Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK FELDA LURAH BILUT Kod Sekolah: CBA0001

Nama Guru PN. ROHAIZAH BINTI BADILAH


1.

2. Nama Pengarang DR. ALIZI ALIAS


PENAT : BAGAIMANA MENGURUS
EMOSI, TENAGA & TEKANAN
3 Judul/Muka Surat 3. Bidang:ILMIAH
DALAM MENEMPUHI ALAM
DEWASA / 200
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis:

Melalui buku ini, Dr Alizi merungkaikan fenomena languishing yang berlaku kepada hampir
setiap individu dalam menempuh alam dewasa. Seterusnya beliau membentangkan secara
terperinci formulasi yang telah dibangunkan oleh pakar psikologi bagi mengatasi masalah ini
supaya hidup kita jadi lebih bermakna.

Bahagian satu buku ini akan menceritakan pengenalan tentang rasa penat dan rasa hilang
minat (dalam istilah psikologi, ini dipanggil languishing atau kelesuan) yang dihadapi dalam
kehidupan dan kerjaya kita terutamanya, serta cara mengenal pasti jika kita sedang berada dalam
situasi tersebut.

Dalam bahagian dua buku ini pula, saya akan memperincikan teori yang dibangunkan untuk
membantu kita mengatasi masalah kelesuan tersebut, supaya akhirnya kita dapat menikmati
kemekaran (dalam istilah psikologi, ini dipanggil flourishing) dalam kehidupan kita.

1. P = Positive emotion atau emosi positif


2. E = Engagement atau Rasa keterlibatan (dengan aktiviti)
3. R = Relationship atau Hubungan yang baik
4. M = Meaning of life atau Makna kehidupan
5. A = Accomplishment atau Sensasi pencapaian

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :


Kemekaran, kebahagiaan, kesejahteraan, kepuasan hidup, kesihatan mental atau apa sahaja
istilah yang digunakan, ia adalah hak semua insan. Selepas membaca buku ‘PENAT’ bahawa
mereka yang mengalami penyakit mental juga boleh bahagia sedangkan mereka yang tiada
penyakit mental pula belum tentu bahagia.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini dapat memberi gambaran sebenar kepada pembaca mengenai emosi dan bagaimana
car akita mengawal emosidan menyelami emosi di kalangan murid

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ..................................................
(PN. ROHAIZAH BINTI BADILAH) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK FELDA LURAH BILUT Kod Sekolah: CBA0001

Nama Guru PN. ROHAIZAH BINTI BADILAH


1.

2. Nama Pengarang NORDEN MOHAMED

3 Judul/Muka Surat MAAF CAKAP / 373 3. Bidang:ILMIAH

4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis :

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur
itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang
saudara.
‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung
kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah
kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai.
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara
berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

8. Nilai Pengetahuan/ Pengajaran :

- Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia


- Sabar
- Memahami situasi di tempat kerja
- Mengawal emosi ketika menegur
- Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
- Mengawal tingkah laku ketika amarah
- Tidak ego/ buang ego

9. Aplikasi ilmu dalam organisasi/ Pdp :

Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.


Menggunakan Bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.
Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria untuk anak-anak
mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ..................................................
(PN. ROHAIZAH BINTI BADILAH) ( )

Anda mungkin juga menyukai