Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah :SMK. PUCHONG Kod Sekolah : BEA8601

1. Nama Guru ISMARIAH BINTI ISMAIL


2. Judul PETUA MENANGANI STRES 3. Bidang : MOTIVASI DAN
KAUNSELING
4. Nama Pengarang Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah 5. Tarikh Pembacaan : 2/1/2019
6. Bil Muka Surat 92
7. Sinopsis

Buku ini banyak memberi panduan kepada saya tentang bagaimana untuk menangani stres dengan
cara yang mudah . Stres boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Stres ialah tekanan
atau desakan. Sebagai seorang guru, saya memena gbanyak mengalami tekanan dan stress terutamanya
tekanan dari para pelajar. Apabila seseorang itu stres, dia akan memberi reaksi dari segi mental dan fizikal.
Terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan stres berlaku, antara yang disebut dalam buku ini ialah
faktor semulajadi seseorang itu, di mana mereka selalu ingin kemenangan dan tidak suka menghadapi
kekalahan. Bersikap terlalu teliti atau perfectionist juga boleh menyebabkan stres. Sesetengah orang mereka
terlalu mendesak dan menekan orang lain. Sebab paling sering berlaku ialah tidak boleh melihat orang lain
senang atau lebih daripada apa yang dimilikinya. Tidak redha dan tidak cukup dengan apa yang dimiliki
mengakibatkan seseorang itu mudah tertekan. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati 90% perkara yang
dirisaukan tidak terjadi sama sekali. Faktor kedua ialah faktor suasana dan tempat. Faktor ini sangat member
kesan kepada penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila persekitaran tempat dan suasana yang dilalui
berada dalam keadaan yang soleh atau baik, maka hidup kita menjadi lebih tenang dan harmoni. Faktor
ketiga ialah faktor ilmu dan pendidikan. Faktor paling utama sekali bagi saya ialah faktor tanggungjawab
dan kerjaya. Adakalanya disebabkan tanggungjawab yang terlalu banyak dan sedikit serta pekerjaan yang
kurang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan . Seterusnya, rangsangan tekanan terhasil apabila pelbagai
persoalan dating kepada kita secara serentak dan menggesa kita agar segera membuat keputusan. Dalam
situasi seperti ini , ketenangan sangat diperlukan agar kita dapat bertindak secara rasional dan matang. Buku
ini juga ada menyatakan tentang stres yang dihadapi apabila pengharapan yang terlalu tinggi daripada orang
ramai, stres ini sering dihadapi oleh para pelajar. Bagi individu yang bekerja pula, faktor kerja yang
membosankan menjadi salah satu penyebab stres. Selain itu, jawatan yang statik dan terbatas, tidak dapat
menguruskan tanggungjawab dan kerjaya dengan sempurna. Diantara tanda-tanda stress ialah mudah marah,
bersedih hati, menangis, kecewa, mengamuk , sukar menyelesaikan masalah, prestasi diri mulai merosot,
idea mulai kurang, masalah cepat lupa, kesakitan bahagian fizikal,sukar tidur, dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun, stres boleh membawa kepada kesan positif seperti meningkatkan motivasi diri,
meningkatkan amalan dan usaha, merangsang individu mempertahan dan melindungi diri dan meningkatkan
potensi diri. Diantara petua untuk menangani stres ialah kenal pasti tahap tekanan dan mengkoreksi diri dan
muhasabah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

i. Mengetahui punca-punca dan kesan – kesan stres.

ii. Mengetahui cara untuk menangani tekanan dengan berkesan .

iii. Lebih bersedia dan tenang dalam menghadapi setiap tekanan yang datang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

Maklumat di dalam buku ini banyak memberi panduan kepada saya untuk menghadapi setiap tekanan yang
akan dihadapi terutamanya di dalam kelas. Ia juga sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membantu rakan-
rakan yang mengalami tekanan. Sebagai guru juga kita boleh mengenalpasti para pelajar yang mengalami
tekanan sekaligus membantu mereka mengatasinya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai