Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
01000 KANGAR
PERLIS

GPMK1012
Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi

Nama : NUR HANA ALIESHA BINTI MUHD


HASANUDDIN
No. K/P : 040714-10-0246
Angka Giliran : 2022232310017
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : BAHASA MELAYU A
Nama Pensyarah : ENCIK MOHAMMAD
NIZAM BIN HAMID
Tarikh Hantar : 7 OKTOBER 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan pentaksiran berterusan
PENGESAHAN PELAJAR
MODERATOR
ini adalah hasil kerja saya
Markah
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang Markah
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

1
Penghargaan

Bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta rahmat-Nya dapat
saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus bagi subjek Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi
yang berkod GPMK1012. Pertama sekali, saya ingin mungucapkan ribuan terima kasih
kepada Encik Mohammad Nizam Bin Hamid yang telah membimbing saya melakukan kerja
kursus ini tanpa mengenal erti penat lelah serta telah memberikan tunjuk ajar kepada saya
dari awal sehinggalah dalam proses menyiapkan kerja kursus.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa
memberi dorongan dan motivasi kepada saya untuk menyiapkan tugasan saya dengan
lancarnya. Mereka juga tidak pernah putus menitipkan doa kepada saya agar saya berjaya
dalam menyiapkan segala tugasan saya dengan lancar dan sempurna. Terima kasih ibu dan
papa kerana sentiasa menemani saya sepanjang perjalanan ini .

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan kasih sayang
kepada rakan-rakan saya kerana sentiasa membantu saya dalam menyiapkan kerja tugasan
ini. Terima kasih kerana sanggup berkongsi ilmu serta memberi pendapat kepada saya
dalam menghasilkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya, segala bantuan dan
pertolongan yang kalian telah berikan kepada saya amat saya hargai.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan kerja kursus ini.

Sekian terima kasih.

2
Isi Kandungan

Bil Tajuk Halaman

Penghargaan

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Implikasi Penyebaran Maklumat Palsu di Media Massa


Beserta Contoh-Contoh.

2.1.1 Mewujudkan ketidakpercayaan terhadap kerajaan yang


memerintah

2.1.2 Menjatuhkan imej dan maruah seseorang individu,


organisasi atau kerajaan

2.1.3 Keselamatan negara akan terancam

Kepentingan Komunikasi yang berkesan dalam proses


melahirkan pemikir kritis melalui penyampaian ilmu dan
3.0
maklumat.

3.1.1 Komunikasi dapat menyemai nilai-nilai murni dalam


masyarakat

3.1.2 Komunikasi menyampaikan maklumat secara terperinci


kepada masyarakat

3.1.3 Komunikasi membantu meningkatkan Pengetahuan


masyarakat

4.0 Rumusan

bil tajuk halaman

3
5.0 Rujukan

4
1.0 Pengenalan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), penyebaran ditafsirkan sebagai satu
perihal kegiatan atau usaha dalam menyebarkan sesuatu maklumat manakala maklumat
pula ditakrifkan sebagai maklumat, pemberitahuan atau pengumuman tentang sesuatu
perkjara yang disampaikan dalma bentuk risalah, keterangan atau butir-butir. Menurut kamus
dewan edisi keempat (2007), palsu pula didefinisikan sebagai perkara yang tidak benar,
kecurangan, ketidakjujuran serta melakukan sesuatu yang palsu. Menteri Besar Kelantan,
Datuk Ahmad Yakob mengupamakan penyebaran maklumat palsu sebagai duri dalam
daging yang sangat membimbangkan kepada setiap masyarakat dana negara. Hal ini
kerana, isu penyebaran maklumat palsu ini memberikan banyak impak negatif kepada
masyarakat kerana isu ini mampu menggugat keharmonian perpaduan kaum di Malaysia,
kesejahteraan hidup masyarakat dan keamanan negara. (Kosmo, 2022). Beliau berkata lagi
bahawa fitnah yang disebarkan secara meluas ini mampu meragut nikmat kemerdekaa yang
telah kita kecapi secara bersusah payah selama ini.

