Anda di halaman 1dari 16

BOOK REVIEW Judul: Menangani stres Nama Pengarang: Amirul Amin Penerbit: Pustaka Rubiah, 6A Jalan Petaling Utama

8, Taman Petaling Utama, Batu 7 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya. Tahun : 2008 Bil. Mukasurat : 57 SINOPSIS Buku ini mengutarakan isu berkaitan dengan permasalahan stres dikalangan individu masa kini. Tekanan sudah menjadi satu perkara lumrah dalam hidup kita yang tidak pernah dapat lari daripada masalah. Bagi seseorang individu yang optimistik tekanan tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya ia dianggap sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri untuk mencapai kejayaan. Namun tidak semua orang mampu melihat tekanan sebagai perkara positif sebaliknya cuba menangani masalah dengan cara yang salah termasuklah dengan cara mengambil minuman beralkohol, terlibat dengan najis dadah dan sebagainya. Penulis buku ini merungkaikan beberapa cara yang dapat diaplikasikan untuk menangani stres. Stres merupakan suatu tekanan mental yang membawa beberapa gejala yang berbeza-beza bagi setiap individu yang mengalaminya. Antara gejala-gejala fizikal yang ditunjukkan oleh individu yang mengalami stres ialah degutan jantung yang kuat, banyak berpeluh, terasa loya, selera makan berubah, sejuk kaki tangan, sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya dan sebagainya. Selain daripada gejala-gejala fizikal, individu yang mengalami tekanan juga akan menunjukkan gejala terhadap mentalnya iaitu antaranya gagal menumpukan perhatian dan membuat keputusan, sukar tidur, risau dan bimbang, perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan atau kekecewaan, keinginan seks semakin menurun dan sebagainya. Antara implikasi yang berlaku akibat tekanan adalah fenomena kemarahan. Kemarahan merupakan emosi atau tindakbalas yang berlaku apabila sesuatu harapan, keinginan atau permintaan yang tidak kesampaian. Masalah

kemarahan yang melampau ini akan menyumbang kepada masalah yang lebih besar antaranya pembunuhan dan sebagainya. Menangani masalah dan kemarahan bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi ia perlu dilakukan. Setiap masalah yang dating harus ditangani dan bukannya dibiarkan sehingga mempengaruhi kehidupan. Cuba kenalpasti masalah yang dihadapi dan carilah jalan terbaik untuk jalan penyelesaiannya. Apabila masalah sudah dikenalpasti, tindakan seterusnya ialah mencari strategi untuk mengatasinya. Stres dan tekanan yang kerap berlaku dan berterusan jika tidak ditangani dalam jangka masa panjang akan mendatangkan kesan negatif serta menjejaskan tahap kesihatan diri dan mental seseorang itu seperti gejala kemurungan. Pengajaran daripada buku Pengajaran yang diperolehi daripada buku ini antaranya ialah:
1. Pentingnya seseorang individu supaya dapat mengawal emosi apabila ditimpa

sebarang masalah dan tekanan yang dihadapi supaya tidak berlaku sebarang tindakan diluar kawalan. Contohnya dalam konteks di alam persekolahan seseorang pelajar yang mempunyai masalah dan tekanan mungkin akan terlibat dalam pelbagai masalah disiplin antaranya masalah buli, gangsterisme dan sebagainya.

2. Seseorang individu yang mempunyai sebarang masalah dan tekanan perlu

mencari jalan penyelesaian dan sentiasa cuba berfikiran positif. Fikirkan rasional sesuatu masalah dan cuba anggap masalah itu bukan suatu bebanan tetapi suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diatasi bukan untuk ditakuti.

3. Seseorang individu perlu membuat pengurusan yang terbaik dalam hidupnya antaranya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup, seimbangkan masa kerja dan bermain dengan sebaiknya

dan cuba wujudkan persekitaran yang sesuai dan selesa agar dapat meyingkirkan tekanan yang dihadapi.

4. Cuba terima diri seadanya dan belajar menerima kelemahan diri serta cuba

realistik terhadap keupayaan diri untuk mendapatkan kepuasan hidup.

5. Seseorang individu perlu meningkatkan kemahiran dalam menangani masalah

dengan berkesan sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan lari daripada masalah yang dihadapi tetapi cuba hadapinya dengan sebaiknya.

Aplikasi buku dalam organisasi Antara aplikasi buku ini dalam organisasi ialah: 1. Tugas sebagai seorang pendidik yang berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar amat mencabar dan sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada seseorang individu itu. Buku ini banyak memberikan panduan berkaitan cara untuk menangani tekanan yang boleh diaplikasikan oleh seseorang individu untuk menghadapi masalah dan tekanan yang dihadapinya.

2. Segala info dan matlumat dalam buku ini sebagai contoh berkaitan gejala-gejala

stres dapat membantu seseorang pendidik untuk mengenalpasti sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajarnya, sekaligus ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

BOOK REVIEW Judul: Ketegangan Mental Nama Pengarang: Amirul Amin Penerbit: Pustaka Rubiah, 6A Jalan Petaling Utama 8, Taman Petaling Utama, Batu 7 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya. Tahun : 2008 Bil. Mukasurat : 57 SINOPSIS Buku ini mengutarakan isu berkaitan dengan permasalahan dalam kesihatan mental. Kesihatan mental merupakan sesuatu yang diperlukan dan penting bagi setiap individu. Mental yang sihat menjadi teras kehidupan kerana apabila mental sihat maka segala rutin harian dan tanggungjawab boleh dilaksanakan dengan sebaiknya. Individu yang mempunyai mental yang sihat dapat hidup gembira dan menjadi sebahagian dalam kumpulan masyarakat. Manakala bagi mereka yang mengalami gangguan mental pula akan mengalami masalah kemurungan serta boleh bertindak diluar kawalan sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.seseorang yang mengalami gangguan mental perlu dirujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan segera yang sewajarnya. Mental yang tidak sihat boleh menggangu cara berfikir, perasaan dan menjadikan tingkah laku tidak berfungsi secara normal. Keadaan ini membuatkan hidup seseorang itu menjadi tidak tentu arah dan hilang fungsi di dalam kehidupannya.

Banyak faktor yang menyumbang berlakunya gangguan mental seperti disebabkan perubahan hidup, persekitaran dan sebagainya. Penyakit mental boleh dikenali dari gejala-gejala seperti kebimbangan yang melampau, tekanan, gangguan pemikiran, perasaan tidak menentu seperti gembira dan sedih tanpa sebab, berkhayal dan sebagainya. Kebanyakan penyakit mental boleh dirawat dan ia bukanlah sesuatu yang memalukan.keluarga merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat yang sihat. Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menyokong seseorang pesakit mental supaya pulih seperti sedia kala. Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kepada pesakit mental kerana tekanan yang wujud boleh menyukarkan lagi proses pemulihan seseorang pesakit. Pengajaran daripada buku Pengajaran yang diperolehi daripada buku ini antaranya ialah:
1. Seseorang individu perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk

meningkatkan tahap kesihatan mental antaranya menerima bahawa tiada keluarga yang sempurna.cuba bersikap jujur dan belajar menjelaskan perasaan tanpa melukakan perasaan orang lain.

2. Jika wujud konflik atau masalah di dalam keluarga ia perlulah diselesaikan

dengan segera.

3. Setiap keluarga perlulah mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni serta

menghabiskan kualiti masa bersama anakanak agar mereka tidak merasa terbiar dan dihargai. Komunikasi yang baik juga dapat mengeratkan lagi hubungan diantara ibu bapa dan anak-anak.

4. Ibu bapa perlulah memberikan pendidikan agama yang betul dan sempurna agar

mereka dapat mengawal emosi dan segala perbuatan.

5. Ahli keluarga serta masyarakat sekitar juga perlulah sentiasa peka terhadap sebarang perubahan emosi yang berlaku dan berusaha membantu jalan yang penyelesaian sewajarnya seperti merujuk kepada doktor. mencari

Aplikasi buku dalam organisasi Antara aplikasi buku ini dalam organisasi ialah:
1. Sebagai seorang pendidik buku ini dapat memberi banyak info berkaitan

masalah ketegangan mental terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah. Segala matlumat yang diperolehi dapat membantu untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Sebagai contoh masalah kekurangan dalam penampilan diri turut menyebabkan segelintir remaja berasa kehidupan mereka sentiasa tertekan dan membuatkan mereka merasa malu lantas berusaha memencilkan diri. Apabila ini berlaku guru itu perlulah peka terhadap pelajar terbabit dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ia menjadi lebih teruk.

2. Segala info dan matlumat dalam buku ini sebagai contoh berkaitan isu

kemurungan dikalangan remaja dapat membantu seseorang pendidik untuk mengenalpasti sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar-

pelajarnya, sekaligus ini dapat membantu untuk memberikan rawatan yang sewajarnya kepada mereka.

BOOK REVIEW Judul: Pendekatan Terapi Minda Nama Pengarang: Amirul Amin Penerbit: Pustaka Rubiah, 6A Jalan Petaling Utama 8, Taman Petaling Utama, Batu 7 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya. Tahun : 2008 Bil. Mukasurat : 57 SINOPSIS Buku ini mengupas tentang jalan penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang melibatkan konflik dalaman dan minda yang menimbulkan banyak krisis kejiwaan dalam masyarakat di abad ini. Penulis ada membuat penerangan berkaitan permasalahan

yang kerap berlaku antaranya trauma akibat buli, masalah fobia untuk ke sekolah, masalah panik untuk menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh dilakukan untuk menenangkan jiwa yang dilanda masalah. Antara terapi yang dijelaskan oleh penulis ialah terapi minda aromaterapi. Aromaterapi merupakan suatu cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan, motivasi dan semangat seseorang dengan menggunakan pelbagai jenis haruman.selain itu, penulis juga mengupas tentang terapi melalui rawatan ayurveda yang merupakan satu labi alternatif terapi minda yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat pada masa kini. Tujuan sistem perubatan ayurveda adalah untuk membantu individu mengekalkan kesihatan dengan menggunakan prinsip semulajadi. Pendekatan terapi minda akan dapat membantu memulihkan kembali keyakinan diri dan membuang semua perasaan negatif akibat perasaan takut umpamanya kepada mangsa buli.

Pengajaran daripada buku Pengajaran yang diperolehi daripada buku ini antaranya ialah:
1. Ibu bapa perlulah sentiasa prihatin dan peka terhadap sebarang perubahan

sikap dan emosi anak-anak mereka kerana mungkin mereka mempunyai sebarang masalah. Sebagai contoh mereka yang mempunyai pengalaman negatif di sekolah seperti menjadi mangsa buli dan sebagainya. 2. Terapi minda dapat dijadikan satu alternatif untuk membantu individu yang mempunyai masalah kejiwaan. Rawatan yang sewajarnya perlu dilakukan seawall mungkin agar dapat mencegah daripada berlaku sebarang masalah. 3. Terapi agama merupakan satu terapi yang perlu diamalkan dan terbaik untuk membantu manusia mencari ketenangan dan kedamaian jiwa yang sebenarnya. Ketenangan yang diporolehi ketika berdoa dapat meredakan dan menghilangkan penyakit jasmani dan penyakit rohani.

Aplikasi buku dalam organisasi Antara aplikasi buku ini dalam organisasi ialah:
1. Buku ini ada mengenengahkan isu berkaitan permasalahan buli dan isu pelajar

yang fobia ke sekolah, Sebagai seorang pendidik buku ini dapat memberi banyak panduan terutamanya apabila melibatkan pelajar-pelajar. Segala matlumat yang diperolehi dapat membantu untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Sebagai contoh masalah buli turut menyebabkan segelintir remaja berasa kehidupan mereka sentiasa tertekan dan membuatkan mereka merasa takut untuk datang ke sekolah kerana trauma lantas menyebabkan pembelajaran mereka terganggu. Perasaan takut yang luarbiasa yang wujud dalam diri mangsa buli jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang berkeyakinan.

2. Segala info dan matlumat berkaitan pendekatan pelbagai terapi kepada minda

dapat menjadi salah satu cara untuk membantu individu yang mempunyai permasalahan minda. Setelah seseorang pendidik dapat mengenalpasti sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajarnyamereka dapat membantu memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka untuk mewujudkan minda yang lebih positif dan tenang.

3. Pihak pengurusan sekolah umpamanya boleh mengaplikasikan pendekatan terapi minda ini untuk mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan pelajarpelajar di sekolah. Sebagai contoh terapi ketika menjelang peperiksaan sebagai ransangan kepada pelajar untuk lebih berjaya.

BOOK REVIEW Judul: Menuju Kecemerlangan Belajar Nama Pengarang: Sabri Ahmad Penerbit: Masterpiece Publication Sdn Bhd 123B Jalan Jasa 3, Taman Jasa Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor. Tahun : 2006 Bil. Mukasurat : 260 SINOPSIS Buku ini membicarakan hal-hal berkaitan cara belajar yang efektif dan berkesan untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran. Kehidupan manusia terdiri daripada

lima institusi utama iaitu institusi keluarga, institusi pendidikan, institusi ekonomi, institusi agama dan institusi politik. Dalam perancangan pembangunan seseorang manusia atau sesuatu bangsa malahan sesebuah negara, institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Justeru itu, sebagai seorang pelajar, mereka tentulah mempunyai matlamat untuk mendapat kecemerlangan kerana tujuan utama pendidikan adalah untuk menimba sebanyak mana ilmu yang boleh. Kepuasan menuntut ilmu juga mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun. Untuk mencapai kepuasan ini pelajar haruslah menyelidiki kegunaan dan kepentingan sesuatu ilmu dan juga bahan yang dipelajari dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus yang diduduki. Dengan mengetahui latarbelakang ilmu dan menyedari kegunaannya, akan mendorong seseorang pelajar untuk berusaha mendalami dan menguasai ilmu tersebut. Penulis banyak menyelitkan kata-kata hikmah, hadis dan firman Allah s.w.t yang boleh menjadi panduan yang berguna kepada pelajar. Kurangnya pendedahan awal mengenai teknik-teknik kemahiran belajar sama ada melalui pihak sekolah dan sebagainya menyebabkan pelajar amat lemah dalam memahirkan diri mereka dalam pembelajaran. Teknik-teknik kemahiran belajar seperti teknik membaca, teknik mengingat dan teknik mengambil nota penting didedahkan kepada pelajar supaya dapat membantu mereka. Kaedah dan pendekatan perlulah diubahsuai untuk mengatasi segala kelemahan dan kekurangan. Cara terbaik dalam pembelajaran adalah belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk menjadi yang terbaik. Sikap pelajar yang positif begini akan membuatkan seseorang itu meningkatkan usahanya, sementara sikap negatif menyebabkan mereka kurang berusaha dan ini akan menjadi batu penghalang ke arah kejayaan. Sememangnya ilmu berperanan memperkembangkan dan membangunkan minda dan pemikiran manusia bagi menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, seseorang itu akan sentiasa jahil dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengubah kehidupan agar lebih sempurna.

Pengajaran daripada buku Pengajaran yang diperolehi daripada buku ini antaranya ialah:

1. Untuk mencapai kepuasan dalam pembelajaran, pelajar haruslah menyelidiki kegunaan dan kepentingan sesuatu ilmu dan juga bahan yang dipelajari dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus yang diduduki. Dengan mengetahui latarbelakang ilmu dan menyedari kegunaannya, akan mendorong seseorang pelajar untuk berusaha mendalami dan menguasai ilmu tersebut.
2. Kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan memahami kepentingannya dalam

kehidupan agar dapat menjadi insan yang berguna dalam masyarakat dan negara khususnya.
3. Setiap pelajar harus mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan yang ada dalam diri

mereka dan mengamalkannya tanpa bersikap mudah berputus asa, kerana sikap yang sedemikian akan menjejaskan pencapaiannya. Pelajar sebaliknya mestilah mencuba untuk mengamalkan untuk mendapat hasil yang diharapkan. Bagi pelajar yang lemah dalam sesuatu matapelajaran , mereka perlulah banyak membaca, membuat latihan, bertanyakan kawan dan sebagainya.
4. Sikap malas untuk belajar yang berpunca daripada kurang berminat terhadap

sesuatu mata pelajaran yang dianggap sukar dan susah perlulah dijauhi. Sikap ini jika berlanjutan akan menyebabkan pelajar tersebut tidak merasakan pentingnya untuk meneruskan pembelajaran mereka. Dengan ini mereka akan menemui kegagalan dan kemerosotan dalam pelajaran.
5. Kaedah dan pendekatan perlulah diubahsuai untuk mengatasi segala kelemahan

dan kekurangan. Cara terbaik dalam pembelajaran adalah belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk menjadi yang terbaik.

Aplikasi buku dalam organisasi Antara aplikasi buku ini dalam organisasi ialah: 1. Guru-guru perlu memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan ilmu dan apa yang mereka pelajari. Untuk mencapai kepuasan dalam pembelajaran, hasil

pendedahan daripada guru, pelajar akan dapat menyelidiki kegunaan dan kepentingan sesuatu ilmu dan juga bahan yang dipelajari dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus yang diduduki. Dengan mengetahui latarbelakang ilmu dan menyedari kegunaannya, akan mendorong seseorang pelajar untuk berusaha mendalami dan menguasai ilmu tersebut.
2. Segala info dan matlumat dalam buku ini sebagai contoh tentang teknik-teknik

kemahiran belajar seperti teknik membaca, teknik mengingat dan teknik mengambil nota penting didedahkan kepada pelajar supaya dapat membantu mereka. Kaedah dan pendekatan perlulah diubahsuai untuk mengatasi segala kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajar

BOOK REVIEW Judul: Kenali Psikologi Membentuk Keperibadian Nama Pengarang: Prof.Madya Md Shah Penerbit: E1 Publication Sdn Bhd, 9-4 jalan 8/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur Tahun : 2009 Bil. Mukasurat : 172 SINOPSIS

Buku ini memfokuskan kepada aspek psikologi untuk membentuk keperibadian dan pembangunan kualiti diri insan. Penulis juga ada mengupas isu dalam psikologi keluarga bahagia . keluarga ialah kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Keluarga merupakan asas dan sendi dalam masyarakat. Jika bahagia sesebuah keluarga bererti akan wujud masyarakat yang juga akan bahagia. Menurut pandangan Islam iaitu tanggungjawab, tujuan dan dasar-dasar berkeluarga adalah untuk menuju kepada pembentukkan keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT. Pelbagai cabaran dan perubahan dalam tingkahlaku akan terjadi dan selalunya akan bertentangan dengan kehendak nilai atau norma setempat. Hal ini didorong oleh faktor dalaman dan luaran seperti perasaan ingin tahu, ingin mencuba, ingin merasa, mahukan kebebasan daripada kongkongan, pengaruh rakan sebaya, pengaruh daripada media massa, pengaruh persekitaean dan sebagainya.terdapat beberapa teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku seperti kaedah ransangan dan tindakbalas. Teknik ini adalah dengan cara memberikan rangsangan-rangsangan yang positif untuk membolehkan mereka bertindak secara positif seperti mengucapkan kata-kata positif pandai, baik, bagus, rajin, aktif, cemerlang dan sebagainya. Kemudian terangkan kepada mereka alasan kita berkata demikian supaya mereka faham bahawa ucapan tersebut ada tujuan yang jelas dan bukan untuk berkata-kata kosong. Tunjukkan tingkah laku yang baik atau contoh teladan yang positif kepada mereka agar dapat menjadi ikutan. Psikologi pendidikan yang seimbang dalam diri seseorang akan membentuk keperibadian yang terpuji sekaligus dapat membentuk kecemerlangan diri. Pengajaran daripada buku Pengajaran yang diperolehi daripada buku ini antaranya ialah: 1. Pengurusan konflik yang efektif akan membantu dalam mencapai kepuasan dan matlamat dengan penyelesaian yang lebih kreatif serta menguatkan komitmen dalam perhubungan. 2. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah nengetahui perasaan, mengambil peranan dan tanggungjawab

masing-masing dengan akhlak yang jujur dan sempurna seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.
3. Sebagai seorang muslim kita perlulah memikirkan tentang kewujudan dan

kebesaran Allah SWT, kasih sayang-Nya mencapai keredhaan Allah SWT.


4. Guru-guru

dan pentingnya berusaha untuk

perlu menerapkan

kemahiran belajar yang

berkesan

dalam

pembelajaran seperti menggalakkan pelajar untuk memberi pendapat, membuat analisis , hipotesis sebab dan akibat, menjana idea dan sebagainya. Kegiatan pengajaran dan pembelajaran lisan dan penulisan dapat membentuk pelajar yang sentiasa aktif berfikir menerusi teknik dan kaedah serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian. 5. Kepentingan dalam mempelajari komputer dan internet dalam zaman teknologi matlumat masa kini tidak boleh disangkal lagi. seseorang individu perlulah melengkapkan diri sepenuhnya dengan ilmu berkaitan teknologi matlumat untuk menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan pada hari ini.

Aplikasi buku dalam organisasi Antara aplikasi buku ini dalam organisasi ialah: 1. Guru-guru boleh menerapkan teknik kemahiran belajar yang berkesan dalam pembelajaran seperti menggalakkan pelajar untuk memberi pendapat, membuat analisis , hipotesis sebab dan akibat, menjana idea dan sebagainya. Kegiatan pengajaran dan pembelajaran secara lisan dan penulisan akan dapat membentuk pelajar yang sentiasa aktif berfikir menerusi teknik dan kaedah serta bantuan dengan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. 2. Guru-guru boleh mengaplikasikan penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan dalam mempelajari

komputer dan internet dalam zaman teknologi matlumat masa kini tidak boleh disangkal lagi. seseorang individu terutamanya yang terlibat dalam institusi pendidikan perlulah melengkapkan diri sepenuhnya dengan ilmu berkaitan teknologi matlumat untuk menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai