Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI

AM228

KERTAS KERJA

KESAN BULI SIBER TERHADAP PSIKOLOGI


MANGSA & PERANAN MASYARAKAT

NAMAF4A

DISEDIAKAN OLEH:
NOOR FAZILLA BINTI MOHD HATA
2021239344

KERTAS KERJA INI DIHANTAR KEPADA USTAZ MOHD ANNAS SHAFIQ BIN
AYOB DALAM MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN UNTUK CTU554
(ETIKA DAN PERADABAN II)

SEMESTER 3 SESI 2022 / 2023

1
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, syukur diatas peluang yang telah diberikan pada saya untuk
menyelesaikan tugasan bagi kertas kerja di bawah subjek etika dan peradaban II ini. Segala
bantuan dan kerjasama dari pihak pensyarah dan rakan sekelas jugak diucapkan terima kasih
bagi melancarkan proses menyiapkan tugasan ini.

Info dan maklumat yang diperoleh bukan sahaja dari pihak pensyarah dan rakan
sekelas malah info juga di peroleh dari sumber-sumber lain seperti bantuan dari website
berkaitan dan buku rujukan.

Alhamdulillah, tugasan ini dapat di selesaikan dan di serahkan pada pensyarah


mengikut masa dan tarikh yang di tetapkan. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima
kasih pada pensyarah , DR. Mohd Annas Shafiq Bin Ayob dan rakan-rakan sekelas dari
NAMA4A kerana banyak membantu memberikan info dan tunjuk ajar untuk menyiapkan
kertas kerja ini.

2
BORANG PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil
tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan
plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana
pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. saya sedar bahawa mana-mana
pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh
dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib UiTM.”

Nama: N o o r F a z i l l a B i n t i M o h d H a t a
No. Pelajar: 2 0 2 1 2 3 9 3 4 4

3
ISI KANDUNGAN

Muka Hadapan.......................................................................................................1

Penghargaan............................................................................................................2

Borang Perakuan Pelajar......................................................................................3

1.0 Pengenalan......................................................................................................5

2.0 Objektif Kajian...............................................................................................6

3.0 Ringkasan Hasil Kajian.................................................................................6

3.1 Sejarah Dan Perkembangan Isu Alam Sekitar Di Malaysia......................6

3.2 Kesedaran Alam Sekitar Di Malaysia.......................................................7

3.3 Pengetahuan Alam Sekitar........................................................................8

3.4 Sumber Maklumat Dan Peranan Media.....................................................9

4.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan..............................................................10

4.1 Tahap Pengetahuna Masyarakat Umum Terhadap Isu-Isu


Alam Sekitar..............................................................................................10
4.2 Sikap Pengetahuan Masyarakat Umum Terhadap Alam Sekitar................10

4.3 Amalan Masyarakat Umum Terhadap Alam Sekitar…..............................11

4.4 Saluran Maklumat Awam Tentan Alam Sekitar….....................................12

5.0 Kesimpulan.....................................................................................................13

6.0 Rujukan Berautoriti.......................................................................................14

7.0 Laporan Plagiarism........................................................................................15

4
1.0 PENGENALAN

Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat

menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media adalah

alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan

dan pergaulan. Sejarah awal kemunculan media sosial ini bermula pada tahun 1978 dengan

penemuan ‘papan bulletin’ berfungsi untuk muat turun maklumat dan komunikasi melalui surat

eletronik. Media sosial terus berkembang sehingga perkhidmatan penerbitan blog iaitu Blogger

pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs.

Evolusi rangkaian media sosial yang sebenar bermula setelah kemunculan Friendster

pada tahun 2002, diikuti oleh Linkedln yang merupakan jaringan perniagaan oleh golongan

profesional, juga muncul pada tahun 2002. MySpace yang menjadi kegilaan para remaja pula

dibangunkan pada tahun 2003. Kemudian selepas kewujudan Facebook sekitar tahun 2004

pelbagai rangkaian sosial baru telah dicipta, kebanjiran media sosial terus berlaku sehingga hari

ini. Pembaharuan dan penambahbaikan dibuat seiring dengan kemajuan teknologi.

Bagaimanapun untuk pemahaman yang lebih jelas, media pada awalnya merupakan

sebuah alat perantara seperti radio, televisyen atau surat khabar. Media ini mempunyai limitasi

yang terhad dan sukar untuk para pengguna kemukakan pendapat atau pandangan bebas

terhadap sesuatu perkara yang disampaikan. Oleh itu elemen sosial cuba dibawa masuk ke

dalam media untuk diubah menjadi alat yang boleh berkomunikasi di antara pengguna. Jaringan

sosial ini berkembang dengan begitu cepat sehingga boleh dianggap sebagai alat komunikasi

yang penting pada dunia hari ini.

5
Buktinya dapat dilihat menerusi aplikasi dan media sosial seperti Facebook, Twitter,

Instagram, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Media sosial yang semakin berkembang kini

dapat dibahagi kepada beberapa kategori selain aktiviti sosial semata. Contoh medium sosial

lain adalah seperti perbincangan melalui forum, mengadakan video secara lansung, penulisan di

dalam blog, interaksi permainan video dan lain-lain. Media sosial kini mempunyai pengaruh

yang amat besar dalam kehidupan. Penggunaan media sosial kini tidak terhad, bukan sekadar

bahan interaksi dan komunikasi tetapi dapat digunakan dengan lebih meluas dalam bidang

perniagaan, hal ehwal keagamaan, aktiviti kebudayaan, perubatan, politik dan sebagainya.

Di sebabkan penggunaan media sosial tanpa had oleh tiap individu, ada individu

mengambil kesempatan menggunakan media sosial dengan cara yang salah sepeti buli siber dan

mencuri data peribadi pengguna lain. Disebabkan hal sedemikian, ada individu lain yang

terkesan dengan tindakan tersebut dan memberikan tekanan pada emosi dan kehidupan mereka.

6
2.0 OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kesan buli siber terhadap psikologi
mangsa dan peranan masyarakat sekliling untuk membendung masalah ini. Kajian ini juga di
buat bagi mencari penyelesaian bagi mengelakkan kejadian buli siber berleluasa di kalangan
masyarakat.

3.0 RINGKASAN HASIL KAJIAN

3.1 Definisi buli siber

Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat.

Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber

tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan mengancam,

memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej

teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan

internet. Pengunaan medium eletronik secara tidak terkawal banyak menjerumus ke

arah negetif. Banyak kes buli siber yang berakhir dengan kejadian tidak di ingini dan

memberi kesan buruk terhadap mangsa. Kerajaan sedang menggubal undang-

undang khusus mengenai buli siber bagi menangani masalah itu yang semakin

meruncing

7
Terdapat beberapa jenis buli siber yang dapat di kategorikan. Antaranya

mesej yang mengganggu dan mengancam mangsa. Mesej seperti ini dapat memberi

tekanan pada mangsa dan akhirnya mangsa akan bertindak di luar jangkaan dan

memberi kesan buruk terhadap psikologi mangsa. Bagi mangsa yang dapat

mengawal emosi mungkin mesej seperti ini tidak memberi impak yang besar.

Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar

sebagai orang lain juga boleh di kategorikan sebagai buli siber. Untuk jenis ini,

penyalahgunaan kata laluan dan mengakses masuk ke dalam akaun peribadi

seseorang serta memuatnaik perkara negetif juga akan memberikan impak negetif

pada mangsa. Ini kerana memuatnaik perkara yang negetif menggunakan nama

mangsa adalah sesuatu yang tidak wajar kerana ia berlaku tanpa kerelaan mangsa.

Seterusnya memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain

dengan bukan kerelaan dan niat untuk memalukan mangsa. Perkara sebegini sering

berlaku dan ia di buat dengan niat mejatuhkan maruah mangsa. Penyebaran foto

atau video yang memalukan ini akan lebih memberi impak negetif pada psikologi

mangsa kerana terangan wajah mangsa dalam keadaan aib disebarkan secara

berleluasa.

Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh juga sesuatu perbuatan

yang tidak sepatutnya berlaku di dalam budaya masyarakat kita. Keadaan ini amat

memberikan tekanan pada mangsa dan akhirnya tidak dapat di bendung. Selain itu

sexting (tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual

menggunakan telefon bimbit) juga di kategorikan sebagai buli siber. Dan akhir sekali

memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.

8
3.3 Tanda-tanda buli siber

Mengalami tekanan emosi semasa atau selepas menggunakan internet.

Mengasingkan diri dari rakan-rakan dan ahli keluarga.

Menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah atau kumpulan.

Keciciran gred dan mudah marah apabila berada di rumah.

Mengalami perubahan emosi, tingkah laku, tidur, atau selera makan.

Mahu berhenti menggunakan komputer atau telefon bimbit.

Kelihatan gelisah apabila mendapat mesej teks atau e-mel.

Mengelakkan perbincangan mengenai aktiviti komputer atau telefon bimbit.

9
3.4 Sumber Maklumat dan Peranan Media

Peranan media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa telah banyak menyiarkan maklumat yang penting
bagi menyedarkan masyarakat tentang alam sekitar. Bukan hanya menyiarkan tentang
maklumat mengenai alam sekitar, malah ia juga telah meyiarkan pelbagai maklumat mengenai
kebaikan yang perlu diamalkan oleh masyarakat. Peranan media dalam literasi alam sekitar
dapat menerusi kempen-kempen di televisyen dan dokumentari adalah penting (Mohammad
Zin Nordin, 2003).

Selain itu, media massa banyak memberikan maklumat mengenai alam sekitar
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen merupakan salah satu
media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di seluruh dunia.
Selain itu, media sosial yang baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter juga telah
banyak menyiarkan maklumat mengenai isu-isu alam sekitar.

Serta, media massa di negara ini masih memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi untuk perkembangan sains dan teknologi, khususnya apabila sains dan
teknologi menyentuh isu kontroversi melibatkan ancaman terhadap sistem moral dan etika
masyarakat tempatan.

Justeru itu, isu alam sekitar ini harus disiarkan melalui laman sosial untuk
menyedarkan masyarakat tetang kepentingan menjaga alam sekitar tidak kira di negara kita
mahupun di luar negara. Oleh itu, media massa memainkan peranan yang penting untuk
menyiarkan maklumat mengenai alam sekitar.

1
0
4.0 DAPATAN DAN CADANGAN

4.1 Tahap Pengetahuan Masyarakat Umum Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Dengan memperolehi pengetahuan yang sewajarnya, sikap dan amalan masyarakat


terhadap alam sekitar akan lebih positif sejajar dengan matlamat meningkatkan pembangunan
lestari nasional. Program acara perintis Agenda 21 yang bertujuan untuk mempromosi
pembangunan lestari pada masyarakat setempat dengan mewujudkan dan memperkukuhkan
penglibatan pihak berkuasa tempatan, swasta dan masyarakat dalam setiap aspek
pembangunan lestari.

Keseluruhannya, tahap pengetahuan terhadap alam sekitar berada pada tahap yang
tidak boleh dibanggakan. Seperti yang telah dibincangkan oleh (Kollmuss, 2002) dalam
model awal tingkah laku pro-alam sekitar pengetahuan tentang alam sekitar dan
pemuliharaannya memainkan peranan penting dalam menentukan corak tingkah laku sikap
terhadap alam sekitar.

4.2 Sikap Masyarakat Umum Terhadap Alam Sekitar

Pada era kini, sikap orang awam terhadap isu alam sekitar pada tahap yang agak
membimbangkan. Kebanyakan negeri di Malaysia berpendapat masalah menjaga alam sekitar
adalah tangggungjawab kerajaan. Kesedaran ke atas pemuliharaan alam sekitar di masih
kurang walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan.

Kajian ini menyokong dapatan kajian oleh (Zurina, 2003) yang menyatakan bahawa
kesedaran masyarakat untuk terlibat dalam mengatasi masalah alam sekitar yang hampir
kepada mereka terlalu minima. Walau bagaimanapun, kajian ini bercanggah dengan Kajian
Pusat Sains dan Teknologi Maklumat (MASTIC) sejak tahun 1998 hingga 2004 yang
menyatakan bahawa kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat semakin meningkat.

Selain itu, sesetengah orang awam mempunyai sikap yang sanggup mengurangkan
keselesaan hidup demi menjaga alam sekitar. Mereka percaya mereka boleh menyumbang
11
4.0 DAPATAN DAN CADANGAN
kepada alam sekitar yang lebih baik di masa akan datang.

12
4.3 Amalan Masyarakat Umum Terhadap Alam Sekitar

Tahap amalan orang awam terhadap alam sekitar masih di tahap yang rendah. Kajian
awal mendapati masih ramai yang tidak pernah melakukan amalan memproses lebihan
makanan untuk dibuat baja, mengelak mengambil beg plastik sewaktu membeli-belah dan
mengurangkan penggunaan air untuk penjagaan alam sekitar. Ini mungkin kerana mereka
kurang didikkan dan pendedahan tentang amalan dan kaedah untuk hidup secara mesra alam.

Ramai masyarakat di Malaysia yang mengamalkan amalan kitar semula. Contohnya,


sesetengah masyarakat perlu mengamalkan membawa bekas sendiri atau eko-beg apabila
membeli makanan atau membeli-belah. Serta sesetangah dari mereka lebih kerap
mengamalkan berbasikal atau berjalan kaki bagi mengurangkan penggunaan kenderaan.

Tinjauan awal juga dapat mengelakkan daripada membuat banyak pembungkusan


semasa membeli-belah, memilih barang keperluan rumah yang mereka fikir memberi
kebaikan kepada alam sekitar, mengurangkan penggunaan air, mengelakkan membuang
minyak, cat atau bahan kimia ke dalam sinki, atau tempat yang tidak sepatutnya. Serta, kita
juga perlu mendapatkan maklumat tentang beberapa topik yang releven dalam melindungi
alam sekitar dan menyertai program yang berkaitan pembangunan isu alam sekitar.

13
4.4 Saluran Maklumat Awam Tentang Alam Sekitar

Saluran maklumat seperti televisyen merupakan saluran media massa yang utama
dalam memberi maklumat awam tentang alam sekitar. Serta, menjadi media utama kepada
para pelajar berbanding laman web, akhbar, majalah dan radio untuk mendapatkan maklumat
berkaitan alam sekitar. Media elektronik terutamanya televisyen mempunyai ruang untuk
meningkatkan tahap kesedaran pada masyarakat melalui penyiaran program yang khusus
tentang alam sekitar. Serta, mendapati program berita dan program alam semula jadi dikenal
pasti sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat.

Selain itu, rancangan televisyen dan radio yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan
Alam Sekitar dan penggunaan media dalam mengatasi isu-isu alam sekitar melalui kempen
oleh media dan juga seminar dalam mengetengahkan isu alam sekitar ke seluruh negara.
Peranan media massa penting dalam literasi alam sekitar menerusi kempen-kempen di
televisyen dan dokumentari adalah penting.

Justeru itu, tanggungjawab pada sosial media massa dapat mengetengahkan isu alam
sekitar serta mampu menarik minat masyarakat untuk mengikutinya. Selain itu, pemaparan
berita tentang alam sekitar secara berterusan dalam media menunjukkan bahawa isu kini
diberi perhatian dan kian mendapat tempat serta dapat membantu meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap isu alam sekitar.

14
5.0 KESIMPULAN

Perkembangan yang semakin pesat dan drastik kini mencetuskan banyak implikasi
negatif kepada manusia dan alam sekitarnya. Kemusnahan ekologi pastinya tidak dapat
dielakkan demi memenuhi tuntutan pembangunan dan kemajuan ciptaan buatan manusia.
Serta, untuk memastikan supaya apa jua perancangan, perkembangan dan pelaksanaan
terhadap sesuatu pembangunan berjalan seiring dengan keperluan penjagaan alam sekitar.
Maka kerjasama pada semua agensi dan penyelarasan pentadbiran adalah amat diperlukan.
Aspek perundangan merupakan salah satu mekanisme terpenting bagi menguruskan alam
sekitar dengan lebih berkesan. Di negara kita ini, terdapat tidak kurang dari 45 buah
perundangan yang berkaitan, namun ia tidak begitu berkesan dalam menjaga kualiti alam
sekitar kerana sebahagian besar adalah berbentuk sektoral (Jamaluddin 1996, 2001).

Bermula dengan kaedah perundangan yang lebih bersifat pemulihan, kini pengurusan
alam sekitar di Malaysia kian menekankan kaedah bukan perundangan tetapi ia lebih bersifat
pada pencegahan. Di sinilah pendidikan memainkan peranan. Komitmen kerajaan terhadap
perkara ini amat jelas dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).
Kebanyakkan kementerian berkenaan akan membangunkan polisi, strategi dan program
mengenai pendidikan, kesedaran dan latihan alam sekitar. Penyebaran tentang pengetahuan
dan pemupukan kesedaran ini diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia mengambil sikap
kepenggunaan dan cara hidup yang lebih mesra alam.

Justeru itu, perkembangan dalam bidang pendidikan alam sekitar menunjukkan


harapan yang positif dan peluang untuk terus maju. Pendokong pada pendidikan alam sekitar
haruslah memastikan bahawa bidang ini akan terus kekal relevan selaras dengan
perkembangan dunia masa kini. Ini amat penting kerana pendidikan alam sekitar yang
berkesan akan membentuk individu ‘celik alam sekitar’ yang boleh mengambil tindakan yang
bersesuaian meskipun jenis masalah alam sekitar yang dihadapinya mungkin berbeza pada
akan datang.

15
6.0 RUJUKAN AUTORITI

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851318/kerajaan-gubal-undang-undang-
tangani-buli-siber-cybersecurity

http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

16
7.0 LAPORAN PLAGIARISM

1000 Patah Perkataan Pertama

1000 Patah Perkataan Kedua

1000 Patah Perkataan Ketiga

17

Anda mungkin juga menyukai