Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 Kod Sekolah: BBA 8289

1. Nama Guru Fatimah Azaharah binti Mohamad

2. Judul Maaf Cakap 3. Bidang: Amalan Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur
itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang
saudara.‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali
merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu
jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai. 
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara
berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia


- Sabar
- Memahami situasi di tempat kerja
- Mengawal emosi ketika menegur
- Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
- Mengawal tingkah laku ketika amarah
- Tidak ego/ buang ego

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.


Menggunakan Bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.
Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria untuk anak-anak
mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD) (ABD RASHID BIN RAZALI)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 Kod Sekolah: BBA 8289

1. Nama Guru Fatimah Azaharah binti Mohamad

2. Judul 10 Tokoh Idola Muslimah 3. Bidang: Islam

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Dunia hari ini dihidangkan dengan pelbagai ikon yang ada kalanya bertentangan dengan syariat
Islam. Mereka yang dijadikan idola ini sememangnya tidak bersesuaian daripada segi sahsiah
juga kehidupan negatif yang tidak layak dicontohi. Demi memantapkan diri, jadikan srikandi
Muslimah sebagai idola hidup yang perlu dicontohi. 10 tokoh Idola muslimah yang diketengahkan
di dalam buku ini mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh
yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi. Setiap
seorang tokoh dirungkai dengan terperinci merangkumi sejarah hidup, kaitan kisah dengan
kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi penghias peribadi.
Jadikan tokoh-tokoh ini sebagai inspirasi dalam mentarbiah anak bangsa yang berjiwa besar
menjadi pemangkin kepada generasi akan datang. Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah
hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan kekentalan mereka dalam
meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya demi menjamin
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Akhlah tokoh idola muslimah yang sewajarnya dicontohi


- Kesedaran tentang dunia hari ini yang sering meninggalkan tentang adab dan akhlak
- Memberi inspirasi untuk mengubah akhlak seperti tokoh-tokoh dalam buku ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini membantu seorang guru menerapkan sifat-sifat murni yang ada pada diri 10 tokoh idola
muslimah yang dikongsi di dalam buku ini. Di samping itu, kisah tokoh-tokoh ini dapat dikongi
bersama anak didik supaya mereka boleh menjadikan kisah ini sebagai inspirasi dalam menjalani
kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD) (ABD RASHID BIN RAZALI)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 Kod Sekolah: BBA 8289

1. Nama Guru Fatimah Azaharah binti Mohamad

2. Judul Kesihatan Mental 3. Bidang: Kesihatan dan Keluarga

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Masyarakat kita sering mengaitkan penyakit mental dengan kuasa di luar kawalan manusia
seperti hantu, jin, syaitan dan makhluk halus lain. Seorang dukun atau bomoh dianggap
mempunyai kepakaran merawat mereka yang ‘dirasuk’ ini serta memulihkan keadaan mental
mereka seperti sedia kala. Apabila kita mengenali atau menamakan sesuatu tingkah laku sebagai
kecelaruan tingkah laku, kita sering berpandukan kepada apa yang dikenali sebagai norma
masyarakat. Bagi mereka yang mengikuti apa yang dilakukan oleh masyarakat, maka perbuatan
mereka dianggap normal. Sebaliknya sekiranya apa yang dilakukan oleh seseorang itu
bertentangan dengan kelaziman masyarakat, ia dikatakan menyimpang daripada norma
masyarakat ataupun dinamakan abnormal. Buku ini membincangkan beberapa jenis penyakit
mental dan bagaimana psikoterapi dan perubatan moden digunakan dalam rawatan penyakit
mental.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Memahami tentang kesihatan mental


- Mengetahui tentang sintoms orang yang mengalami gangguan mental
- Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya individu terdekat atau diri sendiri mulai
menunjukkan sintoms gangguan mental

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, sudah pasti banyak cabaran dan perubahan yang perlu dihadapi
tambahan pula dalam keadaan norma baharu ini. Justeru, buku ini membantu menilai tahap
kesihatan mental diri dan orang sekeliling. Di samping itu, pengetahuan yang diperoleh dalam
buku ini, dapat dikongsi bersama rakan guru supaya dapat memberi kesedaran kepada semua
tentang kesihatan mental.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD) (ABD RASHID BIN RAZALI)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 Kod Sekolah: BBA 8289

1. Nama Guru Fatimah Azaharah binti Mohamad

2. Judul Makan Gaji tetapi Kaya 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja
makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul
juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan
untuk anak-anak mereka. Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji?
Berkawanlah dengan buku ini. Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita
bagi mengenali beberapa teknik: - Bagaimana menjana pendapatan aktif - Bagaimana menjana
pendapatan pasif - Bagaimana mengurus wang keluar masuk - Bagaimana melabur wang dalam
pelaburan hartanah Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip
melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya
kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang
lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Mempelajari tentang cara menjana pendapatan aktif dan pasif


- Mengetahui tentang pengurusan wang keluar masuk
- Mendalami cara melabur wang dalam pelaburan hartanah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru dan penjawat awam, sering kali terdengar rakan-rakan lain mengatakan
bahawa makan gaji tidak akan kaya. Namun, buku ini mengubah perspektif baharu tentang
pendapatan penjawat awam. Justeru, kandungan buku ini dapat dikongsi bersama rakan sejawat
supaya sama-sama dapat membuka mata tentang peluang menambah pendapatan meskipun
bergelar penjawat awam. Di samping itu, buku ini juga dapat membantu guru mendidik murid-
murid supaya sentiasa mencari peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD) (ABD RASHID BIN RAZALI)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 Kod Sekolah: BBA 8289

1. Nama Guru Fatimah Azaharah binti Mohamad

2. Judul Berani Berubah 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Semua orang ada bercita-cita untuk berhijrah atau berubah. Hijrah atau berubah daripada satu
perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik atau daripada yang sudah bagus kepada yang
lebih bagus. Di hadapan kita banyak peluang untuk kita melakukan perubahan. Namun dalam
menuju perubahan, kita wajar mengetahui liku-liku dan ancaman yang bakal dihadapi dalam
perjalanan tersebut. Dengan menyedari liku-liku tersebut, maka mudah-mudahan kita lebih kuat
dan lebih tekad untuk meneruskan perubahan ini. Tidak memahami benar-benar erti hijrah,
halangan-halangan hijrah dan cabaran-cabaran serta realiti sebenar perjalanan hijrah boleh
menyebabkan kita tersungkur di perjalanan sebelum sampai ke destinasi sebenar. Ada cita-cita
untuk berhijrah itu memang bagus dan amat bagus, tetapi hendak berhijrah bukan senang. Bukan
semudah mengupas kuaci atau mengupas kerang dengan sebelah tangan semata-mata dan
bukan sesenang memasang cita-cita seperti Mat Jenin. Buku ini cuba memberi jawapan kepada
topik tersebut.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Menyedari tentang dugaan dan ujian yang akan dilalui dalam usaha untuk berubah
- Memahami dan mendalami maksud sebenar hijrah
- Mengetahui tentang cara untuk berubah dan mengekalkan perubahan tersebut

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru merupakan seorang model insan dan contoh kepada masyarakat terutamanya murid-murid.
Oleh itu, kandungan buku ini membantu untuk menilai kekurangan diri dan memperbaiki diri
menjadi lebih baik. Kandungan buku ini juga baik untuk dikongsi bersama rakan sejawat supaya
sama-sama dapat membantu diri menjadi lebih baik. Di samping itu, kandungan buku ini juga
boleh menjadikan inspirasi buat guru untuk dikongsikan bersama anak didik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD) (ABD RASHID BIN RAZALI)

Anda mungkin juga menyukai