Anda di halaman 1dari 4

MELAWAN KEBAKARAN:

Sepanjang tempoh pembelajaran saya dalam kor APM, saya telah mempelajari pelbagai
ilmu antaranya kimia kebakaran. Definisi kebakaran adalah suatu proses pengewapan dan
pengoksidaan atau tindakbalas kimia yang pantas oleh 3 unsur iaitu bahan api, oksigen dan
haba. Bahan api merupakan unsur yang mengandungi wap yang mudah terbakar. Oksigen
adalah gas yang diperlukan untuk membantu dalam suatu proses kebakaran. Haba juga sejenis
tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu bahan api. Ketiga-tiga unsur tersebut
membentuk sebuah segitiga kebakaran.

Proses kebakaran terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama ialah takat sambaran
dimana bahan api mula mengeluarkan wap mudah bakar. Peringkat kedua ialah takat kebakaran
dimana bahan api terus menerus keluarkan wap mudah bakar. Suhu pada takat kebakaran lebih
tinggi dari takat sambaran. Proses kebarakan yang terakhir ialah suhu nyalaan dimana peringkat
bahan api terbakar dengan sendiri dan secara spontan. Pada peringkat ini, suhu berada pada
tahap yang paling tinggi.

Terdapat banyak faktor-faktor kebakaran yang berlaku pada zaman kini. Antara punca-
punca kebakaran ialah khianat, merokok, terlalu panas, kanak-kanak, petir, kemalangan, litar
pintas, kebakaran spontan, tindakbalas kimia, kimpalan/pemotongan, geseran dan kecuaian.

Terdapat pelbagai cara dimana kebakaran dapat merebak. Pemindahan haba adalah
melalui 4 cara yang utama antaranya ialah pengaliran dimana haba bergerak melalui bahan-
bahan pengalir haba yang baik seperti logam, batu, dinding bangunan dan lantai. Bahan ini
akan menjadi panas dan jika ada bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan
naik dan akan mencecah suhu nyalaan yang menyebabkan kebakaran dengan sendiri. Selain
itu, olak haba iaitu pemindahan haba yang berlaku di dalam mudahalir seperti cecair atau gas.
Apabila cecair ataus gas dipanaskan ia akan mengembang dan menjadi ringan. Gas yang panas
tersebut akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bawah secara pusingan sehingga
keseluruhan gas atau udara menjadi panas. Seterusnya, bahangan dimana pemindahan haba
secara gelombang elektromagnetik dan bukan gas panas merebak melalui bahan tara udara dan
tanpa udara (vakum). Haba berpindah mengikut gelombang cahaya dari kebakaran tersebut.
Jarak kebakaran yang dekat mempengaruhi cara rebakkan ini. Akhir sekali, cara terus menerus
(gabungan 2 atau 3 cara pemindahan haba). Cara kebakaran ini berlaku disebabkan kombinasi
pemindahan haba daripada 2 atau 3 cara di atas. Jika api itu merebak, ia akan merebak sehingga
bahan api habis terbakar.
Terdapat 4 faktor utama yang membantu kemerebakkan kebakaran. Yang pertama ialah
luas permukaan bahan. Hal ini berkait rapat dengan kertas yang digantung dengan kertas yang
diletakkan di permukaan lantai. Yang kedua ialah kadar pemindahan haba dimana ia berkait
rapat dengan kertas yang digantung tegak dengan kertas yang digantung melintang. Yang
ketiga ialah arah tiupan angin dimana ia berkait rapat dengan kertas yang ditiup angin dan
sebaliknya. Suhu atmosfera iaitu berkait rapat dengan iklim kawasan kebakaran tersebut.

Kami juga mempelajari cara-cara memadamkan kebakaran. Cara yang pertama ialah
cara melaparkan (starvation). Motifnya untuk menghalang bahan api dari terus membantu
kebakaran dengan cara memindahkan bahan yang terbakar dari tempat kebakaran. Boleh juga
memindahkan bahan yang belum terbakar dari tempat kebakaran dan menghancurkan bahan
api yang terbakar supaya ia mudah dipadamkan serta menyekat bekalan bahan api yang boleh
membantu pembakaran. Cara yang kedua ialah melemaskan (smothering) dimana tujuannya
adalah untuk menghalang oksigen dari terus membantu pembakaran dengan cara menyelimut
dan menutup permukaan bahan api supaya tidak mendapat oksigen. Cara yang terakhir ialah
cara penyejukkan (cooling). Objektifnya untuk menurunkan haba atau suhu sehingga proses
kebakaran tidak berlaku lagi dengan cara mengunakan air atau media pemadaman api.

Kami juga mempelajari tentang kelas-kelas api. Kelas api merupakan satu cara
pengelasan yang dibuat untuk menentukan jenis alat pemadam api yang sesuai digunakan untuk
memadamkan sesuatu kebakaran. Bagi kelas api “A”, jenis bahan kebakaran adalah dalam
bentuk pepejal seperti kayu, getah dan kain. Alat pemadam yang sesuai digunakan ialah alat
pemadam api jenis air, debu kering, atau menggunakan air secara semburan. Bagi kelas api “B”
pula, jenis bahan kebakaran adalah dalam bentuk cecair seperti minyak, cat dan varnish. Alat
pemadam api yang sesuai digunakan ialah alat pemadam api jenis buih, debu kering, gas atau
air secara semburan. Seterusnya, kelas api “C” adalah untuk bahan bakaran dalam bentuk gas
seperti butana, propana dan hidrogen. Alat pemadam api yang sesuai digunakan ialah alat
pemadam api jenis karbon dioksida, debu kering dan gas. Akhir sekali ialah kelas api “D” untuk
bahan kebakaran jenis logam seperti potassium, sodium, dan magnesium. Alat pemadam api
yang boleh digunakan ialah debu graphite, soda ash, pasir kering dan pemadam api debu kering
jenis tenery eutectic chloride (TEC).
Alat pemadam api terbahagi kepada beberapa jenis warna untuk mengelaskan jenis
kandungannya. Sebagai contoh, alat pemadam api serbuk kering berwarna biru muda atau
merah. Alat pemadam api jenis karbon dioksida pula berwarna hitam dan alat pemadam api
jenis buih berwarna kering putih.

Kami juga mempelajari cara-cara menggunakan alat pemadam api. Antara langkah-
langkah yang perlu diambil sebelum menggunakan alat pemadam api ialah mengetahui jenis,
warna dan punca kebakaran terlebih dahulu. Langkah seterusnya, melihat meter dan tarikh
luput untuk memastikan alat pemadam api boleh digunakan. Kemudian, goncangkan alat
pemadam api jika berjenis serbuk atau buih. Langkah seterusnya ialah memastikan nozel tidak
tersumbat. Selepas itu, bawa alat pemadam api dengan teknik yang betul iaitu membimbit,
memikul atau mengepit dan menentukan arah angin. Langkah yang seterusnya ialah
menentukan jarak dalam dua hingga tiga meter daripada punca api. Selepas itu, cabutkan
“safety pin” dan halakan sumpitan ke arah punca api. Langkah yang terakhir ialah tekan pincu
dan pastikan api berjaya dipadamkan.

Kami juga diajar cara untuk melepaskan diri dari bangunan yang sedang terbakar.
Antaranya ialah tutup mulut dan hidung menggunakan kain basah bertujuan untuk menahan
habuk, asap dan gas yang beracun. Apabila bergerak dalam bangunan berasap dengan cara
meraba-raba dengan tapak tangan genggam ke hadapan untuk menyentuh halangan dan juga
mengelak kejutan elektrik. Jika terperangkap dalam bilik, kita mestilah menuju ke dinding dan
merayap sekeliling sehingga berjumpa dengan pintu keluar. Selain itu, untuk memasuki
bangunan terbakar kita mestilah merangkak kerana udara bersih dan sejuk adalah di permukaan
bawah lantai dan kita dapat mengesan sekiranya masih ada lagi cahaya kebakaran. Cara untuk
keluar daripada bangunan terbakar yang mempunyai tingkat yang tinggi, perhatian harus diberi
kepada tangga kerana ia mungkin berbahaya jikalau ianya terbakar. Sehingga menggunakan
tangga, rapatkan diri ke bahagian dinding. Menyusur ke bawah secara membelakang dan rasa
dengan kaki sebelum memijak anak tangga. Sekiranya menggunakan tangga besi, kita mestilah
memastikan kepanasannya terlebih dahulu. Sekiranya dari tingkat kedua, kita hendaklah
bertenang dan menggunakan kain-kain selimut atau cadar untuk membuat tali dan ikat kepada
perabot berat atau tiang. Hulurkan tali serendah-rendah yang boleh untuk tentukan
keselamatan. Sekiranya dari tingkat ketiga, menyediakan tali, kain selimut atau cadar atau pergi
ke arah tingkat untuk meminta bantuan.
Peranan pasukan melawan kebakaran ialah menyelamat nyawa, memberi kata-kata
semangat, dan mengeledar ataupun menyelamat orang tingkat atas dahulu untuk menjaga
keselamatan dan mendapat udara bersih di akhir tugas. Untuk mengeledah sesuatu bangunan,
kita mestilah bertugas secara berpasangan dalam bilik atau bangunan. Pengeledahan hendaklah
dibuat dengan cepat, selamat dan menyeluruh dan para penyelamat harus mengutamakan
kanak-kanak, ibu mengandung dan orang tua.

Jikalau pakaian dihinggapi api, hendaklah jangan biar si mangsa berdiri kerana api akan
menyulap ke atas. Selain itu, selimutkan dengan menggunakan kain-kain tebal atau guni dan
gulingkan si mangsa di lantai atau tanah. Jika si mangsa cuba bangun, tampar atau tolak dengan
segera agar si mangsa jatuh. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan, rebahkan diri, dan
guling di atas tikar atau permaidani.

Anda mungkin juga menyukai