Anda di halaman 1dari 21

TAJUK 5

PERKEMBANGAN
EMOSI
KPP4023 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH: DR. TAJUL ROSLI BIN SHUIB

KUMPULAN 4
NAMA NOMBOR MATRIK
ALIF SYAFIQ BIN ABD RAHIM L20212012030

AHMAD ABRAR SYAKIRIN BIN L20212011818


ABDULLAH
ROZAINI BINTI MOHD RANI L20212012215

ANIS FARHANA BINTI MOHD SUHAIMI L20212012056


OBJEKTIF
 MENGETAHUI PERKEMBANGAN EMOSI
 MENGHURAI TEORI KECERDASAN EMOSI
GOLEMEN
 APLIKASI
TEORI PERKEMBANGAN EMOSI
DALAM PEMBELAJARAN
 APLIKASI
ASPEK AFEKTIF MELALUI
PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI BILIK
DARJAH
 RUMUSAN
PENGENALAN
 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN EMOSI SALING BERKAIT
ANTARA SATU SAMA LAIN TERUTAMANYA DALAM
PEMBELAJARAN.
 INDIVIDU YANG CERDAS PERLU DISOKONG DENGAN EMOSI
YANG STABIL.
 KECERDASAN EMOSI MERUJUK KEPADA KEMAMPUAN
INDIVIDU UNTUK MENGENAL PASTI PERASAAN
SENDIRI,MEMOTIVASI DIRI, DAN MEMBINA KETAHANAN
DALAMAN SEHINGGA BERUPAYA MENYUSUN JIWA MASING-
MASING.
PERKEMBANGAN EMOSI
 Perkembangan emosi individu ialah faktor genetik dan persekitaran.
 Perkembangan emosi yang baik berlaku sekiranya seseorang individu
berjaya mengatasi halangan-halangan pada setiap peringkat
perkembangan bergantung kepada cara mereka mengatasi konflik dan
sokongan yang diberikan oleh orang-orang sekeliling mereka.
 Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-
kanak.
 Pada zaman remaja, sebahagian individu bersikap angkuh dan
berusaha menutup kelemahan diri mereka sendiri.
 Peringkat akhir remaja, mereka mulai menyedari emosi orang lain dan
pada peringkat ini juga mereka mengalami tekanan dan ketegangan
dalam diri mereka dan keluarga kerana memerlukan kebebasan tetapi
pada masa yang sama mereka berasa terhutang budi kepada ibu bapa
yang telah menyokong mereka dalam pelbagai aspek.
 Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa
senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan.

 Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai


seseorang.

 Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi menambahkan


keseronokan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi
penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada
bentuk tindakan yang diambilnya.

 Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang


terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak
penyesuaian yang akan diambil.
TEORI KECERDASAN EMOSI GOLEMEN
 Menurut Daniel Goleman (1997), emosi merujuk kepada sesuatu
perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan
biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk
bertindak"

 Kecerdasan akal (IQ) dan kecerdasan emosi(EQ)saling melengkapi


antara satu sama lain

 Kecerdasan emosi boleh dikuasai oleh semua manusia tanpa mengira


tahap kecerdasan mentalnya. Malah, dikatakan seseorang yang
berkecerdasan tinggi mentalnya belum dapat menjamin kecerdasan
emosinya"
 MENURUT GOLEMAN (1997),TERDAPAT BEBERAPA JENIS EMOSI YANG BIASA
DIMILIKI OLEH SESEORANG SEPERTI
MARAH,SEDIH,TAKUT,GEMBIRA,SAYANG,HAIRAN,BENCI, DAN MALU.

JENIS EMOSI
UTAMA
MANUSIA
 GOLEMAN TELAH MEMBAHAGIKAN KEUPAYAANMANUSIA MENGURUSKAN
EMOSI DALAM 2 BENTUK IAITU :

KOMPETENSI PERSONAL KOMPETENSI SOSIAL

Kesedaran Kendiri Kesedaran Sosial

 Memenuhi bisikan hati,mengetahui  Kesedaran terhadap


keadaan dalaman,keutamaan dan perasaan,kehendak,dan keutamaan
keupayaan. orang lain.
Motivasi Kendiri Pengurusan Sosial

 Berusaha untuk mencapai target  Melakukan penyesuaian diri supaya


dan tekun. selari dengan tuntutan umumdan
Pengurusan Kendiri tidak

 Mengurus dalaman,keiginan potensi


diri.
APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN EMOSI DALAM
PEMBELAJARAN
BINA ASAS KEPERCAYAAN DIRI DALAM
BILIK DARJAH
1. Memberi layanan sama rata terhadap semua pelajar
 Elakkan daripada membandingkan antara murid tetapi tumpukan kepada pencapaian
individu.

 Tidak menjalankan hukuman berdasarkan khabar angin.

2. Bantu Murid Menyedari Emosi Dan Meluahkan Perasaan

 Perkenalkan perbendaharaan kata emosi dan bincangkan frasa-frasa emosi dalam


penceritaan.

 Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi dan guru menyimpan rahsia
tersebut.

 Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi tertentu.


3. Bantu Pelajar Mengenali Emosi Orang Lain

 Pelajar meneka emosi rakan pada situasi tertentu.


Menyuruh pelajar membayangkan diri mereka berada
dalam situasi yang dialami rakan.

 Semasa menonton filem, membaca petikan cerita atau


membuat simulasi, pelajar diminta mengenal pasti emosi
watak-watak dalam situasi tersebut.
4. Bantu Pelajar Mengenal Perbezaan Budaya dalam
Ekspresi Emosi
 Beripeluang kepada pelajar membincangkan
emosi-emosi yang terdapat dalam keluarga
masing-masing.
 Berikesedaran kepada pelajar supaya peka
terhadap emosi orang lain kerana perbezaan
emosi antara individu wujud dalam situasi yang
sama.
Strategi-strategi Mengawal Emosi

 Memberikan alternatif-alternatif yang boleh


digunakan untuk mengawal emosi seperti berhenti
sejenak, tinggalkan tempat kejadian.
 Guru menjadi model kepada pelajar. Menceritakan
pengalaman sendiri bagaimana mengawal perasaan
marah, kecewa dan gelisah. Berkongsi pengalaman
pelajar dan cuba fahami emosi yang dialami.
Perkembangan Sosio Emosi Kanak-Kanak
 Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan
sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat
kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita mesti
mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak dahulu.

 Hal ini kerana dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak


dan membantu mereka mendapat kejayaan dan
kesejahteraan guru harus mengetahui bagaimana emosi
kanak-kanak berkembang dan dari situlah guru akan
dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam
membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka
mendapat kejayaan dan kesejahteraan.
Perkembangan Luahan Emosi Diskri
 Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka misalnya, suka,
takut, marah, sedih atau suka, terkejut dan minat.
 Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir,
emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung dengan perasaan yang
menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui
tindakan menangis apabila berasa lapar. Apabila berasa kebangkitan yang
tidak menyenangkan, tindakbalas terhadap emosi ini akan diluahkan melalui
gerak badan sepeti menendang sambil menjerit apabila sedang menangis.
 Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yang dialaminya merupakan tidak
balas terhadap kebangkitan.
 Dalam usia yang sama emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan.
 Pada masa usianya 18 bulan pula rasa cemburu mulai timbul.
 Manakala pada umur 24 bulan, emosi baru iaitu keriangan mulai timbul
Emosi Kesedaran Kendiri
 Emosi kesedaran kendiri mula wujud pada usia 2 tahun ketika konsep kendiri
wujud. Pada umur 18 – 36 bulan kanak-kanak mula menunjukan emosi malu,
bersalah, dengki dan bangga.

 Kanak-kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh


ibubapa atau penjaganya.

 Mereka juga bangga sekiranya ibu bapa mereka memuji. Persaan dengki atau
cemburu jelas kelihatan pada usia 3 tahun apabila ibu bapa menunjukan sifat
sayang pada anak yang lain.

 Pada peringkat pra sekolah, perasaan cemburu terhadap kawan sekelas


adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan kasih sayang
daripada ibu bapa dan guru.
Bertindak Balas Kepada Emosi
 Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah
empati.

 Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan


menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg &
Fabes,1998).

 Perkembangan empati bergantung pada perkembangan


intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh
personaliti dan pengalaman sosial mereka.

 Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan


mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati.
DEFINISI AFEKTIF
Afektifialah berkaitan nilai, sikap,
minat, keprihatinan, mempunyai
pertimbangan, menghargai warisan,
dan mempunyai sahsiah yang baik. Ia
memberi satu kesan atau perubahan
dalam seseorang atau sesuatu.
APLIKASI ASPEK AFEKTIF MELALUI PENGALAMAN
PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
RUMUSAN
 Kecerdasan dari segi aspek interpersonal ialah
kemampuan untuk membezakan dan menganggap
dengan tepat perasaan, motivasi dan hasrat.
 Jenisemosi biasa dimiliki oleh seseorang adalah
marah, sedih, takut, gembira, hairan, benci dan
malu.
 Pengajaran dan pembelajaran berkesan
bergantung pada kaedah guru mengajar yang
menghubungkan domain kognitif, afektif dan
psikomotor.

Anda mungkin juga menyukai