Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT
TUARAN, SABAH
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2020

EDUP3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PELAJAR : AHMAD DANISH BIN AHMAD SOLAHUDDIN

ANGKA GILIRAN : 2020062340025

NO. KAD PENGENALAN : 010719-12-0505

KUMPULAN / UNIT : BAHASA MELAYU SJK(C) 1

KOD KURSUS : EDUP3073

NAMA KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 2 – PENULISAN AKADEMIK (30%)

NAMA PENSYARAH : PUAN JULIANA BINTI DUMPIL

TARIKH HANTAR : 25 MAC 2022

MARKAH KERJA KURSUS :

PERAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH:

KOMEN PENSYARAH TANDATANGAN DAN TARIKH


BIODATA

NAMA: AHMAD DANISH BIN AHMAD SOLAHUDDIN

KAD PENGENALAN: 010719-12-0505

TAHUN: 2022

UNIT: PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) 1 AMB 2020

TARIKH LAHIR: 19 JULAI 2001

TEMPAT LAHIR: KOTA KINABALU, SABAH

ALAMA T: 991, JALAN ALYSSA 1, TAMAN TUNKU SARINA

POSKO: 06000

DAERAH: JITRA

NEGERI: KEDAH

AGAMA: ISLAM

BANGSA: MELAYU

NO.TELEFON: 011-55075938

EMAIL: danishspm88@gmail.com
PENGENALAN
Seperti mana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada
pelbagai jenis bangsa dan agama. Contohnya yang berbangsa Melayu, Cina, India, Bugis,
Dusun dan banyak lagi. Selain itu, ada juga pelbagai agama contohnya, Islam, Kristian,
Buddha dan sebagainya. Hal ini menunjukkan yang negara kita sangat mementingkan unsur
perpaduan yang meliputi semua aspek terutamanya dalam bidang pendidikan. Perkara ini
menyebabkan wujudnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat. Oleh
itu, bagi memastikan kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan aman, persekitaran yang
mesra budaya perlulah dipupuk pada zaman persekolahan lagi terutamanya di peringkat
sekolah rendah.

Pengenalan pendidikan abad ke-21 di negara kita merupakan salah satu langkah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan hasrat dan impian yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di negara kita. Di samping itu,
tujuh teras pedagogi abad ke-21 juga telah diperkenalkan yang salah satu aspeknya adalah
‘Mencipta Persekitaran Pembelajaran yang Positif’. Akan tetapi, kepelbagaian etnik dan
budaya di Malaysia ini terlihat menjadi cabaran yang utama terhadap pelaksanaan pedagogi
ini. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya guru mestilah bergerak sebagai pelaksana yang
memainkan peranan penting dalam membentuk pengurusan bilik darjah mesra budaya yang
kreatif.

Sebagai seorang guru, pengurusan bilik darjah adalah perkara yang harus ditumpukan
kerana ia merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru
akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti yang diharapkan. Lemlech
(1988), menganggap pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah
yang memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber
pengajaran. Lemlech juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah
bagi memaksimakan keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab
guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Jadi,
untuk merealisasikan impian yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang meletakkan perpaduan kaum sebagai salah satu fokus utama. Guru
merupakan pihak yang penting yang berperanan sebagai medium utama dalam
merealisasikan hasrat tersebut. Oleh itu, apakah langkah-langkah pengurusan bilik darjah
mesra budaya yang kreatif.
2.0 PENULISAN AKADEMIK

Menurut Mak Soon Sang (2008), antara faktor yang boleh mempengaruhi atau yang
boleh memberi impak terhadap corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada
lazimnya boleh dikategorikan kepada tiga iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh
dilihat dari segi faktor sosial dan emosi, serta faktor teknikal. Selain itu, berdasarkan Syed
Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan
meningkatkan nilai sivik yang menjadi penggerak bagi kehidupan masyarakat yang harmonis
dan aman di peringkat nasional dan global. Oleh itu, guru-guru di sekolah khususnya guru
sekolah rendah perlu memastikan elemen mesra budaya adalah disemai di dalam kelas
semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan
suasana yang kondusif dan positif dalam kalangan murid-murid.

2.1 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DALAM


PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah mementingkan kepada aspek
pengurusan persekitaran fizikal. Contohnya, keluasan ruang dan susun atur perabot, susun
atur kelas dan sebagainya. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu
aspek yang sangat penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra
budaya untuk membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, contoh yang
diberikan itu perlulah sesuai dengan kapasiti pelajar kerana jumlah pelajar yang melebihi
kapasiti yang sepatutnya boleh menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan
semakin lama menimbulkan masalah disiplin contohnya seperti bergaduh, tidak fokus ketika
guru mengajar, mendatangkan kecederaan dan sebagainya.

Antara cadangan yang disarankan adalah menyusun tempat duduk murid-murid


secara berkumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid berbilang kaum.
Idea ini bertepatan dengan pendapat Najeemah Md. Yusof (2006) yang menyatakan bahawa
guru seharusnya menyusun murid dalam kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai
taburan kaum yang sama dengan kumpulan lain. Jadi, murid- murid akan saling bekerjasama
dan berbincang sesama ahli kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
mencapai kesefahaman. Selain itu, guru juga boleh mengadakan gotong-royong untuk
menghias bilik darjah pada awal persekolahan. Hal ini kerana, budaya bergotong-royong
merupakan satu amalan yang mulia dan sangat dituntut di dalam agama tidak kiralah agama
apa sekalipun. Bagi sudut agama Islam, Islam menginginkan umatnya untuk saling mencintai
dan menyayangi, bersesuaian dengan prinsip gotong royong (Mohammad Muslihuddin Syah
Mustafa, 2014). Aktiviti gotong-royong yang diadakan akan mewujudkan hubungan yang rapat
antara murid yang pelbagai budaya apabila mereka bekerjasama dan saling tolong-menolong
semasa aktiviti tersebut dan seterusnya mewujudkan bibit-bibit persahabatan.

Seterusnya, dalam menguruskan bilik darjah supaya menjadi mesra budaya, guru
perlulah mementingkan aspek sosioemosi murid-murid ataupun faktor sosial dalam
pengurusan bilik darjah. Ini merujuk kepada pehubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid terutamanya ketika dalam bilik darjah. Kebanyakan murid yang ada dalam
sesebuah bilik darjah terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza dan unik.
Menurut Albert (1971), beliau berpendapat bahawa kanak-kanak membuat pemerhatian
ataupun ‘scan’ terhadap tingkah laku, sikap dan reaksi yang berada di sekelilingnya sewaktu
berinteraksi. Pemerhatian tersebut membawa kepada pemahaman dan lazimnya kanak-
kanak akan mengikut atau bahasa mudahnya meniru tingkah laku itu. Oleh itu, sebagai guru
perlulah sedar bahawa segala tingkah laku dan sikap mereka diperhatikan, diproses dan ditiru
oleh murid.

Jadi, guru boleh bersikap adil dalam memberi galakan, hukuman dan peluang kepada
murid tanpa diskriminasi iaitu tanpa mengira agama, budaya dan bangsa. Sikap adil guru yang
ditunjukkan akan diperhatikan, difahami dan seterusnya ditiru oleh murid-murid ketika
berinteraksi dengan rakan sekelas yakni mereka bersikap adil kepada rakan sekelas sama
ada ketika memberi pujian, menjatuhkan hukuman atau memberi peluang tanpa mengira
budaya, agama dan bangsa. Maka persekitaran sosioemosi yang mesra budaya dapat
diwujudkan. Guru juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ‘kamu ni
bodoh ke apa….’, ‘benda senang pon tak tahu…’ atau sebagainya. Hal ini kerana, murid-murid
akan meniru kata-kata yang dikeluarkan ini dan mengaplikasikan kepada rakan-rakannya. Hal
ini akan menjadi rumit sekiranya mereka mengeluarkan kata-kata negatif terhadap rakan
mereka yang berlainan bangsa dan akan menyebabkan terjadinya pergaduhan antara mereka.
Secara tak langsung, guru itu telah menghidupkan suasana emosi yang negatif di dalam bilik
darjah tersebut. Faktor emosi ini dikategorikan sebagai jenis kepimpinan Autokratik yang
menimbulkan suasana tegang dan tidak menarik serta tidak kondusif. Perkara ini jelas
bertentangan dengan persekitaran sosioemosi mesra budaya yang dimahukan.

Langkah terakhir yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan bilik darjah yang
mesra budaya ialah menumpukan kepada faktor teknikal yang merujuk kepada teknik-teknik
yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar murid. Menurut Mok
Soon Sang (2018), aktiviti-aktiviti yang menarik dapat merangsang semangat belajar murid
agar mereka lebih berusaha dengan lebih tekun lagi. Jadi, antara langkah yang efektif yang
boleh diambil guru ialah dengan melaksanakan aktiviti bermain untuk murid ketika
berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, aktiviti yang melibatkan
permainan ataupun bermain ini dapat memupuk budaya bekerjasama dalam kalangan murid
sebagai satu pasukan. Berdasarkan pendapat Noriati A. Rashid et al. (2014), yang
menyatakan bahawa aktiviti bermain mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlu menyedari bahawa pengurusan PdP
bukanlah sekadar bertumpukan kepada skop untuk memastikan murid mencapai hasil dan
objektif pembelajaran dalam domain kognitif sahaja. Malah guru perlu ketahui ahawa hasil
pembelajaran kemahiran insaniah sama sekali tidak boleh diabaikan. Hal ini juga bersesuaian
dengan falsafah pendidikan dalam konteks Islam yang menumpukan pembentukan individu
sehingga menjadi seorang manusia yang benar-benar sempurna bukan sahaja dari segi
pertambahan ilmu bahkan dari segi pembentukan akhlak dan rohani (Kurshid Ahmad, 1975).

Jadi, guru bolehlah mengubah atau memperbaiki perancangan pengurusan PdP yang
menggunakan komponen-komponen yang terdapat dalam pedagogi releven budaya.
Pendekatan pedagogi relevan budaya merupakan pendekatan yang menggunakan
pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza-beza
mengikut etnik murid dan hal ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
(Gay, 2000). Antara contoh yang paling berkesan adalah guru menggunakan elemen alam
sekitar untuk meningkatkan perkembangan pedagogi. Elemen alam sekitar adalah suatu
elemen yang paling baik untuk digunakan dalam pedagogi releven budaya kerana manusia
telah lama bersahabat dengan alam sekitar (Noriati A. Rashid et al., 2014).

Tamsilannya, guru meminta murid untuk menulis kepercayaan masyarakat setempat


terhadap persekitaran kampung atau tempat tinggal mereka, contohnya kepercayaan
masyarakat terhadap gunung ganang, tasik, sungai, pokok, gua dan batu besar. Murid boleh
mendapatkan bantuan daripada golongan dewasa seperti ibu bapa atau nenek untuk
memperoleh cerita. Dengan ini guru akan dapat memaksimumkan peluang pembelajaran
murid dengan mewujudkan pembelajaran bermakna dengan membolehkan murid mencapai
hasil pembelajaran kognitif iaitu menguasai kemahiran menulis di samping turut memperoleh
hasil pembelajaran insaniah atau afektif iaitu mengetahui dan menghargai keindahan alam
sekitar, amalan, sejarah dan budaya etnik masing-masing yang telah digunakan semasa
aktiviti PdP.
KESIMPULAN

Tintasnya, sebagai seorang guru kita mestilah memahami keadaan serta teknik yang
terbaik untuk mewujudkan sesebuah suasana atau iklim yang boleh memupuk semangat
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP. Guru perlulah mengutamakan
aspek sosiobudaya kerana ia merupakan isu yang sering menjadi masalah di dalam bilik
darjah pada masa kini. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan
suatu medium yang sangat baik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka
boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru hendaklah proaktif
untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu
melahirkan modal insan minda kelas pertama.
RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2014)
Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A.Rashid,Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.2009. Murid dan Alam
Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Ee Ah Meng. (2000). Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah (Edisi
kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Syed Ismail & Ahmad Subki (2012) Budaya dan Pembelajaran. Ipoh: Penerbitan Multimedia.

Sing Kiat Lee. (t.t). EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran - Pengurusan Bilik Darjah Mesra
Budaya. Diambil semula daripada

https://www.academia.edu/34006920/EDUP_3073_Budaya_dan_Pembelajaran_Pen
gurusan_Bilik_Darjah_Mesra_Budaya_docx

Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sek. Rendah:Komponen 1 & 2)
Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.

Haslina Azli. (t.t). Pengurusan bilik darjah (betul). Diambil semula daripada

https://www.academia.edu/7480264/Pengurusan_bilik_darjah_betul_

Diya Nasir. (2020). Langkah-langkah pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya. Diambil semula
daripada: https://diyanasir.wordpress.com/2020/06/05/langkah-langkah-pengurusan-
bilik-darjah-mesra-budaya/

Anda mungkin juga menyukai