Anda di halaman 1dari 8

ARKIB : 15/02/2010 Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services8

Guru punca pelajar gagal kuasai 3M?


KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengejutkan rakyat negara ini. Ahli-ahli akademik menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah itu. Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan itu berlaku mungkin berpunca kerana guru zaman sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan sahaja tetapi tidak mendidik. "Mereka langsung tidak mengenal pasti kelemahan menguasai perkara asas 3M itu tetapi hanya menyasarkan pelajar tersebut lulus peperiksaan semata-mata," katanya. Katanya, kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik. Mengulas isu yang sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan. "Sama seperti membina bangunan, jika asasnya tidak kukuh maka bangunan tersebut akan runtuh dan prasekolah merupakan asas pendidikan negara yang harus diberi tumpuan.

"Ketika ini, pelaksanaan prasekolah masih belum menyeluruh terutamanya di luar bandar dan jika guru gagal menumpukan aspek 3M, ia merupakan satu cabaran utama yang perlu diatasi Kementerian Pelajaran," katanya. Tambah beliau, kurikulum dan modul prasekolah juga perlu dipertingkatkan semula agar pelajar tidak tertekan dan seronok untuk ke sekolah. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak. "Berdasarkan pemerhatian saya, rancangan berbentuk pendidikan yang ditayangkan di televisyen seperti Along dan Sesame Street mampu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan kanak-kanak. "Malangnya, rancangan seperti ini tidak diketengahkan sebaliknya hanya rancangan berbentuk hiburan semata-mata mendapat tempat ketika waktu cuti sekolah," katanya. Hashim berkata, proses pembelajaran kanak-kanak sangat berbeza dengan orang dewasa dan mereka tidak boleh ditekan dengan modul yang berat. "Mereka lebih tertarik dengan sesuatu yang unik dan menyeronokkan seperti pembelajaran secara interaktif dan cara ini sudah digunapakai oleh negara maju. "Saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran dan media massa tempatan bekerjasama merancang program yang kreatif dan mampu menyampaikan kemahiran 3M ini secara santai serta diterima kanak-kanak zaman sekarang," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0215&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm#ixzz2NFNHCuwP Utusan Melayu (M) Bhd

Noh: 162,000 pelajar sekolah buta huruf tahun lalu

3:10PM Mei 24 2006

Seramai 162,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara didapati tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis pada tahun lalu. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, daripada jumlah itu 120,000 adalah murid sekolah rendah dan bakinya pelajar sekolah menengah. Katanya, jumlah pelajar sekolah rendah yang buta huruf itu merupakan 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar sekolah rendah pada tahun lepas. "Seramai 42,000 atau 0.8 peratus pula merupakan pelajar sekolah menengah. Statisktik ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tahun lalu," jelasnya. Menurut laporan Bernama, jumlah keseluruhan pelajar sekolah rendah dan menengah tahun lepas ialah seramai 5.1 juta orang. "Kementerian sedang mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah itu. Kita ada kelas pemulihan yang diadakan secara berterusan khusus bagi pelajar yang menghadapi masalah sedemikian bagi memastikan mereka dapat membaca dan menulis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Noh berkata, kementerian turut memperkenalkan Kelas Intervensi Awal 2M iaitu mengadakan satu ujian khas khusus untuk kanak-kanak tahun satu bagi mengetahui tahap kebolehan membaca dan menulis, mulai April lepas. Katanya tumpuan adalah kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. "Jika gagal, pelajar terbabit akan dikehendaki mengikuti kelas pemulihan dan jika gagal kerana masalah kesihatan seperti kecacatan, mereka akan dihantar ke sekolah pendidikan khas," katanya. Beliau berkata dengan adanya penilaian tersebut, pelajar yang tidak tahu membaca dan menulis akan dapat dikesan dari awal. Katanya matlamat kementerian ialah semua murid akan dapat menguasai 2M apabila naik darjah 2 kelak dan sebagai menangani masalah pelajar yang gagal menghayati program Menulis, Membaca dan Mengira (3M).

http://www.malaysiakini.com/news/51492

THURSDAY, 31 MAY 2012

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin BUKU


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku bertajuk Sudut Pandang Muhyiddin Yassin yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia. Agak menarik juga kerana ia dihasilkan menerusi wawancara dan dipersembahkan dalam bentuk soal jawab untuk memudahkan pembaca memahami isu berkaitan sistem pendidikan yang dibangkitkan dalam masyarakat dan cara kerajaan menanganinya.

Menerusi buku ini YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi jawapan serta pandangan ilmiah berkaitan dasar dan usaha kerajaan untuk membawa rakyat dan negara ke arah pembentukan negara maju menjelang tahun 2020, dengan asasnya dimulakan melalui Transformasi Pendidikan Negara.

Sinopsis Buku

Buku ini memaparkan 14 perkara dasarmembabitkan transformasi dunia pendidikan di bawah teraju YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin sejak

dipertanggungjawabkan menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia bermula April 2009. Panas dengan isu, hangat dengan kontroversi, padat dengan pandangan dan sarat dengan harapan, buku ini menjawab segala persoalan yang dibangkitkan, pertikaian yang dilempar, kekeliruan yang mengaburi matlamat dan permasalahan yang hakikatnya sudah lama selesai. Pendek kata, buku ini adalah air kepada api, memadam segala ketidakpastian, sekali gus membina akar baru untuk sama-sama menjadi tunjang menyumbang kepada Negara.

