Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

[PENDIDIKAN ISLAM SK]


(AMBILAN JUN 2020)
KERJA KURSUS
SEMESTER 1 TAHUN 1
SESI JUN-DISEMBER 2020

: DG NURALYAA NATASHA BINTI MOHD ROSLI


NAMA PELAJAR
: 020402120346
NO KAD PENGENALAN
: 2020072310044
ANGKA GILIRAN
: PPISMP / PENDIDIKAN ISLAM
KUMPULAN/UNIT
: JUN- DISEMBER 2020 / 1
SESI/TAHUN
: GSB1012 / KESANTUNAN MASYARAKAT
KOD/NAMA KURSUS
MALAYSIA

TUGASAN 2
TAJUK TUGASAN
PENULISAN ESEI
TARIKH MULA 26/10/2020

TARIKH HANTAR 6/11/2020

NAMA PENSYARAH : ENCIK AG AHMAD BIN HAJI AG SIRING


JABATAN / UNIT : PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa TANDATANGAN TARIKH


saya telah menerima maklum balas
dari pensyarah kerja kursus ini dan
saya telah merujuk dan
memahaminya.
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN……………………………………………………………………………………..2

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………….…………………..3
2.0 ISU-ISU KESANTUNAN MASYARAKAT……………………………………………………...4
3.0 PERKAITAN ISU KESANTUNAN DALAM ASPEK KESANTUNAN BAHASA SECARA
LISAN DAN BERTULIS DALAM MASYARAKAT MALAYSIA………………………………5
4.0 RUMUSAN………………………………………………………………………………………..6

RUJUKAN……………………………………………………………………………………………..7
Penghargaan

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus saya dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Encik Ag
Ahmad Bin Haji Ag Siring selaku pensyarah Kursus Kesantunan Masyarakat Malaysia. Tidak
dilupakan kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama dalam melaksanakan tugasan ini.
Seterusnya, sokongan dan dorongan dari keluarga juga secara tidak langsung memberi
semangat kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhirul Kalam, semoga dengan
mengerjakan kerja kursus ini saya dapat menambah ilmu dan menerapkan dalam kehidupan
saya sebagai seorang bakal pendidik.

2
1.0 Pengenalan

Isu tentang kesantunan masyarakat Malaysia semakin hari semakin tular di pelbagai
media. Terdapat pelbagai isu-isu yang sering kita lihat semakin tular di media massa seperti
isu pendidikan, isu media, isu gejala sosial dan isu teknologi maklumat. Isu-isu ini telah
membawa kerosakkan dalam kesantunan hidup masyarakat Malaysia serta memberi kesan
kepada generasi akan datang. Isu-isu ini juga timbul disebabkan beberapa faktor penting
yang harus dicegah dan perlu diambil tindakan. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin
perkara ini harus difikirkan penyelesaiannya agar tidak menular dan mencemarkan nama
negara kita untuk mencapai negara yang bebas dan aman dari isu-isu kesantunan sebegitu.

3
2.0 Isu-isu Kesantunan Masyarakat Malaysia

Terdapat pelbagai isu kesantunan masyarakat Malaysia terutamanya isu Pendidikan


seperti isu guru ditumbuk murid, isu pelajar ponteng dan isu guru menghukum murid dengan
cara yang salah. Hal ini terjadi akibat salah faham antara dua pihak, tambahan pula pelajar-
pelajar sekolah belum bersikap matang dan baru ingin mengenal dunia menyebabkan
mereka kuat memberontak. Kita dapat lihat contohnya melalui tragedy yang berlaku pada 23
Mei 2014, seorang pelajar tingkatan 2 menumbuk cikgunya apabila cikgunya menegur
menyuruhnya diam. Dalam hal ini kita dapat lihat bahawa komunikasi antara dua pihak
amatlah memberi kesan terhadap perbuatan seseorang.

Seterusnya, isu teknologi maklumat dan komunikasi juga merupakan isu kesantunan
masyarakat Malaysia yang semakin menular di masa kini dek kerana kecanggihan teknologi.
Media massa ini merupakan perkembangan teknologi yang mempunyai banyak kemudahan
lebih-lebih lagi dalam sistem perhubungan. Namun ianya akan membawa impak negative
sekiranya ia digunakan dengan cara yang salah. Sebagai contoh, media sosial sering
dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan atau tempat menyebarkan aib seseorang tanpa
menyelidik kebenarannya. Ini akan menyebabkan perpecahan masyarakat jika tidak
dicegah.

Selain itu, isu sosial juga merupakan salah satu isu kesantunan masyarakat Malaysia
yang perlu dititik beratkan khususnya para remaja. Dalam era globalisasi ini isu sosial
acapkali timbul dan menjadi isu yang wajib ada setiap tahun sebagai contoh isu “mat
rempit”. Hal ini mengganggu ketenteraman dan ketenangan suasana malam terutamanya
untuk masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Perkara ini terjadi akibat kurangnya
didikan dari ahli keluarga, dalam hal ini kita dapat lihat bahawa komunikasi yang baik antara
keluarga mengambil peranan penting untuk melahirkan generasi yang bersantun.

Di samping itu, antara isu yang sering diketengahkan ialah isu vandalisme bukan sahaja
di sekolah bahkan di tempat-tempat awam. Isu ini juga merupakan isu kesantunan
masyarakat Malaysia yang disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan sebaya dan juga kurang
perhatian daripada institusi kekeluargaan dalam menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri
mereka sejak kecil. Isu ini juga melibatkan kesantunan bahasa yang harus dititik beratkan
agar tidak berterusan ke generasi akan datang.

4
3.0 Perkaitan antara Isu Kesantunan dalam Aspek Kesantunan Secara Lisan atau
Bertulis dalam Masyarakat Malaysia.

Dalam isu Pendidikan seperti pelajar menumbuk cikgu sehingga lebam dan berdarah,
hal ini dapat dikaitkan dengan kesantunan bahasa yang perlu dititik beratkan dan diamalkan
oleh pendidik dan pelajar. Isu ini boleh semakin berleluasa sekiranya tidak ditangani dengan
bersifat sopan dan bersantun dalam percakapan. Antara penerapan yang perlu dilakukan
dalam kesantunan berbahasa ialah dari segi menggunakan bahasa yang baik, penggunaan
panggilan yang betul dan intonasi yang sopan dan baik. Sekiranya ciri-ciri ini diterapkan
dalam individu-individu tersebut, isu-isu Pendidikan seperti yang dikemukakan tadi boleh
diatasi. Kajian juga menunjukkan bahawa kesantunan berbahasa mempengaruhi
keberkesanan dalam komunikasi.

Selain itu, isu tekonologi maklumat dan komunikasi di mana ramai masyarakat
menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kepalsuan dan aib orang. Hal ini
melibatkan isu kesantunan bertulis, dalam aspek kesantunan bertulis seyogianya
menggunakan bahasa-bahasa yang sopan, pengaplikasian kata sapaan yang betul dan
tidak menyentuh isu-isu sensitif. Oleh itu, aspek sebegitu perlu diamalkan untuk
mengelakkan isu kesantunan bertulis di media sosial semakin memburuk dan akan memberi
pengaruh buruk kepada pembacanya.

Tambahan lagi, isu sosial seperti rempit, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi ini
dapat diakitkan dengan kesantunan bahasa ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Hal
sedemikian sering terjadi kerana ibu bapa yang kurang memberi didikan kepada anak-anak
mereka sehingga anak-anak mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial. Ibu bapa perlulah
menggunakan kesantunan bahasa untuk mendidik anak-anak mereka. Antara contoh
kesantunan bahasa yang perlu diterapkan ialah menyesuaikan kata kata dengan penerapan
budaya yang baik, mengawal kelantangan suara( tidak perlu menjerit ) dan juga
penggunaan bahasa yang sesuai.

5
Rumusan

Natijahnya, kesantunan berbahasa dan bertulis perlulah diamalkan dalam diri setiap
masyarakat Malaysia untuk melahirkan generasi yang bersantun dan sopan. Misalnya dalam
kata-kata tokoh Tenas Effendy (2011), beliau menyatakan bahawa kesopanan menjadi asas
kejatiandiri Melayu sebagaimana dalam ungkapan adat Melayu “ berbuah kayu rendang
daunnya, bertuah Melayu terbilang santunnya, elok kayu kerana daunnya, elok Melayu
kerana santunnya “. Dalam penulisan ini, jelas dinyatakan bahawa aspek kesantunan
bahasa dan bertulis ini memberikan kesan positif kepada masyarakat di Malaysia serta
dapat memberikan impak positif kepada negara kita. Ianya juga dapat menjamin
kesejahteraan hidup kita di Malaysia. Oleh itu, pengaplikasian kesantunan bahasa dan
bertulis ini penting untuk menjamin kemajuan negara.

6
Rujukan

Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff (2009). Bahasa Verbal dan Bukan
Verbal II, Volume 2 : Linguistik Sastera dan Peradaban. Kuala Lumpur : Institusi Terjemahan
Negara Malaysia Berhad

Nur Jannah Ab Rahman, Maslida Yusof (2017). Strategi Berkomunikasi Generasi Muda
Melayu : Analisis Lakuan Bahasa Penolakan. Jurnal Melayu, Isu Khas 2017.

Sara Beden (2019). Prinsip dan Strategi Kesantunan Penulisan dalam Artikel Ruangan
Agenda Bahasa. Journal Issues In Language Studies. Vol 8(1) : 108-133.

Wan Norina Wan Hamat, Zahara Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Ahmad Arifin
Sapar (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik
Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, Vol 1, Issue 1.

Eva Elizabert Audin, Francie Christianus (2015). SlideShare. GSB Isu Kesantunan
Masyarakat Malaysia. Retrieved 28 October, 2020 from :
https://www.slideshare.net/microwong/gsb-isu-kesantunan-masyarakat-malaysia

Anda mungkin juga menyukai