Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN


(PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1

TUGASAN 1 –

NAMA PELAJAR : WAN AMIRAH HUSNA BINTI WAN ANUAR


ANGKA GILIRAN : 2022092310210
NO KAD PENGENALAN : 041226110300
KUMPULAN/UNIT : PSV1
KOD DAN NAMA KURSUS : GPMK1012
NAMA PENSYARAH : BAHTIAR BIN OMAR
TARIKH HANTAR :

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :


Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


BIODATA

NAMA : WAN AMIRAH HUSNA BINTI WAN ANUAR


NO.ANGKA GILIRAN: 2022092310210
NO. KAD PENGENALAN : 041226110300
NO.MATRIK :
EMEL : wnamirahhusna@gmail.com
ALAMAT : Lot 3628,KAMPUNG BARI BESAR,21010
SETIU,TERENGGANU
NO. TELEFON : 01118617282
AMBILAN/OPSYEN : PPISMP AMBILAN JUN 2022 ,OPSYEN
PENDIDIKAN SENI VISUAL ( SK )
ISI KANDUNGAN

bil perkara m/s


1 pengenalan 1
2 isi 2-3
3 rujukan 4
“ADAB DAN TATACARA DALAM MENYANTUNI ORANG LAIN SEMASA
BERKOMUNIKASI PADA ERA DIGITAL HARI INI SEMAKIN DIKETEPIKAN “
BINCANGKAN.

1.0 – PENGENALAN

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi digital ini , masalah untuk
berkomunikasi dengan baik semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana
melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini amat
membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di
dalam sekam. Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi? Komunikasi dari
segi bahasa ialah perhubungan manakala dari segi istilah pula, ia merupakan suatu
perhubungan antara dua individu atau lebih secara langsung atau melalui sebarang
perantaraan seperti e-mel, radio, surat dan telefon. Komunikasi merupakan satu amalan yang
sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk masyarakat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.Keupayaan berkomunikasi secara berkesan pula dilakukan
sama ada secara lisan atau tanpa lisan yang dapat mengambarkan tahap hubungan antara
individu. Oleh yang demikian,pada era globalisasi kini, adab dalam menyantuni orang lain
semasa berkomunikasi semakin diketepikan dan tidak diambil endah .Hal ini juga sering
menjadi buah mulut masyarakat dan sedang hangat di media akhbar mahupun media massa.
Justeru, senario ini perlulah dititikberatkan dan dibanteras dengan lebih awal oleh pihak
masyarakat kerana ‘mencegah lebih baik dari mengubati’ .

1
1.2- ISI

Di samping itu, terdapat mangkin yang efektif yang mendorong berlakunya perbuatan
tersebut . Antara faktor dominannya ialah lahirnya sikap yang tidak menghormati antara satu
sama lain semasa berkomunikasi. Senario ini berlaku disebabkan sikap ibu bapa yang tidak
memberikan didikan yang sebaiknya kepada anak-anak sejak kecil lagi. Contohnya, ibu bapa
tidak menegur dan melarang anak-anak ketika menggunakan kata-kata kasar yang
menyebabkan hilangnya insaniah dan rohani dalam diri mereka semasa berkomunikasi dengan
orang lain. Hal ini membuatkan anak-anak lebih selesa dengan bahasa yang digunakan oleh
mereka. Mereka akan berterusan menggunakan kata-kata yang tidak sopan yang akan
menyakiti dan melukai perasaan orang lain.

Selain itu, ibu bapa juga tidak memberitahu anak-anak tentang kepentingan beradap
semasa menyantuni orang lain dan kesan-kesan buruk jika tidak beradap semasa menyantuni
orang lain. Oleh itu, anak-anak tidak akan mengetahui tentang adab-adab untuk menyantuni
orang lain dengan baik. Jelaslah disini bahawa ibu bapa amatlah memainkan peranan yang
penting untuk mendidik anak-anak tentang hormat-menghormati semasa berkomunikasi sejak
kecil lagi . Ibu bapa amat berperanan dalam mentarbiah dengan mampan terhadap anak-anak
supaya mereka menggunakan bahasa yang betul dengan efisien agar tidak berlaku salah
faham antara dua-dua belah pihak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dalam zaman yang serba canggih ini, pengaruh rakan sebaya juga turut menjadi faktor
yang menjadi penyebab masyarakat pada hari ini tidak mematuhi adab-adab menyantuni orang
lain semasa berkomunikasi . Antara perilaku yang sering dilakukan oleh masyarakat pada hari
ini adalah budaya menyebarkan fitnah dan membuka aib tanpa rasa bersalah. Mereka yang
tidak mempunyai jati diri yang kuat akan mudah terpengaruh dan mengikuti rakan yang suka
memburukkan orang lain. Hal ini sering dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat kerana
mereka berpendapat bahawa budaya ini tidak menimbulkan kekangan dan hanya merupakan
satu masalah kecil sedangkan perkara ini menimbulkan banyak impak yang buruk .