Isi Kandungan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Pendidikan Prasekolah Program Literasi dan Numerasi Tawaran Baru (Bai'ah) Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Amanah Dasar 1Murid 1Sukan Sejarah Subjek Wajib Lulus SPM Penetapan Had 10 Mata Pelajaran dalam SPM Transformasi Pendidikan Vokasional Isu Novel Interlok Pemansuhan PPSMI dan Dasar MBMMBI Memartabat Bahasa Melayu Memantapkan Profesion Perguruan Penilaian Menyeluruh Sistem Pendidikan Negara

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)


Di sini saya paparkan sebahagian dari wawancara YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Program LINUS.

Boleh dijelaskan serba sedikit mengenai Program LINUS Tan Sri?

Ia adalah satu program PEMULIHAN yang dilaksanakan bermula tahun 2010 untuk murid-murid normal yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira (3M).

Matlamat LINUS adalah untuk memastikan murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi selepas tempoh 3 tahun pendidikan peringkat rendah, sekaligus membolehkan pembelajaran tahun 4 diteruskan tanpa banyak kekangan.

Apakah ada sasaran khusus ditetapkan sebagai perlu dicapai pada setiap tahun?

Bagi Tahun 1 - boleh membaca, kurangnya 500 perkataan menulis dan dan

kemahiran Literasi: memahami ayat sekurangmudah.

Tahun 2 - boleh membaca, menulis dan memahami sekurangkurangnya 800 perkataan serta ayat mudah menggunakan kata sendi "dan". Tahun 3 - boleh membaca, menulis dan memahami sekurangkurangnya 1000 perkataan serta ayat mudah dengan kata sendi "dan" dalam satu perenggan.

Tidakkah sebelum ini telah ada beberapa program lain yang hampir sama seperti LINUS? Apakah rasionalnya Tan Sri? Memang telah banyak usaha dibuat bagi memperbaiki kemahiran murid dalam aspek 3M tapi sehingga kini, ia masih juga belum dapat diatasi sepenuhnya. Justeru itulah maka kerajaan berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan sejak awal dan seterusnya dipulihkan seawal tahap 1.

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, perkara ini memerlukan perhatian dan komitmen yang amat serius. Kita tidak boleh berkompromi dalam hal ini kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M memang kita tahu

akan berhadapan dengan risiko keciciran, sekaligus juga sukar memenuhi keperluan untuk melanjutkan pelajaran dan akan menjejaskan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik.

Program-program pemulihan sebelum ini tidak gagal tetapi masih belum dapat memenuhi kehendak NKRA yang ditetapkan. Program LINUS ini boleh disifatkan sebagai usaha pemurniaan semula.

Apa impak jangka panjangnya jika Program LINUS ini juga kelak tidak berjaya? Kesannya tidak akan memberi sebarang impak kepada guru, tetapi sebaliknya akan ditanggung oleh murid, terutama bila masuk ke tahun 4. Ini kerana sesi pembelajaran pada tahun 4 mengetengahkan mata pelajaran yang lebih mencabar. Apabila murid tiada kemahiran asas dan tidak cukup bersedia, mereka akan ketinggalan dan cenderung terdedah kepada pelbagai kesan negatif.

Murid yang tidak menguasai 3M akan mengalami situasi tidak minat belajar, kurang bijak menguruskan diri dan akhirnya mereka akan terpinggir terutama apabila pihak guru sendiri mula putus asa untuk membantu mereka.

Bagaimana sebenarnya murid yang tidak menguasai 3M ini boleh dibantu Tan Sri?

Hal ini boleh diurus jika ada kesungguhan dan komitmen serius daripada guru besar. Ini kerana mereka berperanan besar mengelakkan pengurusan sekolah bersikap lepas tangan terhadap murid-murid yang agak ketinggalan. Dalam hal ini, guru besar berperanan memastikan komitmen guru dipertingkat kerana kita semua perlu lebih prihatin membantu murid-murid tersebut. Saya yakin, jika guru besar proaktif, guru-gurunya pasti akan memberikan sokongan kuat untuk menjayakan matlamat LINUS.

Sejauh mana seriusnya masalah tiada kemahiran 3M ini Tan Sri?

Bayangkan...pada tahun 2008 sahaja, 13% atau 54,000 murid tahun 1 dikenal pasti tidak boleh membaca dan menulis.

Apakah struktur kelas berubah menerusi pelaksanaan LINUS?

Terdapat 3 model utama sebagai panduan untuk memudahkan pengurusan sekolah melaksanakan program ini secara lebih berkesan mengikut kesesuain sekolah, guru dan murid masing-masing.

Model pertama, jika kelas terhad, guru aliran perdana boleh berkongsi kelas dengan guru LINUS. Model kedua, dua kelas yang mempunyai murid pemulihan boleh diubah jadual waktu harian mereka bagi subjek BM dan Matematik supaya kedua-duanya dapat dipecahkan antara kelas perdana dan kelas LINUS. Model ketiga, ia membabitkan kumpulan murid yang kecil apabila kelas dipecahkan kepada tiga, murid arus perdana, Bahasa Melayu LINUS dan Matematik LINUS.

http://cikguhijau.blogspot.com/search/label/LINUS

Anda mungkin juga menyukai