Anda di halaman 1dari 11

Daftar Kandungan Muka Surat

1.0 Penghargaan 3

2.0 Pengenalan Bahasa Melayu Kuno 4

3.0 Isi Penulisan

5
 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kuno

4.0 Kesimpulan 11

5.0 Bibiografi 12

2
1.0 Penghargaan

Assalammulaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengenalan Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu ( BMM 1014 ) ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya Hafizuddin Bin Mohd Sabri dari kelas C2 PPISMP ambilan
Jun 2016 ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pensyarah saya iaitu En.Zurihan Bin Yusoff kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar dan bimbingan serta kata-kata semangat kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini.

Bukan itu sahaja, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan khas kepada ahli
keluarga saya yang banyak membantu saya dalam hal kewangan, memberi
nasihat-nasihat berguna, motivasi dan tidak jemu-jemu memberikan dorongan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kawan-kawan saya iaitu
Aiman Haziq bin Hamzah, Muhamad Ezzam bin Abdullah dan rakan-rakan yang
lain yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan ini.

Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Segala bentuk bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.

Sekian, terima kasih.

3
2.0 Pengenalan Bahasa Melayu Kuno

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang


digunakan oleh penduduk di rantau ini adalah Bahasa Melayu Purba. Bahasa
Melayu Kuno adalah satu bahasa lama yang digunakan oleh orang zaman dahulu
selepas Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya telah ditukarkan menjadi
Bahasa Melayu Kuno setelah kedatangan pedagang dari India. Dari abad ke-7
sehingga abad ke-13 pada zaman Kerajaan Srivijaya, Bahasa Melayu Kuno telah
mencapai zaman kegemilangannya. Hal ini disebabkan bahasa tersebut telah
menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Pada sekitar abad ke-7, Bahasa Melayu Kuno telah mengalami perkembangan
yang sangat pesat di nusantara. Pada zaman sebelum wujudnya Bahasa Melayu
Kuno, masyarakat setempat menuturkan Bahasa Melayu Purba dalam urusan
kehidupan mereka. Ianya tidak mempunyai tulisan tetapi wujud dalam bentuk lisan
semata-mata.

Kebanyakan Bahasa Melayu Kuno yang digunakan pada zaman dahulu lebih
tertumpu kepada lukisan yang dipahat pada dinding gua, bentuk simbol dan catatan
ditulis di atas kulit binatang.

4
3.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Purba jika dikaji secara mendalam
adalah suatu konsep yang berbeza. Perbezaan yang ketara antara kedua-dua
bahasa ini ialah Bahasa Melayu Kuno mempunyai tulisan manakala Bahasa
Melayu Purba hanya wujud dalam bentuk lisan. Misalnya dengan cara bercerita
atau bercakap untuk menyampaikan sesuatu idea dan pandangan.

Atas beberapa halangan, kajian yang mendalam tentang Bahasa Melayu Purba
tidak dapat dilakukan. Hal ini kerana tiada bukti-bukti yang kukuh untuk
diketengahkan dan dibincangkan oleh ahli sejarah. Tetapi untuk Bahasa Melayu
Kuno, terdapat beberapa sumber yang boleh dirujuk sebagai bahan kajian.

Hasil daripada kajian sejarawan, terdapat beberapa ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
yang dapat dikumpulkan. Antaranya ialah Bahasa Melayu Kuno penuh dengan kata
pinjaman iaitu daripada Bahasa Sanskrit tetapi susunan ayat bersifat Melayu.

Berdasarkan aspek tatabahasa, bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-ciri yang


khusus dan antaranya iaitu terdapat banyak kata pinjaman bahasa Sanskrit. Selain
itu, bunyi [b] ialah [v] dalam bahasa Melayu kuno. Contoh: [bulan] ialah [vulan] .
Tiada bunyi [e] pepet dalam bahasa Melayu kuno. Contoh: [dengan] menjadi [dnan]
atau [danan]. Terdapat juga bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph,
dh, kh, h. Contoh: sukhatshitta (sukacita). Di samping itu, terdapat juga perkataan
dalam bahasa Melayu moden yang tidak menggunakan huruf h tetapi dalam
bahasa Melayu kuno huruf ini wujud dalam perkataan tersebut. Contohnya:
samuha (semua) dan sahaya (saya).

Awalan ber- menjadi mar- dalam bahasa Melayu kuno. Contohnya berbangun
menjadi marvanum manakala berbuat menjadi marvuat. Selain itu, awalan ni-
menjadi di- , iaitu penggunaan awalan di- dalam bahasa Melayu moden sama
dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya nimakan yang
merupakan Bahasa Melayu Kuno menjadi dimakan dalam Bahasa Melayu Moden.
Contoh kedua iaitu niminumna menjadi diminumnya. Awalan dipper- pula sama
dengan nipar-. Contohnya perkataan niparvuat dalam Bahasa Melayu Kuno
menjadi diperbuat. Imbuhan akhiran -na menjadi -nya. Misalnya vuahna merupakan
perkataan Bahasa Melayu Kuno yang ditukar kepada buahnya dalam bahasa
Melayu kini .

5
Bermula abad ke-7, kerajaan Srivijaya sudah terkenal sebagai pusat penyebaran
ilmu pengetahuan di seluruh pelosok dunia. Ia adalah tempat perkembangan dan
penyebaran agama Buddha. Apa yang menarik lagi tentang Bahasa Melayu Kuno
ini ialah, ianya pernah digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar
bahasa Sanskrit, agama Buddha dan menjadi sebuah alat seni dan sastera.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah
kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan bahasa
Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.

Selain itu, sistem tulisan bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan
juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan
daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari
yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-
rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan
daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu
Kuno. Contoh-contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah
seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno
tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Di samping itu, tulisan Rencong ialah tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam
persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 iaitu ketika zaman kerajaan Srivijaya.
Rencong ialah perkataan melayu yang membawa maksud serong. Bukan itu
sahaja, faktor lain ialah huruf-hurufnya berbentuk serong. Pada tahun 1892, tulisan
ini telah dijumpai pada sebatang tiang batu bersurat Kota Kapur.

Tulisan lain yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan Kawi.
Kebanyakan huruf Kawi berasal dari huruf Vanki, iaitu huruf-huruf yang dibawa oleh
orang India dari Coromandel. Asal usul perkataan Kawi bermaksud penyair. Ia
ditulis pada daun lontar dan diubah suai serta diukir pada batu. Buktinya ialah
dengan penemuan batu bersurat di Joreng bertarikh 1179 Masihi di Tapanuli.

Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat
daripada perkataan-perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang
seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya.

6
Bahasa Melayu Kuno telah digunakan secara meluas oleh penduduk setempat di
Kepulauan Melayu dan nusantara. Selain itu, Kepulauan Riau dan Sumatera juga
turut menggunakan bahasa lingua franca ini. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan Bahasa Melayu Kuno ini mudah diterima oleh orang ramai.

Antara faktornya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Seterusnya tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Semua
penduduk boleh menggunakan bahasa tersebut walaupun berbeza keturunan dan
bangsa dan hal ini menyebabkan penduduk menyenangi kedatangan Bahasa
Melayu Kuno.

Dalam sudut yang berbeza, bahasa Melayu mempunyai sistem yang lebih mudah
berbanding Bahasa Jawa dan banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit. Bahasa
Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan
ciri-ciri keilmuwan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Kuno bukanlah seperti bahasa yang kita gunakan sekarang, tetapi
lebih terfokus kepada bentuk-bentuk lukisan pada dinding gua, bentuk simbol dan
kulit haiwan. Ianya tidak mempunyai sistem yang sistematik seperti Bahasa Melayu
Moden sekarang yang mempunyai tulisan dan kosa kata yang pelbagai, tetapi
hanya wujud dalam bentuk lisan sahaja. Namun selepas menerima pengaruh
Hindu, Bahasa Melayu Kuno mempunyai identitinya yang tersendiri untuk
disampaikan dalam bentuk tulisan.

Pada abad ke-7, Bahasa Melayu Kuno telah dijumpai di batu-batu bersurat
dibeberapa tempat menggunakan huruf-huruf Pallawa. Antaranya ialah batu
bersurat Kedudukan Bukit di Palembang pada 683 masihi, batu bersurat di Kota
Kampur, Pulau Bangka pada 684 masihi dan batu bersurat di Karang Brahi,
Meringin, Daerah Hulu Jambi pada 686 masihi.

Bahasa Melayu Kuno bukan sahaja mempunyai satu jenis tulisan, tetapi pelbagai
lagi huruf tulisan seperti Nagiri yang telah dijumpai pada batu bersurat di
Gandasuli, Jawa Tengah pada 832 masihi.

7
Antara bukti yang paling penting yang mempunyai sejarah tentang kewujudan
Bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 ialah, batu bersurat Kedudukan Bukit (683
M) dan Talang Tuwo (684 M) di Palembang, batu bersurat Kota Kapur di Pulau
Bangka (686 M) dan batu bersurat Karang Brahi di Hulu Jambi (692 M).

Batu bersurat Kedudukan Bukit merupakan batu bersurat tertua di dunia. Ianya
menyebut tentang kerajaan Srivijaya. Menurut ahli sejarah, bahasa yang digunakan
untuk mencatat dalam batu bersurat ini ialah Bahasa Melayu Kuno yang telah
digabungkan dengan bahasa Sanskrit. Tulisan yang digunakan ialah tulisan Palava
yang mempunyai 10 baris ayat.

Ianya ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang menjalankan aktiviti
perdagangan. Berpusat di sumatera dan semenanjung yang telah banyak
mempengaruhi Asia Tenggara. Bukti yang menunjukan kewujudan kerajaan ini
ialah dari abad ke-7 apabila ada seorang sami Buddha datang dari China yang
menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671.

Selain itu, batu bersurat Kedudukan Bukit yang dijumpai di Palembang juga ada
menyebut tentang Srivijaya. Keruntuhan kerajaan ini berlaku pada abad ke-13
disebabkan oleh beberapa faktor, antara faktor terbesar ialah kebangkitan kerajaan
Jawa Majapahit. Srivijaya adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama
di kepulauan Melayu pada abad ke-8 hingga abad ke-11.

Pada tahun 684 masihi, batu besurat Talang Tuwo telah dijumpai oleh Residen
Jambi yang terletak sebelah barat daya Bukit Siguntang iaitu kira-kira 8 kilometer
dari Palembang.

Dalam batu bersurat ini menceritakan terdapat seorang raja pada masa dahulu
yang bernama Raja Jayanasa telah membuat taman. Lalu baginda berjanji bahawa
segala yang dilakukannya akan memberikan kebahagian kepada semua makhluk.
Selain itu, dalam batu bersurat Talang Tuwo ini turut menyampaikan doa semoga
rakyatnya memperoleh hasil yang banyak hasil daripada ternakan dan tanaman
mereka.

8
Seterusnya batu bersurat Karang Brahi yang telah dijumpai di Meringin, daerah
Hulu Jambi. Ianya telah dijumpai oleh seorang inspektor bernama L.Berkhout.
Tulisan yang digunakan pada batu bersurat ini ialah tulisan Palava. Tarikh yang
dicatatkan batu bersurat ini ialah 614 tahun Saka (692 M). Terdapat 16 baris ayat
pada batu bersurat ini.

Batu bersurat ini merupakan sebuah perjanjian daripada pemerintah terhadap


kerajaan di Pulau Jawa sebelum terjadinya peperangan antara kedua-dua
kerajaan. Batu bersurat Karang Brahi ini sama juga seperti batu bersurat Kota
Kapur, iaitu menyeru dewa-dewa dan makhluk tinggi yng lain supaya melindungi
Kerajaan Srivijaya.

Seterusnya batu bersurat Telaga Batu telah menggambarkan sistem pemerintahan


Kerajaan Srivijaya yang begitu rumit mengikut susunan pangkat para pembesar. Di
samping itu, batu bersurat Kota Kapur pula mencatatkan kekuatan Kerajaan
Srivijaya menentang Pulau Jawa. Kesemua tulisan dan cacatan ini adalah dalam
Bahasa Melayu Kuno, iaitu bahasa yang digunakan oleh rakyat Srivijaya

Faktor yang menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno dalam


Kerajaan Srivijaya ialah melalui perdagangan. Perkembangan perdagangan adalah
medium komunikasi utama bagi para pedagang. Mereka perlu berinteraksi antara
satu sama lain, jadi disitu berlakunya proses komunikasi dua hala yang melibatkan
bahasa.

Kerajaan kedah tua merupakan salah satu kerajaan awal yang terletak di
semenanjung Tanah Melayu selain daripada Melaka yang terkenal pada suatu
masa dahulu.

Kedah tua dikenali dengan pelbagai nama dalam kalangan masyarakat dan
pedagang antaranya Kataha, Kalahbar dan Kalagram. Kerajaan Kedah Tua ini
banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Tidak lama selepas itu, diikuti pula
dengan agama Hindu. Terdapat beberapa bukti yang boleh dikaitkan dengan
kedatangan agama Hindu-Buddha ini di Kerajaan Kedah Tua contohnya boleh
dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

9
Seterusnya, pelabuhan kerajaan Kedah Tua juga turut menjadi tempat
persinggahan bagi pedagang. Mereka akan beristirehat dan mengumpul bekalan
makanan di situ. Pada masa yang sama, penduduk di situ turut menjalankan aktiviti
membaiki kapal pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum
mereka meneruskan perjalanan ke timur.

Jadi melalui hubungan perdagangan ini, berlaku proses komunikasi antara


pedagang dan rakyat tempatan. Bahasa yang digunakan oleh mereka di pelabuhan
tersebut ialah Bahasa Melayu Kuno. Ianya juga dikenali bahasa lingua franca.
Berdasarkan huaraian di atas, maka jelaslah perkembangan Bahasa Melayu Kuno
dalam Kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua dengan penemuan batu bersurat yang
telah dinyatakan.

10
4.0 Kesimpulan

Daripada bahan bukti yang telah dijelaskan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
Bahasa Melayu Kuno sudah berkembang sebelum abad ke-7 kerana bahan-bahan
ini menunjukkan bahawa pada abad inilah Bahasa Melayu bertapak dan menerima
pengaruh dari India.Selepas itu, Bahasa Melayu menerima evolusinya dengan
meminjam Bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa rasmi dan bahasa pemerintahan
istana. Selain itu ia juga digunakan dalam urusan pentadbiran. Kira-kira dari abad
ke-7 sehingga abd ke-13, kegemilangan Bahasa Melayu Kuno terbukti apabila
Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca dalam urusan perdagangan.
Maka saya berharap agar generasi hari ini tidak melupakan sejarah perkembangan
Bahasa Melayu Kuno ini tambahan pula ianya pernah menjadi bahasa pertuturan
utama di rantau ini dikenali sebagai lingua franca.

11
4.0 Bibiografi

(n.d.). Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno

Asmah Hj.Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan . (1998). Ensiklopedia kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Aziz Deraman. (1989). Tamadun Melayu Jilid Dua. Ampang: Ultimate Print
Sdn.Bhd.

Dr.Khairuddin Mohamad, Dr.Ghazali Ismail dan Mastura Mohamed Berawi. (2015).


Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan.
Petaling Jaya: Sasbadi Jaya.

Hashim Musa. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa. (2003). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosdah Omar. (2007). STPM dan Pra-U Bahasa Melayu Teks dan rujukan
lengkap. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai