

Menurut Haliza dan Joy (2009), terdapat beberapa tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid bagi mendapatkan perhatian guru, antaranya ialah murid
sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru sama seperti kes
ini. Menurut Lailawati (2006), masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid
kebanyakannya adalah disebabkan oleh emosi. Tambahan lagi seseorang yang
mempunyai emosi yang tinggi dikatakan cenderung menunjukkan tingkah laku sosial
yang rendah (Eisenberg & Febes dlm. Lailawati, 2006).
Gangguan emosi berlaku dalam kalangan murid apabila mereka tidak dapat
mengatur kelangsungan emosi yang dialami. Murid yang mengalaminya
berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami
gangguan emosi. Pengenalpastian tanda-tanda awal gangguan emosi yang
dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan ibu bapa dan guru untuk mernbantu
murid yang tertekan bahkan murid yang menyedari bahawa mereka menunjukkan
tanda-tanda awal tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan
negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri mereka.Lazimnya,
murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda
awal seperti :

Bergaduh
Pencapaian
akademik
merosot

Cepat marah
Mengantuk Tanda awal
dalam kelas
gangguan
emosi

Berbohong
Kurang beri
tumpuan

Rajah 1 Tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid

Sapora (2001) menjelaskan bahawa gangguan emosi dalam kalangan murid


akan meninggalkan kesan yang negatif ke atas proses pembelajaran murid tersebut
berbanding kesan positif. Menurut Chan dan Rodziah (2012) dalam kajian mereka
turut mendapati bahawa prestasi akademik murid yang dikaji yang mengalami
gangguan emosi daripada pelbagai faktor berada pada tahap yang rendah. Murid
yang mengalami masalah gangguan emosi dapat dikesan melalui pencapaian
akademik mereka di mana pencapaian akademik mereka merosot secara tiba-tiba
jika dibandingkan dengan pencapaian terdahulu. Hal ini demikian kerana
ketidakupayaan murid untuk menangani gangguan yang dihadapi dengan baik
menyebabkan ia menjadi dominan dalam diri murid sehingga mereka tidak dapat
mengabaikan akademik mereka. Mereka sering kelihatan malas dalam bilik darjah
dan menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar.

Ganggan emosi boleh menyebabkan masalah susah tidur dan masalah


susah tidur boleh menyebabkan gangguan emosi. Ia mereupakan satu pusingan
yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah
susah tidur telah menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson,
1977; The Complete Idiots Guide To Managing Stress). Kebanyakan murid yang
mengalami masalah gangguan emosi akan mengamali keletihan yang melampau
dan kurang bertenaga disebabkan tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi.
Mereka sentiasa tidak lena tidur, dikejutkan oleh mimpi-mimpi yang menakutkan dan
cemas, ataupun terjaga tidur ditengah malam. Ini mempengaruhi diri mereka apabila
berada dalam bilik darjah. Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh guru
adalah mengabaikan murid-murid yang sering mengantuk dalam bilik darjah kerana
berpendapat bahawa mereka tidak berminat untuk belajar. Sebagai guru yang
prihatin, kita perlu berwaspada pada tanda-tanda awal gangguan emosi ini supaya
dapat membantu murid untuk mengatasi masalah gangguan emosi agar mereka
tidak ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Murid yang mengalami masalah gangguan emosi umumnya tidak dapat


memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Golongan
murid ini kebiasaannya suka bersendirian dan membuat kerja sendiri tanpa memberi
perhatian terhadap pengajaran guru di bilik darjah. Mereka seolah-olahnya hidup
dalam dunia sendiri. Ada juga daripada mereka yang bosan dengan pengajaran guru
sehingga mereka menganggu atau menunjukkan sikap-sikap yang agresif seperti
membaling rakan dengan kertas, menggeliang-geliut di tempat duduk, ataupun
bernyanyi semasa guru sedang mengajar. Mereka juga turut bergerak ke sana sini
menganggu rakan lain. Kurang tumpuan ini dapat menjejaskan pencapaian
akademik mereka. Murid-murid ini akan lebih banyak mengelamun dan menyendiri
dengan keadaan emosi mereka yang terganggu.
Mengikut Despert (1965), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi
neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu
membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Di sekolah
pergaduhan kecil sesama murid sentiasa berlaku disebabkan oleh perkara yang
remeh. Walaupun keadaan ini dilihat sebagai pergaduhan kecil yang melibatkan
kanak-kanak namun ianya akan memberi kesan yang buruk kelak. Guru harus sedar
bahawa sikap murid yang suka bergaduh ini merupakan salah satu tanda awal
gangguan emosi yang ditunjukkan oleh murid. Murid yang sentiasa cari gaduh
mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Mereka berasa bangga apabila mereka memulakakan pergaduhan dengan
anggapan bahawa mereka lebih hebat daripada orang lain, dipandang tinggi,
berkuasa dan ditakuti oleh rakan-rakan lain. Pada hakikatnya keadaan emosi murid
yang bergaduh berada pada tahap tidak stabil dan di luar kawalan mereka sendiri.
Keadaan ini mendorong mereka untuk bertindak di luar daripada kawalan diri yang
waras.

Murid yang cepat marah adalah murid yang tidak dapat mengawal emosi
mereka dan membiarkan perasaan marah menguasai dirinya. Mereka cepat marah
tanpa sebab yang jelas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Mereka melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-
olah dunia ini dirasakan begitu sempit. Keadaan ini akan mendorong murid cepat
rasa marah sewaktu ketika ditegur oleh orang lain. Mereka tidak dapat menerima
teguran atau nasihat daripada orang lain kerana berpendapat bahawa semua orang
memandangnya dengan pandangan yang buruk. Secara tidak langsung keadaan ini
juga mendorong rakan-rakan menjauhi diri daripada mereka sehingga mereka
dipinggirkan oleh rakan mereka. Orang yang cepat marah ini mudah diperbodoh-
bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain, iaitu dengan tidak keruan dan tidak
lagi berfikir panjang.

Justeru individu yang rapat dengan murid-murid yang mengalami masalah


gangguan emosi seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling
dapat mengenal pasti gangguan emosi dalam kalangan mereka. Ibu bapa sebagai
golongan terdekat dengan murid harus sentiasa memberi perhatian yang
sepenuhnya bagi mengenal pasti masalah gangguan emosi yang dialami oleh murid.
Di sekolah, guru memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti keadaan
diri murid tersebut supaya guru dapat membantu murid untuk mengatasi masalah
gangguan emosi murid. Hal ini demikian kerana gangguan emosi yang tidak dapat
diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah
laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan.

2.2 Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan


Murid

Murid yang mengalami gangguan emosi harus dibantu. Mereka tidak


seharusnya dibiarkan mengalami sesuatu masalah secara berterusan yang akhirnya
memberikan kesan kepada perkembangan mental dan menjejaskan pencapaian
akademik mereka. Setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya
seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini
kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskannya dengan baik. Walaupun kebanyakan daripada masa mereka
dihabiskan bersama guru di sekolah, tetapi ibu bapa memainkan peranan yang
sangat penting untuk menentukan perkembangan emosi murid.

Tingkah laku dan personaliti murid amat dipengaruh oleh ibu bapa dengan
cara didikan semenjak mereka kecil lagi. Ibu bapa sebagai golongan yang terdekat
dengan murid seharusnya memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin
dan peribadi anak-anak. Peranan berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu
bapa di rumah adalah dengan melakukan sesuatu yang positif supaya ia menjadi
satu rol model bagi anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya dapat mengimbangi
peranan mereka sama ada di rumah, tempat kerja, dan dalam masyarakat.
Keseimbangan ini amat perlu supaya segala tekanan dapat diatasi. Hal ini demikian
kerana tekanan emosi yang dialami oleh murid pada masa kini sering dilihat
berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir. Ibu bapa harus mengelakkan
perlakuan di mana mereka melepaskan geram ke atas anak-anak mereka
disebabkan oleh tekanan kerja yang dihadapi. Perkara ini adalah penting kerana
hubungan antara tingkah laku dan personaliti anak-anak adalah dipengaruhi oleh
cara didikan ibu bapa mereka. Bagi keluarga yang mempunyai anak yang mengalami
gangguan emosi, ibu bapa boleh membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak
mereka. Ibu bapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan
emosi masing-masing.

Murid-murid banyak menghabiskan masa di sekolah setiap hari bersama


dengan guru. Kadang-kala masa mereka bersama dengan guru adalah lebih panjang
berbanding dengan masa mereka berada di rumah bersama ibu bapa mereka.
Namun begitu, guru memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kepada
kecerdasan emosi murid. Oleh yang demikian, peranan guru dan pihak sekolah
menjadi sangat penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemai
pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid. Faktor kawalan,
pembentukan, dan gangguan emosi murid dapat dilihat melalui kepimpinan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagaimana yang telah yang kita tahu, kepimpinan guru bersifat demokratik
boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang
sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan
demokratik bermaksud guru berkongsi tanggungjawab dengan murid akan sentiasa
memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Gaya
pengajaran ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-
murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong
murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kumpulan.

Guru seterusnya boleh membantu murid untuk mengawal emosi mereka


dengan membantu mereka berasa kesepunyaan di bilik darjah. Guru perlu
merangsangkan keinginan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat
diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid
yang berasa terpinggir ketika dalam kelas. Melalui cara ini setiap murid pasti akan
dapat mengawal emosi dan sekali gus dapat memberikan tumpuan kepada
pembelajaran yang sedang berlaku. berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu,
guru harus pandai merancang dan memperbanyakkan aktiviti kumpulan dalam kelas
untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan,
lakonan, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan
merangsang murid supaya berani untuk melibatkan diri dengan murid yang lain dan
dapat mengelakkan mereka tidak berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini
juga boleh menggalakkan murid untuk menunjukkan kelebihan yang terpendam
dalam diri mereka.

Guru juga harus sentiasa bersabar dan membantu murid yang bermasalah.
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat
pendiam, penakut, pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling untuk
membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan
mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru
perlu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses interaksi
sosial yang melibatkan murid semasa aktiviti pembelajaran dan memberikan layanan
yang saksama terhadap semua murid tanpa membezakan setiap murid. Guru harus
juga mendorong murid-murid lain supaya mereka dapat menerima murid-murid yang
bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid
bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah
mengalami gangguan emosi atas sebab tidak diterima oleh murid lain. Guru juga
boleh memberi pertolongan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk
menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan
sokongan dalam pembentukan tingkah laku. Program-program ini bertujuan
membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan
pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran
dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

Persekitaran didikan murid haruslah sentiasa berada dalam keadaan kondusif


untuk membantu murid yang menghadapi gangguan emosi. Persekitaran didikan
yang dimaksudkan bukan sahaja di rumah tetapi juga termasuk sekolah. Keadaan
kondusif bermaksud tempat tersebut adalah selesa, stabil dan selamat bagi murid-
murid. Keselesaan sesuatu tempat bergantung kepada diri murid di kawasan mana
mereka dibesarkan. Stabil pula bermaksud suasana tempat yang harmoni dengan
setiap individu dalam keluarga atau murid-murid di dalam bilik darjah memainkan
peranan masing-masing tanpa adanya konflik persekitaran tersebut. Sesuatu tempat
yang selamat pula membawa maksud jaminan keselamatan untuk hidup tanpa
ancaman. Persekitaran didikan yang kondusif adalah penting dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan murid kerana ia dapat membantu murid untuk
membina keyakinan diri terutamanya bagi murid yang menghadapi masalah
gangguan emosi.

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan emosi yang


positif dalam kalangan murid memerlukan kemahiran, keupayaan, dan komitmen
yang tinggi daripada pihat tertentu terutamanya ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa
dan guru-guru haruslah mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti serta
berupaya membentuk emosi yang stabil dalam kalangan murid. Kejayaan memasuki
dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya dalam
usaha untuk emosi yang mesra ketika bersama dengan murid dalam sesuatu proses
pembelajaran. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia untuk
berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama untuk menjayakan matlamat
pembelajaran di samping membentuk emosi positif dalam kalangan mereka yang
terlibat.

Anda mungkin juga menyukai