Anda di halaman 1dari 3

Harian Metro Edisi Timur (Isnin, 5 Julai 2010)

UBAH PARADIGMA, CONTOHI NEGARA MAJU

Apabila cadangan mewujudkan sistem pendidikan formal seawall usia lima tahun ada yang
melihatnya sebagai kurang praktikal dan sangat membebankan.

Hanya bayangan peperiksaan, bebanan akademik, wajah tekanan guru serta suasana kucar-kacir
melayan kerenah pelajar tergambar.

Apatah lagi, sistem pendidikan sedia ada lebih menumpukan aspek kecemerlangan membuatkan
masyarakat bimbang pelajar dan institusi pendidikan yang memikul tanggungjawab itu gagal
mencapai matlamat.

Ada yang melihat perubahan itu tepat pada masanya dalam menyediakan pembinaan modalinsan
lebih awal selain bersaing dengan perubahan pendidikan alaf baru.

Persoalannya, mampukah sistem pendidikan negara meneruskan tradisi pendidikan sedia ada atau
perlu berubah?

Pensyarah Psikologi dan Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak2, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya, Professor Madya Dr Mariani Md Noor berkata tidak timbul masalah jika ingin melaksanakn
sistem pendidikan berkenaan kerana sudah didedahkan dengan pendidikan asas pra sekolah.

Menurutnya, sudah cukup asas itu dijadikan pengukur aras bagi menjana proses pembelajaran
formal, bagaimanapun perlu dimantapkan lagi dengan penggunaan elemen pengajaran dan
pembelajaran lain.

“Memberi pendidikan awal berbentuk formal adalah langkah bijak untuk mengembangkan lagi tahap
pencapaian social, kemahiran dan akademik selain belajar lebih menguasai dan memahami. Proses
itu tidak boleh dilakukan mengikut sistem sedia ada dan perlu dilengkapi elemen lain yang
membolehkan mereka faham serta dapat mengikuti proses pembelajaran dengan selesa. Paling
penting, pastikan proses penerimaan ilmu tidak terlalu sukar, bersesuaian factor umur dan tahap
penerimaan,”katanya.

Cadangan memulakan pendidikan formal seawall usia lima tahun dibentangkan baru2 ini sebagai
usaha memperkasakan lagi sistem pendidikan negara serta memperkukuhkan nilai modal insane.

Ia diharap dapat mengubah paradigm pendidikan negara dengan mencontohi kejayaan negara maju
dalam melaksanakan sistem pendidikan awal.

Bagi tujuan pemantauan, beliau menyarankan pendidikan santai tapi berstrukutr diguna pakai
sebagai konsep asas pembelajaran dan pengajaran.

Pendekatan itu mampu menilai potensi penerimaan dan pencapaian pelajar sekaligus member
peluang guru memperbaiki kelemahan.

“Jangan terlalu fokus pada pendekatan akademik semata2 kerana ia lebih member tekanan.
Penyampaian biarlah lebih mudah dan santai asalkan matlamat pembelajaran mampu disampaikan
sepenuhnya. Perlu ikut kemampuan supaya pelajar atau guru tidak tertekan. Persekolahan dalam
usia muda memang mencabar selain masyarakat juga wajar diberi penerangan jelas,”kata Dr
Mariani.

Dr Mariani berkata ia bagi mengelakkan berlakunya salah faham hingga menyebabkan banyak
percanggahan pendapat.

“Kebanyakannya sudah melalui alam pra sekolah, boleh pendidikan asas termasuk mengenal huruf,
nombor dan objek. Hanya selaraskan proses pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan pasti
tidak menimbulkan masalah,”katanya yang turut menekankan kepentingan persediaan tenaga
pengajar.

Apatah lagi falsafah pendidikan mementingkan keupayaan guru dalam menjalankan tanggungjawab
dan elakkan timbulnya masalah atau lebih memberikan tekanan kerana tidak bersedia.
“Guru perlu dilengkapkan dengan kelayakan setara dan mempunyai keupayaan fizikal serta emosi
bagi membantu menangani kerenah, kehendak selain keupayaan pelajar,”katanya.

Ibu bapa dan masyarakat harus bersikap terbuka, berfikiran positif serta member sokongan kepada
institusi sekolah.

“Masalah timbul apabila kurangnya keyakinan terhadap institusi, sistem dan guru hingga
mewujudkan pertikaian selain ada yang hanya pandai mengkritik tapi tidak mahu berkongsi
pendapat. Perubahan ini memerlukan masa penyesuaian dan perbandingan sebelum boleh diakui
berjaya. Bagaimanapun, tidak mustahil jika semua pihak member sokongan. Kepada guru, tidak
timbulkan bebanan kerana mendidik anak bangsa memang memerlukan pengorbanan,”katanya.

Anda mungkin juga menyukai