Anda di halaman 1dari 10

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA


MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JUN 2021

MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN MOHD FADHLI


NAMA

2021192340147
ANGKA GILIRAN

021016110099
NOMBOR KAD PENGENALAN

KUMPULAN/UNIT PISMP G8

KOD DAN NAMA KURSUS PIMK3013


PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN PENULISAN INDIVIDU

NAMA PENSYARAH ZULKARNAIN BIN HASSAN

TARIKH HANTAR 01 OGOS 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH
2

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Pada mulanya, saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran
dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah berkat pertolongan pihak-pihak
berikut membolehkan saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan pada tempoh yang
ditetapkan.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Encik Zulkarnain bin Hassan
pensyarah bagi kursus Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang tidak
mengenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada ibu bapa saya yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai
pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan idea-
idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
3

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat


1.0 PENGENALAN 4
2.0 ASPEK-ASPEK KSSR PENDIDIKAN ISLAM 5
ISU-ISU KURIKULUM YANG TERHASIL AKIBAT PANDEMIK
3.0 6-7
COVID 19
4.0 CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN DARI SUDUT PERLAKSANAAN 7-8
5.0 RUMUSAN 9
6.0 RUJUKAN 10
4

1.0 PENGENALAN

Definisi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah segala


rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Menurut Aristotle definisi pendidikan ialah “a function of
the state and is conducted, primarily at least, for the ends of the state” yang bermaksud
pendidikan adalah salah satu fungsi dari suatu negara dan dilakukan terutama setidaknya,
untuk tujuan negara itu sendiri. Islam pula bermaksud sikap berserah diri, tunduk dan patuh
kepada Tuhan.

Di atas adalah definisi per kata dari setiap perkataan Kurikulum Pendidikan Islam.
Kurikulum Pendidikan Islam adalah salah satu bidang kurikulum yang penting untuk diterapkan
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Hal ini bagi memastikan asas agama dalam diri para pelajar dapat dikukuhkan dari
bangku sekolah lagi, terutamanya bagi pelajar yang beragama Islam. Terdapat beberapa
bentuk kurikulum yang terdapat di Malaysia seperti KLSR, KBSR dan yang terkini ialah KSSR.
KSSR diperkenalkan pada tahun 2011 dan digunakan sehingga sekarang. KSSR adalah
akronim bagi perkataan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam digubal bagi memenuhi


keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan
menghayati Islam secara menyeluruh. KSSR Pendidikan Islam ini memberi penekanan kepada
aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Masing-masing aspek
mempunyai kepentingan tersendiri. Apakah fungsi aspek-aspek ini? Saya telah melakukan
sedikit analis perihal mengapakah aspek-aspek ini perlu ditekankan ke dalam KSSR
Pendidikan Islam.
5

2.0 ASPEK-ASPEK KSSR PENDIDIKAN ISLAM

Seperti yang dinyatakan di atas, antara aspek yang ditekankan ke dalam KSSR
Pendidikan Islam ialah ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Ilmu adalah fakta
ilmu atau isi kandungan yang terdapat dalam Standard Kandungan ( SK ) dan Standard
Pembelajaran ( SP ). Fakta ini diberikan kepada pelajar sekadar secara teori sahaja. Sebagai
contoh, dalam sesebuah tajuk mestilah ada fakta-fakta tentang tajuk itu seperti tajuk solat. Di
dalam tajuk solat terdapat hukum solat, rukun solat, niat dan sebagainya. Contoh-contoh yang
diberikan itu adalah fakta-fakta yang tidak boleh diubah dan akan diajar kepada murid-murid
secara teori. Amali pula ialah sebagai latihan untuk memastikan murid-murid faham dengan
teori-teori yang diberikan. Sebagai contoh dalam bab solat para pelajar perlu membuat
pergerakan-pergerakan dalam solat supaya lebih faham dan jelas seperti rukuk, sujud dan
sebagainya.
Seterusnya, amalan ialah praktikal daripada teori dan latihan yang dilakukan.
Maksudnya, para pelajar perlu mempraktikkan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan
sehariannya. Selain itu, penghayatan pula adalah menghayati kesan dibalik amalan yang
diamalkan. Contohnya, tujuan atau matlamat pengsyariatan solat ialah bagi mencegah
kemungkaran. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

‫إَّن الَّصالَة َت ْن َه ى َع ِن اْلَفْح َش اِء َو اْلُم ْن َك ِر‬


Maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan
mungkar.

Yang terakhir, pembudayaan. Pembudayaan ialah apabila amalan yang dilakukan oleh
individu dapat diterapkan secara berjemaah. Contohnya, amalan melaksanakan solat dijadikan
amalan semua warga sekolah, akhirnya akan wujud budaya solat berjamaah di sekolah.
6

3.0 ISU-ISU KURIKULUM YANG TERHASIL AKIBAT


PANDEMIK COVID 19

Sebagaimana yang kita maklum, sejak akhir tahun 2019 negara kita, Malaysia bahkan
seluruh negara diserang oleh wabak yang sangat berbahaya iaitu COVID 19. Yang mana
wabak ini telah memakan beribu nyawa dalam 2 tahun terakhir ini. Banyak perkara yang
terjejas akibat pandemik ini, seperti ekonomi negara dan banyak lagi bidang yang terjejas
termasuklah bidang pendidikan. Bidang pendidkan yang dulunya boleh bertalaqqi dengan
murabbi-murabbi, boleh pergi ke sekolah berjumpa rakan-rakan seperjuangan tetapi sekarang
hanya bermodal peranti-peranti elektronik semata-mata. Terdapat banyak isu yang boleh
dibangkitkan semasa pandemik COVID 19.

Antaranya, isu yang dapat dikesan ialah yang pertama dilema capaian internet di
Malaysia. Sebanyak 52 peratus pelajar di Sabah tidak mempunyai akses internet dan telefon
pintar, komputer atau peranti mudah alih lain untuk memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian berjalan dengan sempurna sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Sejak tular video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Veveonah Mosibin memanjat pokok bagi mendapatkan capaian internet, semakin ramai tampil
berkongsikan keadaan serupa di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.Kali ini melibatkan
seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris dari Sarawak yang dikenali
sebagai Rose ED. Menurut contoh yang diberikan, jelaslah bahawa capaian internet beberapa
tempat mempunyai masalah dan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran akan
terganggu dan terjejas.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran atas talian ini menyebabkan para pelajar
kurang fokus terhadap pengajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini disebabkan, semasa
berada di rumah para pelajar masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Mereka
merasakan apabila berada di rumah, mereka bebas melakukan apa sahaja. Mereka juga akan
mudah merasa bosan kerana jika hadir ke kelas mereka hanya mendengarkan guru-guru
mengajar dan memberikan teori tentang pembelajaran tersebut. Jadi mereka lebih
mengutamakan hal yang lebih menyeronokkan daripada menghadiri kelas. Hal ini akan
menyebabkan para pelajar ketinggalan jauh dalam pembelajaran mereka.

Seterusnya, mutakhir ini tular dalam media sosial penggunaan aplikasi Zoom adalah
tidak selamat. Zoom bukan sahaja lebih mahal dan rumit malah berlaku isu sekuriti dan
kebocoran data peribadi. Hal ini demikian kerana, Zoom dapat membawa bahaya dan dampak
yang buruk kepada pengguna kerana telah mededahkan maklumat peribadi para pengguna.
Jadi guru-guru perlu beralih ke alternatif lain bagi mengurangkan risiko terdedahnya maklumat
7

peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Tetapi terdapat masalah iaitu banyak aplikasi
konferens video yang percuma, namun tidak banyak yang menawarkan perjumpaan melebihi
25 orang pada satu masa. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini supaya dapat
membuat perjumpaan atau pembelajaran secara atas talian dengan lebih efektif?

4.0 CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN DARI SUDUT PERLAKSANAAN

EMK yakni Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Antara Elemen Merentas Kurikulum ialah bahasa, kelestarian
alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme, kreativiti dan inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian global dan pendidikan
kewangan.

Bagi menangani isu-isu yang diutarakan di atas, boleh rujuk Elemen Merentas
Kurikulum. Isu pertama, guru perlu mencari inisiatif atau alternatif yang lain seperti kelas online
hanya perlu ambil masa sekejap sahaja bagi memastikan rangkaian internet para pelajar tidak
banyak digunakan. Tetapi berilah mereka latihan yang setimpal kerana mahu
menyeimbangkan pembelajaran. Bagi yang tiada peranti eletronik, guru boleh menghantar
atau pos modul atau bahan kurikulum ke rumah pelajar supaya mereka juga tidak ketinggalan
dalam pembelajaran. Kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam
menangani isu ini. Contonya, kerajaan boleh memerintahkan media untuk menyiarkan slot
pembelajaran dalam mana-mana siaran televisyen. Ini juga adalah salah satu cara yang
berkesan bagi para pelajar.

Di samping itu, guru perlu memikirkan cara untuk menghilangkan bosan para pelajar.
Seperti membuat kuiz, permainan dan sebagainya. Guru perlu kreatif untuk menarik perhatian
para pelajar untuk belajar. Jika guru hanya memberikan teori dan bercakap sahaja ia mungkin
akan menyebabkan para pelajar bosan dan tidak menarik perhatian mereka. Itu yang
menyebabkan pelajar tidak duduk diam dekat laptop atau telefon bimbit semasa PdP. Jadi
guru perlu menggunakan bahan yang dapat menarik minat para pelajar supaya dapat disiplin
di depan laptop atau telefon pintar semasa PdP.

Seterusnya, mereka perlu beralih kepada aplikasi yang lebih baik dari segi penjagaan
maklumat peribadi pengguna dan dapat menampung ramai orang dalam sesebuah
8

perjumpaan atau mesyuarat. Sebagai contoh aplikasi yang boleh digunakan adalah jika anda
pengguna G Suite, lebih baik anda terus menggunakan Google Hangouts Meet kerana ia
termasuk dalam pakej tersebut. Ia boleh menampung sesi konferensi sehingga 250 pada satu
masa. Manakala bagi pengguna Google biasa ( akaun percuma ), anda boleh menggunakan
Google Hangouts untuk sesi mesyuarat. Aplikasi ini sangat mudah, ringkas dan diinteregasi
terus dengan Google Contacts dan Calendar. Masa mesyuarat boleh disetkan dalam Calendar
dan jemput rakan – rakan dari Contacts sedia ada.
9

5.0 RUMUSAN

Tuntasnya, kurikulum sangat terjejas diakibatkan pandemik COVID 19 ini. Pandemik COVID-
19 telah menyedarkan masyarakat dunia bahawa dunia telah banyak berubah dan menuntut
perancangan 360 darjah. Isu- isu yang berlaku adalah masalah yang umum bagi setiap
manusia kerana bukan semua orang mampu untuk membeli atau mempunyai peranti
elektronik. Tetapi dengan jihad untuk belajar apa sahaja yang dilakukan akan diberkati Allah.
Sabda Rasulullah SAW :

‫ َر َو اُه ُمْس ِلم‬. ‫َس َّه َل ُهللا َلُه َط ِر ْي ًقا ِإَلى الَج َّن ِة‬,‫َم ْن َس َلَك َط ِر ْي ًقاَي ْلَت ِم ُس ِفْي ِه ِع ْلًم ا‬

Maksudnya : Barang siapa menempuh satu jalan (cara) untuk mendapatkan ilmu, maka Allah
pasti mudahkan baginya jalan menuju surga." (HR. Muslim)
10

RUJUKAN

Al-Quran

Hadith

Arwansyah Kirin (2021), Impak Pengajaran dan Pembelajaran Secara Online : Kajian Kes
Terhadap Pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti Semasa Pandemik COVID 19,
Vol.2 (1), 127-136.

Astro Awani (2021), Kes COVID 19 Melonjak: Pelajar Singapura Manfaat “ Student Learning
Space ”, Belajar Di Rumah Sepenuhnya, Kuala Lumpur.

Berita Harian Online (2020), COVID 19 “ Pendidikan Menerusi Dunia Maya Cabaran Baharu
Buat Guru ”

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,


Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam Tahun 3, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sinar Harian (2021), Cabaran Pendidikan Semasa Pandemik COVID 19

Wan Mohd Khairul Wan Isa, et al., Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam
Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari dalam Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) COVID 19, Jabatan Pembangunan Staf, Institut Aminuddin Baki.

Anda mungkin juga menyukai