Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH Kod Sekolah: AEA 6050

1. Nama Guru NUR ALINA AINA BINTI MOHD NASIR


BAJET POWER SIMPAN DAN
2. Judul 3. Bidang: PELABURAN
LABUR GAYA ORANG MUDA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini menceritakan tentang pengurusan kewangan bagi orang muda terutamanya graduan
yang baru berkecimpung dalam pekerjaan pertamanya. Penulis ingin memberi kesedaran kepada
graduan yang baru bekerja yang selalu tersalah langkah dalam kewangan dengan beli kereta
mahal, melancong keluar negara, tidak bayar PTPTN, tidak buat bajet bulanan, kahwin mewah
tapi dengan pembiayaan peribadi dan yang paling menyedihkan tiada simpanan kecemasan. Hal
ini kerana, anak muda mengalami kejutan budaya dengan realiti sebenar apabila kali pertama
memegang duit gaji. Apabila sebelum ini, hanya mengharapkan PTPTN, biasiswa dan duit ibu
ayah, kini mereka ada duit sendiri. Dulu-dulu boleh berjimat, sekarang boros belanja tidak
beringat. Maka buku ini digarap khas secara santai, sentap dan sempoi untuk anak muda yang
sedang mencari jalan memiliki rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih
baik. Penulis dengan secara aktifnya berkongsi tentang pelaburan hartanah, pengurusan
kewangan dan motivasi kehidupan. Bak kata penulis ilmu sebelum labur, elak melebur.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Kesedaran tidak datang sendiri.


2. Mencari guru yang sesuai dengan bidang.
3. Bijak urus wang dengan tangguh kemahuan daripada kepentingan.
4. Berusaha dengan lebih keras dan bertindak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Ilmu yang hendak dipelajari perlulah dicari sendiri.


2. Setiap pelajar yang hendak belajar perlulah mencari guru jika tidak memahami sesuatu ilmu.
3. Pelajar perlulah tahu mengurus masa dan duit.
4. Setiap orang hendakkan kejayaan, nak berjaya berlulah bertindak kemudian bertawakkal
kepada Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR ALINA AINA BINTI MOHD NASIR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai