Anda di halaman 1dari 2

1).

Replikasi (Replication)

Sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti mampu direplikasikan oleh pengkaji sendiri dan
pengkaji lain. Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan berulang kali, barulah kita menganggap kajian
itu saintifik dan boleh dipercayai. Justeru itu, kajian yang baik menetap dan menerangkan spesifikasi
metodologinya agar dapat dijalankan semula oleh pengkaji-pengkaji lain.

Contoh : Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian sama ada metodologi atau
fenomena yang ingin dikaji boleh diulangi oleh pengkaji yang lain. Ini memastikan bahawa
penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak.

2). Fenomena Yang Bercorak Dan Berulang (Patterned and Repetitious Phenomena)

Fenomena yang dikaji dalam sesuatu penyelidikan haruslah mempunyai corak yang berulang-ulang. Jika
sesuatu fenomena kajian itu tidak berstruktur, tidak mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak
mempunyai hubungan yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak boleh dibuat dengan
kepastian yang tinggi. Peristiwa yang wujud hanya sekali sahaja tidak boleh dijelaskan dengan darjah
verifikasi yang kuat.

3). Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi

konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud dalam bentuk abstrak mestilah boleh dioperasikan
secara validnya. Apabila kita operasikan sesuatu konsep, kita menetapkan unsur-unsur konsep tersebut
dalam bentuk yang boleh ditanggap dan diukur atau angkubah-angkubahnya.

Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian yang mempunyai
keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubah-angkubah yang dibentuk untuk
mewakili konstruk betul-betul menepati had dan spesifikasi konstruk tersebut. Mengikut Zetterberg,
terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses pengoperasian konstruk. Yang pertamanya,
angkubah yang dipilih tidak merangkumi pengertian konstruk.

Contoh : jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan sebagai pendapatan bulanan dan kesedaran
seseorang tentang keanggotaannya dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang dipilih untuk kelas
sosial hanya mengambil kira pendapatan bulana sahaja.

4). Model, Hipotesis Dan Teori

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang baik biasanya menggunakan
pendekatan deduksi berdasarkan model, hipotesis dan teori. (Gay & Diehl, 1996: 77) Penyelidikan yang
memaju dan mencabar model, hipotesis dan teori yang sedia wujud akan menganjakkan paradigma dan
menghasilkan model, hipotesis dan teori baru.

5). Kebolehpercayaan & Keesahan Pengukuran

Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh berbentuk nominal, ordinal, interval atau ratio.
Penyelidikan yang baik akan seboleh-bolehnya menggunakan aras ukuran yang tinggi iaitu data interval
atau ratio. Ini adalah kerana analisa statistik seperti ujian paramatriks yang lebih teliti dan rapi boleh
dilakukan terhadap data interval atau ratio.

6). Faktor Etika

Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika
pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan
prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik.

Contoh : Penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba play god seperti clone manusia dan
sebagainya.

7). Penjelasan (Explanation) & Ramalan (Prediciton)

Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk memajukan penjelasan dan ramalan
tentang sesuatu fenomena fizikal atau sosial. Dengan kata-kata lain, tujuan atau pernyataan masalah
penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau diramalkan mestilah amat jelas.

8). Objektiviti/Keobjektifan

Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi oleh emosi atau prasangka seseorang.
Dalam pernyataan masalah, pengkaji mestilah memastikan bahawa fahamannya terhadap masalah
adalah sama dengan fahaman pengkaji-pengkaji lain. Begitu juga dalam pemilihan kaedah, teori dan
rujukan literaturnya. Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat kaedah yang lebih baik.

Contoh : Sampel yang dipungut adalah objektif dan tidak biased, maka terdapat berbagai-bagai kaedah
persampelan seperti persampelan rawak, persampelan kluster, persampelan sistematik dan
persampelan rawak berstrata.

9) Kuantifikasi (Quantification)

Mengikut Forcese & Richer, Quantification refers to the assignment of numerical values to the
phenomena under investigation (11973:10). Kajian yang baik mengkaji fenomena yang dapat
dihuraikan; apa yang boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh diukur. Lantaran itu, fenomena kajian yang
baik dapat kuantifikasikan melalui angkubah-angkubahnya. Semakin halus ukuran angkubahnya,
semakin tinggi kekuatan hubungan statistikal yang mampu dibuktikan. Hipotesis yang dibentuk
berasaskan angkubah-angkubah yang measureable lebih mantap dan boleh dianalisa dengan pelbagai
kaedah statistik.

Contoh : Sekiranya pengkaji ingin menghurai dan mengklasifikasikan motivasi pekerja, maka mesti
adanya instrumen untuk mengukur konstruk tersebut dan hasilnya dalam data yang boleh diuji.

Anda mungkin juga menyukai