Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

India adalah sebuah negara di Asia yang mempunyai bilangan penduduk terbanyak kedua
di dunia, dengan penduduk lebih dari satu bilion. India adalah negara terbesar ketujuh
berdasarkan saiz kawasan geografi dengan luas wilayah 3.287.590 km². Ekonomi India adalah
yang terbesar keempat di dunia dalam KDNK, diukur dari segi pariti kuasa beli (PPP), dan salah
satu pertumbuhan ekonomi terpantas di dunia. India, negara dengan sistem demokrasi liberal
terbesar di dunia, juga telah muncul sebagai kekuatan serantau yang penting, mempunyai
kekuatan tentera terbesar dan mempunyai kemampuan senjata nuklear. India terletak di Asia
Selatan dengan garis pantai sepanjang 7,000 km. India merupakan sebahagian daripada laluan
perdagangan penting dan bersejarah. India berkongsi sempadan dengan Pakistan, Republik
Rakyat China, Myanmar. Bangladesh, Nepal, Bhutan, dan Afghanistan. Sri Lanka, Maldives, dan
Indonesia adalah negara kepulauan yang bersebelahan. Disebelah timur India bersempadan
dengan Myanmar. Di sebelah barat India bersempadan dengan Pakistan dan laut barat. Di
bahagian utara, India bersempadan dengan Nepal, Russia, dan China. Di sebelah selatan,
bersempadandengan Lautan Hindi.

A. Latar Belakang Terbentuknya Bangsa India


Pada tahun 1980-an penduduk India meliputi 956.000.0000 orang, terdiri dari sejumlah
besar kumpulan penduduk asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan pantai selatan, dan
penduduk yang kemudian datang, yang mendiami bahagian utara anak benua ini. Mereka adalah
campuran penduduk yang bertanda fizikal sangat berbeza dan mempunyai jenis kebudayaan serta
tahap peradaban yang berbeza-beza. Nama India mula muncul, iaitu India berasal dari kata
Yunani indoi, yang bermaksud bangsa yang mendiami daerah yang digenangi sungai Indus, atau
Sindhu dalam bahasa Sanskrit. Kerana sungai tersebut terletak di Pakistan, sehingga susah untuk
menyebut negeri India sekarang. Sehingga mereka lebih sering menggunakan kata Hindustan
atau cukup dengan Sind, yang berasal dari bahasa daerah iaitu sungai Sindhu. Ramai juga yang
menyebutnya dengan sebutan Bhataravarta untuk menyebutkan kawasan yang sama, kerana
India dianggap orang-orang Bharata. Dan nama aryavarta juga sering dipergunakan untuk
menyebut India pada umumnya, yang dimaksudkan adalah negeri orang-orang Arya. Banyaknya
perbezaan di India membuat sukarnya terbentuk "nation" hal ini kurang sesuai diterapkan dalam
sejarah India bagi bangsa India. Banyaknya bahasa-bahasa daerah serta banyaknya dialek yang
digunakan oleh kumpulan-kumpulan penduduk India, serta banyaknya jumlah sekte agama
disana, yang selalu saja bertambah jumlahnya, menyulitkan para pemimpin India untuk
menyatukan penduduk di India sebagai suatu bangsa atau nation yang bulat. Rupa-rupanya hanya
konsep satu agama nasional yang ada di India adalah satu-satunya benih yang ada sejak zaman
purba yang diharapkan dapat untuk melaksanakan cita-cita persatuan nasional, iaitu adanya
konsep yang terangkum dalam hakikat agama Hindhu. Agama ini telah berjaya menyatukan
suatu bangsa dengan bahasa berbeza itu, yang terbentang dari kaki gunung Himalaya di sebelah
utara sampai ke pantai tanjung Comorin di sebelah selatan.
Dalam pelaksanaan hidup sehari-hari berpuluh-puluh jenis kasta yang dikenali oleh
penduduk India tetap merupakan sebab bagi sukarnya pembentukan India sebagai satu "nation".
Kemudian berkat kegigihan usaha-usaha yang dilancarkan oleh pemimpin bangsa India, serta
kerana adanya cabaran yang datang dari luar, iaitu amalan penjajahan bangsa Eropah, maka
secara geopolitik penduduk yang menduduki kawasan di India telah berjaya membentuk
kesatuan berupa nation. Pada mulanya dua bangsa, iaitu India dan Pakistan, namun dalam
perjalanan menempuh masa, telah terjadi pula bangsa dan Negara baru iaitu Bangladesh serta Sri
Lanka.

B. PROSES TERBENTUKNYA BANGSA INDIA

a. Zaman Permulaan
Kira-kira 1500 S.M. datanglah ke anak benua India bangsa-bangsa yang semula mendiami
daerah-daerah sekitar Laut Kaspia, yang dalam sejarah India dikenali sebagai bangsa Arya atau
Indo-Arya. Bangsa Arya ini mula-mula menetap di daerah Punjab (India Barat Laut) yang
kemudian meluas ke daerah sungai Gangga dan daerah-daerah lain di India. Mereka membawa
kepercayaan, falsafah dan kebudayaan mereka ke India, yang kemudian menyatukan diri dengan
kebudayaan di India pada masa itu.
Lama kelamaan mereka berjaya mencapai taraf peradaban dan kebudayaan yang tinggi dengan
mencari suatu bahasa, yang kemudian dikenal dengan bahasa Sanskrit, yang mereka pergunakan
dalam nyanyian-nyanyian keagamaan mereka yang dinamakan dengan "Rigveda" untuk memuja
dewa-dewa dan kepercayaan mereka. Zaman Arya ini menyaksikan lahirnya kerajaan-kerajan di
India dan masa ini berlangsung sehingga abad ke-7 S.M. Pada abad ke-6 S.M. terjadilah
serangan ke India oleh bangsa-bangsa Parsi, kerana kebudayaan dan teknik mereka yang lebih
tinggi berjaya menduduki dataran India dengan membawa seni bina dan cara penghidupan
mereka. Zaman Parsi ini juga dinamakan dengan zaman empirium (Period of Empires) dalam
sejarah India, dengan penubuhan empirium-empirium seperti Magadha dengan raja-raja
Bimbisaura dan Ajatasatru. Pada abad ke-6 inilah lahirnya Budha Gautama dan Mahavira.
Zaman Parsi ini juga membuka perhubungan lalu lintas antara India dengan negara-negara di
sebelah baratnya.
Pada tahun 326 S.M. pasukan-pasukan Iskandar yang agung menyerang India dan berjaya
menduduki kawasan India Barat Laut. Walaupun tidak meninggalkan pengaruh politik yang
besar, tetapi untuk masa yang cukup lama, mitos dan kebudayaan di bahagian Barat Laut India
banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Yunani.
Pasukan-pasukan Iskandar yang agung akhirnya dapat dikalahkan oleh Raja Chandra Gupta.
Cucu Chandra Gupta, iaitu Ashoka menjadi raja yang sangat terkenal dalam sejarah India. Raja
Ashoka ini yang secara terus-menerus telah mengalami kepahitan perang akhirnya memeluk
agama Budha dan dibawah pemerintahannya banyak menghantar misi-misi agama dan
kebudayaan kepada negara-negara di Asia Selatan, Timur dan Tenggara. Dan dalam masa 900
tahun berikutnya, India mengalami zaman perdamaian di mana kerajaan-kerajaan dapat
berkembang, yang pada masa sekarang ini masih dapat dilihat sisa-sisanya dalam bentuk
pemahatan batu dan kuil-kuil

.
b. Zaman pertengahan
Pada abad ke-8 peniaga-peniaga Islam dari Asia Barat datang ke India. Pengaruh agama dan
kebudayaan Islam meluas ke seluruh India dan pada abad ke-13 telah terbina Kesultanan Delhi
yang melahirkan suatu dinasti Islam di India selama beberapa abad lamanya. Dengan adanya
Kesultanan Delhi pada abad ke-13 ini, dalam sejarah India dianggap sebagai permulaan zaman
pertengahan dan permulaan Zaman Mughal.
Penyatuan kebudayaan Islam dan Hindu membawa kejayaan bagi India yang tercermin dalam
seni, sastera, bahasa dan seni bina. Pada abad ke-13, 14 dan 15 tersebut, India menyaksikan
lahirnya pujangga-pujangga besar seperti Amir Khusrau dan raja-raja besar yang telah
memerintah India dengan arif dan bijaksana seperti Akbar (disebut juga sebagai The Greatest
Mughal Emperor) dan Shahjahan, dua orang raja Mughal yang sangat terkenal. Hingga sekarang
masih dapat dilihat dengan jelas peninggalan-peninggalan Islam di India dengan terdapatnya
masjid-masjid dan makam-makam Islam di seluruh India seperti Taj Mahal dan sebagainya.
Kemunduran Islam di India berlaku pada tahun 1707 setelah wafatnya Raja Aurangzeb. India
berpecah belah dalam kerajaan-kerajaan kecil yang saling bermusuhan dan berperang, yang
memudahkan bangsa-bangsa Barat masuk ke India. Dalam sejarah India, Bahadur Shah Zafar
dianggap sebagai penguasa dinasti Mughal yang terakhir. Ia pernah melancarkan pemberontakan
terhadap Inggeris, tetapi pemberontakan tersebut dapat ditindas Inggeris pada tahun 1857.

c. Zaman Penjajahan
Orang Barat pertama yang menjejakkan kakinya di India ialah Vasco de Gama pada bulan Mei
1498 di Kalikut, tetapi ia tidak berjaya untuk menetap di sana. Kemudian usaha tersebut
diulanginya pada tahun 1501 dan berjaya mendirikan tempat kedudukan bagi Portugis di
Kannanore, Kochin dan Kalikut. Bangsa-bangsa barat lain seperti Sepanyol, Belanda dan
Inggeris berturut-turut datang ke India dengan maksud yang sudah cukup terkenal dalam sejarah
bangsa-bangsa Barat di Asia. Dengan keadaan yang sudah berpecah-belah di antara bangsa-
bangsa di India sendiri, maka orang-orang Barat tersebut berjaya menduduki tempat-tempat
penting di pantai selatan India yang kemudian melebar dan akhirnya Inggeris telah memenangi
kuasa pemerintahan di anak benua India.
Kuasa Inggeris di India bermula dengan penubuhan English East India Company pada tahun
1600 yang semula lebih bersifat dagangan, dan kemudian disusuli dengan penguasaan secara
fizikal dan politik, yang mencapai puncaknya dalam pertempuran Buxar pada tahun 1756
melawan raja-raja India. Kemenangan Inggeris dalam pertempuran itu membuat Inggeris berjaya
menguasai daerah-daerah Bengal, Bihar dan Orissa yang kemudian dalam kurun waktu yang
kurang dari setengah abad disusuli pula dengan penguasaan terhadap daerah-daerah lain di India.
Pada tahun 1824 Kerajaan Inggeris mengambil alih kuasa terhadap English East India Company
dari India dan dengan demikian secara mutlaknya menguatkan kekuasaannya terhadap negara
ini. Walaupun demikian, Inggeris masih membenarkan penubuhan kerajaan-kerajaan.Bahasa
Inggeris juga meletakkan seorang Gabenor Jeneral di India sebagai Timbalan Mahkota dan
Pemerintahnya. Ahli-ahli sejarah India menganggap zaman penjajahan Inggeris tersebut sebagai
suatu proses pemodenan yang menguntungkan bagi penyatuan seluruh wilayah India dari segi
politik dan pentadbiran dan berlakunya ketentuan-ketentuan undang-undang dalam mengatur
kehidupan masyarakat. Demikian juga menjelang abad ke-19 diletakkan dasar-dasar
pembangunan industri serta peningkatan lembaga-lembaga pendidikan di India.
Gerakan kemerdekaan dan perasaan kebangsaan India mula timbul pada pertengahan
abad ke 19 dengan meletusnya suatu pemberontakan yang dipimpin oleh raja-raja India pada
tahun 1857, tetapi berjaya ditindas oleh Inggeris. Gerakan kemerdekaan tersebut mencapai suatu
bentuk yang lebih jelas dengan penubuhan Indian National Congres pada tahun 1885 yang pada
tahun 1905 menuntut diadakannnya "Swaraj" (self-rule): dari-oleh-untuk bangsa India.Pada
hakikatnya Indian National Congres ialah seperti majlis rakyat India di dalamnya terdiri para
wakil dari golongan Hindu, Budha, dan Islam. Tokoh-tokohnya yang terkenal antara lain ialah
Mahatma Gandhi, J. Nehru, B.G. Tilak, Banerjee, Moh. Ali Jinnah, Iskandar Mirza dan Liquat
Ali Khan. Di antara pemimpin-pemimpin India yang terkenal adalah Mahatma Gandhi yang
mempunyai dasar perjuangan sebagai berikut: a. Ahimsa (dilarang membunuh), gerakan anti
peperangan, gerakan Perdamian. Dengan ahimsa India melawan tidak dengan kekerasan.b.
Hartal, iaitu pergerakan rakyat India dalam bentuk aksi tidak berbuat apa-apa. Mereka tetap
masuk bekerja ke pejabat, ke kilang dan sebagainya tetapi tidak berbuat apa-apa. c. Satyagraha, I
iaitu gerakan rakyat India untuk tidak bekerjasama dengan pemerintah colonial Inggeris.
Gerakan perjuangan ini mirip atau sama dengan gerakan non cooperation di Indonesia.d.
Swadesi, iaitu gerakan rakyat india untuk membuat bahan-bahan buatan negeri sendiri. Gerakan
ini pada hakikatnya ditujukan untuk menentang import hasil industry tekstil dan barangan
perdagangan Inggeris ke India.Sebelum timbulnya gerakan politik tahun 1885 di india terdapat
gerakan sosial, gerakan pendidikan dan gerakan kerohanian yang mengukuhkan gerakan
kebangsaan India. Gerakan-gerakan tersebut ialah:
Gerakan sosial Brahma Samaj, pada tahun 1828 yang dipimpin oleh Raja Ramohan Roy.
Gerakan ini berusaha untuk menghapuskan adat tradisi kuno seperti suttee, aturan kasta dan
mengajarkan dasar monoteisme dalam agama Hindu.b. Gerakan pembaharuan pendidikan
Santiniketan yang dipelopori oleh Rabindranath Tagore. Pendidikan dalam perguruan ini
bertujuan untuk menanamkan rasa cinta tanah air dan budaya India.Sedangkan The Great India
Muniny atau pemberontakan Sipahi pada tahun 1857 adalah suatu pemberontakan bersenjata
para askar EIC yang mendapat sokongan rakyat dan dan raja Moghul Bahadur Syah. Peristiwa
ini ditumpaskan oleh pasukan Inggeris dan membawa akibat yang luas. Kemudian pada tahun
1858 kompeni EIC dibubarkan dan kerajaan colonial Inggeris mengembangkan kekuasaannya di
India.Kesemuanya itu dalam mendorong dan menguatkan lahirnya semangat kebangsaan dalam
bentuk gerakan politik All India National Congress pada tahun 1885. Kemudian pada tahun 1906
golongan Muslimin keluar dari Cogress dan mendirikan Liga Muslimin yang merupakan pelopor
dari negara Islam Pakistan.Liga Muslim dibentuk untuk menyatukan dan menjamin kepentingan-
kepentingan orang Islam di India. Dari sinillah permulaan lahirnya negara Pakistan.Gerakan
kemerdekaan India menuntut kemerdekaan penuh bagi India. Pemimpin-pemimpin terkenal
dalam gerakan ini antara lain ialah Mahatma Gandhi, Jawaharlal Nehru dan Mohd. Ali Jinnah.
Pada tahun 1935, Inggeris mengumumkan "The Government of India Act" yang merupakan
Undang-Undang Dasar untuk pemilihan dewan-dewan perwakilan di negara-negara bahagian.
Banyak kedudukan dalam dewan-dewan tersebut dimenangi oleh National Congress dan Muslim
League.Pada tahun 1940, untuk pertama kalinya, Muslim League menuntut satu negara khusus
untuk orang-orang Islam. Menjelang berakhirnya Perang Dunia II, tuntutan kemerdekaan makin
mendesak kepada Kerajaan Inggeris yang menghasilkan dibentuknya suatu Constituent
Assembly, tetapi Muslim League tidak bersedia ikut serta dalam Constituent Assembly ini dan
tetap menuntut dibentuknya suatu negara tersendiri bagi penduduk Islam India. Tuntutan kaum
Muslim itu akhirnya dipenuhi oleh Inggeris dengan pembentukan negara Pakistan. Pada tarikh
15 Ogos 1947, Inggeris memberikan kemerdekaan kepada India dan Pakistan.d. Zaman
Kemerdekaan.Setelah berjaya menggulangi dua masalah besar pada awal kemerdekaannya, iaitu
perpindahan penduduk secara besar-besaran akibat perpecahan bekas jajahan Inggeris ini
menjadi India dan Pakistan serta masalah pengintegrasian k.l. 600 kerajaan-kerajaan kecil ke
dalam Negara Kesatuan India, India mula menyusun kerangka kehidupan kenegaraannya dalam
bentuk suatu Undang-Undang Dasar yang mulai berlaku pada tanggal 26 Januari 1950. Sejak
tarikh ini pula India rasmi menjadi Republik India dengan Presiden sebagai Ketua Negaranya
dan Perdana Menteri sebagai kepala Pemerintahannya.

Salah satu ujuan India adalah untuk mencapai kemerdekaan ekonomi yang diusahakan
melalui pembangunan ekonomi dan sosial merancang melalui pelbagai Repelita yang bermula
sejak April 1951. Dalam masa lebih dari 30 tahun ini India telah berjaya membina industri-
industri berat dan mendidik teknologi yang menjadi landasan untuk pembangunan industri-
industrinya lebih maju (seperti: kereta, kapal terbang, kereta kebal dan senjata, mesin-mesin dan
generator-genarator berat, kereta api dan sebagainya). .

Anda mungkin juga menyukai