Anda di halaman 1dari 3

Kimia Kebakaran

Kimia kebakaran ini merujuk kepada permulaan berlakunya kebakaran dalam bentuk cecair, gas, dan bahan pepejal.

Oksig en

Ha

Bahan Api
Punca-punca haba

Elektrik

Tindak balas kimia Geseran

Percikan

Mampatan gas

Petir Nyalaan

Bahan-bahan api
1. Bahan pepejal

Contoh: Kayu, meja, kertas 2. Cecair mudah terbakar Contoh: Petrol, kerosene, diesel 3. Gas mudah terbakar Contoh: Hydrogen, methane, butane 4. Bahan logam Contoh: Kalium, Magnesium, Natrium

Sebab Berlaku Kebakaran

a) Faktor Semulajadi

Kejadian kebakaran ini berlaku kerana faktor semulajadi. Contohnya kemarau dan letusan gunung berapi.

b)

Faktor Kemalangan

Kejadian kebakaran berlaku kerana kelalaian, kecuaian atau kesilapan manusia sendiri. Faktor ini merupakan faktor yang kerap berlaku di dalam kes kebakaran.

c) Faktor Sengaja Dibakar

Kejadian kebakaran ini selalunya berlaku atas perbuatan khianat ataupun ada motif-motif tertentu. Contohnya kebakaran kerana niat balas dendam atau ingin mendapatkan pampasan insurans.

Klasifikasi Api

(1) KELAS A - Kebakaran yang melibatkan bahan hydrogen (hydrocarbon) pepejal seperti kayu,kertas,tekstil ,sampah sarap dan sebagainya.Apabila bahan pepejal dipanaskan ia akan membebaskan wap/gas mudah terbakar pada tahap suhu nyalaan dan wap ini akan terbakar apabila bercampur dengan oksigen. (2) KELAS B - Kebakaran yang melibatkan bahan-bahan cecair hidrokarbon atau cecair yang mengandungi molekul hidrokarbon seperti petrol, gasoline,kerosene,naptha, diesel,asphalt serta lain-lain produk petroleum seperti cat,varnish dan turpentine. (3) KELAS C - Kebakaran yang melibatkan gas seperti methane,propane,butane hydrogen dan lain-lain yang boleh terbakar. Gas-gas tersebut apabila bercampur dengan oksigen hanya memerlukan percikan api sahaja untuk memulakan kebakaran dan biasanya,kebakaran tersebut berlaku dengan sangat panas dan kadangkala boleh mengakibatkan letupan. (4) KELAS D - Kebakaran yang melibatkan bahan-bahan logam seperti kalium (potassium),natrium (sodium),kalsium (calcium) magnesium dan lain-lain.Sekiranya logam tersebut bertindakbalas dengan oksigen dan terbakar,ia akan membakar dengan pantas dan membebaskan bahang haba yang sangat panas.

Anda mungkin juga menyukai