Anda di halaman 1dari 10

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n

Cop
Cop

Tarikh Tarikh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
EDUP 3013
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nama : MUHAMMAD EHSAN BIN ABDUL RAZAK


No. K/P : 010111-08-1683
Angka Giliran : 2020242340227
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : V12
Nama Pensyarah : ENCIK MUSTAFA KAMAL
BIN ALIAS
Tarikh Hantar : 8 OKTOBER 2020
PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

1
Isi Kandungan

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Isu Isu Pendidikan Di Malaysia 4

3.0 Penutup
8

4.0 Rujukan
9

5.0 Lampiran 10

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya
dapatlah saya menyiapkan kerja khusus ini dalam masa yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mustafa
Kamal B Alias yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini
dapat disiapkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja khusus ini. Mereka
telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
 Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

3
1.0 Pengenalan

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.
Penekanan lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan turut menjadikan Malaysia
setanding dengan Singapura bagi rantau Asia Tenggara seterusnya turut menjadikan sistem
pendidikan Malaysia adalah setanding Amerika Syarikat dan Jerman. Forum Ekonomi Dunia
(World Economic Forum) telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai tahap persaingan yang lebih baik dalam bidang pendidikan dari 141 buah
negara di seluruh dunia pada tahun 2018. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi
kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan.
Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam dunia ekonomi, budaya dan politik ini turut
membawa bersama isu dan cabaran yang baharu dalam sistem pendidikan kita yang
menganggu proses pembentukan kesejahteraan murid di Malaysia.

2.0 Isu-Isu Dalam Pendidikan Malaysia

Lewat kebelakangan ini, isu buli dalam kalangan pelajar sekolah menjadi polemik hangat
yang tidak henti-henti menjadi buah mulut masyarakat dan sering menjadi tajuk utama
dalam mana-mana akhbar ataupon media sosial. Gejala buli ini bukanlah gejala yang baru di
negara kita malahan telah hangat sejak beberapa tahun lalu apabila gejala buli ini sudah
semakin melampau sehingga menyebabkan kematian. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasannya
orang yang lemah, dengan tujuaan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan
orang tersebut. Kebiasaannya perbuatan buli ini berlaku bagi memperlihatkan kekuatan dan
keganasan seseorang supaya ia digeruni atau ditakuti oleh pelajar-pelajar yang lain.

Jenayah buli ini berpunca dari pelbagai sebab antaranya kurang didikan agama
dalam diri pembuli lalu menyebabkan mereka tidak mendapat penerapan nilai-nilai murni
yang secukupnya, maka wujudlah gejala-gejala yang tidak rasional dari mereka kerana
mereka mungkin menganggap apa yang mereka lakukan itu sebagai hobi semata-mata.
Jenayah buli sama ada secara langsung atau tidak langsung berkemungkinan membawa
implikasi yang besar tehadap pelajar dari segi fizikal dan juga emosinya. Jenayah buli ini
sememangnya perlu ditangani kerana ia juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti
sesesorang sehinggakan menganggu emosinya meskipun perkara itu telah lama berlalu.

Dalam isu buli, perkara inilah yang amat dirisaukan, iaitu implikasi ke atas mangsa
buli itu sendiri. Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi portal MyHealth menjelaskan
kajian menunjukkan mangsa buli cenderung untuk berasa tertekan, sunyi dan cemas,

4
mempunyai harga diri yang rendah, mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan serta
kurang selera makan. Justeru, matlamat pendidikan untuk membentuk kesejahteraan murid
sukar dicapai. Jenayah buli banyak dikatikan dengan kesan terhadap fizikal mangsa sebagai
contoh pada 2015, seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa dirinya dipukul 15
pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pendang, Kedah. Pada malam berlakunya
insiden buli tersebut, mangsa telah ditampar, dipukul dengan kain dan ditendang sehingga
tersungkur. Tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul, dibakar rambut dan dibotakkan kepala.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di seluruh badan termasuk di bahagian
belakang, paha dan mata selain sakit pada bahagian dada dan belakang. (Lampiran 1)

Namun, masalah buli ini bukan sahaja memberi kesan fizikal kepada mangsa, malah
yang lebih ditakuti ialah ia memberi kesan kepada emosi mangsa tersebut. Dalam semua
kes buli yang berlaku, perbuatan buli ini sememangnya akan memberi kesan terhadap fizikal
dan juga emosi mangsa. Beale (2001), Roberts dan Coursel (1996), menyatakan mangsa
yang sedang dibuli, mengalami satu atau lebih daripada perkara berikut iaitu ketidak hadiran
ke sekolah yang kronik, penurunan prestasi akademik, peningkatan perasaan untuk
menentang, kesunyian serta rasa disingkirkan dan timbul rasa ingin membunuh diri. Amin Al
Haadi (2013) dalam kajiannya di sekolah di Malaysia, menjelaskan bahawa mangsa buli
merasa rendah diri, malu sedih, disebabkan diejekan sehingga mereka merasa tidak yakin
diri, mudah rasa tersinggung (sensitif), murung, takut atau tidak suka ke sekolah.

Jenayah buli ini pada hakikatnya akan menganggu proses tumbesaran pelajar
samada dari segi fizikal mahupon emosi. Pelajar akan trauma dengan apa yang telah
dilaluinya dan menjadi takut untuk berhadapan dengan susana baharu kerena risau pisang
berbuah dua kali. Kemudian mangsa buli juga akan mengalami kesukaran dalam mengikuti
pembelajaran dan kerap untuk tidak hadir dan menyebabkan mereka ketinggalan dalam
proses Pembalajaran dan Pengajaran (PdP).

Namun isu baharu yang melanda seluruh penduduk dunia ialah isu pembelajaran
secara atas talian. Pada awal tahun ini, dunia dikejutkan dengan kedatangan virus covid-19
yang telah meragut banyak nyawa dan virus ini telah tersebar ke seluruh dunia termasuklah
Malaysia. Situasi pandemik ini telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharakan penutupan
kepada setiap sektor termasuklah sektor pendidikan yang menyebabkan semua sekolah dan
pusat pengajian tinggi ditutup dan harus melaksanakan pembelajaran atas talian dalam
usaha bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang berbahaya ini. Walaupon
pembelajaran secara atas talian ini sememangnya sesuai dengan era kini yang segalanya di
hujung jari, namun dalam usaha untuk melaksanakannya, wujud juga beberapa masalah
yang dapat menganggu pembentukkan murid yang sejahtera. Sebagai seorang pelajar yang

5
juga perlu melaksanakan pembelajaran secara atas talian, saya juga mengalami masalah
dalam menyempurnakan pelaksanaanya. Sesi pembelajaran dalam rumah tidaklah
semudah yang disangka. Walaupon ianya pernah dianggap sebagai rahmat pada awal
pelaksanaan pembelajaran secara atas talian ini, namun jangkamasa yang lama ini
mengubah situasi dan emosi pelajar yang sememangnya ingin belajar secara bersemuka di
dalam kelas semula.

Pembelajaran secara atas talian ini memperlihatkan bahawa pelajar mendapat


latihan yang banyak berbanding dari pembelajaran secara kuliah. Seperti yang kita tahu,
setiap pelajar yang berada di rumah jugak mempunyai tanggungjawab sebagai seorang
anak, jadi mereka juga mempunyai peranan untuk membantu ibu bapa di rumah. Jadi,
lambakan kerja akan berlaku kerana kerja yang terlalu banyak yang diberikan oleh tenaga
pengajar. Hal ini mengakibatkan emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan. Mereka
akan mudah merasa tertekan kerana lambakan kerja dan membuatkan mereka serabut di
samping tertekan kerana kurangnya masa bersama keluarga walaupon mereka berada di
rumah. Pembelajaran secara atas talian ini juga memaksa pelajar untuk bersengkang mata
pada malam hari bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
justeru, pendidik perlu bijak dalam melaksanakan pembelajaran secara atas talian agar
mereka tidak terlalu membebankan pelajar dengan tugasan yang terlampau banyak
sehingga menyebabkan pelajar tertekan dan membuat mereka merasa susah hati dan tidak
gembira apabila belajar.

Perubahan dunia ini juga menjamin lebih keselesaan kepada masyarakat dunia. dari
aspek pendidikan, pembangunan atau fasiliti yang terdapat di sekolah merupakan salah satu
isu yang menjamin pembentukan kesejahteraan murid. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
keselesaan juga merupakan salah satu aspek yang membantu murid untuk membesar dan
membentuk diri murid dengan baik dan sejahtera. Walaupon Malaysia merupakan sebuah
negara yang maju dan membangun, namun masih wujud sekolah-sekolah yang kekurangan
fasiliti ataupon kurang dari aspek infrastruktur. dalam isu ini, kebanyakkan sekolah di
kawasan pendalaman adalah sekolah yang sering mengalami masalah berkaitan
insfrastruktur ataupon fasiliti. Sekolah yang terletak di kawasan pedalaman sukar dihubungi
dan jalan ladang kelapa sawit menjadi laluan perhubungan utama untuk ke sekolah itu.
(Lampiran 2)

Selain itu, isu ketiadaan air dan eletrik juga merupakan satu faktor yang
membantutkan pembentukan murid yang sejahtera dari aspek emosi dan fizikal. Hal ini
kerana murid yang mengalami masalah-masalah sebegini tidak dapat belajar dengan selesa
dan perkara ini mungkin menganggu emosi mereka untuk belajar. Mereka akan merasa

6
tertekan dengan suasana pembelajaran mereka dan membandingkan dengan suasana
pembelajaran yang lebih selesa. Ketidak hadiran ke sekolah merupakan implikasi kepada
situasi ini sebegini kerana pelajar-pelajar dan dari ini akan mengnggu keputusan
peperiksaan mereka.

3.0 Penutup

Selari dengan kemajuan dunia dalam pelbagai bidang ini, pelbagai juga dugaan dan
cabaran yang datang kepada dunia pendidikan yang kebanyakkannya memberi kesan
jangka panjang kepada pelajar-pelajar dan perkara ini amatlah merisaukan ibu bapa dan
juga warga pendidik sendiri. Jadi, seluruh anggota masyarkat termasuklah kerajaan perlu
berganding bahu dalam membantu para pelajar bagi menghadapi cabaran yang mendatang
dan menjamin pembentukan kesejahteraan mereka kerana mereka merupakan harapan
negara pada masa akan datang. Jika mereka dapat membesar dan membangun menjadi
mereka yang berguna, pastinya pada masa akan datang, Malaysia akan menjadi sebuah
negara yang gah di mata dunia samada dari aspek ekonomi, sukan mahupon pendidikan.

7
4.0 Rujukan

Azhar Abd. Hamid. (2001). Senario Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Zaman
Teknologi Komunikasi Maklumat (Ict) . Universiti Teknologi Malaysia.

Abu Zahari Abu Bakar. (1992). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Petaling Jaya : Pustaka
Delta Pelajaran.

Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50


tahun merdeka. Shah Alam: Utusan Publication

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2011). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-dakwa-dibelasah-senior-sekolah-
agama-di-pendang-58219

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/568472/jangan-abaikan-sekolah-
pedalaman

8
5.0 Lampiran

Lampiran 1

9
10

Anda mungkin juga menyukai