Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT,
TUARAN, SABAH.

KERJA KURSUS

PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PPISMP) AMBILAN JUN 2019

BMM1044

PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMI DAN JAWI

NAMA : AHMAD DANISH BIN AHMAD SOLAHUDDIN

ANGKA GILIRAN : 2019062310025

NOMBOR KAD PENGENALAN : 010719-12-0505

KUMPULAN / UNIT : BAHASA MELAYU SJK(C) 1

KOD KURSUS : BMM1044

NAMA KURSUS : PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMI DAN JAWI

NAMA PENSYARAH : EN. ISMAIL BIN AG. PIUT

EN. D.VASUTHEVA A/L DAMOTHARAN

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 – PENULISAN (25%)

TUGASAN 2 – PENULISAN (25%)

TARIKH HANTAR : 21 FEBRUARI 2020 (TUGASAN 1)

19 MAC 2020 (TUGASAN 2)

MARKAH KKP PERAKUAN MAKLUM BALAS KKP


TUGASAN 1
BIODATA

NAMA : AHMAD DANISH BIN AHMAD SOLAHUDDIN

KAD PENGENALAN : 010719120505

AMBILAN : AMBILAN JUN

TAHUN : 2019

UNIT : BAHASA MELAYU (SJKC) - 1

TARIKH LAHIR : 19 JULAI 2001

TEMPAT LAHIR : KOTA KINABALU, SABAH

ALAMAT : 991, JALAN ALYSSA 1, TAMAN TUNKU SARINA

POSKOD : 06000

DAERAH : JITRA

NEGERI : KEDAH

NEGARA : MALAYSIA

AGAMA : ISLAM

BANGSA : MELAYU

NO.TELEFON : 011-55075938

EMAIL : danishcemnya@gmail.com
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya sangat
bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya akhirnya dapat
menyiapkan tugasan bagi Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi (BMM
1044) ini dengan sempurna dan jayanya dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih


yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Ismail Bin Awang
Piut. Beliau sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini juga di atas
kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam mendorong
dan memberikan panduan kepada saya dan rakan sekelas yang lain dalam
menyiapkan tugasan ini. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala
pengorbanan dan jasanya dengan memberikan kesihatan dan kesejahteraan
serta dipanjangkan umur kepada beliau.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada


pensyarah-pensyarah dari jabatan pengajian Melayu dan jabatan-jabatan lain
kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar
serta maklumat dan panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tanpa pengorbanan mereka sudah tentu saya tidak dapat menyipkan
tugasan ini dengan sempurna.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan abang-abang senior saya


yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah banyak memberikan kerjasama kepada saya dengan memberikan idea-
idea yang bernas untuk membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini.
Sesungguhnya, tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua pihak sudah
tentu saya tidak akan mampu untuk menyediakan tugasan sebegini.
PENGENALAN

Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak
tahun 1972.  Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua
bidang.  Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan pemerintah
Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua buah negara pada
16 Ogos 1972.

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan
penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan pada abad ke-16. Mereka (Portugis,
Sepanyol, dan Itali) menulis kata-kata bahasa Melayu yang didengar oleh mereka di pelabuhan-
pelabuhan, dalam huruf Rumi, dan mengeja kata-kata itu berdasarkan kesan bunyi yang mereka
dengar. Di samping itu mereka menerapkan peraturan ejaan yang ada dalam bahasa mereka.

Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan


ialah warga Itali, Antonio Pigafetta, pada abad ke-15.  Sejak itu pengembara lain dari Eropah,
seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan  dan ayat dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka
sendiri. Sejak itu, penggunaan ejaan Rumi digunapakai sehinggai sekarang dan menjadi
kebanggaan terutamanya kepada rakyat Malaysia.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS TAHUN 1900 MASIHI

2.1 Ejaan Rumi Wilkinson (1902)

Sistem Ejaan Rumi merupakan sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ejaan ini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri-Negeri
Bersekutu, iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang telah mencadangkan
pembentukan sebuah Jawatankuasa Ejaan Rumi yang diketuai oleh R.J. Wilkinson pada
tahun 1904. Seterusnya, sistem ejaan tersebut diberikan nama Sistem Ejaan Rumi
Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary yang disusun olah
R.J. Wilkinson yang kemudiiannya menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba dan
Sistem Ejaan Sekolah.

Pada tahun 1904 sebuah lagi jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Melayu
Bersekutu (British) telah menerbitkan buku panduan ejaan Rumi bahasa Melayu yang
bertajuk Romanised Malay Spelling. Sistem ejaan ini juga dikenal sebagai Sistem Ejaan
Wilkinson, kerana jawatankuasa itu dipengerusi olehnya. Jawatankuasa ini telah
menganjurkan enam peraturan utama untuk merumikan ejaan bahasa Melayu :

Peraturan Merumikan Ejaan Bahasa Melayu :


i. Semua perkataan Inggeris yang dipinjamkan oleh bahasa Melayu dieja
mengikut sebutan Melayu. Pinjaman Arab, ada dua kelompok iaitu yang sudah
diasimilasi sepenuhnya oleh bahasa Melayu, ejaannya mengikut sebutan
Melayu. Perkataan yang belum terserap sepenuhnya, prinsip transliterasi yang
dicadangkan tidak membezakan antara huruf yang hampir sama sebutannya
seperti ‫ ﮬ‬dengan ‫ ق‬, ‫ ﺡ‬dengan ‫ ك‬, dan beberapa huruf yang sama
sebutannya.
ii. Perkataan pinjaman yang meluas penggunaannya dalam bahasa Melayu,
misalnya warna dan kata akal dieja seperti yang disebut oleh orang Melayu.
Huruf ‘ain pada tengah perkataan dieja seperti yang disebut, iaitu dengan dua
a, misalnya maalum, maamur, dan maana.
iii. Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal
pembentukan katanyanya dipilih, walaupun sebutannya berbeza sedikit.
iv. Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja menyemai
bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi.
v. Perkataan-perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya, baharu dan cahaya dieja
dengan abjad h di tengahnya, iaitu menyamai dengan anjuran Ophuijsen.
vi. Vokal o dipilih bukannya u jika pada suku kata akhir yang berpola ong, oh, ok ;
misalnya kepong, buloh dan Merbok. Vokal u dipilih jika suku kata akhir berpola
um, un, ut, ul, us dan ur; misalnya minum, tahun, turut, betul, hangus dan
labur.
Wilkinson (1903) membahagi cara merumikan bahasa Melayu kepada dua sistem
yang dianggap sesuai, iaitu pertama, secara harfiah (menurut ejaan) dan kedua, secara
fonetik, iaitu mengikut sebutan sesuatu kata itu. Secara harfiah bermaksud mengambil
huruf-huruf Jawi dan memadankan dengan huruf-huruf rumi tertentu. Kebaikan cara harfiah
ialah dapat menjurus kepada keseragaman manakala kelemahannya adalah ketandusan
sistem vokal Arab untuk dipadankan dengan vokal bahasa Melayu di samping huruf-huruf
yang ada itu menghalang kajian sistem bunyi fonetik sebenar.

Dalam pelambangan vokal dan diftong, Wilkinson berpendapat bahawa ejaan Jawi
yang diterap berdasarkan sistem pelambangan vokal Arab sebenarnya tidak
menggambarkan hakikat sistem vokal Melayu yang sebenar. Alasan Wilkinson, dalam
bahasa Arab terdapat tiga vokal pendek yang melambangkan dengan baris harakat fatnah,
kasrah serta damnah, dan tiga vokal panjang yang dilambangkan dengan huruf alif, ya dan
wau. Oleh itu, huruf dan tanda baca dalam sistem abjad Arab tidak cukup untuk
melambangkan bunyi vokal Melayu. Mengenai diftong pula ada dua diftong dalam bahasa
Melayu, iaitu pertama yang melambangkan dengan <ai>, dan <au>.

Dari segi pelambangan konsonan, Wilkinson telah menggunakan beberapa


pendekatan untuk menentukan grafem Rumi bagi fonem konsonan bahasa Melayu di bawah
sistem ejaannya. Terdapat dua cara Wilkinson menentukan grafem rumi, pertama
menggunakan digraf manakala kedua, menggunakan titik di bawah huruf tertentu.
Penggunaan tanda titik di bawah enam huruf konsonan merupakan warisan daripada ejaan
Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat (1878) dan ejaan Maxwell (1882). Ada dua grafem
<dl> bagi huruf ‫ ض‬dan <tl> bagi huruf ‫ ظ‬yang meniru kaedah daripada Marsden (1812).

Seterusnya, terdapat juga pelambangan keselarasan vokal. Kaedah ejaan Rumi


Willkinson bukan sahaja memperlihatkan ciri keserasian antara lambang-lambang vokalnya
tetapi juga kaitannya dengan jenis-jenis konsonan yang menutup kata serta
kesepadanannya dengan ejaan Jawi yang menjadi landasan transliterasi.
2.2 Ejaan Rumi Za’ba (1933)

Orang Melayu pertama di Malaya yang telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu
ialah Za’ba pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Jawi-Rumi 1949. Za’ba telah
menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat
beberapa kelemahan.  Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk
memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu. Sistem Za’ba ini juga dikenali
sebagai ejaan Sekolah. Za'ba menerangkannya di dalam kata pendahuluan Risalah Petua
Ejaan Rumi Melayu di Malaya' diterbitkan oleh Department of Malay Studies, University of
Malaya dalam tahun 1955:

"Ejaan Rumi Melayu yang di-atorkan di-sini ia-lah mengikut kaedah yang biasa di-sebut
di Malaya "ejaan sekolah", iaitu chara ejaan yang mula-mula telah ditetapkan guru besar-
nya oleh Tuan RJ. Wilkinson dalam tahun 1902 dan kemudian telah di-pakai-nya dalam
kamus Melayu-lnggeris karangannya sendiri, dan juga dipakai dengan sadikit2 ubahan
dalam semua kamus Melayu-lnggeris dan lnggeris-Melayu yang disusun kemudian
daripada itu, kechuali Kamus Shellabear (1902- 1916)".

