Anda di halaman 1dari 3

13 APRIL 2016

GOLONGAN mahasiswa tidak dapat dielakkan daripada isu stres kerana mereka sentiasa berdepan
dengan pelbagai cabaran di alam kampus.

Saya sendiri baru sahaja selesai memberi perkongsian dan ceramah kepada ratusan mahasiswa di
salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pantai Timur dengan berfokuskan isu Kesihatan
Mental serta Pengurusan Stres.

Stres atau tekanan mahasiswa adalah tindak balas mental, emosi dan fizikal seseorang penuntut
terhadap sesuatu keadaan yang terjadi dalam kehidupan di kampus. Stres bukanlah penyakit mental
namun ia adalah penyebab kepada penyakit mental. Pertubuhan Kesihatan Dunia menjangkakan
pada tahun 2020 penyakit mental adalah penyakit kedua tertinggi di dunia, justeru ia bukan perkara
yang boleh dipandang ringan.

Stres atau tekanan ini bukanlah perkara yang tidak bagus, ini kerana stres itu sendiri mempunyai dua
jenis. Stres yang membina dan mampu menyesuaikan diri dipanggil Eustress (positif) dan stres yang
tidak dapat menyesuaikan diri dipanggil Distress (negatif).

Mahasiswa yang banyak dibebani tugasan dari pensyarah sebagai contoh adalah stres yang baik. Ini
kerana siswa tersebut akan fokus dan belajar untuk menyiapkan tugasan tersebut tanpa mengganggu
kehidupan sehariannya. Bahkan hasil kerja yang baik akan memberikan kelebihan berganda kepada
mereka. Tanpa tekanan yang positif, kebarangkalian siswa tidak akan mampu menyiapkan tugasan
yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Namun ia berbeza apabila penuntut yang banyak dibebani tugasan, dan kehidupan menjadi lebih
teruk serta mengganggu kehidupan lebih tidak teratur, ini dipanggil stres yang negatif. Maka seperti
biasa, setiap perkara yang berlalu ada baik buruknya, sama seperti stres ia boleh membina dan boleh
menjatuhkan seseorang mahasiswa di kampus.

Bagaimanapun, kebiasaannya siswa di kampus bukan hanya mengalami stres kerana terlalu banyak
tugasan dari pensyarah tapi ada pelbagai faktor lain. Contohnya faktor kewangan iaitu wang tajaan
lambat masuk atau cepat habis; isu keluarga sakit atau berjauhan; bermain cinta dan dikecewakan;
konflik bersama rakan serumah atau rakan sekuliah; terlalu sibuk dengan aktiviti tertentu bersama
kawan atau sendirian; suka membanding-bandingkan, serta pemilihan rakan yang salah.

Pengalaman saya sendiri pernah mengendalikan kes penuntut perubatan di sebuah IPT, ia cukup
terkesan daripada stres yang tidak terkawal. Beliau seorang yang pintar, keputusan setiap kali
peperiksaan hampir mendapat markah penuh, sehinggalah akhirnya siswa berkenaan dihantar
kepada saya untuk melihat isu yang terjadi kepadanya.

Namun, kes yang saya terima ini sudah terlambat kerana siswa ini sudah di kesan mengalami
penyakit mental yang agak tinggi. Stres yang dihadapi berpunca daripada desakan keluarga yang
ingin melihat dia menjadi seorang Doktor Perubatan, namun minat dan personaliti pelajar ini amat
bertentangan sekali dalam dirinya.
Oleh kerana tidak mahu menghampakan keluarga, siswa ini belajar di kampus dalam keadaan yang
amat tertekan dan tidak membenarkan orang lain membantu dirinya. Akibat daripada tidak mendapat
bantuan awal dan terlalu lama pelajar ini hanyut dalam masalahnya sendiri dan mengakibatkan
dirinya bergelar pesakit mental (Kecelaruan Skirofrenia).

Penuntut yang mengalami isu tersebut atau apa jua masalah yang memberikan tekanan di kampus
sebenarnya harus lebih proaktif mengurus stres dengan mengurus diri menjadi lebih baik.
Pengurusan diri yang terancang dan teratur mampu menjadikan stres kepada faktor lonjakan motivasi
yang lebih membina (Eustress).

Tidak perlu malu untuk meluahkan yang kita sedang stres, bahkan ia mampu memberi semangat
yang baik melalui kawan-kawan kita yang bergelar siswa juga.

Seandainya keadaan bertambah buruk, senario yang berlaku ini boleh diatasi dengan bantuan pakar
profesional. Mahasiswa amat digalakkan berjumpa Kaunselor Berdaftar di IPT masing-masing dan
membuat sesi bimbingan dan runding cara profesional untuk mengatasi dan mengurus stres yang
berlaku.

Pada masa sama, kekuatan kerohanian dan spiritual patut dipertingkatkan dari masa ke semasa agar
kita sentiasa di haluan yang jelas dan hidup yang penuh sangka baik serta lebih baik. Sentiasalah
mendapatkan sokongan daripada rakan sebaya di kampus kerana setiap isu mungkin hampir sama.

Sebaiknya buanglah rasa takut dan malu untuk mendapatkan perkhidmatan profesional bersama
Kaunselor Berdaftar. Jadikanlah mereka sebagai tempat untuk meluahkan sebarang cerita baik dan
sebarang permasalahan sekalipun. Ketahuilah stres umpama pisau, ia boleh berguna dengan baik
dalam kehidupan serta mampu menambah kesengsaraan andai tersilap, kita yang menentukannya.

Harapan saya agar mahasiswa sentiasa lebih peka kepada isu Kesihatan mental dan Pengurusan
Stres untuk menjadi perintis negara yang lebih sihat secara menyeluruh (holistik). Bijak urus stres
pasti kita akan lebih berjaya dan bahagia. Mahasiswa yang bijak sentiasa peka dan fokus kepada
pengurusan diri yang lebih baik, dan sentiasa menjadikan stres sebagai alat untuk menjadi lebih
sukses.

kopendidikan merujuk kepada proses tertentu mendidik pesakit dengan penyakit mental dan
keluarga mereka untuk menilai fakta-fakta mengenai penyakit-penyakit ini dengan cara yang
jelas dan ringkas. Objektifnya adalah untuk memberi maklumat tentang penyakit, rawatan
dan pengurusan simptom dan bagaimana untuk melihat keluar untuk tanda-tanda amaran
berulang supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sebelum penyakit menjadi lebih teruk.
Psikopendidikan juga memaklumkan pesakit tentang strategi menangani masalah untuk
berurusan dengan penyakit mental, kemahiran menyelesaikan masalah dan cara-cara di mana
rakan-rakan dan ahli keluarga boleh membantu menjaga pesakit. Psikopendidikan bukanlah
sejenis rawatan tetapi adalah sebahagian daripada pelan rawatan keseluruhan.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa apabila pesakit adalah lebih sedar tentang penyakit
mereka dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan mereka sendiri dan orang lain, mereka
mempunyai lebih kawalan ke atas penyakit mereka. Dengan pengetahuan dan teknik yang
sesuai, episod penyakit mental boleh berlaku kurang kerap dan biasanya kurang teruk dalam
intensiti dan tempoh.

Sebagai contoh psikopendidikan bagi keluarga kanak-kanak yang menghidapi ADHD.Intervensi


tingkahlaku dengan memberikan beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah
dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah antaranya berikan
arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan
memahaminya. Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Wujudkan sistem
pemberian hadiah jika mereka melakukan sesuatu yang betul. Kekalkan kebiasaan aktiviti harian
supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. Bantu kanak-kanak mengatur
aktiviti harian. Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum
mengeluarkan kata-kata.

Ibu bapa dan guru diberi beberapa teknik yang boleh diaplikasikan di dalam kelas mahupun di rumah.
Pemantauan oleh ibu bapa dan guru bakal membantu mendidik anak-anak istimewa ini. Ia antara
strategi bagi mengurangkan gejala pemberontakan dan meningkatkan kesedaran perhatian kepada
penyakit yang dihidapi.

Anda mungkin juga menyukai