Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP)

BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JUN 2020

KERJA KURSUS 2: PEMBENTANGAN KUMPULAN


TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

NAMA HARRISUDDIN BIN AHMAD MOHAMAD LOKMAN BIN RIDHWAN BIN TUKIRAN
PELAJAR ZAKI ABDUL RAHIM
NO.KP 000613-04-0567 000323-01-2525 000919-01-1443
ANGKA 2020122340051 2020122340055 2020122340061
GILIRAN

SEMESTER/ TAHUN : 2/2021


AMBILAN : JUN 2020
KUMPULAN/ UNIT : 2PISMP BAHASA MELAYU 3 (SJKT)
TAJUK TUGASAN PROJEK : PEMBENTANGAN KUMPULAN
NAMA PENSYARAH AKADEMIK : Dr. SIA KENG YEK
TARIKH HANTAR : 21 MAC 2021
ISLAMOFOBIA: MEMPENGARUHI
SOSIOBUDAYA, MASYARAKAT
DAN NEGARA MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH : HARRISUDDIN BIN AHMAD ZAKI
MOHAMAD LOKMAN BIN ABDUL RAHIM
RIDHWAN BIN TUKIRAN
KELAS : 2 PISMP BM3
NAMA PENSYARAH: DR. SIA KENG YEK
APA ITU ISLAMOFOBIA?
>Fobia merujuk kepada kebimbangan atau ketakutan yang tinggi terhadap sesuatu perkara (Kamus
Dewan, 2005).

>Islamofobia pula merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada
penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam (Ramli Awang,
2007).

>Persepsi negatif yang terbina akibat fobia terhadap Islam ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek
misalnya pandangan serong terhadap undang-undang, nilai-nilai dan budaya yang dibawa oleh Islam.

>Kemuncak persepsi Islamofobia ini berlaku selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di
Amerika Syarikat.

>Rentetan daripada peristiwa tersebut maka wujudlah tanggapan bahawa Islam sinonim dengan
terorisme dan secara tidak langsung menambah kebimbangan masyarakat terhadap Islam.
SOSIOBUDAYA
1) Wujud golongan yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan RUU 355 yang
memperuntukkan hukuman syariah Islam iaitu hukuman hudud.
● Golongan ini risau terhadap pelaksanaan hukuman hudud yang lebih tegas dan adil
berbanding hukuman sivil.
● Walhal hukuman ini hanya dikenakan ke atas orang-orang Islam yang membuat kesalahan.
1) Menafikan hak berpakaian muslim dalam pertandingan renang di sebuah kompleks
sukan di Selangor.
● Setiap orang Islam harus mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh agama
dalam ketika berada di khalayak umum.
● Namun, terdapat segelintir pihak yang menafikan hak tersebut atas alasan menjadi satu
kelecehan dan menggugurkan penyertaan orang Islam yang berpakaian menutup aurat
dalam satu-satu acara.
MASYARAKAT
1) Isu kedudukan wanita dalam Islam yang dilihat oleh orang bukan Islam sebagai satu
penindasan.
● Wanita Islam yang memakai tudung dianggap telah didiskriminasi oleh ketetapan agama
sendiri.
● Rentetan daripada itu, maka wujudlah pemikiran liberal yang kononnya mahu
memperjuangkan kebebasan wanita daripada dikongkong oleh ketetapan dan hukum agama
Islam.
1) Wujud diskriminasi di tempat kerja terhadap wanita bertudung
● Terdapat sesetengah sektor pekerjaan seperti perhotelan dan pelancongan yang
menetapkan hanya wanita tidak bertudung sahaja boleh diterima bekerja.
● Pihak majikan khuatir sekiranya pelanggan yang datang dari pelbagai negara tidak selesa
apabila dilayan oleh pekerja yang bertudung.
NEGARA MALAYSIA

MEDIA

1) Menyalurkan gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan


larangan memasuki masjid oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam
membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, dan lain-lain telah
menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia.
2) Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan
orang Islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam.
3) Bahkan kerap kali media ini menayangkan program-program termasuk filem
dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam.
ASPEK POLITIK
1) Ahli politik kerajaan dan pentadbiran negara tidak memandang serius dan
tidak membuat langkah-langkah untuk menangani isu Islamofobia.
● Ahli politik hanya lebih menumpukan kepada ekonomi dan pembangunan
negara.
● Aspek agama seperti Islamofobia ini kurang ditekankan menyebabkan ianya
dapat berkembang tanpa sebarang halangan.
1) Terdapat juga cubaan untuk mencabar perlembagaan negara yang
memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi.
● Perlembagaan negara menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi tetapi
wujud desakan untuk merombak ketetapan tersebut kerana bimbang berlaku
proses Islamisasi terhadap seluruh rakyat Malaysia.
Kesimpulan

1. Islamofobia sememangnya mempunyai kesan kepada sosiobudaya,


masyarakat dan negara Malaysia.
2. Kesan negatif ini akan menyebabkan Islam disalah tafsir oleh masyarakat.
3. Jika masalah ini berlarutan, perpaduan akan terjejas kerana ramai yang akan
mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Awang. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai: Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan UTM.

Razimi & Shahaidil. (2018). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai