Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH Kod Sekolah: AEA 6050

1. Nama Guru NUR ALINA AINA BINTI MOHD NASIR


KURIKULUM ISLAM DALAM
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
PERKEMBANGAN SEJARAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis :
Buku ini menceritakan kurikulum pengajaran Islam yang digunakan umumnya di
sekolah-sekolah atau madrasah-madrasah di kebanyakan negara Islam termasuk
Malaysia dan Singapura. Buku ini mendedahkan bermacam-macam cara yang pernah
dialami pengarang lalu mengupas salah atau betulnya sesuatu apa yang dipandang itu
wajar dan sesuai dengan sistem pengajaran yang sebenar. Selain itu, perbandingan
sistem pengajaran yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan zaman-zaman
berikutnya dan dicadangkan juga supaya pengajaran Islam sekarang kembali kepada
asalnya. Seterusnya, diketengahkan juga kurikulum Islam di zaman permulaan iaitu Ilmu
Perbandingan Agama dan Tamadun Islam yang merupakan dua ilmu yang paling
penting dikemukakan oleh Islam yang seiring dalam jangka masa panjang serta
bergerak memberi kemenangan kepada Islam. Buku ini juga memberikan contoh pro dan
kontra yang pernah dipraktikkan pada zaman-zaman yang lalu dan sekarang. Kemudian
diberikan pandangan yang kritikal, di samping menganjurkan para pendidik Islam
memahami cara pendidikan yang pernah diasaskan di atas dakwah Islamiah dan prinsip-
prinsipnya pada suatu masa dahulu.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

1. Mengetahui kurikulum pengajian Zaman Permulaan Islam.


2. Mengetahui penyelewengan ilmu yang berlaku dalam Zaman Kegelapan.
3. Mengetahui cara terbaik untuk memperbaiki kurikulum Islam.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:

1. Dapat mengenal kandungan kurikulum yang terdapat dalam zaman permulaan Islam secara
benar.
2. Dapat mempelajari ilmu yang diselewengkan dalam zaman kegelapan Islam dan
mengelakkan daripada ia diamalkan.
3. Dapat memperbaiki kurikulum Islam dengan menjelaskan prinsip-prinsip yang benar-benar
baik kepada pendidik dan pemikir Islam itu sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR ALINA AINA BINTI MOHD NASIR) ( )

Anda mungkin juga menyukai