Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK JALAN KUANTAN 2, KUALA LUMPUR Kod Sekolah : WBB0062

ADERUS BIN HAJI SARDINI


1. Nama Guru

Petua Menangani Stres Motivasi


3. Bidang:
2. Judul
dan Kaunseling
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini banyak memberi panduan kepada saya tentang bagaimana

untuk menangani stres dengan cara yang mudah . Stres boleh berlaku pada

sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Stres ialah tekanan atau

desakan. Sebagai seorang guru, saya memena gbanyak mengalami tekanan dan

stress terutamanya tekanan dari para pelajar. Apabila seseorang itu stres, dia

akan memberi reaksi dari segi mental dan fizikal. Terdapat banyak punca-punca

yang menyebabkan stres berlaku, antara yang disebut dalam buku ini ialah

faktor semulajadi seseorang itu, di mana mereka selalu ingin kemenangan dan

tidak suka menghadapi kekalahan. Bersikap terlalu teliti atau perfectionist juga

boleh menyebabkan stres. Sesetengah orang mereka terlalu mendesak dan

menekan orang lain. Sebab paling sering berlaku ialah tidak boleh melihat

orang lain senang atau lebih daripada apa yang dimilikinya. Tidak redha dan

tidak cukup dengan apa yang dimiliki mengakibatkan seseorang itu mudah

tertekan. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati 90% perkara yang dirisaukan

tidak terjadi sama sekali. Faktor kedua ialah faktor suasana dan tempat. Faktor

ini sangat member kesan kepada penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila

persekitaran tempat dan suasana yang dilalui berada dalam keadaan yang soleh

atau baik, maka hidup kita menjadi lebih tenang dan harmoni. Faktor ketiga

ialah faktor ilmu dan pendidikan. Faktor paling utama sekali bagi saya
ialah tanggungjawab dan kerjaya. Adakalanya disebabkan tanggungjawab yang

terlalu banyak dan sedikit serta pekerjaan yang kurang sesuai dengan

kemampuan dan kebolehan . Seterusnya, rangsangan tekanan terhasil apabila

pelbagai persoalan datang kepada kita secara serentak dan menggesa kita

agar segera membuat sesuatu keputusan. Dalam situasi seperti ini , ketenangan

sangat diperlukan agar kita dapat bertindak secara rasional dan matang agar

keputusan yang dibuat adalah rasional.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Mengetahui punca-punca dan kesan – kesan stres.

2. Mengetahui cara untuk menangani tekanan dengan berkesan .

3. Lebih bersedia dan tenang dalam menghadapi setiap tekanan yang datang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Maklumat di dalam buku ini banyak memberi panduan kepada saya untuk
menghadapi setiap tekanan yang akan dihadapi terutamanya di dalam kelas. Ia
juga sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membantu rakan- rakan yang
mengalami tekanan. Sebagai guru juga kita boleh mengenalpasti para pelajar
yang mengalami tekanan sekaligus membantu mereka mengatasinya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ADERUS BIN HAJI SARDINI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai