Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK GUDANG RASAU, KUANTAN Kod Sekolah: CEA4082

1. Nama Guru LAILA MASTURA BINTI KAMARUDIN

2. Judul HUBUNGAN SESAMA 3. Bidang: PENGETAHUAN


MANUSIA PROFESIONAL

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan manusia lain.
Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulut iaitu jika perkara yang tidak
perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara- perkara kecil, jika
staf sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaan keluarganya
kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam. Seorang penyelia yang
mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik. Kepercayaan dibalas dengan
kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan. Seorang pemimpin amat disayangi
orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama orang yang dipimpinnya.

Spesifikasi kerja mestilah jelas supaya setiap orang tahu tugas masing- masing. Jika pekerja
melakukan kesalahan, mula- mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih
bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika
tidak mereka akan terus melenting.

Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang
indah dan saling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah
untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah
dari hari ke hari? Sifat pilih kasih juga sangat menyakitkan hati. Sebenarnya banyak ilmu
pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dalam buku ini dan ia amat berguna kepada
para guru dan pengurusan sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/ pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku ini juga amat berguna
kerana setiap guru perlu berhubung dengan manusia setiap masa selagi kita hidup di alam
fana ini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada guru/ pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(LAILA MASTURA BINTI KAMARUDIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai