10. Saya ingin mengetahui berkaitan tekanan atau 'stress'. Bolehkah tuan memberi sedikit gambaran?
Boleh. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang
menyebabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut
bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru atau melalui interaksi sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada
satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan
masalah sosial dan mengganggu kesihatan anda.
11. Apakah pula sebenarnya istilah tekanan mental?
Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan
yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Persepsi
individu terhadap sesuatu peristiwa sebagai menekan atau tidak juga berbeza.dan begitu jugalah respons mereka
terhadap tekanan. Misalnya, kehilangan wang RM 100 tentunya amat menekankan bagi individu berpendapatan
rendah tetapi tidaklah bagi seorang jutawan.
12. Apakah gejala-gejala yang timbul apabila seseorang itu mengalami tekanan mental?
Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:
PERASAN
• Merasa bimbang
• Merasa cepat marah
• Merasa lemah semangat
• Merasa tidak tenteram dan gelisah
FIKIRAN
• Bimbang terhadap masa depan
• Kurang daya tumpuan
• Menjadi mudah lupa
• Fikiran tertumpu pada masaalah
• Takutgagal
• Rendah harga diri
TINGKAH LAKU.
• Tabiat merokok yang meningkat
• Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masaalah.
• Hilang selera makan atau makan berlebihan
• Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan.
• Mudah terkejut
• Bertindak secara impulsif dan agresif
PERUBAHAN FIZIKAL
• Berpeluh pada tangan dan
• Sukar untuk tidur
badan.
• Masalah penghadzaman e.g.
• Sering rasa dada berdebar loya, muntah, cirit-birit, sembelit.
• Menggeletar
• Sakit kepala dan leher.
• Kering mulut dan kerongkong
• Sakit-sakit sendi dan badan.
• Mudah merasa letih
• Mudah diserang penyakit
• Kerap kencing
PUNCA TEKANAN
Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa.
Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti
kematian dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan
pangkat.
Sesetengah orang mendapati bahawa dia memerlukan teknik yang lebih khusus untuk mengurangi tekanan
mereka. Salah satu caranya ialah mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau
meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.
14. Sering timbul pandangan negatif terhadap pesakit mental. Ianya juga berkaitan stigma. Apakah stigma
sebenarnya?
Stigma bermakna satu tanda yang memalukan, tidak diterima, disisihkan atau dibuang oleh orang lain. Ia berlaku
apabila individu merasa malu atau enggan bercakap secara terbuka tentang keadaan mereka kerana bagi mereka
a berbeza atau ganjil. Sedikit sebanyak stigma dikaitkan dengan penyakit jiwa. Sudah berkurun penyakit jiwa ini
dilihat sebagai sesuatu yang memalukan, merbahaya, tidak menyenangkan, lemah, tidak boleh diubati - sesuatu
yang harus disembunyikan.
15. Berkaitan isu stigma kepada pesakit mental, kenapa kita harus menglibatkan diri?
Penyakit jiwa secara tradisinya dipenuhi oleh salah faham, ketakutan dan stigma. Stigma terhadap penyakit jiwa
mempunyai kesan keatas kemampuan mereka mendapatkan rawatan, pemulihan dan sokongan yang diterima
disamping penerimaan masyarakat.
Pada masa lalu, individu yang mempunyai simtom-simtom penyakit jiwa yang teruk tidak mempunyai banyak
pilihan dan kerapkali diasingkan di institusi psikiatri. Tumpuan masa kini adalah membantu dan merawat mereka
didalam masyarakat mereka sendiri, dekat dan hampir dengan keluarga, kawan mereka dan persekitaran yang
tidak asing kepada mereka.
Bagaimananpun, diskriminasi dan salah faham masyarakat masih merupakan halangan yang paling besar yang
dihadapi oleh pesakit jiwa untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan dan melibatkan diri
secara aktif dalam perawatan.
Dengan ini, jika kita ingin pesakit jiwa hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat, bebas daripada stigma
dan diskriminasi kita harus mengubah sikap masyarakat dengan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman
tentang penyakit jiwa.
16. Bagaimana kita boleh menangani isu stigma ini terhadap pesakit mental?
Kita boleh menangani isu ini, dengan:
. Membincangkan penyakit jiwa secara terbuka dan belajar berfikir mengenainya seperti penyakit lain.
• Mendidik masyarakat untuk mengatasi sikap yang berasaskan salah tanggapan.
• Memajukan kesihatan mental dengan menggalakkan sikap sihat dan kanak-kanak hingga ke alam dewasa, dan
belajar cara-cara mengendalikan masalah hubungan, situasi den kejadian.
• Menolong kawan dan keluarga yang mengalami penyakit jiwa untuk mendapat rawatan.
• Berbincang mengenai penyakit jiwa secara terbuka dengan orang yang anda temui, atau orang yang anda
sayangi - adalah memeranjatkan berapa ramai yang menghadapi penyakit jiwa tapi takut berbincang mengenainya
secara terbuka kerana bimbang tidak diterima.
• Memberi sokongan berkualiti tertinggi dan perkhidmatan rawatan yang membolehkan pesakit jiwa melibatkan diri
sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat.
• Menghapuskan diskriminasi dalam setiap kawasan kehidupan - termasuk pekerjaan, pelajaran dan pemberian
barang-barang, perkhidmatan dan kemudahan.
• Mengalakkan kajian mengenai penyakit jiwa untuk menolong memahami bagaimana penyakit ini memberi kesan
kepada manusia dan bagaimana ianya boleh dibendung.
17. Alkohol didapati mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Apakah sebenarnya alkohol?
Samsu, todi, tuak, beer dan brandi adalah contoh-contoh minuman beralkohol. Meminum alkohol adalah satu
amalan yang biasa bagi sesetengah orang, terutama sekali dalam perjumpaan sosial. Rencana ini tidak
menyatakan ‘Jangan Minum’ ia menyatakan ‘Ketahuilah banyak mana anda minum, dan biarlah ia dalam had yang
boleh diterima’, kerana minum terlalu banyak atau pada masa yang tidak betul, boleh mendatangkan masalah
besar.
20. Apakah kaitan bagi mereka yang mempunyai masalah masalah tidur?
Tidur adalah normal, sesuatu yang biasa. Ia adalah satu tempoh untuk individu merehatkan dan memulihkan
badan dan mindanya. Lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. Kebanyakan orang dewasa
memeriukan 7 hingga 8 jam tidur setiap malam. Keperiuan ini berbeza daripada individu kepada individu lain. Ada
individu yang mampu berfungsi dengan baik hanya dengan 4 jam tidur. Kanak-kanak memerlukan masa tidur yang
lebih daripada orang tua.
Category: Psikoedukasi
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental?
2. Apakah definasi Kesihatan Mental?
3. Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'?
4. Mengapakah ujudnya stigma dikalangan masyarakat terhadap pesakit jiwa?
5. Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis?
8. Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental?
9. Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap
skizoprenia?
10. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi?
11. Siapakah yang boleh mengidap gangguan mental?
12. Adakah gangguan mental merupakan kelemahan pemikiran atau kecacatan otak?
13. Adakah gangguan mental dialami seumur hidup?
14. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri boleh membahayakan?
15. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri perlu diasingkan dari masyarakat?
16. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan?
17. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan?
18. Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik?
19. Apakah dia fobia?
20. Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan?
21. Apakah itu penyakit kemurungan?
22. Bagaimanakah saya boleh membantu diri saya yang kesedihan?
Rawatan psikotropik:-
Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan
penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis.
Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga
pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil
masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah
mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan
ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi
dan kencing manis.
Rawatan tingkahlaku:-
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang
tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang
boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan
jenis ini.
Rawatan elektrokonvulsif:-
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang.
Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan
yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
[Psikoedukasi]
9. Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap
skizoprenia?
Ciri umum gangguan ini adalah :
• Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit.
• Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit.
• Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri
dari kumpulan.
• Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri.
• Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan
kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang
tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar
dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia
mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.
10. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi?
Ianya melibatkan berbagai faktor seperti:
• Genetik.
• Kimiaotak.
• Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek.
• Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.
[Psikoedukasi]
11. Siapakah yang boleh mengidap gangguan mental?
la tidak memilih usia, jantina, bangsa atau status sosial.
[Psikoedukasi]
12. Adakah gangguan mental merupakan kelemahan pemikiran atau kecacatan otak?
Tidak. Ianya adalah sejenis penyakit sama seperti penyakit asma dan kencing manis.
[Psikoedukasi]
13. Adakah gangguan mental dialami seumur hidup?
Tidak. Apabila rawatan berpatutan diberikan awal dan secara konsisten, kebanyakkan pesakit psikiatri boleh
sembuh. Elakan membiarkan pesakit berterusan tanpa intervensi.
[Psikoedukasi]
14. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri boleh membahayakan?
Tidak. Mereka yang menghidap gangguan psikiatrik jarang boleh membahayakan sekiranya mereka dirawat dan
diberikan pemulihan serta sokongan berterusan. Salah faham inilah satu dari punca 'stigma' oleh masyarakat
terhadap gangguan psikiatrik.
[Psikoedukasi]
15. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri perlu diasingkan dari masyarakat?
Kebanyakkan mereka yang menghidap gangguan psikiatri sembuh dengan cepat dan sebahagian besar tidak
memerlukan rawatan hospital atau hanya rawatan pesakit luar dan rawatan dalam komuniti sahaja.
[Psikoedukasi]
16. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan?
Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis
penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya:
• BUKAN kesedihan yang sementara.
• TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira.
• lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan.
• Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun
• Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.
[Psikoedukasi]
17. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan?
Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-
tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah
luarbiasa.
[Psikoedukasi]
18. Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik?
Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat
menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang
berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening,
degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
[Psikoedukasi]
19. Apakah dia fobia?
lanya adalah perasaan takut yang berterusan serta tidak dapat dikawal yang berkaitan samada dengan sesuatu
situasi atau sesuatu perkara atau benda.
[Psikoedukasi]
20. Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan?
Simtom Kemurungan adalah:
• Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
• Perasaan bersalah dan tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
• Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
• Simtom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman.
Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di
rumah atau kehidupan bermasyarakat.
[Psikoedukasi]
21. Apakah itu penyakit kemurungan?
Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan
tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga
tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi
menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-
tahun.
[Psikoedukasi]
22. Bagaimanakah saya boleh membantu diri saya yang kesedihan?
BANTULAH DIRI ANDA DENGAN:
1 Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu
2 Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
3 Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
4 Jangan menyalahkan diri anda kerana lemah. Kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan
satu kelemahan.
5 Bina harapan - Episod kemurungan bukan kekal. Dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan
sembuh.
Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat
pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih
sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau
pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera. Penyakit kemurungan memerlukan
masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.