Anda di halaman 1dari 47

Topik 8  Tamadun

India

HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan pembentukan Tamadun India melalui fasa-fasa
zaman yang terlibat.
2. menyenaraikan nilai-nilai Tamadun India
3. menghuraikan unsur-unsur utama dalam Tamadun India
4. membincangkan keistimewaan Tamadun India daripada sudut
jangka masa dan agama.
5. menilai hubungan Tamadun India dengan negara-negara lain di
Asia Tenggara
6. mencari perhubungan dan perkaitan antara Tamadun India
dengan kebudayaan dari negara-negara seperti Malaysia,
Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Indo China dan China.

 PENGENALAN
Perkembangan awal Tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjodaro di
Harappa, Lembah Sungai Indus. Tamadun ini berkembang sejak 2500 S.M.
Pencapaian tamadun ini adalah sama dengan tamadun-tamadun purba seperti
Mesir dan Babylonia. Masyarakat Lembah Sungai Indus pada masa itu telah
mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan
kebendaan, nilai dan kepercayaan. Bukti-bukti menunjukkan bandar-bandar besar
yang maju telah wujud di tebing Sungai Indus. Ia meliputi kawasan tanah hampir
satu batu persegi dengan lorong-lorong dalam bandar raya berbentuk 90 darjah.
Rumah-rumahnya kukuh dan diperbuat daripada batu-bata dan hampir setiap
rumahnya mempunyai bilik mandi. Tempat-tempat mandi awam juga telah ditemui.
Pemimpin waktu itu ialah Mohenjo Daro mengambil berat tentang hal-hal menjaga
kesihatan, dan terdapat juga sistem tali air yang sempurna. Sesetengah pengkaji
pula berpendapat bahawa Tamadun Hindu dikesan bermula 4000 tahun dahulu.
Tamadun India adalah sama usianya dengan Tamadun China dan ia masih
berlanjutan. Ayat-ayat daripada Veda (kitab suci sejak zaman Arya) masih lagi
dibaca dalam sembahyang pagi, petang, malam dan juga upacara-upacara
perkahwinan, seperti yang diamalkan 4000 tahun dahulu. Asas sistem undang-
undang dan sosial mereka telah diwujudkan sebelum Rom diasaskan. Sebelum
Socrates dilahirkan telah ada ahli-ahli falsafah India.

8.1 PEMBANTUKKAN TAMADUN INDIA

Sejarah India sebelum 500 S.M agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang
dapat membantu dalam menerangkan pembentukan Tamadun India. Tamadun
India terbentuk melalui berberapa fasa berikut seperti yang dijelaskan oleh
Azharudin Mohd Dali (2004):

(a) Zaman Lembah Indus (1500SM)

Tamadun India pada awalnya dimulai dengan sejarah zaman Vedik, Maurya, Gupta,
Sangam, Palava dan Chola. Walaupun tamadun Indus telah lenyap lebih kurang pada
tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan
lain terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam tamadun
Indus digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam.
Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan
juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan tamadun Indus. Budaya Indus
mulai mengalami kemerosotan dengan kehadiran orang-orang Arya pada tahun
1,500SM telah membawa kemunculan satu peradaban baru di barat laut India.

Peta India
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

Zaman Vedik (1,500-500SM) dikatakan bermulanya asal-usul orang-orang Indo Arya


yang pernah mendiami di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah.
Kekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong kaum
ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagian daripada
kumpulan ini telah bermigrasi ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan perjalanan
mereka sehingga sampai ke benua kecil India. Kedatangan mereka tidak berlaku
serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya
dengan penduduk tempatan. Walaupun kumpulan Arya dapat mengekalkan
beberapa unsur-unsur budaya yang dibawa bersama mereka tetapi pertembungan
ini menyebabkan kemunculan satu budaya komposit di kawasan utara India yang
dikenali sebagai Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Orang-orang Indo Arya telah
mencipta teks-teks agama atau Veda-Veda yang mengandungi mazmur-mazmur
agama. Dari Veda-veda ini, terutama Rig Veda yang disusun antara tahun 1,200SM
dan 1,000SM.

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah Kula (keluarga) yang
diketuai oleh Grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam sebuah kampung (Grama)
yang diketuai oleh Gramina; beberapa kampung adalah bahagian Visya (bandar)
yang diketuai oleh Visyapati dan beberapa Visya adalah sebahagian dan Jana yang
diketuai oleh raja (Rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati
oleh Mantriparishad (ahli-ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya
dikawal oleh pandangan umum dan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan
seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan iaitu Sahha (anggota-
anggotanya terdiri dari ketua- ketua dan orang-orang kaya raya) dan Samriti
(perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa raja.

Dari sudut percukaian, cukai ke atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian
merupakan aktiviti utama orang-orang Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu
barli dan gandum. Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan
orang-orang Indo Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai
sumber susu. Terdapat juga orang-orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang
dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar,
peminjam wang dan pedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota-kota
penting dalam perdagangan luar.

Zaman Vedik terkemudian (600-320SM) Lebih kurang pada tahun 600SM,


penubuhan republik dan negeri-negeri beraja di kawasan utara India telah
membawa sejarah Tamadun India ke satu tahap yang penting. Repubik-republik
terletak di kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab manakala
negeri-negeri beraja terletak di kawasan Sungai Ganges. Republik-republik terdiri
dari satu puak seperti Shakya, Koliya dan Malla atau gabungan puak-puak seperti
Vriji dan Yadava. Kekuatan republik terletak dalam aspek korporat kerajaan iaitu
pertemuan wakil-wakil puak atau ketua- ketua keluarga untuk membincangkan
perkara-perkara penting. Salah seorang wakil mempengerusikan pertemuan itu dan
beliau diberi gelaran ‘raja’ dan pangkat ini bukan berbentuk turun-temurun. Sumber
pendapatan sesebuah republik adalah dari cukai tanah, perindustrian dan
perdagangan. Bandar-bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman ini
antaranya Shravasti, Champa, Rajagriha, Ayodhya, Kaushambi dan Kashi yang
penting bagi ekonomi kawasan Ganges manakala Vaishali, Ujjain, Taxila dan
Bharukachcha di barat mengadakan hubungan ekonomi yang lebih luas. Di republik
ini tidak ada sekatan atau tentangan terhadap pandangan individu yang berbeza
dan ini menyebabkan kemunculan pemimpin dan pemikir yang membawa
pandangan bukan ortodoks seperti Siddharta Gautama (Buddha) dari puak Shakya dan
Vardhamana (Mahavira) dari puak Jnatrika.

Negeri-negeri atau kerajaan-kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan


beraja berbentuk turun-temurun dan mementingkan sistem Dewamja dengan
mengadakan upacara-upacara Rajasuya (pentahbisan raja), Vajapeya (menjadikan raja
muda semula) dan Asva Medha (pengorbanan kuda). Dalam konteks ini, raja-raja dan
golongan sami-sami bekerjasama dalam menekankan konsep dewaraja.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku antara


kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji. Peperangan berlaku
selama seratus tahun dan akhirnya Magadha dapat mengekalkan kuasanya di India
Utara. Pemerintah Magadha dan Bimbisara memerintah pada pertengahan kedua
kurun ke-6SM dan merupakan seorang raja yang gigih serta berwawasan politik.
Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan-kawasan
di barat dan utara, mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan
raya, melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan
menggalakkan pembangunan di bidang pertanian. Bimbisara kemudiannya, diganti
oleh puteranya Ajatashatru pada tahun 493SM dan meneruskan dasar menakluki
Kosala, Kashi dan Vriji di utara dan Anga di timur yang menghubungkan
perdagangan dalam dan perdagangan luar. Ajatashatru meninggal dunia pada tahun
461SM dan baginda digantikan oleh dinasti Shishunaga pada tahun 413SM. Lima
puluh tahun kemudian Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan dan dinasti bukan
Kshatriya yang pertama. Baginda mewarisi kerajaan Magadha, mengenakan cukai
tanah yang tinggi, membina saluran air dan sebagainya. Namun begitu,
perkembangan ini tersekat kerana Chandragupta Maurya dapat mengalahkan Nanda
dan menerajui kerajaan pada tahun 321SM.

Kawasan-kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah pengaruh Cyrus
Yang Mahsyur dari Persia (Iran) (558-520SM) dan puak-puak dari Kamboja,
Gandhara dan kawasan Indus membayar ufti kepadanya. Pengaruh Persia dapat
dilihat pada syiling-syiling India dan skrip India. Kharoshti mempunyai unsur-unsur
skrip Aramaic yang digunakan di Persia. Pada tahun 519SM di bawah Darius,
Hindush dianggap wilayah kedua puluh empayar Persia dan terdapat askar-askar
India yang bertugas dalam tentera Persia. Pada tahun 330SM, Maharaja Alexander
dari Macedonia (Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke wilayah-
wilayah di India, khususnya Punjab, berperang dengan Raja Poros (Puru) iaitu raja
kawasan Jhelum, menakluki puak-puak tempatan dan melantik gabenor-gabenor
untuk mentadbir wilayah-wilayah ini. Oleh sebab tenteranya tidak ingin
meneruskan dasar perluasan kuasa, Alexander akhirnya terpaksa membatalkan
rancangannya untuk menakluki seluruh India. Dasar perluasan kuasa dan serangan
Maharaja Alexander telah menyebabkan terbentuknya beberapa petempatan orang
Greek di Punjab. Pergerakan tentera Greek ini telah merintis dan membuka
beberapa jalan perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia
ke Laut Mediterranean (selatan Eropah). Jeneral tentera Greek yang terakhir
meninggalkan India pada tahun 317SM.

Kemunculan Empayar Maurya (321-185SM) telah memberi dimensi baru terhadap


kejelasan kemunculan Tamadun. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana
empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai sejumlah besar
kawasan di India dan sistem politik mencapai tahap yang lebih matang. Pengasas
empayar Maurya adalah Chandragupta Maurya telah menggantikan Nanda pada
tahun 321SM ketika baginda berusia 25 tahun dan berasal dari puak Moriya.
Panduan dan strategi yang diberikan oleh penasihatnya, Kautalya atau Chanakya
(seorang Brahmin) telah membantu Chandragupta menjalankan dasar perluasan
kuasa dengan menakluki kawasan-kawasan Indus, Ganges dan barat laut India.
Sumber-sumber bertulis Greek menyebutkan tentang peperangan antara
Sandracottos (Chandragupta) dengan Seleucus Nikator (pemerintah Greek) pada tahun
303SM telah memetrikan perjanjian yang dibuat antara mereka melalui perkahwinan
puteri Seleucus dengan Chandragupta. Duta Seleucus yang menetap di Pataliputra telah
mewujudkan jawatankuasa khas bertujuan untuk menjaga kebajikan orang asing.

Pada tahun 297SM, Chandragupta telah memeluk agama Jainisme dan menyerahkan
takhta kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar sehingga ke
Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya menakluki
Kalinga di timur. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana
kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada
Asoka sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahisma (tidak
melakukan kekejaman). Di bawah pemerintahan Asoka, sistem Buddhisme disusun
semula semasa Majlis Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250SM.
Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang-pengembang agama
Buddha ke kawasan lain di India dan ke luar India. Asoka telah menghantar utusan-
utusan diplomatik dan agama ke Syria (Antiochus II Theos 260-246SM), Mesir
(Ptolemy III Philadelphus, 285-247SM), Macedonia (Antigonus Gonatus, 276- 239SM),
Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander).

Hubungan dengan dunia luar berkembang sehingga kerajaan dan masyarakat Greek
mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehidupan di India. Hubungan erat
diadakan dengan kerajaan Seleucid di barat laut dan ini dibuktikan melalui ciri-ciri
Persia yang terdapat pada tiang-tiang Asoka (Asokan Pillars) yang diukir oleh
pengukir dari kawasan barat laut. Idea inskripsi batu mungkin berasal dari Persia.
Inskripsi-inskripsi Asoka terdapat di kawasan India Selatan dan baginda
mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra
dan Keralaputra. Putera Asoka, Mahindra telah melawat Ceylon sebagai pengembang
agama Buddhis.

Kemerosotan Empayar Maurya (200SM-300 TM) bermula dengan peristiwa-


peristiwa politik yang lebih dipengaruhi oleh keadaan di Asia Tengah. Empayar
Maurya diganti oleh kemunculan dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang diketuai
oleh Pushyamitra pada tahun 180SM. Kerajaan ini sering berperang dengan kerajaan
di selatan, dengan Greek di barat laut dan Kalinga di Tenggara. Dalam masa seratus
tahun, empayar Maurya menjadi semakin kecil dan kawasan Magadha yang
diperintah oleh Shunga dikuasai oleh dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan
sehingga tahun 28SM. Dinasti Kanva mencapai zaman kegemilangan di bawah
pemerintahan Raja Kharavela dengan kawasan yang dikuasai terbentang sehingga ke
India Selatan.

Zaman Gupta (300-600 TM) juga digelar sebagai Zaman Klasik atau Zaman
Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Asal-
usul Gupta tidak begitu jelas dan dipercayai suatu keluarga tuan tanah beransur-
ansur menguasai arena politik kawasan Magadha, tinggalan empayar Maurya.
Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan
seorang puteri Lichchavi, suatu puak ternama dan mengambil gelaran
Maharajadhiraja. Puteranya, Samudra Gupta yang menaiki takhta pada tahun 335 telah
meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga raja-raja di timur dan selatan tunduk
serta membayar ufti. Baginda mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep
Devaraja dan Asamedha, meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran
yang cekap. Raja Meghavarnadari Ceylon (352-379) telah meminta kebenaran untuk
membina biara dan rumah rehat di Bodh Gaya bagi orang- orang Ceylon yang
berziarah ke tempat suci ini. Bandar-bandar pada zaman Gupta dirancang dengan
baik kerana mempunyai jalan raya yang teratur, sistem perparitan yang baik,
saluran bekalan minuman, sistem pembuangan najis yang teratur dan tempat mandi
yan sempurna (Wan Fuad, 1990)

Chandra Gupta II yang menerajui kepimpinan pada tahun 380 telah menewaskan
kerajaan Shaka dan merampas kawasan barat India tetapi kawasan Deccan di bawah
dinasti Vakataka tidak dapat ditakluki. Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan
raja Vakataka, Rudrasena II, dan hubungan persahabatan terus dikekalkan. Rudrasena
II meninggal dunia lima tahun kemudian dan balunya (anak perempuan Chandra
Gupta) memangku takhta kerajaan dari tahun 390-410. Kerajaan Vakataka menjadi
sebahagian empayar Gupta. Chandra Gupta II menggunakan gelaran Vikmmaditya
(matahari kegagahan) tetapi pemerintahannya lebih diingati kerana naungannya
terhadap bidang kesusasteraan dan kesenian. Fa Hsien, seorang Buddhis China yang
melawat India dari tahun 400 hingga 411 bertujuan untuk mengutip teks-teks, dan
manuskrip-manuskrip Buddhisme, dan belajar di biara-biara India, melalui
catatannya telah menggambarkan India sebagai satu negara aman dan damai.
Pemerintahan Kumara Gupta (415-454) dan Skanda Gupta (454-467) telah menghadapi
cabaran dan serangan dari puak Hun (dari Asia Tengah di sempadan China) yang
telah menguasai kawasan-kawasan dari Persia hingga ke Khotan. Sebahagian dari
puak Hun yang pernah berperang dengan puak Yueh- chi telah bermigrasi ke barat
dan disebutkan dalam catatan sejarah Rom dan Greek sebagai Hun Putih.
Kumpulan Hun yang datang ke India dikenali sebagai Huna dan Raja Huna
pertama yang memerintah India Utara sehingga Eran di India Tengah ialah
Toramana. Puteranya, Mihirakula tidak begitu popular dan membenci agama
Buddhisme. Kedatangan puak Hun menyebabkan pergerakan penduduk-penduduk
yang mempunyai latar belakang etnik yang berlainan yang mula mendiami kawasan
India Utara, barat dan selatan. Rekod-rekod Sung- Yun (duta China ke kerajaan
Hun) member! gambaran keganasan dan kezaliman kerajaan pimpinan Mihirakula.
Kuasa Hun di India mula merosot pada akhir kurun ke-6 bukan kerana tentangan
raja-raja India tetapi kerana orang-orang Turki dan Persia menyerang Bactria yang
berada di bawah kawalan Hun (563- 567).

Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah
kerajaan iaitu, Gupta di Magadha, Maukhari di Uttar Pradesh barat, Pushyabhuti di
Thanesar (di utara Delhi) dan Maitraka (asal-usul Persia) di Gujarat. Kerajaan
Maukhari menewaskan Gupta dan mengadakan hubungan kekeluargaan dengan
Pushyabhuti. Keluarga Pushyabhuti menjadi kuasa penting dan selepas kemangkatan
raja Maukhari, pemerintah Pushyabhuti iaitu Harsha telah menggabungkan kedua-dua
kerajaan ini. Manakala kerajaan Maitraka kekal sehingga pertengahan kurun ke-8,
tetapi kemudian menghadapi serangan dari orang-orang Arab.

Walaupun pengasas kerajaan Pushyabhuti ialah Prabhakara-vardhana tetapi


pemerintah yang termashyur ialah Harsha-vardhana atau Harsha. Harsha memulakan
pemerintahan pada tahun 606, meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga Punjab,
Kashmir, Nepal dan Valabhi di barat laut dan utara. Perjuangan untuk menakluki
kawasan-kawasan Deccan gagal kerana ditewaskan oleh Pulikeshin II dari kerajaan
Chalukya. Harsha menubuhkan sebuah kerajaan yang cekap dan mengadakan
hubungan luar dengan negara China sehingga Maharaja Tang Tai Tsung menghantar
dua duta.

Zaman Sangam (300SM-200 TM) lahir di India Selatan, rekod-rekod kesusasteraan


Sangam memberi gambaran jelas tentang peristiwa-peristiwa politik. Kerajaan-
kerajaan Chera di barat, Chola di timur dan Pandya di selatan sering berperang antara
satu sama lain. Pada tahun 200SM, kerajaan Chola telah menakluki dan memerintah
Ceylon Utara sehingga dihalau oleh Raja Sinhala Duttagamini. Masyarakat India
Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara melalui kawasan
Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara
barat seperti Romawi dan Greek. Chola mengendalikan perdagangan Lautan India,
membina kapal- kapal besar dan kecil yang digunakan dalam pelayaran ke rantau
Asia Tenggara. Kewujudan pelabuhan atau pangkalan kapal, dermaga, menara api,
pejabat kastam dan bangunan membuktikan terdapatnya perdagangan luar
(antarabangsa). Kapal-kapal Yavana (dari Asia Barat dan Laut Mediterranean)
berlayar ke Kaveripattinam untuk berdagang atau bertukar barang (barter) mereka
dengan barangan dari Asia Tenggara dan China. Kepentingan Arikamedu dan
Kaveripattinam dalam perdagangan lautan boleh dibandingkan dengan kepentingan
Bharukachcha dan Taxila di barat laut India yang mengendalikan perdagangan luar
dari Persia, Afghanistan dan Asia Tengah.

Zaman Pallava (600-900 TM) di selatan India yang terbentuk selepas zaman Sangam
dikatakan oleh para sejarawan India sebagai sebagai zaman gelap. Namun begitu,
terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India
Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan mementingkan
bahasa Sanskrit. Dari keterangan-keterangan kitab-kitab Buddhisme dapat diketahui
bahawa raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan-kegiatan agama Buddha
dan penyair-penyair Buddha telah mendapat layanan yang baik. Cara pemerintah
Kalabhra mengembangkan agama Buddha telah membangkitkan kemarahan orang-
orang Tamil yang menyifatkan mereka sebagai raja-raja yang zalim. Selepas
pemerintahan Accuta, kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta mengusir
golongan Kalabhra. Raja Pandya Kandungon menewaskan Kalabhra pada tahun 575M
dan menamatkan pemerintahan golongan ini yang telah berkuasa selama tiga ratus
tahun di India Selatan. Walaupun zaman Kalabhra digelar zaman gelap terdapat
beberapa sumbangan penting (istimewa) yang berlaku. Selain daripada
Perhimpunan Penyair-penyair Jain (Sangam Jain) yang diadakan pada 470M,
dipercayai karya-karya etika Tamil yang disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil
seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli telah disusun pada zaman ini.

Pada zaman pertengahan kurun ke-6 sehingga kurun ke-9 dalam sejarah India
Selatan memperlihatkan peperangan di antara tiga buah kerajaan yang cuba
meluaskan wilayah masing-masing. Dinasti Pallava telah dapat menguasai negeri
Tamil selepas berperang dengan kerajaan-kerajaan Chalukya dari Badami, Pallava dari
Kanchi dan Pandya dari Madurai. Dinasti Pallava telah melalui tiga zaman, iaitu
Pallava Awal (250-340M), Pallava Pertengahan (340-595M) dan Pallava Akhir (575-
900M). Zaman Pallava Awal telah diperintah oleh Raja Sivaskandavarman yang
merupakan pemerintah terkemuka memerintah dari Kanchi, merasmikan upacara-
upacara Asvamedha, Vajapaya dan Agnishtoma dan mementingkan bahasa Prakrit dan
Sanskrit. Bukti permerintahan kerjaan ini dilihat melalui kepingan pinggan tembaga
dan inskripsi-inskripsi batu menggunakan bahasa-bahasa tersebut. Zaman Pallava
Pertengahan, dipenuhi dengan peperangan menentang Gupta, Vakataka, Kadamba,
Chalukya dan Chola. Raja Vishnugopan adalah salah seorang pemerintah yang
menentang serangan Gupta dari utara, dan agama Buddhisme dan Jainisme diberikan
keutamaan pada zaman ini. Zaman Pallava Akhir pula merupakan zaman
kegemilangan dinasti Pallava kerana telah dapat menguasai kawasan India Selatan.

Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan Bhakti iaitu mazhab
Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan
Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi. Terdapat raja- raja Pallava yang telah
memeluk agama-agama ini, memberikan keutamaan kepada bahasa Tamil dan
terlibat dalam pembinaan kuil-kuil Hindu. Kebanyakan golongan Nayanmar (wali-
wali mazhab Saivisme) dan Alvar (wali-wali mazhab Vaisnavisme) telah hidup pada
zaman ini dan menyumbangkan kepada penyebaran mazhab-mazhab ini.
Kerajaan Pallava juga telah membina kuil-kuil Buddha secara besar-besaran dan
seorang pengembara Cina, Tsuan Tsang telah melawat Kanchi pada tahun 642M.
Dalam rekodnya, beliau menyatakan Kanchi mempunyai seratus buah vihara Buddhis
serta sepuluh ribu orang rahib Buddhis, dan lapan puluh kuil Saivisme dan
Vaisnavisme, dan agama Jainisme juga diamalkan. Terdapat tiga jenis kuil Hindu yang
dibina iaitu kuil-kuil gua, kuil-kuil batu best dan kuil-kuil biasa yang dibuat dari
pasir dan batu-bata. Raja Mahendravarman, Raja Narasimhavarman, Raja Rajasimhan
dan Raja Nandivarman III adalah antara pemerintah-pemerintah terkemuka zaman
Pallava yang memperbanyakkan pembinaan kuil-kuil Hindu dan meluaskan
perdagangan luar. Kewujudan sebuah kolam Avani Naranan dan tempat berhala di
negeri Thai yang dibina oleh pedagang-pedagang zaman Pallava menunjukkan
kepentingan perdagangan luar.

Zaman Chola (850-1200SM) dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri. Chola


merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah kawasan
yang dikenali sebagai Rayalaseema. Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan
pembinaan sebuah kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada 850SM
merupakan langkah pertama ke arah kebangkitan semula kerajaan Chola. Kerajaan
Chola muncul semula dari kemerosotan dan berkembang menjadi satu kuasa
imperialis selama tiga ratus lima puluh tahun. Raja-raja yang termasyhur dalam
dinasti Chola adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga, dan pemerintah-pemerintahnya
menggunakan gelaran Chakravarthigal. Kerajaan Chola melalui dasar perluasan
kuasa, meluaskan wilayahnya sehingga meliputi seluruh kawasan India Selatan.
Walaupun Tanjore dipilih sebagai ibu negeri utama tetapi selepas penaklukan
kerajaan Pallava, Kanchi menjadi ibu negeri yang kedua pentingnya dalam empayar
Chola.

Pemerintah-pemerintah Chola begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil- kuil,


reklamasi tanah, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan
hospital. Mereka juga menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan
Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di rantau Asia Tenggara. Penemuan
inskripsi Tamil di Takuapa, membuktikan kegiatan persatuan pedagang iaitu
Manigaman bergiat dalam perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi
ketenteraan dan serangan Rajendra Chola I pada tahun 1025SM terhadap empayar
Srivijaya membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan
empayar itu yang menunjukkan dasar luar kerajaan China.

Secara bandingannya, bentuk pemerintahan Chola adalah lebih kurang sama dengan
kerajaan Pallava iaitu empayar dibahagikan kepada beberapa wilayah, daerah dan
kampung. Pentadbiran kampung dikendalikan oleh jawatankuasa eksekutif yang
dilantik oleh majlis besar. Ada juga jawatankuasa (variyam) yang ditubuhkan untuk
tugas tertentu dan ahli-ahli jawatankuasa dipilih dari wakil bahagian-bahagian
kampung. Cukai tanah merupakan sumber kewangan kerajaan yang paling besar.
Oleh yang demikian segala peraturan mengenai hak milik serta cukai hasil tanah
dikendalikan secara terperinci. Semua kawasan yang dikenakan membayar cukai
akan diukur dan ditentukan cukai berdasarkan kesuburan tanah itu serta jenis
tanaman yang dihasilkan. Raja-raja Chola yang menganuti agama Hindu memainkan
peranan penting dalam perkembangan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme. Banyak
kuil-kuil dan matha (dewan awam) dibina serta melatih penyanyi-penyanyi untuk
menyanyikan Timpadiyam di kuil-kuil. Dalam hal ini agama dapat dilihat melalui
sifat tolak ansur raja-raja Chola yang membenarkan unsur-unsur Vaisnavisme dan
Buddhisme pada hiasan kuil Saivisme. Selain itu, bantuan juga diberikan kepada kuil-
kuil Buddhis dan Jain.

Lembah Indus
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

(b) Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan Islam (1000 – 1756M)

R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran (1994) menjelaskan zaman ini ditandai dengan


pengaruh Islam ke atas masyarakat India yang meliputi kesultanan Delhi, dinasti
Khilji, Tughluq, Sayid, Lodi dan Babur atau Mungal. Zaman Muslim India Utara tidak
bebas daripada ancaman dan serangan luar sejak sebelum tahun Masihi. Kumpulan-
kumpulan orang Greek, Scythia, Parthia dan Hun yang datang sebagai orang asing
untuk memerintah India, akhirnya mereka telah diasimilasikan. Sebaliknya,
kedatangan kumpulan-kumpulan Muslim (orang Islam) adalah berbeza kerana
mereka dapat mengekalkan agama mereka di India.

Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu pertama,
sehingga tahun 1000SM, hubungan pedagang-pedagang Arab dengan penduduk-
penduduk India dari kawasan-kawasan pantai di India Selatan sehingga
menyebabkan mereka memeluk agama Islam. Pengaruh politik mereka begitu kuat
sehinggakan pedagang kuda dan peniaga Arab di Korkai dilantik sebagai menteri
dalam kerajaan Pandya. Kedua, pemelukan selepas penaklukan mula berlaku selepas
kumpulan-kumpulan Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai
kawasan-kawasan di India dan menubuhkan kesultanan- kesultanan mereka. Ini
bermula dengan serangan-serangan Mahmud Ghaznih dari tahun 1008 hingga 1026M
yang menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura
dimusnahkan. Ini diikuti pula oleh serangan Muhammad Ghuri pada tahun 1191M
dan pembukaan petempatan-petempatan di India Utara. Pada tahun 1206M, Ghuri
telah dibunuh oleh Qutb-ud-din Aibak, seorang pengikut (hamba) Ghuri yang
kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi. Pemerintah-pemerintah dinasti Hamba
(1206-1290M) digantikan oleh dinasti Khiiji (1290 -1320M), dinasti Tughluq (1320-
1412M), dinasti Sayyid (1412- 1450M) dan dinasti Lodi (1451-1526M).

Pemerintah Ibrahim Lodi diserang oleh Babur, dari keturunan Mongol Genghis Khan
pada tahun 1526M yang mengasaskan kerajaan dan dinasti baru iaitu dinasti
Mughal. Kerajaan Mughal menjadi termasyhur di bawah pemerintahan Akhbar.
Sebelum tahun 1599M kawasan kekuasaan Mughal terbentang dari Kashmir di utara
India sehingga Deccan di selatan. Akhbar telah menjalinkan hubungan baik dengan
rakyat beragama Hindu melalui cara perkahwinan dengan melantik pegawai-
pegawai Hindu memegang jawatan dalam kerajaan. Melalui tindakan ini, ianya
dapat meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa baginda adalah ketua mereka.
Untuk mengelakkan tentangan rakyat keturunan Afghan, Turki, Uzbek, Iran,
Turani, Kayastha, Rajput dan Brahmin dilantik memegang jawatan dalam
pentadbiran. Baginda mengamalkan sikap toleransi terutama terhadap penganut
Hindu dengan membatalkan cukai jizyah, memulihkan tempat-tempat suci Hindu,
membenarkan isteri-isteri orang Hindu bersembahyang di istana-istana mereka, dan
membenarkan orang Hindu membina kuil dan mengadakan upacara umum.
Baginda juga menggalakkan penterjemahan Veda-veda, Ramayana dan Mahabharata,
mempengerusikan sidang diskusi antara agama-agama dan cuba memperkenalkan
agama Din-Ilahi bertujuan untuk menyatupadukan penganut Hindu dengan
penganut Muslim.

Dasar toleransi tidak lagi diutamakan oleh pemerintah-pemerintah selepas Akbar


seperti Jahangir (1605-1627M) yang menunjukkan penentangan terhadap ajaran Jain
dan membunuh ketua Sikh, Guru Arjun; Shah Jahan (1628- 1658M) yang tidak
membenarkan pembinaan kuil Hindu dan menghalang mereka yang keluar dari
Islam; Aurangzeb (1658-1707M) yang memperkenalkan semula cukai jizyah,
memusnahkan kuil-kuil Hindu dan menggantikan pegawai-pegawai Hindu dengan
pegawai-pegawai Muslim. Dasar-dasar ini menyebabkan kerajaan Mughal terpaksa
menghadapi tentangan dari kumpulan-kumpulan Maratha, Peshwa, Sikh dan Rajput.
Pada peringkat akhir pemerintahan Mughal, apabila kuasa British (Inggeris)
menyerang kerajaan Muslim maka orang-orang Hindu tidak lagi memberikan
sokongan.

Dalam hal kerajaan dan pentadbiran, sultan dianggap sebagai wakil Khalifah
walaupun ia bebas dengan berautoriti sendiri. Dalam hal pentadbiran terdapat
kawalan atas kuasanya iaitu undang-undang Syariah. Pentadbiran sivil diketuai oleh
wazir (menteri perdana) yang mengendalikan kutipan cukai, akaun dan
perbelanjaan selain daripada menasihati sultan. Wazir menjaga hal pentadbiran
kerajaan pusat di samping bersama dengan tiga menteri lain iaitu ketua jabatan
tentera, ketua hubungan luar negeri dan ketua menjaga hubungan dalam negeri.
Pentadbiran di peringkat wilayah diketuai oleh gabenor dengan beberapa jabatan
pentadbiran manakala pentadbiran kampung dikendalikan oleh ketua kampung,
akauntan (patwari) dan pendaftar (chauduri).

Serangan orang-orang Turki dan Afghan telah membuka India Utara kepada
perdagangan dengan Asia Tengah yang kemudian diperkuatkan oleh kedatangan
kumpulan Mongol. Golongan bangsawan menggalakkan pertukaran barang-barang
India dengan barang-barang di pasar-pasar Asia Tengah. Setiap bandar mempunyai
pasar-pasar yang menjadi pusat pertemuan dan perniagaan di antara pedagang-
pedagang dan ahli perniagaan. Di Delhi, wujud pasar-pasar yang menerima
barangan dari dalam dan luar India menjadikan ianya termasyhur sehingga Ibn
Batutta, seorang pengembara Arab menggambarkan Delhi sebagai bandar tercantik
dalam dunia Muslim.

Bengal meneruskan hubungan perdagangan dengan rantau Asia Tenggara dan


kapal-kapal India yang membawa rempah, tekstil dan lain-lain berdagang di Melaka
dengan barang-barang yang dibawa dari Pulau Jawa, Borneo dan Kepulauan
Maluku. Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan kemunculan satu budaya
komposit natijah dari interaksi antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan
Hindu telah diterima pakai oleh orang Muslim di India. Dalam semua aspek
kehidupan sama ada dalam aspek bahasa, kesusasteraan, perubatan, astronomi, dan
seni halus seperti muzik, tarian, seni bina dan lukisan, persajakan mahupun dalam
agama dapat dilihat unsur-unsur campuran. Misalnya bahasa Urdu mempunyai
nahu Prakrit dengan kata-kata Persia, Arab dan Turki dan ditulis dengan skrip Arab,
dalam bidang muzik iaitu alat muzik sitar adalah gabungan vinai India Selatan dan
tanbura Persia; dalam tarian kathak terdapat pakaian Persia dengan tema Hindu dan
dalam seni bina Turki, Afghan dan Mughal dapat dikesani unsur-unsur Hindu, Iran
dan Jain. Agama Din-i-llahi yang diperkenalkan oleh Akbar, ajaran Kabir (1440-
1518M) dan Nanak (1469-1533M) semuanya mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam
dengan tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalinkan hubungan
persahabatan atau perpaduan antara komuniti Muslim dan Hindu. Ajaran sufi
dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan melalui
kasihkan Tuhan juga telah mempengaruhi orang-orang Hindu. Apa yang harus
diperhatikan di sini ialah kedatangan Islam ke India menyebabkan kemunculan
budaya unik yang mengintegrasikan unsur-unsur Islam dengan unsur-unsur Hindu.

Kerajaan Vijayanagar (1336-1565M) ditubuhkan selepas empayar Chola lenyap pada


awal kurun ke-13M. Sejarah India merupakan sejarah empat buah kerajaan yang
muncul dari keruntuhan empayar-empayar sebelumnya. Kerajaan-kerajaan tersebut
ialah Pandya, Hoysala, Kakatiya dan Yadavatetapi. Permusuhan di antara kerajaan-
kerajaan ini dan serangan orang- orang Muslim yang bermula pada hujung kurun
ke-13M telah memporak-perandakan keempat-empat kerajaan itu sehingga
keadaannya menjadi kucar- kacir. Keadaan kucar-kacir ini berubah dengan
kemunculan, perkembangan dan perluasan kuasa oleh kerajaan Vijayanagar pada
pertengahan kedua kurun ke-13M. Kerajaan Vijayanagar telah berkembang menjadi
satu empayar yang besar dan agung. Empayar ini telah mempertahankan kemaraan
serta menyekat pemusnahan tradisi Hindu dari golongan Muslim dan mempelopori
tradisi peradaban dan kebudayaan Hindu di India Selatan selama lebih kurang dua
ratus tahun (1336-1570M). Dengan ini mereka dapat memelihara tradisi yang
diwarisi dari segi ketatanegaraan, pendidikan dan kesenian. Sejarah Vijayanagar
merupakan zaman kegemilangan yang akhir di negeri Hindu di India Selatan.

Walaupun Harihara I menjadi pengasas empayar Vijayanagar yang menyumbangkan


kepada penyusunan sistem pentadbiran; tetapi Krishnadeva Raya dianggap
termahsyur bukan sahaja kerana ia merupakan seorang pahlawan dalam perang
yang dapat meluaskan kawasan empayar tetapi juga kerana ianya pakar dalam
ketatanegaraan dan pentadbiran di samping menjadi penaung seni dan sastera.
Layanan yang diberi kepada rombongan-rombongan luar negara, perwatakannya
sendiri serta cintanya kepada kesusasteraan dan agama, dan pembinaan kuil-kuil
Hindu menjadikannya seorang pemerintah yang popular. Selepas kemangkatan
Krishnadeva Raya, pemerintah-pemerintah Vijayanagar yang berikutnya tidak dapat
menahan kuasa-kuasa Muslim untuk menakluki kawasan-kawasan India Selatan.
(http://ms.wikipeida.org/wiki/Pencapaian_tamadun_India)
Majid Taj Mahal
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

(c) Zaman Tamadun India Moden (1750 – 1947M)

Zaman ini adalah zaman era penjajahan British ke atas India sehingglah ke zaman
kemerdekaan India serta zaman bermulanya pembahagiaan wilayah-wilayah Hindu
dan Islam. Kedatangan kuasa-kuasa Barat di India bermula dengan kedatangan dan
penaklukan kuasa Portugis ke atas Goa (1510M), kuasa Belanda (1602M) dan diikuti
oleh kuasa Perancis pada tahun 1664M. Tetapi kemudiannya, kedatangan British
pada tahun 1612M dan penaklukan kawasan-kawasan di India yang bermula sejak
tahun 1750M merupakan permulaan zaman baru di negara ini. Penaklukan ini
dilakukan dengan bantuan orang-orang dan askar-askar India. Bagaimanapun
kawasan seluas dua pertiga India tidak tertakluk kepada pemerintahan British dan
kekal sebagai negeri-negeri beraja sehingga kemerdekaan India.

Pihak pemerintahan British telah membahagikan India kepada tiga presidensi iaitu
Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan) untuk memudahkan
pentadbiran. Presidensi diketuai oleh gabenor dan seorang Gabenor-Jeneral dilantik
sebagai ketua pentadbiran India. Dasar politik, ekonomi, sosial dan budaya yang
diperkenal dan dibentuk banyak dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin British di
India dan England. Di kalangan pemimpin ada yang mengizinkan perubahan yang
perlahan (evolusi) dengan menghormati tradisi-tradisi tempatan dan ada yang ingin
mengEropahkan India. Akhirnya, dibentuk satu dasar yang merupakan satu
gabungan pelbagai pendirian iaitu British menghormati budaya dan agama dengan
memberi jaminan tidak akan campurtangan dalam hal-ehwal ini, memperkenalkan
sistem pendidikan Inggeris dan memperkenalkan dan membentuk pentadbiran
moden. Antara Gabenor- Jeneral British yang memerintah India ialah Warren
Hastings (mengekalkan kuasa British dan memperkenalkan pentadbiran moden),
Lord Dalhosie (dasar memperluaskan kawasan India-British), William Bentinck
(memperkenalkan dasar pendidikan), Lord Curzon (dasar luar negara dan kecekapan
pentadbiran), dan Lord Mountbatten (bertanggungjawab membahagikan India dan
memberi kemerdekaan) adalah pentadbir-pentadbir yang terkenal.

Pada permulaan kurun ke-19M, kerajaan British begitu mementingkan dasar


perdagangan yang menguntungkan England termasuk dorong kerana Revolusi
Perindustrian. Kesannya, barang-barang perkilangan buatan mesin dari England
yang dieksport ke India secara besar-besaran menyebabkan barangan buatan India
yang serupa mengalami kerugian besar kerana kegagalan untuk bersaing. Dalam
arena politik, orang-orang India merasa tidak puas hati dengan tindakan British
menakluki kawasan demi kawasan dengan tidak menghormati tradisi pemerintahan
tempatan. Semua ini menyebabkan berlakunya pergolakan sosial pada tahun 1857M
dan pihak British menggunakan tindakan kekerasan untuk mengalahkan
pemberontak-pemberontak. Kesan pergolakan politik ini, menyebabkan berlaku
proses pembentukan semula di mana pihak British memperkuatkan kuasa tentera
dan memperkenalkan undang- undang yang mengurangkan kebebasan orang India.

Dasar memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, peranan mubaligh Kristian dan


pembaharu-pembaharu India telah menyakinkan orang India tentang reformasi
sosial dan agama. Amalan-amalan dan adat-adat yang difikirkan tidak bersesuaian
ditentang dan usaha-usaha dilakukan untuk memperbaiki kedudukan kaum wanita.
Dalam hal ini, Brahma Samaj memainkan peranan penting dan Raja Ram Mohan Roy
dianggap pula dianggap sebagai perintis dalam reformasi sosial dan agama.

Pada pertengahan kedua kurun ke-19M telah memperlihatkan kebangkitan


kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India. Penubuhan pertubuhan-
pertubuhan untuk memulihkan agama Hindu seperti Arya Samaj dan Ramakrishna
Mission, peranan Brahma Samaj, Prarthana Samaj dan lain-lain pertubuhan
membangkitkan kesedaran sosial tentang beberapa amalan dalam masyarakat.
Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan perjuangan kebangsaan melalui Indian
National Congress (1885M) yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan usaha-usaha ini
mula mengancam kedudukan British di India. Walaupun pihak British berusaha
membahagikan orang-orang Hindu dan Muslim, tuntutan untuk kemerdekaan terus
dibuat sehingga England terpaksa berundur dari tanah India pada tahun 1947M.
Dalam konteks ini, British telah memberikan kemerdekaan tetapi dengan
membahagikan tanah India kepada dua bahagian. India untuk orang-orang Hindu
dan mewujudkan negara Pakistan bagi memenuhi kehendak Liga Muslim yang
mewakili orang-orang Muslim di India.
Bangunan modern di India
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

AKTIVITI 1.1

Lakarkan satu bentuk peta minda yang menjelaskan pembentukan TamadunIndia yang
mencakupi tiga zaman;
(a) Indus
(b) Islam dan
(c) Moden

8.2 NILAI TAMADUN INDIA

Menurut Bahree dan Patricia (1977), Tamadun India menekankan beberapa nilai yang
penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan,
menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-
unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya,
perpaduan dan sistem kekeluargaan.

(a) Dharma

Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan


masyarakat. Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif
(sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma masyarakat memerlukan idea
tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh
siapa. Dharma individu memerlukan apa yangharus dilakukan oleh seseorang
mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.Dharma khas bagi individu atau
svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam
kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan
seperti vamadharma (bagi vama), jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan
stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab
yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja
dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang
individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi
undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang
menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi
mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan
rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat
sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.

Oleh itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas, tanggung jawab dan aturan memberi
makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna
kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan. Manusia tidak mempunyai
pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa perlakuannya memberi
kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk melepaskan diri
daripada kehidupan duniawi.

(b) Kepercayaan kepada Tuhan

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam


dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu Saguna
(mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek Saguna, Brahman adalah
ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi
pemikiran dalaman. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang
mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan
takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan
kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan
kebebasan, sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai Isvara
dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek Nirguna kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan


kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah
yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam
bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau
gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya (N. Rajendran dan Ee Ah Meng,1995)..

(c) Karma

Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan
tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam
kelahiran semula (Reincernation). Perbuatan yang baik membantu seseorang
individu mengumpulkan Punya Karma dan perbuatan sebaliknya mengumpulkan
Pava Karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak Pava Karma
akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan
supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap
manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan
bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain,
menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan
hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa
berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang
yang menuju ke Punya Karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan Nishkama Karma atau membuat kerja tanpa


menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan Karma Yoga sebagai salah satu cara
untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah
menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkan
apa jua pun balasan. Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan
unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

(d) Ahimsa

Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh pemikiran


falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa
untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari
ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan
manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak
memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman
purba. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan
membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini
dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan Pava Karma
yang menjauh individu dari mencapai Nirvana atau pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa Ahimsa merupakan instrumen untuk mengubah


individu-individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk
kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan. Menggunakan
kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan
pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah dalam perlawanan kerana
perkembangan rohani terhenti dan pencarian kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya,
pihak lawan merupakan kuasa-kuasa kekejaman yang wujud dalam diri manusia.
Menurut Mahatma Gandhi, beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih
sayang dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa- kuasa jahat.
Seseorang haruslah melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu
dan emosi-emosi supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami
kebenaran.
(e) Satya

Satya adalah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal


abadi, tidak berubah dan terdapat dalam sifat semulajadi semua manusi. Nilai Satya
mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan
kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga dianggap sebagai kuasa kebaikan.
Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan,
tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau
Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kehidupan kerana kedua-dua ini
dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang
mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya.
Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan. Ini
kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang
diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini
bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama. Doktrin Karma
Yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu
ajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan Satya.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah


menggunakan Satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan
tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British beliau juga sanggup
mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan. Beliau menyeksa dirinya
dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga mati dengan harapan
penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga
pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan
demi untuk mengekalkan prinsip Satya (Krishnan dan Rajantheran, 1994).

(f) Perpaduan

Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan
adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat.
Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan
antara Hindu dan Muslim.

(g) Sistem kekeluargaan

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu
Ashrama Dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan Purusartha iaitu
empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan
dengan empat objektif mulia ini ialah:
i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat
kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya
merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah
bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara
yang halal.
iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal
hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan
moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan
dan pakaian ahli keluarga.
iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan
tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan
keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan kerja
amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama.
(http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/nilai-nilai-murni-dari-
perspektif. html)

Imej Kuil Agama Hindu


(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

AKTIVITI 1.2

Jelaskan nilai-nilai yang terdapat dalam Tamadun India berserta contoh yang
bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia
8.3 UNSUR UTAMA TAMADUN INDIA
Pada umumnya Stutley & Margerat (1985) menjelaskan unsur-unsur utama dalam
Tamadun India bersubjekkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme mengenai
amalan-amalan yang menjadi teras dalam kehidupan seharian masyarakat India.
Secara ringkasnya unsur-unsur utama Tamadun India adalah seperti berikut:

(a) Sistem Pemerintahan

Salah satu unsur Tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan
Tamadun India bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British
ke India. Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,
Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar dan Mannar yang dikenali sebagai Ketua
Negara. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja
dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja
biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin.
Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat. Unit infantry mereka
adalah unit gajah dan unit kuda.

(b) Pentadbiran Wilayah

Oleh kerana India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar maka
bagi memudahkan urusan pentadbiran negara telah dibuat secara pentadbiran
wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampung-kampung besar
(Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam). Apabila Britisih datang
menjajah Selatan India, British telah memperkenalkan sistem ‘presidensi’ seperti yang
diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

(c) Agama

India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik, kepelbagaikan kaum ini membawa kepada kepelbagaian
agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha, Jaina, Sikhisme dan juga Islam.

(d) Ilmu Sains dan Matematik

Ilmu Sains dan Matematik India sangat maju setanding dengan negara-negara lain yang
bertamadun. Dari segi Fizik dan Kimia, konsep jirim diperkenalkan. Alam ini terdiri
daripada 5 elemen iaitu; tanah, angin, api, air dan angkasa. Dari segi perubatan,
Tamadun India memiliki bidang-bidang perubatan seperti Fisiologi, pembedahan, seni
pernafasan (Yoga) reproduksi manusia, farmakalogi serta perubatan binatang. Buku
perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. Dari segi Matematik pula, konsep
Geometri telah digunakan dalam upacara-upacara keagamaan dan memperkanalkan
sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah ialah Bakshalidan
Aryabhatiya. Dari segi Astronomi pula, India merupakan pelopor bidang astronomi.
Unsur matahari , bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada
dinyatakan mengenai keterangan lintasan matahari yang dibahagikan kepada 12
bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360
hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

(e) Bahasa dan Sastera

Dari segi penggunaan bahasa dan sastera, bagi masyarakat Indo-Arya yang
mendiami bahagian utara India menggunakan bahasa Sanskrit, manakaa
masyarakat Dravidia yang menduduki bahagian selatan India menggunakan bahasa
Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa
Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita.
Tema-tema yang dibincangkan dalam Ramayana adalah tentang peperangan antara
Rama dan Ravanab. Manakalan Mahabrata pula tentang peperangan antara Kaurava
dengan Pandara dan Arthasastra pula menceritakan tentang aspek-aspek politik,
ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan. Pada zaman Islam,
kesusasteraan India dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama Seera Purana
oleh Umaru Pulacar. Pada zaman Mughal muncul tokoh-tokoh sasterawan Islam
seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir
adalah antara sultan yang amat mencintai kesusasteraan.

(f) Seni bina Hindu

Seni bina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil
menggunakan ukiran Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka
dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. Seni bina Islam
menggabungkan ciri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan
Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan Masjid Quwait al
Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu Islam. Senibina Islam yang
termasyur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad, Masjid
Moti di Agra, Taj Mahal dan Kota Merah di Agra.

(g) Kemasyarakatan dan Kekeluargaan

Daripada aspek kemasyarakatan dan Kekeluargaan, masyarkat India mengamalkan


sistem kasta. Masyarakat Brahmin adalah golongan yang paling mulia dan paling
tinggi darjat kedudukannya berbanding dengan masyarakat yang lain seperti Kystira
yang terdiri daripada kalangan tentera dan keselamatan, Vaisya pula peniaga dan
Sudra pula petani.Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak
zaman tamadun Lembah Indus yang dikenali sebagai Mother Goddes (Conby, 1980).
Upacara keagamaan agama Hindu
(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)

AKTIVITI 1.3

Jelaskan unsur-unsur utama yang terdapat dalam Tamadun India berserta


contoh yang bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia

8.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN INDIA

Keistimewaan Tamadun India terletak kepada;


(a) kemampuannya bertahan ribuan tahun serta dapat mengekalkan tradisi
kebudayaanya tanpa banyak mengalami perubahan.
(b) pengaruh agama yang menjadi asas pembentukannya terutamanya agama
Hindu, Buddha, Shikh dan Islam.
(c) Penguasaan tradisi pra-Arya dan kelangsungannya dengan pembentukan
Tamadun India yang baru.

8.5 HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN


TAMADUN NEGARA LAIN

Seperti juga dengan tamadun-tamadun negara yang lain, India juga mempunyai
hubungan dengan negara-negara luar seperti Greek, Rom Mesopotamia, Parsi,
bahagian tengah Asia, Burma, China, Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu. Hubungan
Tamadun India dengan negara-negara seperti yang disebutkan di atas bermula
dengan pembukaan jalan di genting-genting seperti Genting Bolan dan Genting
Khyber.
8.6 HUBUNGAN TAMDUN INDIA DENGAN
KEBUDAYAAN

Patmanathan (1985) menyatakan dalam persejarahan India sehingga zaman


pertengahan berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan dunia
luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula sejak zaman
sebelum Masihi di mana pedagang-pedagang India telah berlayar ke lautan Asia
Tenggara untuk mencari kekayaan termasuklah rempah ratus, kayu kayan, damar,
emas dan sebagainya. Melalui penemuan arkeologi, carigalai di Arikamedu di
Selatan India, Oceo di Indo China, Kuala Selinsing di Perak menunjukkan kesan-
kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara, kawasan
India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh Masehi. Inskripsi-
inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (Selatan Thai) dan Labu Tuwa (di
Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syarikat-syarikat perdagangan India di
Asia Tenggara.

Unsur-unsur budaya dan tradisi India yang dibawa oleh para pedagang ke Asia
Selatan telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera
dan seni rakyat ke rantau ini. Dalam sistem politik Asia Tenggara, unsur-unsur
agama Hindu dan Buddha menjadi asas kerohanian bagi institusi kerajaan sehingga
pihak pemerintah digelar sebagai devaraja. Di samping itu pengaruh ajaran Saivisme
terlihat pada candi yang mempunyai patung Lingo (Dewa Siva) manakala
pemerintahan yang menganuti Vaisnavisme dianggap sebagai inkamasi Dewa
Vishnu. Untuk memperkukuhkan dan mengesahkan konsep mengenai pemujaan
Devarja, ianya dijalankan oleh pendeta-pendeta Brahmin atau sami-sami Buddha
melalui nyanyian-nyanyian suci berbahasa Sanskrit dan Tamil di istana-istana raja.
Nyanyian-nyanyian suci dari Tevaram dan Tiruvacakam masih diamalkan sehingga
kini di Thailand semasa upacara pertabalan raja. Manakala pengaruh agama Buddha
amat kuat terpahat di candi Borobudur di pulau Jawa, Kuil Hindu di Pulau Bali dan
candi Angkor Thorn di Kampuchia.

Sistem pernomboran India

(Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+india&rlz)
Dalam bidang kesusasteraan Asia Tenggara, pengaruh karya-karya epik Hindu dan
cerita-cerita agama Buddha amat penting. Cerita-cerita Ramayana, Mahabharata dan
Jataka menyediakan bahan-bahan penting untuk perkembangan tradisi
kesussteraanyang bercorak lisan dan bertulis. Hikayan Seri Rama, Hikayat Sang
Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia dan Ramakien di Siam menunjukkan
pengaruh Tamadun India dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Cerita-cerita
Ramayana, Mahabharata dan Jataka telah memperkaya seni pentas wayang kulit.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan kata dan bahasa-bahasa di Asia Tenggara


diperkayakan melalui pinjam meminjam daripada banyak perkataan yang
diadaptasi daripada bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil, perkataan ‘raja’, ‘tali’, ‘istana’
dan sebagainya dikatakan diambil daripada bahasa Tamil. Begitu juga di Sri Lanka,
pengaruh India dapat dilihat pada masa agama Buddha disebarkan pada zaman
Asoka dan kemudiannya menjadi agama rasmi dalam seni baina seperti di
Anuradhapura dan Polonnaruva, juga dalam seni lukis, seni ukir, seni tarian dan
seni muzik termasuklah peralatan muziknya. Juga negara China tidak terkecuali
daripada menerima pengaruh Tamadun India terutama dari segi agama Buddha.

AKTIVITI 1.4

Dengan mengambil peta Asia Tenggara, tunjukkan melalui beberapa anak


panah hubungan Tamadun India dengan negara-negara lain yang
berdekatan serta jelaskan hubungan-hubungan tersebut daripada
sudut pengaruh:
i. bahasa
ii. agama
iii. kebudayaan
iv. perdagangan
v. politik
vi. sosial

SEMAK KENDIRI 1.1

Mengapakah Tamadun India gagal mengekalkan pengaruhnya dalam


Tamadun Melayu. Adakah kerana aspek-aspek berikut:
i. agama Islam
ii. kebudayaan Melayu
iii. bahasa dan tulisan Jawi Melayu
iv. adat dan istiadat Melayu
v. pola pemikiran masyarakat Melayu
Kehebatan Tamadun India menyamai Tamadun Mesir dan Tamadun China kerana
keunikannya dan sifat bertahan lama serta pengaruhnya begitu menyeluruh daripada
segenap aspek politik, ekonomi, sosial, agama, kebudayaan dan keilmuan. Pengaruh agama
Hindu dan Buddha amat meluas khususnya di negara-negara Asia Tenggara dan kekal
sehingga ke hari ini, begitu juga kebudayaan dan seni bina kuilnya yang dibangunkan di
serata pelosok negara-negara Asia. Tamadun India mempunyai keistimewaan dan ciri-
cirinya yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan eksistensinya.
Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya adalah hasil sikap
terbuka dana boleh menerima segala perubahan dan pengaruh tamadun lain asalkan ia
memberi manfaat kepada sesuatu bangsa berkenaan. Semua tamadun sifatnya saling
berinteraksi dengan tamadun lain melalui perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan sifat-
sifat kemanusiaan sejagat yang tidak pernah putus dalam sepanjang peradaban manusia.
Interaksi antara tamadun India kepada tamadun lain ada yang meninggalkan kesan positif
dan juga impak negatif. Perkara yang amat penting ialah hasil dan pencapaian sesebuah
tamadun itu dapat dikongsi bersama dalam membawa dunia ke aras yang lebih maju.

Fasa Zaman klasik


Tamadun Indus Zaman keemasan
Indo Arya Ufti
Reg Veda Etika Tamil
Republik Bandar berkuil
Ortodoks Kasta
Empayar Pendeta

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bahree dan Patricia. (1977). The Hindu World. Kuala Lumpur : KL Silver Burdett
Compony LTd.

Besham, A.L. (1967). The Wonder That Was India, 3rd Ed. London.
Conby, C., (1980). Archeologi of the World, London : chancelor Press, New York
: Prentice Hall.

Krishnan. R, dan Rajantheran, M. (1994), Pengantar Tamadun India. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
N. Rajendran dan Ee Ah Meng. (1995). Pendidikan moral ( Dinamika Guru). Kuala
Lumpur : Penerbit : Fajar Bakti Sdn bhd.

Patmanathan, M., (1985). Isu-Isu Hal Ehwal Antrabangsa. Petaling Jaya : Pelanduk
Publication.

Rajakrishnan, R. dan Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya :


Penerbit Fajar : Bakti Sdn. Bhd.

Stutley & Margerat. (1985). Hinduisme. England : England The Aquarian Press

Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

http://www.scribd.com/doc/4426793/KULIAH-3-TAMADUN-INDIA

http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-india-sejarah-kerajaan-
dan.html

http://ms.wikipeida.org/wiki/Pencapaian_tamadun_India
Topik 9  Sumbangan
Tamadun India
Terhadap
Beradaban Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
DiPEMBELAJARAN
akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sumbangan Tamadun India terhadap peradaban dunia
daripada aspek:
i. sistem sosial dan kekeluargaan
ii. sastera
iii. falsafah
iv. sains sosial
v. bahasa
vi. ilmu perubatan
vii. seni bina dan perbandaran
viii. seni ukir
ix. seni halus
x. agama

 PENGENALAN
Tamadun India adalah tamadun yang dikatakan juga sebagai tamadun yang paling
awal di temui oleh para pengkaji 1000 tahun lebih awal daripada Tamadun China
dan 3000 tahun terkemudian daripada Tamadun Mesir purba. Tamadun India juga
adalah tamadun yang tertua di dunia yang muncul kira-kira 3000 SM. Tamadun
India berpusat di sekitar lembah Sungai Indus yagn dikenali sebagai ‘Harrapa’.
Tamadun India sangat istimewa kerana kemampuannya bertahan beribu tahun serta
masih lagi mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak mengalami
perubahan. Keunikan Tamadun India juga terletak pada pengaruh ketiga-tiga
agama besar dunia iaitu Hindu, Buddha dan Islam. Daripada tiga agama terbesar
inilah lahirnya sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang dilihat
daripada pelbagai sudut seperti; kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan dan
pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan,
pendidikan dan keilmuan, Sains dan Teknologi, kesenian, arkitektur dan
sebagainya.
9.1 SISTEM SOSIAL DAN KEKELUARGAAN

Dalam bidang sosial, aspek yang paling ketara bagi masyarakat India ialah sistem
kastanya. Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat
India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati. Teori sistem kasta ini mengatakan
bahawa Tuhan telah membahagikan masyarakat kepada empat kasta, iaitu:
a) Brahmin - melaksanakan upacara pengorbanan dan keagamaan. Terdiri daripada
para pemimpin, ketua masyarakat, tokoh politik, raja, sultan dan peniaga.
b) Kesateria - berperang dan menjaga keaamanan. Terdiri daripada tentera.
c) Vaisyu - terlibat dengan beberapa pekerjaan yang menguntungkan. Terdiri daripada
para pekerja, petani dan tuan-tuan tanah.
d) Sudra - melaksanakan tugas yang paling hina. Terdiri daripada kalangan buruh dan
kuli.

Ketiga-tiga anggota kasta yang pertama di atas terdiri daripada bangsa Arya
(Brahmin, Kesateria, Vaisyu) dan yang keempat (Sudra) ialah orang biasa. Tetapi
amalan kasta ini dikatakan tidak pernah sejajar dengan teorinya. Pemerintah dan
pahlawan engan menerima golongan Brahmin sebagai golongan atasan yang baik
dan individu-individu sekali-sekala berpindah kepada satu kasta ke satu kasta yang
lain. Pada zaman Gupta amalan kasta telah dimajukan sepenuhnya iaitu susunan
keutamaan di kalangan kasta telah ditakrifkan dengan tepat dan corak kelakuan
mengikut adat di dalam dan di luar setiap kasta tertentu yang menunjukkan dengan
munasabah satu takrif kelakuan yang betul dalam kehidupan lazim untuk semua
orang India.

Di India hari ini, wujud beribu-ribu kasta. Banyak kasta moden baru telah muncul.
Kemunculan kasta ini bermula dan terbentuk pada asasnya di sekitar golongan
pekerja. Contohnya, satu kasta yang terdiri daripada penjaga kenderaan telah
dibentuk beberapa tahun yang lalu. Sistem India moden yang kompleks wujud
secara kasar menjelang 500 S.M. Ia mungkin bermula sejak hubungan awal antara
bangsa Arya dan bangsa bukan Arya. Zaman antara 700 dan 500 S.M apabila kota
mula menjadi penting di India, merupakan masa yang genting bagi prinsip kasta
kerana individu daripada pelbagai unsur bercampur gaul dalam persekitaran kota.
Pada masa itu, mereka mungkin lebih bebas mengubah status masing-masing.

Selain sistem kasta, sistem Varna juga menjelaskan mengenai pembahagian kelas
sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini menghadkan
mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu :
(a) Brahmin iaitu golongan bangsawan
(b) pedanda atau pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar
dan lain-lain
(c) Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan
negara
(d) Vaishya iaitu kelas perekonomian
(e) Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas
(f) Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Sistem Jati juga termasuk dalam stratifikasi kelas sosial masyarakat India. Pada akhir
Zaman Veda (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara
satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin
keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-
masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan
pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis
jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya
adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut
kelahiran (warisan atu keturunan) dan pada peringkat awalnya, sistem jati tidak
bersifat hierarki.

Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai


identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan
kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun
yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran, peraturan-
peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati
dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat
tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh jati
mereka, dan ini bermakna jati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil jati
akan memastikan kebajikan masing-masing dipelihara. Semangat jatisme semakin
bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme).
Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula pemeringkatan taraf dalam
sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan. Pengasingan sosial (makan-minum,
perkahwinan, dan sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk
menjaga identiti jati masing-masing. Perkahwinan endogami amat dipentingkan
supaya martabat jati tidak dicemari.

Sistem jati bukan sahaja wujud di kalangan orang beragama Hindu, sebaliknya
terdapat juga di kalangan penganut agama-agama lain seperti Kristian, Islam, Bahai
dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing. Pengasingan
sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam sehinggakan terdapat
jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh' (untouchables) iaitu Harijan, dan mereka
ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa urusan
kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan'
(anak-anak Tuhan) (Bahree dan Patricia, 1977).
Kedudukan Masyarakat Brahmin
(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

AKTIVITI 1.1
(a) Beri pendapat anda adakah sistem kelas sosial berhierarki dalam
kalangan masyarakat India memberi kesan positif terhadap penyatuan
pelbagai etniknya.

9.2 SASTERA
Menurut Krishnan dan Rajantheran, 1994) bersesuaian dengan dua kumpulan
keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India
turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan
kesusasteraan Dravida.

(a) Kesusasteraan Indo-Arya

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan


terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam
bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman
klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan
bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan
Sanskrit.

(b) Kesusasteraan Vedik

Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan


Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Sastera cerita
terdapat dalam kesusasteraan Vedik menjelaskan sastera cerita-cerita dongeng
Jataka. Cerita-cerita Jataka yang bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam
ajaran Buddhisme pada kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya
tidak mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

(c) Kesusasteraan Epik

Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang


patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa
ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Cerita
epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita
lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran
dharma.

(d) Epik Mahabharata

Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400
Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang 100.000 seloka (puisi) dan merupakan
karya puisi yang terbesar di dunia. Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan
kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan
dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja
diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini
berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral. Secara
ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa
(kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan). Mahabharata mengandungi pelbagai perkara
yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama,
falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata dianggap
sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat
kehidupan); purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang mengandungi
lagenda- lagenda dan mitos); dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis
dharma); arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan
pemerintahan); kamasastra (yang membincangkan percintaan); nitisastra (yang
menekankan idea-idea etika); dan moksasastra (membincangkan cara-cara
membebaskan diri daripada kelahiran semula). Dari sudut pandangan biasa
Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak
yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia
mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan
kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan
adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

(e) Epik Ramayana

Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun
200SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan
ceritanya berpusat di Ayodhya. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk
menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran
perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang
harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung
kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta
pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan
sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati,
rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya. Epik Ramayana, selain sebagai
karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci
yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria
dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.

(i) Drama

Dalam arena drama, ciptaan Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks drama, muzik
dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan drama- drama. Buku ini
membincangkan mengenai seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik
produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya teknik koreografi dan pergerakan
pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagaipergerakan fizikal. Natya Sastra
menyatakan terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan
untuk badan dan lain-lain. Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para
hadirin dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayihhava). Contoh
drama-drama sebegini ialah seperti drama Sakuntala (yang menggambarkan cinta
dan belas kasihan), Mudraraksasa (menggambarkan heroisme) dan Mrcchakatika
(menggambarkan kama). Oleh kerana terdapat bahan-bahan falsafah dan dramatik
yang dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan
mengambil masa selama tiga hingga 15 hari.

(ii) Karya Linguistik

Karya linguistik ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4SM. Karya nahu ini
menandakan pencapaian terkemuka dan terulung dalam bidang linguistik. Menurut
A.L. Basham (2001), ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang terdapat dalam karya
ini tidak pernah dicapai oleh tamadun- tamadun lain di seluruh dunia sehingga
kurun ke-19M. Karya ini mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang
teliti dan saintifik.

(f) Kesusasteraan Dravida

Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil,
Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya.
Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa
Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida
dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan
tumpuan penting.

(a) Karya Nahu Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan
bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Karya ini mengandungi tiga
bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku
ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil.

(g) Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair-


penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi
tempoh masa dari kurun ke-3SM sehingga kurun ke-2M. Puisi-puisi Sangam
disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi
merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan
antologi puisi). Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
aham dan puram. Aham bererti bahagian dalaman atau pun perasaan dalam hati.
Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali
sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi
Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan,
berani, murah hati dan sebagainya.

(i) Tirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai
Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya
etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di
kalangan masyarakat Tamil. Karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar
(Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 kuplat dalam 133
bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul
(kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan
dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat
penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk
maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam
strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat.

(h) Kesusasteraan Bhakti


Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali Hindu bagi menghapuskan pengaruh
agama Buddha dan Jaina yang mula meresap masuk dalam kalangan masyarakat
Tamil di India Selatan. Kesusasteraan Bhakti dikategorikan kepada dua iaitu
pertama nayanmar dan alvar. Nayanmar dan alvar menggunakan bahasa Tamil yang
mudah untuk menyebarkan ajaran mazhab-mazhab Hindu mereka melalui lagu-
lagu suci yang dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka sendiri .
Koleksi lagu-lagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11
Masihi.

(i ) Karya-karya Bahasa
Tatabahasa, gaya bahasa (rhetoric) dan perkamusan (lexicography) sentiasa diberi
perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya kesusasteraan bertulis.
Perkembangan yang besar dalam bidang ini berlaku pada zaman Chola.
Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai merupakan karya-karya tentang Prosodi
yang disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke -10.
Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah
teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

Kesusasteran India
(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

9.3 FALSAFAH

Falsafah dalam Tamadun India wujud dalam ajaran agama yang dipengaruhi oleh
kesusasteraan Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam
Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah
India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna
(kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa membunuh
sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan sebagai
penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci
untuk mencapal taraf hidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya
bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya
kepada Tuhan; dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan
manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava)
merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita; Arjuna merupakan kuasa mulia
(diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme); dan Krishna merupakan jiwa
yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada
Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup seseorang


untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga (disiplin badan dan
minda); karma-yoga (jalan kesempurnaan), nanayoga (melalui pengetahuan benar)
dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai jalan untuk mengenali
jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya
dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah
disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.

Falsafah Vedik mementingkan lima konsep yang saling berkaitan antara satu sama
lain, iaitu Brahman, Atman, karma, samsara dan moksha. Brahman menandakan Tuhan
yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh
duniawi). Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk
diserap ke dalam roh Brahman. Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan
pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang
akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan
kematian yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali, moksha ialah pelepasan daripada
kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman
adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha (Ghazali
Darusalam, 2001).

9.4 BAHASA

Kejayaan dari segi bahasa yang menakjubkan bagi India ialah tatabahasa Sanskrit
bersama dengan pengajian linguistik yang berkaitan seperti penyusunan kamus dan
sistem metrik. Tatabahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang kerana keperluan
untuk peraturan umum dalam membantu golongan Brahmin mengingat sukatan
pelajaran suci Veda. Pnini, seorang ahli tatabahasa India pada abad ke-4SM menulis
tulisan Sanskrit dalam bentuk klasik. Pengajian tatabahasa menjadi syarat wajib bagi
semua pendidikan lanjutan. Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan
750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih
kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-
bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%),
Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%),
Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain
(13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa
iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit.
Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges
dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan
dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan
fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan
seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM),
loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan
dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan
kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam
kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya,
Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi. Mengenai bahasa Dravida, bahasa
Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida
termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh),
Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan
Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di
Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh
kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan
Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah
Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun
ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan
di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip
Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih
digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke
kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip
India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai
bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip
India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk
menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi
tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip
yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-
hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-
huruf mereka tersendiri. (555india.blogspot.com/2010/01/ringkasan-tamadun-
india.html).
Contoh tulisan daripada naskhah India
(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

AKTIVITI 1.2

(a) Bagaimanakah kedudukan sastera dalam masyarakat India


(b) Jelaskan perkaitan antara falsafah dan agama dalam konteks
Tamadun India
(c) Kemukakan alasan anda mengapa penduduk India mempunyai
pelbagai bahasa.

9.5 SAINS SOSIAL

Penemuan-penemuan awal dan penciptaan yang telah dilakukan dalam bidang


sains telah menjadikan Tamadun India sangat dikenali oleh negara-negara lain.
Pengetahuan orang India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia,
perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada
perkembangan tamadun dunia.

(a) Ilmu Matematik

Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah


berkembang sejak zaman sebelum masehi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India
telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang
India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak.
Mereka berupaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek
ataupun keluasan ruang. Berbanding dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih
bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih
awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga
9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India
menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.

Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan


menggunakan simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan
sembilan notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0'
menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh
595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun
sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke Indo-China. Ada sarjana yang
beranggapan bahawa sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik adalah
ciptaan awal orang Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan
bidang matematik sebagai Hindisat, ertinya seni India dan ini membuktikan bahawa
sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India. Sebenarnya orang Arab telah
mempelajari seni matematik dari orang India. Ini berkemungkinan besar berlaku
menerusi hubungan perdagangan yang kukuh di antara India dan Timur Tengah
sejak kurun sebelum masihi lagi. Terdapat juga kemungkinan orang Arab
mempelajarinya setelah mereka menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh pakar-
pakar matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9) dan
Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah diketahui di Eropah sehinggakan berlakunya
zaman Renaissance (Pemulihan Budaya). Orang India telah mengenali nombor-
nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga dapat menyelesaikan
persamaan kuadratik dan beberapa persamaan. Orang India juga telah memahami
trigonometri, geometri bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan
infiniti telah diketahui lebih awal di India berbanding dengan tamadun-tamadun
lain.

(b) Ilmu Astronomi dan Kalendar

Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi
yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara
pengorbanan. Dari sudut astronomi orang India menggunakan kalendar matahari.
Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi
peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari,
Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat
tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27 bintang (nakshatra) turut
dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan
manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik
(astrologi).
(c) Ilmu Fizik dan Kimia

Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan
agama dan teologi. Dari sudut ilmu fizik, konsep jirim muncul berdasarkan intuisi
dan logika, dan bukannya eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari
gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha
dan Ajivika menolak angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya bahawa
unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah
lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana
(sezaman dengan Buddha). Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza
menghasilkan elemen-elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom
sebagai ‘occupying minutest space in the minutest time’. Mengikut falsafah Vaisesika
pula atom-atom membuat satu percantuman diacldsin triad yang primari sebelum
bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya bahawa
elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu dan bendalir
jenis mengembang dalam panas. Tetapi malangnya usaha eksperimen yang sebenar
dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini. Konsep bunyi ditentukan
berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat
untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak
awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Dalam bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan
kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas,
seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama,
racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama,
asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan
penyulingan. Mereka juga dikatakan sudah mencipta ubat bedil.

(d) Bidang Logam

Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron
Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan sebatang besi
7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Mereka berkemahiran
dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam buatan mereka begitu dihargai
di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.

9.6 ILMU PERUBATAN

Ilmu perubatan India dikesan sejak abad pertama masehi lagi atau bermula pada
zaman Vedik melalui bukti penemuan satu katalog lama yang sistematik tentang
penyakit berjangkit dan rawatannya. Pengetahuan perubatan orang India seperti
fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia,
farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi. Teks-teks
perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-
4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih
maju pada keseluruhannya (Stutley & Margerat, 1985). Dalam ilmu perubatan India,
jampi, ilmu sihir, ubat dan pembedahan memainkan perana penting dalam teknik
perubatan Hindu. Manakala doktrin falsafah tentang jasad dan jiwa, bersama-sama
dengan pendapat keagamaan tentang kosmologi, syaitan dan dewata mempunyai
pengaruh terhadap teori perubatan India. Satu buku teks Sustura merupakan buku
panduan ringkas dan tersusun dengan baik menjadi contoh untuk semua tulisan
perubatan yang berpengaruh di India. Sustura mengakui pembedahan sebagai satu
seni keupayaan doktor dan juga mengesyorkan upacara pembedahan mayat sebagai
satu cara mempelajari anatomi, walaupun tuntutan upacara keagamaan menghalang
pembedahan.

9.7 SENI BINA DAN PERBANDARAN

Perubahan hidup masyarakat India terus berkembang seperti dalam ilmu seni bina.
Ini terbukti melalui pembinaan kuil-kuil Hindu. Sebelum zaman Gupta (320 - 540
Masihi) tidak ada pembinaan kuil, tetapi zaman Gupta telah wujud kemahiran seni
bina. Pembinaan kuil semakin meluas pada zaman pertengahan dinasti-dinasti
Hindu (750 - 1250 Masihi). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bandar ini
dirancang dengan baik kerana mempunyai jalan raya yang teratur, sistem perparitan
yang baik, saluran bekalan air minuman, sistem buangan najis yang teratur dan
tempat mandi yang sempurna, yang menunjukkan taraf pencapaian pemikiran dan
bidang ilmu yang tinggi (Wan Fuad, 1990).

Kota Sejarah Harappa


(sumber : https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)
9.8 SENI UKIR

Semua seni ukir dan lukis terbaik zaman Gupta yang wujud merupakan inspirasi
Buddha. Walaupun agama Buddha merosot ketika itu, tetapi pelukis yang
diamanahkan oleh biara Buddha memiliki teknik kemahiran yang amat tinggi dalam
bidang mengukir dan melukis. Antara hasil karya terbaik yang terdapat di India
ialah lukisan gua Ajanta dan Buddha Sarnath, juga kecantikan serta ketetapan badan
patung Boddhisattra yang tiada kepada dan tiada beranggota dari Sanchi. Seni ukir
patung Tuhan Hindu mula dicipta apabila orang Hindu cuba memberi gambaran
kepada dewa-dewi mereka dan menempatkan imej sedemikian di tempat kediaman
yang standing keindahannya.

9.9 SENI HALUS

Perkembangan seni halus (tarian, taridra dan muzik) di India mula meluas pada
zaman awal Masihi iaitu dengan wujudnya karya sastera yang disusun oleh Bharata
(abad ke-2 hingga 6 Masihi). Dalam karya sastera juga dijelaskan tentang drama,
bahasa persajakan, tarian dan muzik. Kehidupan orang India lebih terikat pada alam
semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai
kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihilagi. Bidang muzik, tarian dan drama
berkembang maju. Asimilasi budaya Hindu dan Muslim memberikan sumbangan
yang tidak ternilai dalam bidang sent bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil
India.

9.10 SENI MUZIK

Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau
corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan
rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di
bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam
muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga
yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga
telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini
digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan
emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata
(tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat,
susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India
Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai,
natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik
India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul
dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara.

9.11 SENI TARIAN

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik
mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani
(India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala
taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya taridra
Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan epik Purana dan taridra Manipuri pula
berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan Gita Govinda. Natya Sastra
merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua dan
keenam Masihi. lanya membincangkan secara keseluruhan tentang drama, cara dan
teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik.

Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui
oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-
tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita
sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun
ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath Tagore pada tahun-tahun
1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh
dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada muka, gerakan
kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. lanya
dipersembahkan oleh penari-penari istana (rajasadasi) dan penari-penari di kuil (deva
dasi). Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis- artis lelaki berasal dari Kerala pada
kurun ke-16 dan taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Kathak
yang dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-kadang
dipersembahkan oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari India Utara pada
kurun ke- Tarian-tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka,
Kutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai tarian-tarian minor.

9.12 SENI LUKIS

Bidang seni lukis India banyak dipahat di dinding Istana dan ruang dalaman rumah
golongan berada yang dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan
kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis
mendapat ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua
Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi lukisan bersifat agama.
Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut
memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular. Dalam zaman Islam pemulihan
seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan
Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan
gaya lukisan Islam dengan Hindu (Conby, 1980).

9.13 AGAMA

Menurut Patmanathan, 1985), Tamadun India juga tidak dapat lari daripada
perkembangan dalam bidang keagamaan. Pelbagai agama di India adalah seperti
berikut:

(a) Agama Brahmin

Agama Brahmin muncul selepas penaklukan orang Arya ke atas India, mereka telah
mengembangkan agama Brahmin. Agama ini dikatakan menerima seluruh lapisan
rakyat India yang terdiri daripada petani yang percayakan tahyul.

(b) Agama Jaina

pengasas agama Jaina ialah Mahavira dan Gautama Buddha merupakan dua orang
tokoh yang telah mempopularkan fahaman Upanishad ini. Pengajaran mereka
bermula secara besar-besaran dan merupakan pergerakan agama di India.
Penganut-peangaut agama Jaina dan Buddha. Buddha memberikan cabaran hebat
kepada upacara Brahmin. Dua abad selepas kematian Buddha, India hampir
menjadi sebuah Negara Buddha. Brahminisme terus wujud dan menentang, hanya
untuk mengubah apa yang dikenali sebagai agama Hindu. Dalam proses ini, ia
banyak menggabungkan sifat dan cita-cita yang diutarakan oleh Upanishad.

(c) Agama Buddha

Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Agama Jaina
dan Buddha, kedua-duannya mempunyai banyak persamaan. Namun agama
Buddha dikatakan sangat bererti kepada sejarah India. Buddha tidak mengajar
mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau sendiri
tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran
psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran
metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada
ajaran asal Buddha (Dhamma). Idea utama agama Buddha mengatakan bahawa
kehidupan melibatkan penderitaan dan pengetahuan yang betul dan tabiat hidup
yang baik dapat menghapuskan penderitaan tersebut, kelihatan mudah. ‘Jalan
Lapan Rukun’ yang diperkenalkan dalam mencapai kebebasan daripada
penderitaan ini melibatkan usaha-usaha yang sistematik untuk membangunkan
pendangan yang betul, cara hidup yang betul dan pemikiran serta keasyikan yang
betul. Agama Jaina dan Buddha juga diaktakan sebagai agama Heterodoks.

(d) Agama Hindu

Agama Hindu berkembang setelah kurangnya penganut agama Brahmin, agama


Brahmin kemudiannya telah dibentuk kembali dan dipopularkan melalui gama
Hinduisme yang akhirnya berkembang di India. Pada zaman Guota, Maharaja
sendiri merupakan penganut dan penaung bagi kepercayaan ini.

(f) Agama Islam

Agama Islam telah muncul di India melalui perdagangannya dengan orang-orang


Arab yang datang daripada Asia Tengah pada kurun ke-18M. Biarpun agama Islam
dianuti oleh minoriti masyarakat India namun ia terus berkembang dan diberi
tempat setanding dengan agama-agama tempatan yang lain.

AKTIVITI 1.3

(a) Bentuk kumpulan kepada 4 kumpulan kecil serta bincangkan


sumbangan Tamadun India daripada aspek berikut:
i. Sains sosial
ii. Ilmu perubatan
iii. kesenian
iv. Agama

SEMAK KENDIRI 1.1

SEMAK KENDIRI 1.2


(a) Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah
pendidikan Negara.
(b) Selain Kementerian Pendidikan, nyatakan badan-badan kerajaan
lain yang terlibat dengan pendidikan khas di Malaysia.
(c) Apakah peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam perkembangan
pendidikan khas di Malaysia?

SEMAK KENDIRI 1.5


Tamadun India unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti
agama, falsafah, ekonomi, fizik, mathemaik, seni , bahasa budaya dan sebagainya.
Tamadun India turut di anggap unggul kerana telah melahirkan beberapa
cendikiawan yang banyak memberi sumbangan besar kepada keilmuan dan
peradaban dunia khususnya pencapaiannya dalam mengembangkan agama besar
dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh, disamping peranannya dalam
memperkembangkan agama Islam ke Asia. Tamadun India agak unik jika
dibandingkan dengan Tamadun Asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu
menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Dalam konteks Malaysia,
hubungan Tamadun India sangat memberi pengaruh terhadap
perkembangan agama dan kebudayaan Hindu dan Buddha.

Kasta Kelender matahari


Sains sosial Batu bersurat
Mobiliti kelas Zaman renaissance
Zaman klasik Teologi
Kesusasteraan epik Empayar romawi
Teks drama Loghat
Karya linguistik metafizika

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bahree dan Patricia. (1977). The Hindu World. Kuala Lumpur : KL Silver Burdett Compony
Ltd.

Basham, A.L. (2001). The Wonder That Was India. London : Sidgwick & Jackson.

Conby, C. (1980). Archeologi of the World. London : chancelor Press, New York:
Prentice Hall.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Krishnan. R, dan Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun India. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Patmanathan, M. (1985). Isu-Isu Hal Ehwal Antrabangsa. Petaling Jaya: Pelanduk


Publication.
Rajakrishnan, R. dan Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Stutley & Margerat. (1985). Hinduisme. England : England The Aquarian Press

Wan Fuad Wan Hassan, (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz)

(Sumber: Tamadun Islam dan Tamadun Asia, OUM, 2014)

Anda mungkin juga menyukai