Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,
Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya
menyelesaikan tugasan Pentaksiran Berterusan ini.Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek (BMMB1074) Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu saya, iaitu Puan Arbakyah Binti Hassan di atas
dorongan dan tunjuk ajar selama saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga
kepada bapa saya iaitu Mohd Bashir Bin Bakar dan tidak lupa juga kepada ibu saya
iaitu Hafizah Binti Yahaya di atas sokongan dan bantuan sepanjang proses
menyelesaikan tugasan Pentaksiran Berterusan ini.Dengan bantuan mereka saya
dapat bertahan dan berjaya menguatkan mental serta fizikal saya untuk
menyelesaikan tugasan ini dan menghantarnya pada waktu yang tepat.

Seterusnya, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan


seperjuangan saya yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya
bagi menyiapkan tugasan ini.Semoga dengan bantuan mereka, saya dapat
menghasilkan tugasan yang cemerlang dan terbaik.

Akhir sekali, saya Muhammad Haikal Bin Mohd Bashir yang merupakan siswa guru
di kelas Pengajian Melayu 3 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang turut sama terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
pelaksanaan Pentaksiran Berterusan ini.Hanya Allah SWT yang dapat membalas
jasa baik mereka.

Sekian, terima kasih.


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan
dan bahan-bahan yang telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________________

MUHAMMAD HAIKAL BIN MOHD BASHIR


Nama Penulis : ______________________________________

18 SEPTEMBER 2023
Tarikh : _______________________________
HALAMAN JUDUL

ASAL USUL BAHASA MELAYU


DAN
SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka Surat

1. Halaman Pengakuan i.

2. Halaman Judul ii.

3. Penghargaan iii.

4. Isi Kandungan iv.

5. 1.0 Pengenalan 1

6. 2.0 Asal Usul Bahasa Melayu


2.1 Asal Usul Perkataan Melayu
2.2 Asal Usul Bangsa Melayu 2-
2.3 Rumpun Bahasa Melayu
2.4 Cabang Bahasa Austronesia

7. 3.0 Sejarah Awal Perkembangan Bahasa Melayu


3.1 Bahasa Melayu Kuno
3.2 Bahasa Melayu Klasik
3.3 Bahasa Melayu Moden

8. 4.0 Kesimpulan

9. 5.0 Rujukan

10. 6.0 Lampiran


1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia serta


merupakan bahasa yang paling banyak penutur di Asia Tenggara. Umum
mengetahui bahawa, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca pada
abad ke-14 iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Lingua franca bermaksud
‘bahasa pengantar’ atau dikenali sebagai ‘bahasa pergaulan’ di sesuatu lokasi di
mana terdapat para penutur yang menuturkan bahasa yang berbeza-beza.Asal usul
bahasa Melayu dipercayai berasal daripada rumpun bahasa Austronesia di mana
bahasa-bahasa Austronesia itu sendiri berasal daripada keluarga bahasa
Austris.Pertumbuhan bahasa Melayu dikatakan bermula dari Sumatera Selatan iaitu
di sekitar Palembang dan Jambi.Sehingga kini, bahasa Melayu masih dipertuturkan
di banyak negara selain daripada Malaysia iaitu termasuklah
Indonesia,Brunei,Singapura,Filipina dan juga di selatan Thailand.Oleh itu, bahasa
Melayu telah banyak berlaku perubahan mengikut peredaran zaman agar lebih
dipertuturkan secara moden.Bahasa Melayu juga turut dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit,bahasa Inggeris,bahasa Arab,bahasa Belanda dan juga bahasa
Portugis.Melalui pelbagai bahasa ini, ia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang mudah difahami dan dipelajari.Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang
tidak asing lagi bagi orang Melayu kerana ia telah dipertuturkan sejak berabad-abad
lamanya, terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa ini berasal
daripada satu kelompok penutur yang disebut sebagai Austronesia.
2.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul bahasa Melayu dikatakan berasal daripada kelompok rumpun Austronesia,
terdapat juga kelompok rumpun bahasa Austro-Asia dan juga Tibet-China.Bahasa
Melayu juga telah dimaktubkan sebagai kelompok bahasa yang telah lama wujud
iaitu sekitar 2500 tahun dahulu.

2.1 ASAL USUL PERKATAAN MELAYU

Penggunaan istilah Melayu merupakan perkataan baharu dan masih kabur sehingga
belum diselidiki sehingga mendalam.Berbagai-bagai kajian yang dilakukan untuk
mengkaji salasilah dan asal usul perkataan ‘Melayu’ sejak munculnya perkataan
tersebut.Menurut Zuber Usman, perkataan Melayu dipercayai berasal daripada
perkataan ‘Himalaya’ yang disingkatkan kepada ‘Malaya’ dan seterusnya membentuk
perkataan Melayu.Perkataan Himalaya diambil daripada perkataan ‘Hima’ yang
membawa maksud salji atau salju, manakala perkataan ‘alaya’ pula bermaksud
tempat.Berdasarkan dari segi etimologi yang lain pula, kewujudan perkataan Melayu
dikaitkan dengan perkataan Malayapura yang membawa maksud ‘kota Melayu’ atau
kerajaan Melayu.Selain itu, ia dikaitkan dengan perkataan daripada bahasa Jawa
Kuno iaitu ‘mlayu’ yang bermaksud ‘mengembara’ serta dikatakan berasal daripada
nama ‘Sungai Melayu’ yang merujuk kepada nama sebatang sungai.Namun begitu,
perkataan Melayu dipercayai muncul dalam tulisan orang Cina pada tahun 644
hingga 645 Masihi.Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat sebuah kerajaan
bernama Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.

2.2 ASAL USUL BANGSA MELAYU

Menurut rujukan daripada buku Revisi Bahasa Melayu Akademik 1, bangsa Melayu
dikatakan berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.Berikutan daripada itu, ia
juga dikatakan berasal dari kawasan selatan negara China.Mereka ini dipercayai
telah berhijrah secara berkelompok dari selatan negara China ke kawasan
Nusantara.Berikutan dengan penghijrahan berikut, ia digelarkan sebagai Melayu-
Proto kepada kumpulan yang pertama tiba di Nusantara kerana telah mendiami
Nusantara sekitar tahun 2000 SM.Gelaran Melayu-Deutro pula diberikan kepada
kumpulan kedua yang telah sampai di Nusantara serta mempunyai nilai peradaban
yang lebih tinggi berbanding dengan Melayu-Proto.Berdasarkan bukti geografi juga
mengatakan bahawa, asal usul bangsa Melayu dipercayai berasal dari kawasan
Nusantara sendiri kerana penemuan tengkorak manusia di Nusantara yang lebih tua
berbanding dengan penemuan tengkorak manusia yang ditemui di Asia
Tengah.Berdasarkan teori yang dibuat oleh pengkaji prasejarah iaitu R.H. Geldern,
beliau mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berikutan
dengan kajiannya terhadap sebilah kapak tua (beliung batu) yang ditemui.Kapak tua
tersebut dtemukan di kawasan hulu Sungai Brahmaputra,Irrawaddy,Hwang.Hal ini
dikatakan demikian kerana, kapak tua tersebut didapati mempunyai persamaan
dengan kapak tua yang ditemui di kawasan Nusantara.Oleh itu, beliau menyimpulkan
bahawa kapak tua yang ditemui di Nusantara itu dipercayai dibawa oleh kelompok
manusia di Asia Tengah berserta dengan bahasanya sekali.

2.3 RUMPUN BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai