Anda di halaman 1dari 6

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER 1 TAHUN 2021
NAMA PELAJAR: NIK NUR FARIHA BINTI JAHRI

ANGKA GILIRAN: 202114231006

NOMBOR KAD PENGENALAN: 030409140808

KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU 1

KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH: MOHD PUAD BIN JOHAR

TARIKH HANTAR: 26 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan
Kuliah
Tanda Tangan Tarikh

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


NO. MARKAH
TUGASAN
Markah Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3
1
Selepas
Moderasi
2

3 dalam
Markah
100 %
4

JUMLAH
1.0 Asal usul bahasa Melayu

Sebelum mengetahui tentang asal usul sesuatu bahasa kita perlu mengetahui
siapakah yang menuturkan bahasa tersebut.Hal ini kerana bahasa yang digunakan dilahirkan
oleh bangsa atau masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut untuk memudahkan
mereka untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Jadi marilah kita menjejaki dari mana asal
usul bahasa Melayu yang sebenar.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “melayu”
membawa maksud nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung
Malaysia).Bahasa pula boleh didefinisikan sebagai penggunaan kod,iaitu gabungan fonem
sehingga membentuk satu kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang
memiliki erti(Rosmah binti Ambong,Rosnita binti Idris & Rasidah anak Linggir ,2012).
Terdapat pelbagai bukti menyatakan bahasa Melayu salah satu bahasa yang memiliki
tamadun.Bahasa melayu mampu menciptakan tamadun terbesar dahulu kerana mereka
berfikir dalam bahasa Melayu,iaitu bahasa yang ragam dan tinggi,bukan bahasa
pasar(Dewan Masyarakat,DR.Hasan Ahmad).Dengan ini terbukti bahasa melayu telah lama
digunkan sejak zaman dahulu lagi.

Pada awalnya,terdapat beberapa teori tentang asal usul bahasa Melayu ini antaranya
adalah teori yang pertama menyatakan bahawa penutur bahasa Melayu ini berasal daripada
satu kelompok yang diberi nama sebagai Austronesia.Kelompok ini merupakan pendatang
dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan serta mendiami wilayah Asia Tenggara.Pada
tahun 2500 sebelum Masihi,dengan kedatangan golong yang terawal ini yang dikenali
sebagai Melayu Proto.Selepas kedatangan mereka terdapat golong kedua yang berhijrah
pada tahun 1500 sebelum Masihi.Golongan ini ialah Melayu Deutro.Mereka ini telah berhijrah
di daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.Mereka juga menunjukkan kepintaran
mereka dalam berlayar dan bercucuk tanam.(Rosmah binti Ambong,Rosnita binti Idris &
Rasidah anak Linggir ,2012).

Menurut kajian yang telah dibuat oleh J.H.C Kern pula beliau berpendapat bahasa
Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.Hal ini kerana terdapat beberapa
perkataan yang digunakan dalam seharian terutama nama tumbuh-tumbuhan,haiwan dan
nama perahu.Beliau mendapati bahawa perkataan tersebut terdapat di Kepulauan Nusantara
ini terdapat juga di Madagascar,Filipina,Taiwan dan beberapa kepulaun yang lain.Antara
perkataannya ialah mata,rotan,pisang dan padi.Jadi beliau membuat kesimpulan bahawa
bahasa Melayu ini berasal dari Asia.
2.0. Perkembangan bahasa awal bahasa Melayu

Seterusnya,bahasa Melayu mula berkembang secara meluas sehingga hari


ini.Perkembangan bahasa melayu ini berkembang secara berperingkat-peringkat dari zaman ke
zaman.Perkembangan bahasa Melayu ini terbahagi kepada 3 peringkat.Ia bermula dengan
bahasa Melayu kuno dan diikuiti dengan bahasa Melayu klasik dan diakhir dengan bahasa
Melayu moden yang digunakan oleh masyarakat hari ini.Dengan ini menggambambarkan dan
membuktikan bahasa Melayu berlaku perkembangan dan mempunyai sejarah penyebarannya.

Pada zaman Melayu kuno bermula pada abad ke-4 masihi (Abdul Rashid dan Amat
Juhari Moain,2006:27).Hal ini kerana terdapat bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chua di
teluk Tourane Vietnam.Bukti penemuannya ialah sebuah prasasti.Menurut Wikipedia bahasa
Melayu kuno terbentuk setelah kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu.Ketika itu
bahasa yang digunakan dikenali sebagai bahasa Melayu Purba.Namun bahasa ini berkembang
menjadi bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.Bahasa melayu kuno
mencapai kegemilangan dari abad ke-7 hingga abad ke -13 pada zaman kerajaan Sriwijaya
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.Penuturnya di Semenanjung,Kepulauan Riau
dan Sumatera.

Bahasa Melayu kuno ini juga diterima oleh ramai pihak kerana bersifat serdehana dan
mudah menerima pengaruh luar.Bukan itu sahaja,bahasa Melayu kuno juga tidak terikat kepada
perbezaan susan lapis masyarakat serta mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
bahasa Jawa.Bahasa melayu ini mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana terdapat
pengarauh agama Hindu yang meluas ketika itu.Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas
bangsawan,dan dikatakan mempunyai hieraki yang tanggi.Oleh itu,terdapat banyak pengaruh
bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu Kuno.Contoh kata-kata pinjamnnya ialah ‘karana’,
‘tatakala’ dan sebagainya.Bahasa ini juga tidak mempunyai pengaruh dari Pasri atau Arab.

Terdapat juga bahan bukti sejarah yang ditemui contohnya batu bersurat pada abad ke-7
yang menggunkan huruf Pallava.Antara batu yang ditemuai ialah Batu bersurat di Kedudukan
Bukit,Palembang (683 Masihi),Batu bersurat di Talang Ruwo,dekat Palembang (684
Masihi),Batu bersurat di Kota Kampur,Pulau Bangka (686 Masihi),Batu bersurat di Karang
Brahi,Meringin,daerah Hulu Jambi (686 Masihi) dan Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di
Gandasuli,Jawa Tengah (832 Masihi) ditulis dalam huruf Nagiri.

Antara ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno ini adalah susunan ayatnya
bersifat Melayu.Selain itu,dari sebutan perkataan ada sedikit perbezaan.Contohnya bunyi [B]
ialah [V] dalam bahasa Melayu kuno.Misalnya,bulan yang di sebut sebagai vulan.Antara ciri lain
ialah awalan ber digantikan menjadi mer dalam bahasa Melayu kuno.Contohnya,berlepas akan
menjadi merlepas pada zaman tersebut.Selain itu,bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti
bh,th,ph,dh,kh dan h.Misalnya,sukhatshitta yang bermaksud sukacita.Ciri seterusnya, ialah
huruf h akan dihapuskan dalam bahasa moden.Contohnya,perkataan semua dalam bahasa
melayu moden disebut sebagai semuha dalam bahasa melayu kuno.Ciri lain ialah bunyi e pepet
tidak wujud contonhnya dengan akan menjadi dngan atau dangan.Ciri terakhir ialah awalan ‘di’
ialah ‘ni’ dalam bahasa Melayu kuno seperti diperbuat akan menjadi niparvuat pada Ketika itu.
Bahasa Melayu kuno mula mengalami peralihan kepada bahasa Melayu klasik.Menurut
Wikipedia peralihan ini dikaitakan dengan perkembangan agama islam yang semakin tersebar
luas di seluruh Asia Tenggara pada abad ke-13.Zaman kegemilangan bahasa Melayu klasik
berlaku setelah pemimpin kerajaan Melayu memeluk islam dan mempelajari bahasa Arab
daripada pedagang islam daripada Arab dan India.Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga
zaman penting iaitu Zaman kerajaan Melaka,Zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan
Johor-Riau.Pada zaman ini bahasa Melayu mengalami perubahan yang amat besar dari segi
kosa kata,struktur ayat dan tulisan.

Bukti zaman kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh diperkukuhkan dengan


penemuan tiga batu bersurat yang terpenting.Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti
terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana sele[as abad ke-14,muncul kesusasteraan
Melayu dalam bentuk tulisan (Wikipedia).Pada 22 Februaru 1303 batu bersurat di Kuala
Berang,Terengganu ditulis dalam tulisan jawi dijumpai.Dengan ini telah terbukti tulisan Arab
telah digunakan dalam zaman ini pada zaman perkembangan bahasa Melayu klasik.Bukti batu
kedua adalah batu bersurat di Pagar Ruyung,Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India
dan mengandungi prosa melayu kuno.Bahasanya terdapat sedikit perbezaan daripada bahasa
batu bersurat yang ditemui pada abad ke-7.Akhir sekali,batu bersurat di Minye Tuju,Acheh
(1380) masih memakai abjad India tetapi buat kali pertamanya terdapat penggunaan kata-kata
Arab seperti kalimat nabi,Allah dan rahmat.Ketiga-tiga penemuan batu bersurat ini
membuktikan catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-
14,muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.Ringkasnya,Bahasa Melayu klasik ini
lebih jelas dan mudah difahami berbanding dengan bahasa Melayu kuno.

Selanjutnya,antara ciri-ciri bahasa klasik ini yang pertama adalah ayat yang panjang,dan
berbeli-belit.Kedua ialah kosa kata klasik seperti ceritera,berahi dan amarah.Ciri yang
selanjutnya ialah penggunaan kata penegas seperti pun dan lah.Misalnya, ‘maka Bendahara
pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya’.Seterusnya,bahasa Melayu klasik
juga banyak menggunakan bahasa istana seperti beradu(tidur),bersiram(mandi)dan
santap(makan).Bukan itu sahaja,pada abad ini juga mereka menggunakan penggunaan kata
pangkal ayat iaitu peradu perkataan seperti alkisah,hatta dan maka.Dalam bahasa Melayu
klasik ini juga mempunyai ciri ayat songsang.Ayat sonsang merupakan struktur ayat yang
bermula dari predekit dan berakhir dengan subjek.Contohny,membaca buku cerita Amir.

Dalam perkembangan bahasa Melayu ini juga terdapat beberapa pengaruh asing.Antara
pengaruhnya ialah India dan Arab.Pengaruh India berlaku pada zaman perkembang bahasa
Melayu Kuno manakala pengaruh Arab berlaku semasa perkembang bahasa Melayu
klasik.Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meminjam sesuatu bahasa antaranya
peminjaman kosa secara terus.Peminjaman secara terus ini menyesuaikan ejaan dan sebutan
sesuatu perkataan.Contohnya yang boleh dinyatakan ialah psychology.Apabila ditulis di dalam
bahasa Melayu ia akan menjadi psikologi.Terdapat juga peminjaman yang mengambil makna
atau konsep perkataan asing.Misalnya,honeymoon yang akan membawa maksud bulan madu
dalam bahasa melayu.
Bahasa Melayu juga meminjam kosa kata asing atas sebab keperluan untuk
menamakan sesuatu benda,konsep baru kerana tidak ada perkataan yang sesuai dalam
bahasa melayu.Contohnya perkataan arab iaitu syurga.Dalam bahasa melayu tidak ada
perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan syurga tersebut.Jadi bahasa Melayu
perlu meminjam daripada bahasa Arab supaya mereka dapat menamakan sesuatu benda
tersebut .Seterusnya,perkataan bahasa melayu yang tidak menepati maksud bahasa
asing.Contohnya dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai ‘doctor’ tetapi dalam bahasa Melayu
dipanggil tabib.Perkataan dalam bahasa melayu itu agak tidak sesuai berbanding dengan
bahasa asing tersebut.Jadi bahasa Melayu harus meminjam bahasa asing untuk menepati
maksud bahasa aing tersebut.

Penggunaan bahasa asing lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan bahasa


melayu kerana berbezaan maksud yang berbeza.Terdapat juga peminjaman pemerian yang
bermaksud kata-kata daripada budaya asing sukar digantikan dengan kata-kata dalam bahasa
Melayu.Contonya dalam bahasa Inggeris ialah missile yang membawa maksud peluru
berpandu dalam bahasa melayu.Disini dapat kita lihat serba sedikit pengaruh bahasa asing
yang terdapat dalam bahasa Melayu kita.Antara faktor-faktor adanya peminjaman bahasa asing
ialah kerena pengguna bahasa melayu beranggapan pergunaan sesetengan perkataan bahasa
melayu sudah lapuk dan ketinggalan zaman.Selain itu,apabila bahasa yang berpengaruh
bertembung dengan bahasa yang kurang berpengaruh akan saling-melengkapi antara satu
smaa lain.

Bahasa melayu ini sendiri bersifat dinamik yang menyebabkan bahasa ini mudah
menerima pengaruh luar.Dengan peminjaman kata daripada bahasa asing dapat menambah
kekuatan makna dan konsep yang hendak diperkatan oleh seseoang.Hal ini akan mewujudkan
keadaan saling terjemah dengan bahasa moden yang lain.Peminjaman kosa kata ini secara
tidak langsung menambahakan kosa kata bahasa Melayu itu sendiri.Dengan cara ini ,status
bahasa Melayu dapat ditingkatkan menjadi lebih moden seperti hari ini.Peminjam bahasa asing
juga sebenarnya untuk menggalakkan pupusnya penggunaan bahasa melayu dalam kalangan
generasi baru walaupun penggunaan peminjaman bahasa asing semakin meningkat secara
berleluasa.Bahasa Melayu juga masih digunakan hingga ke hari ini kerana bahasa peminjaman
yang tidak menampakkan bahasa Melayu ini lapuk dan ketinggalan zaman.
References
Bahasa Melayu Klasik. (2021, Ogos 16). Retrieved from Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Klasik

Bahasa Melayu Kuno. (2021, September 4). Retrieved from Wikipedia:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno

DIN, M. A. (2011). ASAL-USUL ORANG MELAYU: MENULIS SEMULA SEJARAHNYA (THE MALAY ORIGIN:
REWRITE ITS HISTORY). JURNAL MELAYU, 1.

ELLYIEDA. (2009, September 15). SEJARAH BERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Retrieved from Blogspot:
http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html

Illy, H. (2020, January 6). FAKTOR-FAKTOR PEMINJAMAN UNSUR BAHASA ASING. Retrieved from
blogspot.com: https://hannailly.blogspot.com/2020/01/faktor-faktor-peminjaman-unsur-
bahasa.html

Kamus bahasa Melayu. (n.d.). Retrieved from Carian umum: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?


keyword=melayu

Nazri, A. (2015, may 16). TUGASAN HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BM. Retrieved from
https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/tugasan-hbml-4103-sejarah-perkembangan-bm

Rosmah binti Ambong, R. b. (2012, October 18). Asal Usul Bahasa Melayu. Retrieved from
https://www.slideshare.net/Berly169/asal-usul-b

T.Collins, J. (2005). Bahasa Melayu bahasa dunia:sejarah singkat. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka.

Teori asal usul Bahasa Melayu. (2019, Mei 1). Retrieved from Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_asal_usul_Bahasa_Melayu?veaction=edit&section=5

Anda mungkin juga menyukai