Tamsilannya, hubungan silaturrahim dan hubungan persahabatan akan rosak jika


berlakunya pergaduhan akibat perbuatan menyebarkan fitnah dan membuka aib rakan sendiri.
Melakukan kutukan, gosip dan mengadu domba merupakan salah satu ciri berkomunikasi yang
tidak baik. Hal ini dikatakan demikian kerana ia mampu melukakan perasaan orang lain tanpa
disedari. Selain itu, kita juga tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak
disukainya kerana ia boleh tergolong dalam kalangan buli mental pada era kolonial pada masa
kini. Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil
tindakan sewajarnya dan mengimplimentasikan pelbagai program bagi mencegah perkara ini
daripada berleluasa seantero dunia. Bak kata orang bijak pandai, kita mestilah ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

2
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, adab dalam menyantuni orang lain
amatlah penting dan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat sejak akar umbi lagi.
Disebabkan hal itu, antara adab dan tatacara dalam menyantuni orang lain yang perlu kita
pupuk adalah dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan . Antara contoh bahasa
yang sesuai dan sopan adalah dengan menggunakan kata-kata yang penuh hikmah dan
memberi manfaat yang holistik kepada orang lain. Selain daripada itu, kita mestilah
menggunakan kata-kata yang boleh menjadi nasihat serta entiti mithali semasa hendak
menyantuni orang lain . Kata-kata yang mengandungi nasihat ini mampu membentuk nilai-nilai
murni dalam kalangan masyarakat pada era digital kini. Ia juga mampu menjauhi perdebatan
dan gurauan berlebihan yang kemungkinan berlaku ketika berkomunikasi antara satu sama lain.
Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berilmu
pengetahuan. Berdasarkan Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Bukan itu sahaja, malahan jika kita mengikuti adab dan tatacara yang betul semasa
menyantuni orang lain, kita juga akan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni oleh
kerana ketiadaan sifat kesalahfahaman antara satu sama lain. Keadaan ini nescaya akan
membawa kepada sifat kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam
kalangan masyarakat. Hal ini telah membuktikan betapa pentingya seseorang itu untuk
beradab dalam menyantuni orang lain.Selain itu, adab dan tatacara semasa menyantuni orang
lain ini perlulah diaplikasikan kerana ia dapat mengelakkan salah faham dan membolehkan
seseorang itu menyampaikan maklumat dengan benar tanpa sebarang berita palsu. Jika berita
yang disampaikan itu adalah palsu,maka ia akan menimbulkan banyak kesan yang buruk
kepada orang lain.

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah dalam adab menyantuni semasa
berkomunikasi ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. Sesungguhnya adab dan tatacara dalam
menyantuni orang lain semasa berkomunikasi adalah sangat penting dan perlu diterapkan
dalam diri masing-masing sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana bak kata pepatah,bahasa
menunjukkan bangsa.Oleh yang demikian,sebagai satu bangsa yang masyhur,kita mestilah
sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada orang luar dari segi adab menyantuni semasa
berkomunikasi agar mereka lebih tertarik dan menunjukkan perasaan bangga kepada kita
sebagai rakyat Malaysia ideal yang mampu mengendalikan bahasa komunikasi dengan baik.
Usaha proaktif yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil jika pelbagai langkah yang efektif
dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah adab menyantuni orang lain ini yang
sudah bersarang lama di negara kita ini.

(1003 patah perkataan )

3
Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad, Psikologi Dalam Komunikasi , Dewan Bahasa Dan Pustaka

Aina Umairah Ansari, 2021, Buku 400 Adab Komunikasi Di Media Sosial, PTS Publishing
House

Dmegah, 27 Februari 2014, https://www.scribd.com/document/209521524/KEPENTINGAN-


KOMUNIKASI

Wanita Bulanan Majalah Sains Popular Psikologi, 22 September 2022,


https://ms.yestherapyhelps.com/the-18-most-frequent-communication-problems-and-errors-13140
4

Anda mungkin juga menyukai