Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SK PANGALAT, TENOM, SABAH Kod Sekolah: XBA1353

CHALIRENA @ BETTY CAROLINA BT BARADUS


1. Nama Guru
3. Bidang: PEMBANGUNAN
2. Judul
BUDAYA KERJA CEMERLANG PROFESION
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang pembentukan budaya kerja dalam diri untuk kecemerlangan,
sesuai dalam apa jua profesion yang diceburi. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan
kerja. Bab 2 memaparkan pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab 3 menyentuh tentang
rahsia “A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk ceria. Tidak kira sama
ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kia perlu ‘beradab’ dalam
pekerjaan dan sesama sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam
mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan
apabila dilakukan secara spontan. Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu
antara satu sama lain dan bekerja dalam satu kumpulan. Setiap pekerja mungkin tidak
bersemangat melaksanakan sesuatu tugasan sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita
perlu belajar untuk memberi senyuman dan apreasi kepada orang lain, atas apa yang telah
mereka lakukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah ikhlas dan bertimbang rasa sesama
kita, bekerjasama sebagai satu pasukan, mementingkan ketepatan masa, bertanggungjawab
dalam setiap apa yang dilaksanakan dan berdisiplin diri.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendeatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan yang membawa faedah kepada guru, murid dan juga sekolah sebagai satu organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(CHALIRENA @ BETTY CAROLINA BT BARADUS ) ( )

Anda mungkin juga menyukai