Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN INDIVIDU

NAMA (NO MATRIK) MUHAMMAD NOOR AMIRULLAH BIN AZIZUDDIN

NAMA KURSUS / KOD


SISPA II / UQR10601
KURSUS

SEKSYEN 01

KUMPULAN 2
NAMA JURULATIH LT MUDA (PA) NURUL SYAFIQAH BINTI ABDUL HALIM

TAJUK MELAWAN KEBAKARAN

RUBRIK PERMARKAHAN

BIL. MARKAH MARKAH


PERKARA
DIPERUNTUKAN DIPEROLEHI

1 FORMAT LAPORAN 50

2 PENGISIAN LAPORAN 50
SEGI TIGA KEBAKARAN

Segitiga api adalah suatu teori tentang terbentuknya api dengan penggambaran melalui
skema berbentuk segitiga. Api sendiri merupakan fenomena yang dapat kita rasakan dan
amati karena adanya cahaya, panas, dan unsur lainnya yang timbul akibat reaksi kimia. Api
merupakan salah satu elemen penting di kehidupan manusia. Sejak zaman dahulu manusia
menggunakan api sebagai sumber cahaya, perlindungan dari bahaya, maupun memasak.
Api yang dapat dimanfaatkan dan dikendalikan penggunaannya disebut dengan api jinak.
Sedangkan api yang tidak dapat dikendalikan dan cepat bereaksi disebut dengan api liar.
Api liar berpotensi menyebabkan kebakaran pada objek-objek di sekitarnya.

Unsur-unsur Segitiga Api :

Bahan bakar :

Bahan bakar pembentuk api bisa berasal dari benda padat, cair, maupun gas.

• Padat: Kayu, kertas, kapas, dan lain-lain.

• Cair: Minyak tanah, bensin, spirtus, dan lain-lain.

• Gas: Karbit, LPG, LNG, dan lain-lain.

Bahan-bahan tersebut tergolong bahan mudah terbakar yang mudah bereaksi dan
menimbulkan api.

Oksigen :
Oksigen merupakan salah satu unsur yang ada di dalam udara. Dengan kadar oksigen 16%
dalam udara, maka dapat menimbulkan reaksi pembakaran.

Sumber panas :

Sumber panas dapat berasal dari:

• Faktor alam

• Energi panas yang timbul akibat reaksi kimia

• Energi panas akibat listrik

• Energi panas mekanik

• Nuklir

• Energi panas matahari

Maka proses terjadinya api yaitu harus ada oksigen untuk mempertahankan pembakaran,
panas untuk menaikkan bahan bakar ke suhu pengapiannya, bahan bakar untuk
mendukung pembakaran, dan reaksi kimia yang timbul dari tiga elemen tersebut. Jika salah
satu dari tiga elemen tersebut dihilangkan, maka api dapat dipadamkan.

Dari unsur-unsur segitiga api tersebut, maka tersususnlah klasifikasi kelas kebakaran yang
digunakan sebagai pedoman dalam mengidentifikasi terjadinya api atau kebakaran
berdasarkan bahan bakarnya.

Penanganan Api Menurut Segitiga Api :

Menurut teori segitiga api yaitu ada 3 elemen penting pembentuk api di mana jika kita
menghilangkan salah satu unsur pembentuknya maka api dapat dipadamkan. Berikut upaya
pemadaman yang dapat anda lakukan:

1. Mengurangi temperatur: Biasanya dilakukan dengan menyemprotkan air ke sumber


api.

2. Isolasi: Menutup permukaan titik api agar tidak bereaksi dengan oksigen.

3. Dilusi: Menekan gas oksigen dengan gas CO2.


4. Memisahkan bahan bakar: Bisa dilakukan dengan memindahkan barang-barang
yang dapat terbakar jauh dari titik api.

5. Pemutusan rantai reaksi/penjalaran api

Setelah mengetahui tentang apa itu segitiga api dan bagaimana cara penanganannya, Anda
perlu menyiapkan diri sendiri dan peralatan proteksi kebakaran seperti alat pemadam api
jika sewaktu-waktu terjadi kebakaran di sekitar Anda. Pilihlah alat pemadam api dengan
media yang tepat agar api dapat segera dipadamkan.

CARA-CARA KEBAKARAN MEREBAK

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan
haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

a.Olakan haba :

• Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti secair atau gas.
• Cecair atau gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke
bahagian bawah secara pusingan.
• Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-
sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.

b.Pengaliran :
• Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam,batu, simen dinding
bangunan dan lantai.
• Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan
dengannya maka suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar
dengan sendirinya.

c.Bahangan :

• Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahayadaripada kebakaran


tersebut.Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran
berjauhan.
• Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba
secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan
terbakar.

d.Terus menerus :

• Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan
terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara
satu sama lain.

CARA PEMADAMAN KEBAKARAN

Untuk dapat memadamkan api (kebakaran) terdapat beberapa metode/cara berdasarkan


teori terbentuknya api (segitiga api) yaitu diantaranya ialah dengan metode pendinginan,
isolasi, dilusi, pemisahan bahan mudah terbakar dan pemutusan rantai reaksi api.

1. Pendinginan

▪ Menghilangkan unsur panas.

▪ Menggunakan media bahan dasar air.


2. Isolasi

▪ Menutup permukaan benda yang terbakar untuk menghalangi unsur O2


menyalakan api.

▪ Menggunakan media serbuk ataupun busa.

3. Dilusi

▪ Meniupkan gas inert untuk menghalangi unsur O2 menyalakan api.

▪ Menggunakan media gas CO2.

4. Pemisahan Bahan Mudah Terbakar

▪ Memisahkan bahan mudah terbakar dari unsur api.

▪ Memindahkan bahan-bahan mudah terbakar jauh dari jangkauan api.

5. Pemutusan Rantai Reaksi

▪ Memutus rantai reaksi api dengan menggunakan bahan tertentu untuk


mengikat radikal bebas pemicu rantai reaksi api.

▪ Menggunakan bahan dasar Halon (Penggunaan Halon sekarang dilarang


karena menimbulkan efek rumah kaca).

JENIS-JENIS PERALATAN MELAWAN KEBAKARAN

Jeni salat pemadam api yang betul dapat menentukan sama ada kebakaran dapat dipadam
dengan baik atau sebaliknya. Ia berfungsi secara manual dan bertindak memadamkan salah
satu unsur segitiga atau piramid api (oksigen, haba, bahan api) dari terus marak.

Ada lagi yang tidak tahu, sebenarnya alat pemadam api mempunyai pelbagai jenis mengikut
kelas kegunaannya. Setiap satu jenis hanya boeh digunakan untuk kebakaran tertentu
sahaja. Oleh itu, gunakan panduan sebelum anda menggunakan alat pemadam api untuk
kediaman anda.
Jenis-jenis Alat Pemadam Api :

• Serbuk kering
• Karbon dioksida
• Buih
• Air
• Kimia basah

Serbuk Kering :

• Serbuk kering bertindak melawan pepjal, cecair dan gas yang terbakar dan
memeutuskan kitaran hayat api iaitu haba, bahan api dan oksigen.

Karbon Dioksida :

• Sejenis gas bersih yang dapat memadamkan api engan mengalihkan oksigen tanpa
meninggalkan apa-apa sia dan tidak menyebabkan kerosakan pada perkakas elektrij
atau berlaku sebarang system litar pintas.

Buih :
• Gas berbentuk buih sesuai untuk memadamkan kebakaran api jenis api minyak
tetapi tidak berfungsi bagi kebakaran jenis minyak masak atau gris.

Air :

• Sesuai untuk kebakaran yang melibatkan pepejal organik seperti kayu, kertas, plastic
atau orang

Kimia Basah :

• Satu-satunya gas yang boleh digunakan untuk kebakaran jenis minyak masak dan
gris dengan menghilangkan segitiga api dan mewujudkan penghalang antara unsur
oksigen dan bahan api.

TATACARA PEMADAMAN KEBAKARAN

3 CARA MEMBAWA HOS :

• Memikul
• Membimbit
• Mengepit

Gagal mengendali hos dengan cara yang betul menyebabkan masalah seperti berikut:
• Calar/luka
• Terhantuk
• Belitan
• Lambat
• Kebakaran berterusan
• Kerugian bertambah

Gerak kerja yang dilakukan pada hos :

• Membentang (semasa operasi)


• Mengemas (menyimpan)

Membentang hanya dilakukan dengan 2 cara:

• Menarik ( flacking)
• Melonggarkan golongan (roll)

Mengemas/ menyimpan ada 4 cara.

• Flacking
• Duch roll
• Roll
• Figger of eaght

JENIS-JENIS MENYELAMAT KECEMASAN

Semasa sesuatu bencana atau kecemasan untuk sesuatu tindakan pantas dalam
membantumangsa-mangsa yang mengalami kecederaann dan untuk mengalihkan mangsa
ketempat yang selamat adalah dengan beberapa cara iaitu :

a) Pick A Back - Memikul Uncang

b) Human Crutch - Gaya Memapah

c) Fireman Lift - Dukungan Bomba


d) Fireman Crawl - Merangkak Bomba

e) Fore And Art Method - Mengekor

f) Two, three and four handed- Silangan tangan 2,3 dan 4

g) Darling carry - Mengangkat kekasih

CARA YANG SESUAI BAGI SESEORANG PENYELAMAT.

A) Pick A Back

- Memikul Uncang.

- Mangsa diangkat dengan cara memikul dibelakang badan. Cara ini terbaik bagi mangsa
yang sedar dan boleh memeggang atau memaut pada bahu penyelamat

HUMAN CRUTCH - GAYA MEMAPAH


Apabila mangsa yang cedera itu boleh dipapah, anggota penyelamat berdiri disebelah
bahagian yang mengalami kecederaan dan mengambil tangan mangsa serta memeggang
pinggang dengan tangan yang lain. Dengan itu anggota penyelamat bertindak sebagai
‘Tongkat’ yang membantu mangsa bergerak.

Fore And Art Method - CARA MENGEKOR

FIREMAN LIFT – DUKUNGAN BOMBA


Ini adalah cara untuk mengangkat mangsa yang tidak berupaya atau mangsa pengsan. ini
akan membolehkan penyelamat memeggang tangan mangsa. Cara ini lebih memudahkan
penyelamat tetapi akan menyebabkan mangsa yang sedar kurang selesa.

FIREMAN CRAWL

Sekira anggota penyelamat terjumpa mangsa yang pengsan, tidak berupaya, terlalu berat
atau melalui kawasan yang sempit maka cara ‘Merangkak Bomba’/ ‘Fireman Crawl’ sesuai
digunakan.

Baringkan mangsa dalam kedudukan telentang dan ikatkan kedua-dua sendi tangan
mangsa. Melutut dan masukkan kepala diantara tangan mangsa yang dikat lalu merangkak
dan mengheret mangsa keluar, walaupun mangsa itu lebih berat dari anda

DUDUK ATAS 2 TANGAN (TWO HAND SEAT)


DARLING CARRY – MEMIKUL KEKASIH

Untuk membawa mangsa seperti berikut :

• Pengsan

• Orang tua
• Kanak-kanak

• Lumpuh

Perhatian :

Jangan membawa mangsa yang cedera dibahagian pinggang dengan ar aini.

SATU KES KEBAKARAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA. PUNCA DAN CARA


KEBAKARAN BERLAKU, KESAN DAN CARA PASUKAN PENYELAMAT MENGATASI
KES KEBAKARAN TERSEBUT

Melihat kepada Statistik Kebakaran 2019 yang disediakan oleh Kementerian


Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kebakaran paling tinggi di Malaysia adalah
melibatkan hartanah kediaman. Jumlah kebakaran mengikut jenis kediaman pada tahun
2019 adalah seperti berikut:

Rumah Teres 863

Rumah Flat 257

Apartment / Kondominium 234

Setinggan 116
Rumah Panjang / Tradisional 125

Jumlah 1,595

Nampak tak, kebakaran kediaman saja dah nak cecah 1,595 kes di seluruh negara!
Kalau campur semua kebakaran bangunan untuk tahun 2019 termasuk kedai, kilang,
gudang, pusat membeli-belah dan sebagainya ada 5,449 kes!

Kalau lihat pada nilai kerugian pula, lebih RM1.2 bilion kerugian direkodkan Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam 9,182 kes kebakaran melibatkan peralatan
elektrik di seluruh negara bagi tempoh 2018 hingga 2020.

Kebanyakan kes kebakaran adalah disebabkan kecuaian manusia!Bukan saja cuai,


tapi sikap tak mengambil berat tentang bahaya kebakaran dan bagaimana untuk
menghadapi situasi tersebut juga faktor utama yang menyumbang kepada insiden
kebakaran. Malah, bomba sendiri mengakui yang banyak kebakaran berlaku kerana
penggunaan tenaga elektrik berlebihan dan kecuaian ketika mengendalikan perkakas
elektrik. Kalau anda jenis yang ada pelbagai jenis peralatan elektrik, jangan letakkan pada
satu tempat saja nanti tak ada ruang untuk peralatan tu semua membebaskan haba yang
dijana.

Peralatan elektrik utama seperti peti ais, mesin basuh dan microwave, seeloknya
dipasang terus ke soket dinding.Barangan elektrik lain yang perlu dielakkan diguna pada
litar yang sama adalah Penghawa dingin/ aircond, Pemanas air/ water heater, Ketuhar,
Pembakar roti, Periuk nasi elektrik, Air fryer.

Bak kata pepatah Melayu, elok kita sediakan payung sebelum hujan yang
bermaksud kita perlu berwaspada dulu sebelum ditimpa musibah.Bagi memberikan
kesedaran dan membantu orang ramai untuk mencegah kebakaran daripada berlaku di
rumah, kami telah kumpulkan beberapa tips daripada bomba dan beberapa agensi lain
seperti di bawah.

Pasang sistem penggera kebakaran. Kalau boleh pasang di setiap ruangan rumah
(dapur, bilik tidur, ruang tamu) dan ia selalunya diletak pada siling. Jika ada asap kebakaran,
ia akan terus berbunyi dan memberi amaran kepada orang dalam rumah.Selain itu, pastikan
ada laluan kecemasan jangan penuhkan ruang dengan barangan dan pastikan ada laluan
yang boleh digunakan untuk sebarang kecemasan. Semua penghuni juga perlu tahu tentang
laluan ini. Seterusnya, elak overload litar elektrik bila menggunakan extension atau soket
elektrik jangan membuat penyambungan atau pemasangan yang membebankan litar
elektrik. Akhir sekali, letak alat pemadam api. Sangat praktikal untuk anda meletakkan satu
unit alat pemadam api jenis debu kering atau jenis gas di rumah. Anda boleh gunakan untuk
memadam dan mengawal kebakaran kecil supaya tak merebak.

KESIMPULAN

Api semasa kecil ialah kawan, apabila besar menjadi lawan. Ungkapan ini tidak lagi
diendahkan oleh masyarakat kita kerana kebakaran berlaku di mana-mana sahaja. Kelalaian
manusia dianggap sebagai punca utama kes kebakaran di negara kita. Kebakaran bukan
sahaja melenyapkan harta benda dalam sekelip mata malah mengorbankan berpuluh-puluh
ribu nyawa tiap-tiap tahun. Justeru, kita perlu mengambil langkah-langkah keselamatan
untuk mencegah kebakaran kerana malang tidak berbau. Sebagai kesimpulan, kesedaran
masyarakat tentang bahaya kebakaran dan langkah pencegahan kebakaran amatlah
penting. Sikap kebanyakan anggota masyarakat kita seperti melepaskan batuk di tangga
dalam kemelut ini hanya mengundang kecelakaan. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama
semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk menangani masalah ini.

RUJUKAN

• https://padletuploads.blob.core.windows.net/prod/195306668/1dcdbe0429a820b5cab
83337398bb9b3/Asas_Pertolongan_Cemas_BOMBApdf.pdf
• https://www.propertyguru.com.my/property-guides/kebakaran-rumah-tips-cegah-
cara-selamatkan-diri-malaysia-48986
• https://iluminasi.com/bm/5-punca-kebakaran-yang-biasa-kita-gunakan-paling-
berisiko-tinggi.html
• https://www.bomba.gov.my/wp-content/uploads/2021/11/BOMBA_2018.pdf
• http://civildefencekuim.blogspot.com/2013/09/menyelamat-kecemasan.html

Anda mungkin juga menyukai