Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
Rajeswary a/p Arumugam
2. Judul 3. Bidang: Pengurusan Kerja
Budaya Kerja Cemerlang
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 4 hari

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah
organisasi. 
Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja.
Bab 2 pula menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini
menyentuh tentang rahsia ’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk
Ceria. Tidak kira sama ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita
perlu ”beradab” sesama sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam
mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan
apabila dilaksanakan secara spontan. Ketika melaksanakan tugasan harian, kita boleh
mempraktikkan cara seperti berikut:
a. Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan, ”Tolong”.
b. Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan, ”Terima kasih”.
c. Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan, ”Saya minta
maaf”
Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu antara satu sama lain dan bekerja
dalam satu kumpulan. Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan tugasan
sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita perlu belajar untuk memberi senyuman dan
apresiasi kepada orang lain, atas apa yang telah mereka lakukan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Ikhlas
Prihatin
Bekerjasama
Sifat mementingkan masa
Bertanggungjawab
Disiplin kendiri

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini ideal untuk melahirkan pekerja yang bermotivasi tinggi serta efisyen dalam bidang kerja
yang diceburi. Pendekatan- pendekatan yang dikemukakan dalam buku ini boleh diaplikasikan
dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah, justeru dapat memanfaatkan warga sekolah sebagai
satu organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Rajeswary a/p Arumugam ), (Mohd.Sabarullah Bin Shaik Ismail),
Guru akademik, Guru Besar,
Sk Seri Permai. Sk Seri Permai.

Anda mungkin juga menyukai