Za’ba turut membuat pembaharuan dengan membahagikan huruf-huruf Bahasa Melayu


kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada
enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri
daripada 21 huruf.

Sistem ejaan Za’ba turut mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh


keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika suku kata kedua itu suku kata
tertutup. Antara beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah huruf “h” dan “k”
adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i
pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan
sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.

Sekiranya suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan k, maka
vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya naib, sudip,pasir dan sebagainya, kecuali
jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan
bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan sebagainya.

            Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi sepenuhnya,
hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda ‘ dan sebagainya) dan ditulis
dengan huruf condong. Contohnya: wa’sala’m, ahlu’n-nujum, ‘amiru’I-minim, dan
sebagainya.

           Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan dengan
kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w,dan y.

            Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama dikekalkan
ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja) berteh, terbang, terpa, terkam,
merdu dan lain-lain, (re) meregang, berebut dan sebagainya.

            Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam tulisan
Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya: langgar, hinggap, manggis,
menanggong, menenggelamkan dan sebagainya.

           Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi
sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu. Contohnya: saman,
repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya. Jika kata dasar berawalkan huruf b dan
p, maka awalan pe- dan me- mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar
yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas,
penaung, penyanyi dan sebagainya.

            Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k, maka


imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-. Misalnya, (pe) pengaku,
pengempang, pengekor, pengikut, penggali, penghubung, pengait dan (me) mengaku,
mengamok, mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata
dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang mengekalkan
huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga dalam perkataan mengkemudiankan.

            Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang, dan huruf s
dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding dengan nama khas.
Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di-bawa, dan sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam
ejaan perkataan sianu dan siapa yang tidak memakai sempang.

            Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada awal
perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah, kemudian daripada tanda tanya jika
bukan percakapan pengarang, kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan
percakapan pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris syair
atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama dalam perkataan teriakan. 
Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata
gantinya, nama tempat, nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat
khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya, nama bulan,
hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda yang diserukan.

2.3 Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)

Ejaan Rumi yang dikenali Ejaan Fajar Asia ialah kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah
dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal
Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Ejaan ini digunakan pada zaman pendudukan
Jepun di Tanah Melayu, selepas berakhir pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1945
dan Tanah Melayu kembali kepada pemerintahan British, ejaan ini terhenti penggunaannya
dan Ejaan Za’ba digunakan. (Asmah Omar, 2008:93). Grafem yang digunakan dalam Fajar
Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam sistem ejaan
Wilkinson dan dalam sistem ejaan Za‟ba. (Ismail Dahaman, 2007:290). Walaupun sistem
ejaan ini dilihat lebih baik berbanding Ejaan Wilkinson dan Ejaan Za‟ba dari sudut grafem,
namun ianya juga tidak menepati untuk digunakan sebagai sistem ejaan di dalam kajian
terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, kerana ianya masih lagi tidak mempunyai pedoman dan
transliterasi yang konsisten. Berikut ini disenaraikan padanan fonem-grafem Rumi yang
dirumuskan berdasar pada contoh ejaan kata yang dipetik daripada kandungan majalah
Fajar Asia tahun 1943.
a) Pelambangan Vokal

Kesemua lima huruf vokal digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal Melayu,
iaitu dengan <e> sebagai grafem bagi kedua-dua taling dan pepet tanpa memakai tanda
aksen.

Fonem Grafem Contoh Kata


/a/ <a> bawah, atas, sana
/e/ <e> leher, dewasa, kelepet
/ə/ <e> tenggelam, seberapa
/i/ <i> ini, cicit, didunia
/o/ <o> orang, dorong, tomato
/u/ <u> hulu, sungguh, itu

b) Pelambangan Diftong

Diftong dalam ejaan Fajar Asia dirakamkan dengan grafem yang sama seperti dalam
ejaan Wilkinson atau Za’ba, iaitu <ai> bagi /ai/, <au> bagi /au/, dan <oi> bagi /oi/,
misalnya : pantai, pulau, sepoi.

c) Pelambangan Konsonan

Penggunaan lambang yang agak mengelirukan ialah tanda koma di atas <’> bagi /?/
yang sering dikelirukan dengan <ʻ> yang sepadan dengan ain. Sungguhpun tanda <ʻ>
digunakan pada beberapa kata dengan sewajarnya sama ada penanda vokal nasal
mahupun sebagai padanan ain penutup suku kata seperti dalam kaedah ejaan Za’ba
tetapi, dalam praktis penggunaan yang lain, <’> diamalkan sebagai padanan bagi ain.
Perhatikan contoh kekeliruan yang berikut :

Maʻlaum dan ma’lum; saʻat dan sa’at; diʻayah dan di’ayah

Vokal nasal : ‘ilmu, do’a, ra’I, tabi’at

Ain penutup : ma’na, khusu’, ma’mur


d) Pelambangan Sistem Keharmonian Vokal

Merupakan sistem ejaan yang digunapakai oleh Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di
Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan terbit pada
awal tahun 1940-an semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

Pada umumnya, kata-kata dalam Fajar Asia dieja dengan grafem <i> dan <u> pada
suku kata kahir tertutup apabila suku kata praakhir mengandungi <a>, <i>, <u> atau <e>
pepet yang didapati menyimpang daripada kebiasaan dalam sistem Za’ba. Didapati
bahawa grafem <e> taling dan <o> digunakan pada suku kata prakhir mengandungi <e>
taling dan <o> juga. Sungguhpun begitu, terdapat variasi ejaan yang menunjukkan
penggunaan kedua-dua vokal separuh sempit dan sempit, sama ada vokal belakang
atau vokal depan, atau penggunaan <e> taling dan <o> sahaja, terutamanya bagi kata
yang suku katanya yang akhir ditutupi <h> atau <k> selepas /e/ dan yang ditutupi <h>,
<k>, <ng> atau <r> selepas /o/ seperti dalam ejaan Za’ba. Berikut ini dipaparkan contoh
penggunaan bagi 12 pola keharmonian vokal yang berkenaan.

Pola Grafem Contoh Kata


/a-e/ <a-e> chantek, balek, maseh, kaseh
<a-i> chantik, balik, masih, kasih
/a-o/ <a-o> dato’, kandong, anjor
<a-u> jatuh, kandung, sayur
/ə-e/ <e-e> lebeh
<e-i> lebih, bersih, encik, betik
/e-e/ <e-e> pendek, leher
/e-o/ <e-o> elok
/i-e/ <i-e> itek
<i-i> pilih, titik, keliling
/i-o/ <i-o> timor
<i-u> timur
/o-e/ <o-e> boleh, kochek, topeng
/o-o/ <o-o> bodoh, pokok, kosong, kotor
/u-o/ <u-o> chuchok, gunong, untok
<u-u> bunuh, chuchuk, gunung, untuk
e) Penulisan Kata Ulang

Kata ulang dalam Fajar Asia ditulis dengan dua cara seperti dalam system ejaan Za’ba,
iaitu :

i) Dengan menggunakan tanda sempang pada unsur yang diulang


Contoh : tunggu-tunggu, setinggi-tinggi, mengharap-harap
ii) Dengan menggunakan angka dua
Contoh : bangsa2, pembesar, sekali2

Dalam praktisnya, angka dua lebih banyak digunakan daripada tanda sempang
kerana menghematkan ruang dalam majalah tersebut.

f) Penulisan Kata Depan

Kata depan <di> dan <ke> dalam Ejaan Fajar Asia ditulis serangkai dengan kata yang
mengikutinya, dan ini berbeza daripada kaedah Za’ba yang merangkaikannya dengan
tanda sempang, kecuali apabila diikuti oleh kata yang bermula dengan huruf besar yang
dijarakkan daripadanya. Contohnya :

di : diatas, dibawah, didalam, disitu, disebelah ;

didunia, disungai, dinegara, dilaut, dikedai ;

di Sumatera, di Semenanjung, di Nippon

ke : keatas, kebawah, kedalam, kesitu, kesebelah ;

kedunia, kepulau, kenegara, kelaut, kemedan ;

kezaman, kemasa ;

ke Sumatera, ke Semenanjung, Ke Nippon

g) Penulisan Kata Turunan

Penulisan kata turunan atau kata berimbuhan dalam Fajar Asia adalah seragam, iaitu
semua imbuhan awalan dan/ atau akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau
bentuk dasar. Penulisannya memperlihatkan perlakuan perubahan morfofonemik yang
wajar dan sesuai dengan sistem bunyi bahasa Melayu yang terdapat dalam kaedah
ejaan Za’ba. Contoh :
<peN> : pemerintah, penduduk, pengemudi, penghabisan

<meN> :memerintah, menggelisah, memusnahkan, menunggu, mengepalai,


mempunyai, menengok

<beR> : bekerjasama, berkembang, berjuang, berkahiran

<peR> : pekerja, perkembangan, perjuangan permukaan

<teR> : terutama, terdengar, terhadap, terentang

<di> : dilakukan, dihimpit, dipegang, diperingatkan

<ke> : kepentingan, kehendak, ketua, kedua

<se> : seberapa, sesaorang, sebagai, sesudah

2.4 Ejaan Rumi Kongres

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan Johor Bahru
pada 16-21 September 1956, juga telah membincangkan beberapa kertas kerja yang
berkaitan dengan sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu, selain hal-hal yang berkait
tentang pelajaran Melayu, perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan peranan
bahasa Melayu dalam beberapa bidang kehidupan. Sidang tersebut telah menghalusi tiga
kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah membuat 16
ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu
ketetapan tentang tulisan Jawi.

Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi
(maksudnya fonemik) bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem
atau huruf sahaja. Antara ketetapan yang menyimpang daripada ejaan Za’ba ialah seperti
yang berikut :

i) Pertukaran huruf atau abjad

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


sy ŝ
ch c
ng ɧ
ny ǹ
ĕ (pepet) e
e (taling) ĕ
ai ay
au aw
oi oy

ii) Perbezaan dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir
tertutup. Kongres telah menetapkan penggunaan vokal i atau vokal u dalam suku
kata akhir tertutup tanpa sebarang kekecualian (iaitu menyimpang daripada
sistem Za’ba) jika vokal pada suku kata pertamanya bukan vokal o atau e (taling).
Jika vokal pada suku kata pertamanya vokal o dan e (taling), maka vokal pada
suku kata akhirnya ialah o atau e (taling) juga, iaitu menyamai sistem Ejaan Za’ba
seperti yang berikut:

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


kasih kasih
balek balik
jatoh jatuh
datok datuk
burong burung
bubor bubur
boros boros

iii) Tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali


dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada
tiga tempat sahaja, iaitu :
a) Pada kata gandaan yang terdiri daripada dua cara penggunaannya.
Pertama untuk memisahkan bahagian yang digandakan ejaannya.
Contohnya kata berulang-ulang, ataupun memisahkan bahagian yang
hendak diulangkan sebutannya jika memakai angka dua. Contohnya
berulang2 (yang diulangkan sebutan ialah bentuk ‘ulang’).

b) Pada kata majmuk, sempang digunakan untuk memisahkan bahagian-


bahagiannya. Contohnya setia-usaha, jawatan-kuasa, kerja-sama, sanak-
saudara dan sebagainya. Bagi kata majmuk yang sudah sebati ejaannya,
iaitu ditulis secara bercantum, maka tetaplah dieja bercantum tanpa
sempang.Contohnya matahari, purbakala, tanggungjawab, dan
sebagainya.

c) Tanda sempang digunakan untuk memisahkan bahagian yang tidak dapat


ditulis sepenuhnya kerana kehabisan halaman, seperti yang dianjurkan
oleh sistem Za’ba.

iv) Perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan Kongres


menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal, yang lebih
menghampiri ejaan Indonesia. Misalnya :

Ejaan Za’ba Ejaan Kongres


ayer air
kerana karena
sadikit sedikit
ugama, igama agama
kesah kisah
ka ke
sa se

v) Kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu
se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa
penggunaan sempang, tetapi imbuhan-imbuhan di-, ke-, ter-, -kan, -an dan lain-lain,
serta partikel –lah, -tah, -kah, -ku, -mu, dan –nya dicantumkan dengan kata dasar
tanpa penggunaan sempang.
Ejaan Kongres ini tidak dilaksanakan secara meluas, sebaliknya ejaan Za’ba terus
digunakan dalam sistem pendidikan Malaya. Mungkin satu daripada sebab utama ialah
kerumitan untuk melambangkan beberapa huruf atau grafem yang tidak terdapat dalam
mesin taip atau alat cetak. Walau bagaimanapun minat untuk menyatukan kedua-dua ejaan
bahasa Melayu Malaya dan bahasa Indonesia telah timbul, bukan sahaja di kalangan orang-
orang awam tetapi juga pihak berkuasa kedua-dua buah Negara. Di Malaya sebuah
Jawatankuasa Ejaan telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1957 dengan tujuan :

“…untuk menimbangkan ketetapan yang dibuat oleh Kongres


… berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan
bahasa Indonesia dan mendatangkan syor-syor bagi satu cara
Ejaan Kebangsaan Rumi yang tetap.”
(Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia: 1975: x)

Seterusnya usaha-usaha telah dibuat pada peringkat kerajaan antara kedua-dua


negara untuk memenuhi maksud ini. Dengan demikian pada tahun 1959, satu persidangan
telah diadakan di Jakarta antara wakil kerajaan Malaya yang diwakili oleh Jawatankuasa
Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Indonesia yang diwakili oleh
Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia untuk membentuk satu
sistem ejaan yang dapat digunakan bersama oleh kedua-dua buah negara. Hasilnya satu
persetujuan telah diumumkan tentang satu ejaan bersama yang dinamakan Ejaan Malindo
yang dicadangkan perasmiannya selewat-lewatnya pada 1962. Tetapi perkembangan
selanjutnya telah terhenti buat seketika kerana ketegangan politik Antara kedua-dua Negara
itu membawa kepada peristiwa konfrontasi pada tahun 1963 yang memutuskan langsung
perhubungan persahabatan kedua-dua buah Negara. Namun setelah peristiwa konfrontasi
berakhir pada tahun 1966, maka beberapa perjumpaan dan mesyuarat telah diadakan
Antara kedua-dua pihak di Jakarta dan Kuala Lumpur. Hasilnya kedua-dua pihak bersetuju
untuk mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo yang
dipersetujui pada tahun 1959 itu dilaksanakan segera.

Namun, oleh sebab proses penelitian, perbincangan dan pembaikian memakan


masa yang lama, maka ada pihak-pihak yang lain terpaksa membentuk sistem ejaan
mereka sendiri, untuk memenuhi keperluan yang mendesak. Satu daripadanya ialah
Universiti Malaya yang telah menubuhkan Sistem Ejaan Universiti Malaya pada tahun 1971,
yang disasarkan sistem Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia dan Ejaan Cadangan Malaysia
(Asmah Haji Omar, 1975).
2.5 Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PBMUM (1959)

Sistem ejaan PBMUM telah diwujudkan dalam kalangan akademik selepas Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu Ketiga 1956. Sistem ejaan PBMUM digunakan oleh PBMUM untuk
menerbitkan jurnal Bahasa mulai tahun 1959. Sistem ini juga merupakan suatu percubaan
lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi Bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana
sistem ini hampir serupa dengan Sistem ejaan Fajar Asia.

Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan
jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM) bermula pada tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi
yang diperakukan, tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan
Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai ejaan
Fajar Asia dan Ejaan Soewandi. Berikut ini dipaparkan beberapa ciri penting kaedah ejaan
PBMUM yang dikira berbeza daripada ejaan Melayu yang sedang berlaku (ejaan Za’ba).

Perlambangan fonem yang berbeza daripada ejaan Za’ba ialah grafem bagi vokal
taling dan pepet, grafem diftong, lambang bagi /c/, serta beberapa grafem bagi konsonan
sekunder daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

PBMUM mengambil <e> sebagai lambang bagi kedua-dua /e/ dan pepet. Grafem
vokal yang lain adalah sama dengan grafem dalam ejaan Za’ba iaitu <a>, <i>, <o> dan <u>.

Diftong Melayu merakamkan dengan grafem <ay> bagi /ai/, <aw> bagi /au/, dan
<oy> bagi /oi/, misalnya : sebagay, sampay, sesuay, sawdara, ataw, beliaw, sepoy.

Ejaan PBMUM menggunakan grafem ekahuruf <c> sebagai lambang bagi /c/ tetapi
mengekalkan diagraf <ng>, <ny> dan <sh> seperti dalam ejaan Za’ba bagi /ɧ/, /ǹ/ dan /ŝ/
satu per satu. Beberapa konsonan Arab dan Inggeris disesuaikan ke dalam sistem fonem
Melayu dan dilambangkan dengan grafem yang biasa digunakan bagi bunyi-bunyi Melayu.
Fonem /f/ dirakamkan dengan <p>, misalnya : paham, pikir, insap, huruf (tetapi daif).
Konsonan /f/ dan /v/ Inggeris pun, nampaknya, dimelayukan dengan <p>, misalnya: paktor,
nobel. Fonem /ǧ/ disesuaikan dengan grafem <g>, misalnya: galib, logat. Fonem /x/ Arab
pula disesuaikan dengan dua grafem, iaitu <k> atau <h>, misalnya: tawarik, kutubkanah,
ahbar, ahir. Huruf Jawi dad disesuaikan dengan grafem <d>, misalnya: darurat, hadir. Ejaan
PBMUM menerima fonem /d/ dan /b/ Arab pada posisi akhir yang dirakamkan dengan <d>
dan <b> Arab pada posisi akhir yang dirakamkan dengan <d> dan <b> satu per satu,
misalnya: abad, wujud, maksud, sebab, maktub, nasib.

Sistem keharmonian vokal diperlihatkan dalam ejaan PBMUM sebagaimana yang


ditunjukkan oleh Fajar Asia, iaitu grafem <i> dan <u> digunakan pada suku kata akhir
tertutup apabila vokal /a/, /i/, /u/ dan pepet terdapat pada suku praakhir; dan grafem <e> dan
<o> digunakan pada suku kata akhir tertutup apabila vokal /e/ dan /o/ juga terdapat pada
suku kata praakhir. Sekadar contoh, perhatikan kata-kata berikut : kasih, baik, Tarik,
pengaruh, lauk, atur, langsung, tulis, tubuh, bentuk, tegur, penuh.

Penulisan kata turunan dalam ejaan PBMUM menunjukkan kaedah yang seragam,
iaitu awalan dan akhiran dirangkaikan dengan kata dasar atau bentuk dasar, kecuali apabila
kata dasar diulang dengan menggunakan angka dua. Kebanyakan kata ulang ditulis dengan
angka dua dan memakai sempang bagi kasus kata kerja berawalan, misalnya: cara2,
pendapat2, pertubuhan2, penyokong2nya, ke-dua2; tetapi karang-mengarang, dihemat-
hemati, serba serbi, tulis menulis.

Dalam ejaan PBMUM, kata depan <ke> dipasahkan daripada kata yang
mengikutinya, sedangkan <di> dirangkaikan dengan kata yang mengikutinya, misalnya: ke
arah, ke negeri, ke semasa, ke Malaya, disebuah, disini, dibelakang.

Partikel <lah>, <kah>, <tah>, dan <pun> serta kata ganti singkat <nya> dirangkaikan
dengan kata yang mendahuluinya, misalnya kata : ialah, apakah, siapapun, berduapun,
telahpun, atawpun, sungguhpun, sebaliknya, diusahakannya.

Konsep kata majmuk dengan pengertian dua kata yang ditulis serangkai didapati
tidak begitu jelas dalam aturan ejaan PBMUM. Pemerhatian kita menunjukkan bahawa kata
yang ditulis serangkai itu tergolong dalam kategori kata majmuk, rangkai kata biasa, kata
bilangan, kata ulang, dan frasa parataksis, serta simpulan bahasa, misalnya: kerapkali,
turutserta, jalanraya, susahpayah, buahtangan, empatpuluh, setakatmana.
2.6 Ejaan Rumi Baharu, ERB (1972)

ERB ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip
perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama
daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi
pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan
yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar
belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan
sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia.

Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi,


kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata
berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi
merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di
rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.
3.0KESIMPULAN

Kesimpulan, percubaan untuk mengadakan beberapa sistem ejaan Rumi bagi


mengatasi ketidakselarasaan pengejaan yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan
Sistem Ejaan Za’ba seperti yang digambarkan dalam ketiga-tiga kaedah Ejaan Rumi bagi
mengatasi ketidakselarasan pengejaan yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan
Sistem Ejaan Za’ba seperti yang digambarkan dalam ketiga-tiga kaedah Ejaan Rumi Fajar
Asia, Ejaan Kongres dan Ejaan Rumi PBMUM itu nampaknya sama sekali tidak berhasil
kerana tidak mendapat tunjangan daripada pengguna bahasa. Sistem Ejaan Fajar Asia yang
berlaku dalam zaman pendudukan Jepun di Malaysia tidak diwarisi kepada masyarakat
selepas Malaya kembali ke dalam pemerintahan Inggeris, tetapi bertumpu kepada Sistem
Ejaan Za’ba atau Ejaan Sekolah. Ejaan Kongres agak terbatas kepada peminat dan
penyokong Kongres dan hanya baru diberikan perhatian semula apabila kerjasama
kebahasan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia bermula sekitar tahun 1959. Ejaan
Rumi PBMUM amat terbatas dan tidak tersebar selain daripada dalam jurnal Bahasa yang
hidup beberapa tahun sahaja. Sebagai percubaan mengadakan inovasi, sistem-sistem ejaan
tersebut mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam sejarah pembaharuan sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu di Malaysia dan dalam hubungannya dengan sistem ejaan baru
tahun 1967.
4.0 RUJUKAN

Asmah, Omar, Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2001, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ismail, Dahaman. 2007. Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1987, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, et al. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Daftar Ejaan Rumi-Jawi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Rohayu Ismail. 2008. Melestarikan Tulisan Jawi. Berita Harian, 19 November 2008, 2

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
TUGASAN 2
SAJAK

Butir Mutiara Dari Pendosa

Aku pendosa, hilangkan taat untuk khianat

Memilih pergi dari tinggal untuk mati

Naluri memaksa aku untuk tetap seperti koloni

Liar, brutal

Aku pendosa

Mengemis, dalam iba yang dipandang sebelah mata

Takut, kecil tidak berarti

Mengais ampunan dalam sisa yang begitu memuakkan

Aku pendosa

Menitikkan air mata mutiara dalam kalut hati penuh emosi


ANALISIS TEKS JAWI BERDASARKAN HUKUM EJAAN JAWI

Bil. Hukum Keterangan Hukum Perkataan/Contoh


yang terdapat dalam
sajak
1. Tradisi Ejaan Tradisi menggunakan sistem baris
sekurang-kurangnya pada satu suku kata yang Dari
sepatutnya dilambangkan dengan huruf vokal
tetapi tidak termasuk dalam jenis ejaan Lazim
atau Mengikut Hukum. Terdapat sekurang-
kurangnya 16 perkataan yang termasuk dalam
ejaan tradisi. Walaubagaimanapun, perkataan
‘ini’ yang sudah terbiasa dipakai bersama kata
jati Melayu yang lain, sebenarnya ialah kata
serapan Parsi (Alessandro Bausani 1988).
2. Lazim  Ejaan Lazim ialah ejaan yang Penuh
menggunakan sistem vokal kecuali: –Bunyi
e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ (‫)تله‬
 Bunyi a dalam suku kata KVK kecuali
apabila berlaku homograf seperti lentik (
‫ ) لنتيق‬dan lantik ( ‫)التينق‬
Bunyi a dalam kata satu suku kata yang
bermula dengan wau seperti ‘wang’ (‫) واڠ‬.

3. Diftong Diftong bermakna gabungan dua vokal yang Air


disebut dalam satu suku kata akibat
Liar
perubahan kedudukan lidah, seperti ai, au, dan
oi. Diftong boleh terletak pada awal kata, di
tengah kata dan akhir kata
4. Imbuhan Kata dasar sesuatu perkataan tidak berubah Memuakkan
apabila menerima imbuhan. Namun demikian,
Menetikkan
dalam keadaan tertentu ejaan kata dasar
mungkin berubah apabila menerima imbuhan. Hilangkan

Memilih
Imbuhan Awalan
Dipandang
di-, ke-, se-, ber-, me-, pe-, per- dan ter-
Memaksa
Imbuhan Akhiran
-an, -lah, -kah, -tah, -kan dan –nya
5. Luar Ejaan Jawi luar derlung adalah hukum yang
Derlung
suku kata akhirnya dimulai dengan huruf selain
dal, ra, lam, wau dan nga. Menurut hukum ini,
huruf alif tidak diletakkan pada suku kata Iba

terakhir. Namun kadang kala, homograf terjadi


seperti antara perkataan puas (‫ ) ڤىاش‬dan
puasa (‫) ڤىاصا‬. Maka, untuk mengelakkan
kekeliruan, huruf alif diletakkan pada
perkataan puasa. Contoh-contoh ejaan luar
derlung termasuklah raja ( ‫) راج‬, mata (‫) ماث‬
dan kelapa (‫) کالڤ‬.

6. Hukum kata Bunyi vokal a pada suku kata pertama terbuka


dasar lebih
pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi
dua suku
kata (Ha kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan
dan aha) Hati
huruf alif. Ini dikenali juga sebagai Hukum Ha
dan Aha. Namun bagi ejaan perkataan dua
suku kata seperti hari dan hati, huruf ha tetap
diikuti dengan huruf alif.

PANDANGAN KENDIRI

Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan berkenaan hukum ejaan jawi, dapat saya
simpulkan bahawa jawi ini sangat mementingkan aspek hukumnya dalam ejaan supaya
masyarakat pada harini tidak keliru dan merasakan jawi ini merupakan sesuatu yang sukar
untuk dipelajari. Sebenarnya jawi ini boleh dipelajari oleh sesiapa pon masyarakat yang
boleh berbahasa Melayu asalkan dia berusaha untuk memahaminya dengan lebih
mendalam. Hukum ejaan jawi ini hanya ingin menekankan bagaimana untuk kita
menukarkan dari perkataan rumi ke jawi supaya mudah untuk difahami dan tidak disalah
tafsir. Contohnya, perkataan “puasa” dan “puas”. Supaya tidak keliru, “puasa” itu
ditambahkan huruf alif.
Dengan melakukan analisis ini, saya dapat lebih memahami bagaimana untuk
membezakan huruf-huruf atau bila mahu meletakkan mana-mana huruf jawi supaya ia lebih
mudah dibaca dan meningkatkan keupayaan saya menulis jawi. Sememangnya ejaan jawi
memerlukan ilmu yang betul dan tidak boleh dipandang remeh. Semoga dengan siapnya
tugasan ini, saya dapat terus berusaha untuk memantapkan kemahiran saya tentang jawi.

RUMUSAN

Sebagai rumusan, memang tidak disangkal sistem ejaan jawi pada hari ini tidak diambil
berat oleh segelintir masyarakat contohnya ibu bapa dan anak-anak remaja. Mereka
merasakan jawi ini bukan sebahagian dari pendidikan yang harus dipelajari. Tetapi
sebenarnya jawi ini amat penting kepada kita terutamanya rakyat Malaysia kerana ini
merupakan antara warisan kita yang kekal hingga sekarang. Sekiranya jawi ini dilupakan
begitu sahaja, maka hilanglah satu warisan yang dibanggakan. Jadi setiap pihak mestilah
mengambil peranan dalam menaikkan semula sistem ejaan jawi ini supaya tidak ditelan
zaman. Sememangnya pada harini ia digelar zaman moden, zaman teknologi membangun,
Disebabkan itu juga, setiap pihak perlulah menggunakan segala teknologi yang ada untuk
menaikkan jawi ini contohnya mempromosikan di media sosial dan sebagainya. Diharapkan,
jawi ini dapat diteruskan oleh generasi-generasi kini dan tidak dipandang remeh.

RUJUKAN
Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal
Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104

Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 :


Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179

Daftar Ejaan Rumi-Jawi, © Dewan Bahasa dan Pustaka 1988, ISBN 983-62-0027-2,

Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Hulu Kelang/Ampang,


Selangor Darul Ehsan

Dr. Wan Ali Wan Mamat. 2006. Sejarah dan Pertumbuhan Skrip Jawi. Dlm.

Muhammad Bukhari Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail & Siti

Fatimah Sudin (pnyt). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.Kamus Pelajar.

Luqman, Ogos 2015, Sistem Tulisan Jawi, diakses daripada

http://luqmanln.blogspot.com/2015/08/sistem-tulisan-jawi.html

Anda mungkin juga menyukai