Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru Ainun Bariah binti Jaafar


3. Bidang: Motivasi dan
2. Judul Petua Menangani Stress
Kaunseling
Dato’ Dr. HJ. Mohd Fadzilah 5. Tarikh Pembacaan: 17 Jun
4. Nama Pengarang
Kamsah 2022
6. Bilangan Muka Surat 92
7. Sinopsis

Buku ini banyak memberi panduan kepada saya tentang bagaimana untuk menangani stres
dengan cara yang mudah . Stres boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat
umur. Stres ialah tekanan atau desakan.

Sebagai seorang guru, saya tidak terlepas dari mengalami tekanan dan stress
terutamanya tekanan dari para pelajar. Apabila seseorang itu stres, dia akan memberi reaksi dari
segi mental dan fizikal. Terdapat banyak punca yang menyebabkan stres berlaku, antara yang
disebut dalam buku ini ialah faktor semulajadi seseorang itu, di mana mereka selalu ingin
kemenangan dan tidak suka menghadapi kekalahan. Bersikap terlalu teliti atau perfectionist juga
boleh menyebabkan stres. Sesetengah orang mereka terlalu mendesak dan menekan orang lain.
Sebab paling sering berlaku ialah tidak boleh melihat orang lain senang atau lebih daripada apa
yang dimilikinya. Tidak redha dan tidak cukup dengan apa yang dimiliki mengakibatkan
seseorang itu mudah tertekan. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati 90% perkara yang
dirisaukan tidak terjadi sama sekali.

Faktor kedua ialah faktor suasana dan tempat. Faktor ini memberi kesan kepada
penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila persekitaran tempat dan suasana yang dilalui
berada dalam keadaan yang soleh atau baik, maka hidup kita menjadi lebih tenang dan harmoni.

Faktor ketiga ialah faktor ilmu dan pendidilan. Faktor paling utama sekali bagi saya ialah
faktor tanggungjawab dan kerjaya. Adakalanya disebabkan tanggungjawab yang terlalu banyak
dan sedikit serta pekerjaan yang kurang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan.

Seterusnya, rangsangan tekanan terhasil apabila pelbagai persoalan datang kepada kita
secara serentak dan menggesa kita agar segera membuat keputusan. Dalam situasi seperti ini,
ketenangan sangat diperlukan agar kita dapat bertindak secara rasional dan matang. Buku ini
juga ada menyatakan tentang stres yang dihadapi apabila pengharapan yang terlalu tinggi
daripada orang ramai, stres ini sering dihadapi oleh para pelajar. Bagi individu yang bekerja pula,
faktor kerja yang membosankan menjadi salah satu penyebab stres. Selain itu, jawatan yang
statik dan terbatas, tidak dapat menguruskan tanggungjawab dan kerjaya dengan sempurna.

Diantara tanda-tanda stress ialah mudah marah, bersedih hati, menangis, kecewa,
mengamuk, sukar menyelesaikan masalah, prestasi diri mulai merosot, idea mulai kurang,
masalah cepat lupa, kesakitan bahagian fizikal sukar tidur dan banyak lagi. Walautagaimanapun,
stres boleh membawa kepada kesan positif seperti meningkatkan motivasi diri, meningkatkan
amalan dan usaha, merangsang individu mempertahan dan melindungi diri dan meningkatkan
potensi diri. Diantara petua untuk menangani stres ialah kenalpasti tahap tekanan dan
muhasabah diri.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a) Mengetahui punca-punca dan kesan - kesan stres.


b) Mengetahui cara untuk menangani tekanan dengan berkesan.
c) Lebih bersedia dan tenang dalam menghadapi setiap tekanan yang datang

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Maklumat di dalam buku ini banyak memberi panduan kepada saya untuk menghadapi setiap
tekanan yang akan dihadapi terutamanya di dalam kelas. la juga sedikit sebanyak dapat
digunakan untuk membantu rakan-rakan yang mengalami tekanan. Sebagai guru juga kita boleh
mengenalpasti para pelajar yang mengalami tekanan sekaligus membantu mengatasinya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( AINUN BARIAH BINTI JAAFAR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai