Anda di halaman 1dari 2

1.

Siapakah watak utama yang terdapat dalam prosa tradisional Pelanduk Mengajar
Memerang?

A. Sang Memerang
B. Syah Alam di Rimba
C. Sang Labi-labi
D. Sang Butbut

2. Tema yang tepat adalah..

A. Balasan terhadap golongan Sang memerang yang menganiayai golongan Sang


Biawak
B. Balasan terhadap golongan Sang Butbut yang menganiayai golongan Sang Sebarau
C. Balasan terhadap golongan Sang Udang yang menganiayai golongan Sang Sebarau
D. Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.

 Mempunyai 7 ekor anak


 Menjadikan ikan sebagai makanan.
 Tamak terutamanya dalam hal makanan
 Ibu bapa yang bertanggungjawab mencari makanan untuk anak-anak.

3. Pernyataan di atas merupakan perwatakan kepada..

A. Syah Alam di Rimba


B. Sang Memerang
C. Sang Sebarau
D. Sang Biawak

 Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia dan binatang.


 Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.
 Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

4. Pernyataan di atas merupakan perwatakan kepada...

A. Nabi Allah Sulaiman


B. Sang labi-labi
C. Sang Butbut
D. Sang Udang

"Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat


dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak Sang Memerang."

5. Berdasarkan contoh peristiwa di atas, Persoalan yang tepat adalah...

A. Bercakap benar di hadapan pemerintah


B. Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
C. Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
D. Pengadilan memerlukan saksi.
"Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama
membawa perisai itu"

6. Gaya bahasa yang tepat berdasarkan contoh di atas ialah..

A. Repetisi
B. Sinkope
C. Penggunaan bahasa istana
D. Penggunaan bahasa Arab

"Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari"

7. Gaya bahasa yang tepat berdasarkan contoh di atas ialah...

A. Repetisi
B. Sinkope
C. Penggunaan bahasa klasik
D. Penggunaan bahasa istana

"Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan"

8. Padankan Nilai yang tepat, berdasarkan pengajaran di atas..

A. Nilai tanggungjawab
B. Nilai prihatin
C. Nilai kejujuran
D. Nilai keadilan

9. Mengapakah memerang menghadap Nabi Sulaiman?

A. Ingin mengenalpasti punca kematian anak-anaknya


B. Ingin menyahut cabaran daripada Syah Alam Di Rimba
C. Ingin berbual-bual dengan Syah Alam Di Rimba
D. Ingin membuat aduan bahawa Syah Alam Di Rimba telah membunuh anak-anaknya

10. Perwatakan Sang Memerang suami isteri yang diceritakan seperti berikut, KECUALI

A. Bertanggungjawab
B. Penyayang
C. Prihatin
D. Adil

11. Latar masyarakat yang TIDAK terdapat dalam prosa ialah

A. Masyarakat yang insaf akan kesalahannya


B. Masyarakat haiwan yang tinggal di hutan rimba
C. Masyarakat yang menjatuhkan hukuman dengan adil
D. Masyarakat yang taat dan amanah dalam menjalankan perintah

Anda mungkin juga menyukai