Dalam dunia yang mendepani kemajuan teknologi sains dan maklumat ini, peratusan
penggunaan media massa dalam kalangan masyarakat semakin bermaharajalela bak
cendawan tumbuh selepas hujan. Pernyataan ini dapat disokong melalui kajian yang telah
dilakukan oleh Hoosuit dan We Are Sosial yang menyatakan terdapat 3.5 bilion atau 45
peratus manusia kini menjadikan media massa dan sosial sebagai platform untuk
berkomunikasi sepanjang hari. Bukan itu sahaja, Malaysia berada di tangga yang ke-5 di
dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara yang sangat aktif menggunakan media massa.
media massa dan sosial yang banyak digunakan oleh masyarakat Malaysia adalah
facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

5
2.0 Implikasi Penyebaran Maklumat Palsu di Media Massa Beserta Contoh-Contoh.

2.1.1 Mewujudkan ketidakpercayaan terhadap kerajaan yang memerintah

Penyebaran maklumat atau berita palsu ini mampu menyebabkan rakyat jelata
menanam rasa benci, marah dan tidak berpuas hati terhadap kerajaan yang memrintah
serta pemerintah. Hal ini kerana, segala maklumat palsu yang disebarkan melalui medium
media massa ini akan mengundang kegelisahan rakyat terhadap sesuatu maklumat
yang mereka baca atau terima di laman media sosial mereka. Tamsilnya, isu berkaitan “
Skala Gred SPM” yang heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat kini. Isu ini telah
tersebar melalui media sosial Facebook milik MamaMia Mia pada 11 jun 2021 dengan ayat
yang ditulis olehnya “ Patut aku pelik budak-budak sekarang berderet A” dan hashtag yang
digunakan olehnya “ #sekolahdipolitikkan”. Kesannya, masyarakat meluahkan rasa
ketidakadilan mereka dan kekecewaaan mereka kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Namun, KPM telah menegaskan bahawa isu berkaitan penurunan skala
gred SPM ini adalah tidak sahih. Bukan itu sahaja, skala gred yang ditularkan di media sosial
tersebut juga telah mengelirukan orang ramai lebih-lebih lagi kepada calon-calon yang
menduduki sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersebut dan ibu bapa. Oleh itu, penularan
maklumat palsu secara meluas ini mampu menyebabkan jatuhnya kemajuan sesebuah
pentadbiran. ( SMART Sarawak, 2021).

2.1.2 Menjatuhkan imej dan maruah seseorang individu, organisasi atau kerajaan

Penyebaran maklumat palsu seperti unsur-unsur fitnah, penipuan tentang seseorang


atau kumpulan secara keterlaluan mampu menjatuhkan maruah serta nama baik mereka.
Kebanyakkan perkara ini terjadi kerana seseorang individu yang tidak berpuas hati dengan
seseorang individu atau kumpulan tersebut akan mengupah orang yang berpengaruh satau
celik teknologi untuk bekerja dengannya supaya mencipta segala maklumat palsu tentang
seseorang yang mereka mahu jatuhkan. Menurut Jalil (2019), semasa pilihanraya Malaysia
pada tahun 2018 terdapat sekelompok kumpulan yang celik teknologi IT atau dipanggil juga
sebagai “ cybertrooper” telah memulakan kegiatan mereka menyebarluaskan sesuatu info
yang tidak sahih berkenaan pihak lawan dalam pilihanraya tersebut. Cara yang dilakukan
oleh mereka untuk menjatuhkan individu, organisasi atau kerajaan adalah dengan
menyebarkan artikel yang tidak sahih, gambar, rakaman video dan sebagainya secara
fitnah dan tipu yang akhirnya memancing masyarakat untuk percaya tentang maklumat
tersebut. Matlamat utama mereka adalah untuk mempengaruhi minda dan pemikiran
masyarakat tentang kelompok yang difitnah tersebut agar masyarakat membangkang atau
berpaling tadah daripada memilih kumpulan tersebut. ( Sualman, 2019). Oleh itu, perkara ini

6
merupakan satu kegiatan yang tidak bermoral dan mecemarkan sistem demokrasi
berpalimen di Malaysia.

2.1.3 Keselamatan negara akan terancam

Negara akan menjadi kacau-bilau dan musnah sekiranya isu berita palsu terus
bermaharajelela dan tidak dikekang dengan kadar segera. Menurut Peguam Adnan Seman,
beliau menyifatkan gejala maklumat palsu ini sebagai satu gejala yang mampu mengancam
kedudukan dan keselamatan sesebuah negara. Lebih parah lagi, perkara ini juga mampu
mencetuskan peperangan antara negara luar sekaligus menghancurkan kegemilangan
sesebuah negara. Tamsilnya, peperangan yang tercetus antara negara Iraq dan Amerika
Syarikat pada tahun 2003 kerana berita palsu yang tersebar kononnya negara Iraq
menyimpan senjata api. Perkara ini telah menyebabkan ramai masyarakat yang
mempercayai berita tersebut secara bukat-bulat termasuk Tony Billar iaitu Perdana Menteri
Britain pada waktu itu. Namun, perkara ini terbukti apabila tentera barat tidak menjumpai
sebarang peralatan senjata api di negara Iraq tersebut. Implikasinya, disebabkan oleh
peperangan yang berlaku maka negara Iraq pada saat itu berada dalam keadaan terancam.
( Berita Harian, 2018).

3.0 Kepentingan Komunikasi yang berkesan dalam proses melahirkan pemikir kritis
melalui penyampaian ilmu dan maklumat.

Menurut Sillars (1988) mendefinisikan komuniasi sebagai satu penghantaran,,


penerimaan atau pertukaran pendapat, maklumat atau idea secara tulisan, lisan mahupun
imej visual atau gabungan kesemua unsur tersebut agar perkara yang dikomunikasikan
dapat difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut.

3.1.1 Komunikasi dapat menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat

Komunikasi bukan hanya berfungsi sebagai alat pengantaraan namun ianya juga
merupakan satu proses yang sangat penting dalam membina, menghasilkan dan
mengekalkan perhubungan antara individu atau kelompok yang lain juga dan mampu
menpengaruhi aspek nilai murni, budaya bagi mencapai sesuatu matlamat. ( Clegg,
2005). Menurut Langey (2006) menyatakan bahawa tanpa komunikasi yang berkesan maka
“ seluruh aspek dalam kehidupan kita ini akan punah “ maka dapat ditafsirkan disini bahawa
aktiviti berkomunikasi ini menjadi kunci utama dalam mengekalkan keharmonian antara
kaum-kaum lain agar dapat mengelakkan daripada perbalahan berlaku seperti peristiwa
13 Mei. Kita tidak mahu sejarah hitam itu berulang kembali

7
3.1.2 Komunikasi menyampaikan maklumat secara terperinci kepada masyarakat

Komunikasi yang berkesan juga sangat penting bagi membolehkan sesuatu


maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tepat kepada seseorang dengan cara
penyampaian yang baik serta akan memberi kesan yang positif kepada sesiapa yang terlibat
dalam sesebuah komunikasi tersebut.Menurut Cragan dan Shields (1998). Teori komunikasi
merupakan satu perkara yang mengandungi elemen yang membantu secara lebih jelas atau
sebahagian maklumat atau keterangan yang terdapat persamaan antaranya dah akhirnya
membolehkan seseorang itu faham dengan jelas serta dapat menilai sesuatu perkara.
Oleh itu, jika sesuatu informasi disampaikan dengan teratur dan terperinci maka dapat
mengelakkan daripada perselisihfahaman daripada berlaku sekaligus mewujuddkan suasana
yang harmoni kerana setiap masyarakat saling memahami.

3.1.3 Komunikasi membantu meningkatkan Pengetahuan masyarakat

Kini akses untuk maklumat atau segala info hanya dihujung jari sahaja serta kita
dapat menerimanya dengan pantas. Harold Laswell (1949) berkata melalui aktiviti
komunikasi seseorang akan dapat peluang untuk dimanfaatkan dan menggelakkan diri
daripada perkara yang akan membahayakannya. Dalam kehidupan ini komunikasi
merupakan satu asas dalam meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang dan kelompok
masyarakat di sesebuah negara. Maka masyarakat yang mengamalkan budaya membaca
dan menyemak dahulu sebelum sebar adalah lebih baik daripada masyarakat yang hanya
melihat kepada tajuk yang menarik kemudia menyebarkannya tanpa usul periksa.

8
4.0 Rumusan

Jelaslah bahawa kemajuan tekonolgi yang gian membangun ini sudah tentu mampu
menyebabkan sesebuah maklumat yang direka itu dapat disebarkan dnegan begitu pantas
bak kilat yang menyambar. Didalam sebuah Forum Ekonomi Dunia telah menyetakan
bahawa isu penyebaran maklumat palsu ini sebagai satu isu yang membawa risiko kepada
global utama di dunia. Hal ini kerana, jika kita lihat realiti pada hari ini berapa banyak kes
yang melibatkan berita palsu ini terjadi ? Hampir setiap hari, kita sering terdengar di dalam
corong-corong akhbar mahupun radio terpampar berkaitan isu penyebaran maklumat palsu
ini.

Bagi menghentikan isu ini daripada terus menjadi api dalam sekam dalam negara
kita, setiap pihak harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasinya. Usaha yang
sederap ini harus dilaksanakan dengan kadar segera. Maka semua pihak seharusnya
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan jangan berputus asa dalam melawan isu ini
kerana tiada bukit yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.
Bayangkan, jika isu penyebaran maklumat palsu ini tidak dibendung sejak dari awal pasti
negar akan menjadi kucar-kacir. Oleh itu, setiap masyarakat haruslah mengamalkan konsep
“ Tak Pasti Jangan Kongsi “ dalam diri mereka.

Justeru, setiap pengguna di media massa haruslah menjadi pengguna yang bijak dan
berhati-hati dalam menyebarkan tentang sesuatu perkara, berfikiran secara lebih kritis dalam
mentafsir sesuatu infoo yang diperolehi agar dapat menapis segala maklumat yang
membawa kepada unsur yang negatif. Sesungguhny, Maju dan mundurnya sesebuah
negara itu bergantung kepada bangsanya sendiri. Oleh itu, diharapkan agar Malaysia
mampu bebas daripada isu penyebaran maklumat palsu ini.

9
5.0 Rujukan

Clegg, S. R., Kornberger, M. & Pitsis, T. (2012). Managing and organizations: an introduction

to theory and practice 3rd ed. London: Sage.

https://nibmehub.com/opac-service/pdf/read/Managing%20and%20Organizations_%20An
%20Introduction%20to%20Theory%20and%20Practice-%20Clegg-%204ed.pdf

Cragan, J. F., & Shields, D. C. (1998). Understanding communication theory: The

communicative forces for human action. MA: Allyn & Bacon.

https://communication.unt.edu/understanding-communication-theory-communicative-forces-
human-action

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nurriaanti Jalli. (2019). Memerangi disinformasi dan berita palsu. Sinar Harian.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/06/575761/memerangi-disinformasi-dan-berita-
palsu

Muhammad Ayman Ghaffa. ( 2022, Ogos 31) Penyebaran berita palsu ragut nikmat

kemerdekaan. Kosmo

https://www.kosmo.com.my/2022/08/31/penyebaran-berita-palsu-ragut-nikmat-kemerdekaan/

Nur Lela Zulkipli ( 2018, Mac 28) Negara boleh hancur kerana berita palsu. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/03/404841/negara-boleh-hancur-kerana-
berita-palsu-peguam

Sapora Sipon ( 2020, Mac 19) Berita palsu Covid-19 cetus ketakutan psikologi. Berita Harian

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/666694/berita-palsu-covid-19-cetus-
ketakutan-psikologi

10
Saraswathi. M. ( 2020 Februari 9) Penyebaran maklumat salah, berita palsu boleh jejaskan

kekuatan ekonomi. Bernama.

https://bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1812550

SMART Sarawak. ( 2021, Julai 27) Kesan negatif penyebaran maklumat salah dan palsu.

Blogspot.

https://sarawaksmart.com/v1/?p=482

Ismail Sualman. (2020). Berita palsu jejas produktiviti. Tinta Minda.

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842586

Ismail Sualman. (2019). Angkara media sosial. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/61925/angkara-media-sosial

Amir Aris & Ahmad Rozelan. (2016, September) Siri Latihan Pembangunan Staf :

Komunikasi berkesan.

https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/49031896/KOMUNIKASI_BERKESAN_ALL-with-cover-
page-v2.pdf?Expires=1665716418&Signature=XsmRGxu-
gHOXYSOoFosvgwzp3ZtaqR2eIiDl5b6yx-fSrNsgYdehgw2FyzXdIZUBLkE7Pnmya-
1uBFkAiIXm10QtQ9FQEIB3Me1PiWRdiiPHWF8FXzuDYJ~WcA0-
uF61~xOEot8vTT4lXpYEyN-8xLz-EUG2n1xEuxZpWDdgWNvEyujCY5Zr1zcPq-
IN5O9Aa4Y7PJHWyw6WOqbKpP40fc6eby5n~4VB6Fx2ADOsrNCYfVDQ4fJtr~FLPxtklmu7s
xqkcgw5BSuiMlpZ6eEa~9LP2g8WApEIXF~JCHkcc~yjX6XgZYnERoSIoEI8sVBHbsYAYrX4
9dTEWlOG1~iWIw__&Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA

11

Anda mungkin juga menyukai