Anda di halaman 1dari 1

Peningkatan pesakit mental

pelajar perlu dipandang serius

Berita Harian

5 Sep 2016

Kuala Lumpur: Peningkatan gejala penyakit mental dalam kalangan pelajar


negara ini, memerlukan perhatian serius kerajaan, kerana membabitkan isu
kesejahteraan rakyat.
Pergerakan Puteri UMNO berpendapat, semua pihak tidak harus memandang
remeh isu itu kerana kanak-kanak dan remaja adalah aset negara dalam meneruskan
kepimpinan dan kecemerlangan.
Exco Biro Kesihatan Puteri UMNO, Dr Nur Faizah Ali, berkata pasti wujud
kebimbangan jika mereka yang mempunyai gejala sakit mental seperti stres,
kemurungan dan lain-lain, mengurus tadbir sesuatu organisasi.
Selama ini banyak penyakit mental lain tidak dipedulikan, ekoran tumpuan
lebih kepada skizofrenia kerana tingkah laku yang terganggu pada golongan pesakit
itu boleh dilihat secara jelas.
Selain itu, kempen kesedaran dan stigma dalam kalangan masyarakat bahawa
mendapatkan rawatan kesihatan mental adalah sesuatu yang memalukan, perlu
dihapuskan kerana diagnosis awal mampu memulihkan pesakit muda, katanya
kepada BH.
Dr Nur Faizah yang juga Pegawai Perubatan di Unit Psikologi dan Tingkah Laku
Universiti Teknologi Mara (UITM), berkata Malaysia wajar mencontohi langkah
negara maju yang memiliki fasiliti perubatan kesihatan mental yang lengkap.
Katanya, penubuhan pusat mental peringkat negara, relevan untuk menyelaras
program kesedaran kesihatan, penyediaan modul pendidikan dalam mengesan dan
menangani tekanan, pencegahan, pemulihan dan lainlain.
Latihan asas
Di sesetengah negara maju, pegawai psikologi yang memiliki kepakaran
mengenal pasti gejala kesihatan mental ditempatkan setiap sekolah, manakala guru
pula diberi latihan asas mengenainya, katanya.
Beliau berkata, tanggapan salah masyarakat bahawa kaunselor adalah pakar
psikiatrik perlu dibetulkan, kerana kedua-duanya mempunyai peranan berbeza.
Katanya, kaunselor adalah bahagian hadapan atau pakar terapi perbincangan
untuk mengenal pasti sama ada pengadu berdepan masalah mental atau sebaliknya.
Jika mental seperti hiperaktif (ADHD) mereka perlu dirujukkan kepada pakar
psikiatrik kerana umumnya kaunselor tidak berkelayakan merawatnya.
Berikutan itu, kita mencadangkan supaya kaunselor sekolah diberi pengetahuan
mengenai sakit mental, katanya.
Katanya, Pergerakan Puteri UMNO akan mengemukakan perkara itu kepada
kerajaan dan berharap diberi perhatian menerusi bajet akan datang sebagai
persediaan negara menghadapi penularan masalah mental yang dijangka mencapai
tahap kedua tertinggi di dunia.

Anda mungkin juga menyukai